Bab 21

Fanfiction Completed 23151

Untuk kesekian kalinya, aku menghirup ice blended chocolate yang aku beli semasa dalam perjalanan ke sini tadi. Mata aku masih melilau melihat dekorasi bilik itu walaupun sudah banyak kali aku hadap.

" Mana dia ni. Kata sekejap aje. " omel aku sendiri. Batang hidung manusia yang aku mahu jumpa pun masih belum kelihatan.

Buku log yang aku gunakan sebagai nota harian pelajaran, diletakkan di atas meja. Beberapa helai kertas yang ditulis lirik lagu oleh aku yang diselitkan pada buku log itu sesekali dipandang.

Entah kenapa yang aku bawa sekali.

" Oh maaf saya lambat. Tadi ada hal penting sikit. " Bang Pdnim masuk dengan lagak yang kelam kabut sebelum melabuhkan duduk di sofa berhadapan aku.

" Gwenchana, Pdnim. " Aku tersenyum kekok.

" Ada apa yang awak nak jumpa sangat ni? Tengok muka, macam ada yang tak kena aje. Eh? Bukan kamu semua ada latihan ke di tingkat atas? " mata Bang Pdnim membulat.

Aku mengangguk. " Ya Pdnim. Kejap lagi saya kesana. Sebelum tu, ada sesuatu yang saya nak cakap pada Pdnim. "

" Apa dia? Awak buat saya tak sedap hati lah. " Bang Pdnim tersengih.

" Err, saya rasa.. saya.. " mahu sahaja aku melempang pipi aku sendiri. Macam mana boleh gagap ni?

" Calm down. Cakap perlahan lahan. " kata Bang Pdnim cuba menenangkan aku.

" Ah, saya rasa saya nak berhenti jadi artis. " ujar aku berhati hati. Ternyata wajah Bang Pdnim berubah.

" But, why? "

" Saya ..saya tak mahu menyusahkan orang lain. Saya nak buat kerja saya sendiri sahaja lepas ni. " ujar aku lagi.

" Dimana? " tanya Bang Pdnim. Nampak gaya lelaki ini seperti tidak mahu aku keluar dari naungan syarikatnya.

" Erm, maybe restoran yang saya pernah kerja dulu? Tak apa Pdnim, saya yakin tindakan saya ni tak akan bangkitkan kemarahan orang lain. Saya rasa selagi saya tak buat tindakan ni, lagi ramai yang marahkan saya. " Kata aku sambil bermain kuku akibat terlalu cemas.

" Ini maksudnya awak nak tarik diri dari BTS? " duga Bang Pdnim.

Perlahan lahan aku mengangguk. Aku tahu Bang Pdnim agak keberatan.

" Saya tak berapa nak boleh terima keputusan awak tu. (YN) ah, tolong fikir sekali lagi. Kesiankan saya. " jelas riak pengharapan pada wajah Bang Pdnim.

" Maaf, Pdnim. Saya lebih kesiankan diri saya. Saya mintak diri dulu. " aku terus mencapai buku log dan bekas ice blended dengan kelam kabut sehinggakan kertas yang tertulis lirik lagu jatuh ke lantai tanpa aku sedari.

Dengan langkah laju, aku terus ke lif untuk turun ke bawah daripada menuju ke tingkat atas menyertai latihan. Lebih baik aku balik ke asrama dan mengemas barang.

•••

Bang Pdnim tidak sempat menghalang langkah (YN) kerana dia terpijak sesuatu di atas lantai. Kertas yang agaknya dalam tiga helai itu diambil.

" Butter-- Butterfly? " Bang Pdnim menyelak pula kertas yang ketiga.

" Run? "

Bang Pdnim kembali duduk. Dia sekarang lebih berminat untuk mengamati bait bait ayat yang tertulis.

" It's so-- "

Mata Bang Pdnim berkaca . (Olohai)

" BYUTIPUL!! "

Bang Pdnim lantas bangun dan keluar dari pejabatnya. Dia menuju ke lif untuk ke tingkat atas. Bang Pdnim terus melangkah ke bilik latihan yang didiami BTS sekarang.

" Gais! " Pintu bilik latihan dibuka pantas.

Seokjin, Suga, Jhope, Rapmon, Jimin, Taehyung dan Jungkook yang tadinya bergelak ketawa terus bangun apabila menyedari Bang Pdnim masuk ke situ.

" Pdnim! Kenapa gelabah semacam aje ni? " Tegur Taehyung. Ahli yang lain hanya mengangguk mengiyakan pendapat Taehyung itu.

" (YN) mana? " soal Bang Pdnim. Matanya melilau di sekitar ruangan bilik itu.

" (YN)? dia tak sampai lagi agaknya? Dari pagi tadi lagi dia tak datang sini. " jawab Seokjin.

" Waeyo, Pdnim? " Tanya Suga kerana hairan dengan tingkah laku CEO mereka itu.

Bang Pdnim membiarkan soalan Suga itu bagaikan angin lalu. Dia teringat yang tadi (YN) ada cakap yang dia akan ke sini. Ah!

" Kertas apa tu, Pdnim? " Soal Suga dengan soalan yang lain memandangkan soalan sebelumnya tidak berjawab.

" Oh, kita duduk dulu. "

Bang Pdnim dan 'anak-anak' kesayangannya duduk bersila di atas lantai bilik latihan. Dia menghulurkan tiga helai kertas itu pada Suga.

Agak lama mereka memerhati bait bait ayat tersebut. Bang Pdnim masih menunggu respons daripada mereka.

" Wow, Pdnim. Ayat ni memang bermakna. Kita boleh buat sambungan dengan comeback kita sebelum ni, I Need U. " Komen Rapmon dengan senyuman.

" Ya Pdnim. Pdnim ke yang tulis lirik untuk dua lagu ni? Dah lama Pdnim tak curah bakat. " Suga menyoal. Dia memang tertarik dengan ayat ayat itu.

" Bukan. " Jawab Bang Pdnim sepatah.

" Kamu semua tahu yang (YN) nak tarik diri dari kumpulan ni? Dia ada datang jumpa saya tadi. Dia, dia memang nak tarik diri. "

Jhope agak terkejut mendengar berita itu dan yang lain tidak tahu mahu mempamerkan riak yang bagaimana.

" Dia jugak lah yang tulis lirik lagu ni. " mendengarkan itu, mereka mengangkat muka memandang Bang Pdnim.

" Lepas habis latihan, saya akan jumpa dia. " Jhope bersuara. Disokong oleh ahli yang lain.

" Ya, Hobi ah, saya harap awak dapat pujuk dia kali ni. "

Jhope mengangguk faham. Jelas riak sedih pada wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience