Langkah Bang Pdnim ke pintu agak membuatkan aku kehairanan. Nak pergi mana pulak boss ni?
"Eodiga?" Aku bertanya.
"Kita pergi jumpa group awak lah. Awak dah tanda tangan, so awak dah rasmi masuk kumpulan tu. Ingat ya. Sekarang jom ke bilik mesyuarat." Bang Pdnim memulakan langkah.
Aku hanya menurut. Aku dan lelaki yang agak pendek itu menuju ke tingkat empat dan satu pintu yang dilabel 'Meeting Room' menyapa pandangan aku.
"Jom masuk."
Bang Pdnim membuka pintu itu dan menghulurkan tangannya tanda mengalu alukan kedatangan aku.
"Takutlah Pdnim~" aku merungut. Aku tiba tiba terbayangkan wajah 'Unnie-unnie' yang garang dan tidak senang dengan adanya aku sebagai member baru.
"Takut apanya. Saya kan ada." Bang Pdnim memaksa.
Aku mengeluh dan meluru masuk. Aku mengangkat muka memandang 'unnie-unnie' namun apa yang aku nampak 'unnie-unnie' ni semuanya berperwatakan 'tomboy'.
Malah ketomboyan mereka tersangatlah sempurna. Tidak langsung menunjukkan ciri2 sebagai perempuan. And adakah aku perlu memotong rambut dan berpakaian tomboy seperti 'unnie-unnie' yang sudah mula tunjukkan muka masam ni?
"(YN) , duduk. Kenalkan inilah group baru kamu." Kata Bang Pdnim.
"Mwo?! Yeoja, Pdnim?! Kenapa Yeoja?! Apa dah takde sangat lelaki dalam dunia ni? Yeoja ni jugak?!" Suara seorang 'unnie' berambut hijau kebiru biruan ( In the mood of love Pt.2 XD ) menyapa telinga aku.
"Eh eh kenapa marah Pdnim pulak? Cakap macam lah dia tu bukan perempuan. Dah lah perempuan, tak suka perempuan pulak?" Aku mencelah.
"Kau kenapa? Kau nampak kitorang ni macam perempuan ke? Kami ni lelaki sejati tau tak. Lelaki lelaki yang terpaksa berhadapan semua ni sebab perempuan macam kau tahu tak?" Seorang lagi bersuara.
"Mwo?! Namja, Pdnim?! Kenapa namja?! Apa dah takde sangat group perempuan dalam dunia ni?! namja namja ni jugak?!" Aku pula mensound Pdnim yang kelihatan masih selamba badak mengorek telinganya dengan jari kelingking.
"Have a nice chatting ya? Saya ada dating dengan abang JYP, so kenalkan diri masing masing ya? Jangan gaduh gaduh. Roboh syarikat hamba." Lalu dengan lajunya, Bang pdnim melarikan diri dari lapan makhluk yang sedia nampaknya untuk meletus.
"Mwo?! Ah jinjja!" Lelaki berambut kehijauan tadi menjerit.
"Ish. Diamlah. Bising tau tak." Aku separuh menjerit.
"Perempuan ni.." Lelaki itu mara ke arah aku namun tidak kesampaian apabila dihalang yang lain.
"Rileks, hyung. Kita tanya dia dulu."
Mereka duduk dengan wajah baran. Tidak kurangnya aku yang boleh menunjukkan wajah baran. Kalau boleh nak aje aku tumbuk tumbuk muka diorang ni. Tak lupa jugak muka Pdnim.
"Kau memang betul nak masuk group ni ke?" Salah seorang bertanya. (Imagine jelah siapa-siapa yang tanya ni ya)
"Bukan aku nak masuk kumpulan korang pun. Lagipun aku tak tahu yang boss korang tu nak masukkan aku dalan group namja yang dah sedia ada. Kalau aku tahu, awal awal aku dah tolak tau tak. Ingatkan group yeoja." Aku menjawab lancar.
"Untuk makluman kau, tak ada group yeoja dalam syarikat ni. Yang ada dulu dah dibubarkan. Memang ya lah kau kena tambah dalam group ni."
"Mianhae."
"Buat apa kau nak mintak maaf? Dah terlambat. Macam ni lah. Kami bagi kau tempoh 7 bulan untuk ada dalam group ni. Pastu aku nak kau out. Tamatkan kontrak kau dengan Big Hit and blah cari syarikat lain. Sebab kalau kau nak tamat sekarang tak boleh melainkan kau dah lebih tiga bulan naung kat bawah syarikat ni. Kau paham maksud aku kan?" Lelaki berambut kehijauan bersuara keras.
"Ya aku paham. Aku memang nak sangat out dari group ni. Haih~"
Ketujuh tujuh lelaki itu bangun. Sebelum mereka sampai mendekati pintu aku sempat menahan.
"Korang nak pergi mana?"
"Bukan urusan kau."
"Bukan aku kena ikut sekali ke?"
"Tak perlu. Menyemak je."
"Pastu aku nak pergi mana?"
"Suka hati kau lah."
Aku mengeluh untuk kesekian kalinya dan hanya memandang mereka keluar dari bilik meeting meninggalkan aku.
Share this novel