Bab 25

Fanfiction Completed 23151

" Kenapa kita kena pergi macam tu aje ?!"

Suga menjerit setelah mereka masuk ke dalam asrama mereka. wajah merah padam Suga dipandang mereka.

" hyung tak nampak ke ada sasaeng kat kawasan tu tadi? keadaan tak izinkan kita selamatkan perempuan tu, hyung! " Jimin mencekak pinggang menjawab soalan Suga tadi.

" Tapi, kita kena selamatkan dia! Manager hyung tak patut buat macam ni lah. tak kira lah apa pun yang sasaeng nak reka cerita pasal ni pun, janji kita kena selamatkan dia! " bentak Suga membuatkan semua terkejut. nampaknya hanya mereka yang perlu menyelesaikan hal ini sendiri memandangkan Manager mereka keluar selepas menghantar mereka ke asrama.

" Hei hyung, sejak bila hyung senang naik angin sebab tak tolong perempuan ni? " duga Rapmon lalu menyelak rambutnya ke belakang.

" itu bukan masalahnya sekarang! perempuan tu-- "

" perempuan tu girlfriend hyung? crush hyung ?" potong Taehyung sebelum Suga sempat menghabiskan ayatnya.

" dengar dulu cakap aku! perempuan yang korang rasa patut hiraukan tu ialah (YN) !" turun naik nafas Suga dibuatnya. mendengarkan ayat itu, mereka semua bagaikan terpanah petir.

" apa hyung mengarut ni? "

" hyung tak mengarut, Jungkook. (YN) yang dah selamatkan nyawa hyung. dia yang tolong hyung. " suara Suga mula berubah. terbayang semula kejadian yang berlaku tadi.

" Suga Sunbae! "

" hyung tak main main?! " Jhope yang masih dalam terkejut mula mengalirkan air mata.

" Muka hyung nampak main main ke, hobi ?"

keadaan bertukar senyap tiba tiba. perasaan bersalah, sedih , bercampur baur. jadi, tindakan mereka salah ? Adakah (YN) akan berada dalam keadaan yang baik ?

***

4 bulan kemudian.

sehinggakan suapan yang terakhir, aku tersenyum melihat pinggan yang sudah licin. walaupun makanan yang disediakan oleh pihak hospital tidak selazat mana, entah mengapa aku sungguh berselera untuk makan hari itu.

" amboi, kenyang nampak? "

aku mengalihkan pandangan pada seseorang yang baru masuk ke dalam wad yang aku ditempatkan. senyumannya aku balas dengan senyuman juga.

" Rarin ah, kau bawak apa tu? " aku menyoal sebaik sahaja mata aku terpandangkan satu bungkusan plastik di tangannya.

" goreng pisang. kau kan teringin sangat semalam. so aku bawakan untuk kau. " jawab Rarin lalu meletakkan bungkusan plastik berisi goreng pisang itu di atas riba aku.

" wah! terima kasih wei. " rasa lapar aku kembali datang. baru sahaja menghabiskan nasi sepinggan, makan goreng pisang pula.

" sama sama. eh kau tahu dua hari lagi kau dah boleh keluar dari hospital. Doktor Midah jumpa aku tadi. " Rarin melabuhkan duduk di atas kerusi pelawat.

" Jinjja? wah bahagianya. dah 4 bulan aku duduk kat hospital ni. " ake melonjak kegembiraan setelah mendengar berita bahagia itu. memang happy lah sebab dah lama jugak aku terperap macam jeruk dalam hospital ni. aku rasa masalah kesihatan aku tidak lah seteruk mana.

sewaktu aku dilanggar beberapa bulan yang lalu gara gara ingin menyelamatkan seorang lelaki bernama Suga, aku dihantar ke hospital berdekatan oleh Rarin dan beberapa pelajar yang boleh dikategorikan sebagai sasaeng. entah naik kereta siapa tak pula aku tanya. Rarin memberitahu aku lagi bahawa aku tidak sedarkan diri lebih 24jam dan itu menyebabkan dia menelefon keluarga aku di Malaysia.

jadi, disebabkan tidak ada persediaan untuk balik ke Korea, omma dan appa aku meminta pihak hospital yang menjaga aku untuk menghantar aku ke Hospital Kuala Lumpur. Si Rarin ni nak ikut jugak. hampir sebulan aku tidak sedarkan diri ataupun orang panggil koma. hahaha aku koma. dan apabila aku sedarkan diri, doktor beritahu yang aku boleh keluar selepas tiga minggu dipantau.

tetapi malangnya, hanya tinggal beberapa hari aku akan keluar, luka yang aku alami terkena jangkitan kuman membuatkan aku ditahan lebih lama. beberapa rawatan terpaksa aku hadapi sehinggalah sekarang. tapi Rarin beritahu satu berita gembira tadi iaitu aku akan keluar juga lepas ni.

" Kau termenung apa? teringat Korea eh? "

serta merta aku kembali ke alam nyata. eh sejak bila pulak aku termenung ni?

" Heehe ada lah sikit. "

" ke teringat bangtan.. boys? " kening Rarin terangkat angkat melihat aku.

" eh mana ada. kau ni memandai aje buat andaian. " aku menampar paha Rarin lembut.

" Hm kau tahu diorang dah comeback? "

soalan Rarin itu agak mengejutkan aku. betulkah mereka dah buat kemunculan semula? wah baguslah. alangkah bahagianya kalau aku masih digelar kumpulan itu. tentu aku dapat merasai pengalaman comeback lagu baru.

" Diorang comeback baru aje bulan lepas. kau nak tengok music video ? aku ada simpan. " Rarin menyelongkar begnya untuk mengambil telefon bimbit namun cepat cepat aku tahan.

" tak apalah. nanti nanti aje aku cari. " tolak aku lembut.

" kau kenapa? aku tahu kau sedih dan asyik teringatkan diorang. sabar ya. " Rarin mengusap bahu aku. aku tersenyum sahaja.

" aku harap aku berkesempatan tengok persembahan live diorang di konsert sebagai penonton. "

aku tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience