Bab 20

Fanfiction Completed 23151

Keadaan yang bising bagaikan di pasar ikan langsung tak aku peduli. Bukan kali pertama kelas aku ni memekak, tapi setiap hari.

" Kau okay ke ni? Dari pagi tadi kau asyik termenung sahaja. " tegur Rarin buat kali yang ke tiga, agak aku.

Aku mengangguk sebagai jawapan atas soalannya. Bukan niat aku untuk mengendahkan Rarin, tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku begini sehari ini. Mungkin sebab kejadian semalam?

" Habis tu, kenapa? Kau kawan aku lah (YN). Aku tahu kau ada masalah kan? Cerita lah. Aku akan tolong kau jika aku boleh. " Jelas riak risau di wajah Rarin. Untung aku dapat kawan seperti dia.

" Actually, tak ada apa pun. Aku cuma rasa yang aku tak ada mood hari ni. Tak perlu risau ya. " Aku tersenyum di akhir kata. Tetapi aku tahu Rarin masih belum berpuas hati dengan jawapan aku itu.

" Tak apa kau tak nak ceritakan. Bila kau dah sedia, ceritakan pada aku tau. Aku nak ke tandas sekejap. " pamit Rarin lalu bangun keluar dari kelas melalui pintu belakang.

Aku hanya mampu mengeluh perlahan. Belum sempat aku meletakkan kepala di atas meja, seseorang berdiri di hadapan meja aku.

" Ahyoung ah. " Aku kenal orangnya. Mana tak kenal, classmate aku sahaja.

" (YN) ah, boleh aku nak sign kau? please sign dekat photocard ni! " kata Ahyoung dengan muka pengharapan. Satu keping photocard dihulur hulur pada aku.

" Err untuk apa ya? " tanya aku.

" Kau kan artist. BTS tu favourite boy band aku! Kau kan dari BTS. Mestilah aku kena dapatkan sign kau. Apalah! " Ahyoung tersengih. Lalu photocard itu dihulur pada aku semula.

Seriously? Ni kali pertama peminat BTS meminta sign dari aku. Aku lantas mencapai photocard dan mata aku berkaca melihat gambar aku sendiri sedang nyanyi di atas pentas.

" Fancam? " aku menyoal merujuk gambar tadi.

" Ya, aku ada masa kau debut di Music Bank. Aku buat rakaman. Kau cool gila! Naik cemburu aku dibuatnya. " jelas Ahyoung bersungguh sungguh.

" Woi Ahyoung. Jahat. Tak panggil aku pun! " seorang lagi classmate aku, Hyoyoo berjalan ke arah kami berdua dengan satu photocard di tangan.

" Hyo ni pun peminat BTS. Aku lupa nak panggil dia mintak sign kau sekali tadi. " jelas Ahyoung tanpa aku minta.

" (YN) ah, sign kat photocard aku dulu. " Hyoyoo menghulurkan photocard nya dan aku terus mencapai. Photocard Hyoyoo menunjukkan selfie aku bersama BTS semasa habis performance di Music Bank yang lalu.

" Aku stalk twitter korang. Heheheh. Jhope oppa aku nampak comel. Kau pun comel. " Hyoyoo menepuk bahu aku perlahan.

Aku hanya tersengih.

" Kau pun datang Music Bank dengan Ahyoung? " tanya aku pada Hyoyoo.

" Ya. Tapi aku tak rakam sebab handphone aku memori full. Dia aje lah yang rakamkan. " jari telunjuk Hyoyoo menunjukkan ke arah Ahyoung.

" Jadi korang.. " Ayat aku terhenti.

" Ya. Kami nampak kejadian tu. Apalah! Aku tak puas hati lagi tau tak dengan siapa yang berani baling susu basi dekat classmate aku. " Ahyoung mengepal penumbuk.

" Haah. Kalau aku tahu siapa yang buat, memang aku paksa dia telan susu expired date bertahun lamanya. Bukan setakat susu, dengan kotak aku sumbat dalam kerongkong dia. " Hyoyoo berkata geram.

Aku hanya ketawa kecil melihat gelagat mereka.

" Tak apa. Aku pun dah tak kisah pasal tu. " aku mengeluarkan pen marker dari dalam bekas pensel.

" Kau tu baik sangat. Kalau aku kan, aku dah turun dari stage tu and sumbat tapak kaki peluh sebab penat dance dalam mulut dia. " Kata Hyoyoo lalu menghifive Ahyoung.

" Wah. Kejamnya. " usik aku.

" Diorang lagi kejam. "

Aku tersengih. Dua photocard yang sudah siap aku sign itu aku hulur pada Ahyoung dan Hyoyoo. Jelas riak gembira pada wajah mereka. Itu membuatkan aku terharu.

" Thanks, harap kau dapat buat yang terbaik dalam masa akan datang. BTS fighting! " Ahyoung mengeluarkan kata semangat.

" Ya, fighting! Kirimkan cinta aku pada Jhope oppa. " Hyoyoo tersengih suka.

" aku pun nak! (YN) ah, kirimkan cinta aku pada Taehyung oppa tau! " kata Ahyoung lalu mengikuti langkah Hyoyoo ke tempat duduk mereka.

" Wah, ada peminat minta sign. " terdengar suara Rarin di belakang. Oh nampaknya dia sudah balik dari tandas.

" lamanya kau ." Aku mengukir senyuman pada Rarin yang sudah duduk di kerusi.

" Hehe. Aku dah lama sampai, just aku tengok kau dari jauh aje sign untuk peminat. " Rarin tersengih.

" Harap kau dapat banyak fan minta sign kau lepas ni kalau korang buat fansign dekat mana mana. " ujar Rarin lagi.

Aku mengangguk. Lepas ni? Sempat ke aku rasakan semua tu? Atau lepas ni aku cuma bergelar 'Bekas Ahli BTS' ?

Ah serabutnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience