Bab 14

Fanfiction Completed 23158

" RARINNNN !!! "

Bergema suara aku di taman itu setelah pandangan menyapa satu tubuh yang aku kenal .

" ( YN ) !!!!!!!!!!!!!!!!! "

mak aii Rarin punya oktaf lagi kuat dari aku . Tadi suara aku baru bergema tapi kalau dengar suara dia ni , taman ini bakal musnah dengan tragisnya .

sesi berpelukan bermula . ahh rindunya aku pada kawan gila aku ni .

" mana bangtan ? tak ikut sekali ? " tanya Rarin membuatkan aku mengangkat kening . memang tak lah aku ajak diorang datang sekali dengan aku . kalau aku ajak , belum tentu diorang akan ikut .

" Tak . alah, kau jangan risau lah , aku akan bawa kau jumpa Rapmon oppa satu hari nanti . kau tunggu je . " kata aku tersenyum lalu menarik tangan Rarin menuju ke salah sebuah bangku yang disediakan di taman itu .

" Iyalah, aku ingat janji kau tu . kalau kau tak buat apa yang kau cakap , harap maklum, aku buat batu nisan kau awal awal . " ugut Rarin sekali gus mentertawakan aku .

" garangnya kau, mak cik . sekarang ni--"

" Oh, dah selamat berjumpa dua orang ni. "

potong satu suara membuatkan aku dan Rarin mengangkat muka memandang makhluk yang telah menganggu kententeraman kami berdua . mata aku mengecil apabila aku terpandang satu wajah yang dah biasa aku tengok .

baik , biar aku kenalkan minah ni.

nama makhluk yang aku tak berapa nak suka ni , Gukjoo namanya . dia memang tak suka aku dengan Rarin . al kisahnya dahulu kala, dia ialah kawan rapat Rarin sejak zaman tadika lagi . aku pernah tengok diorang ni mesra dan rapat sangat walaupun berbeza saiz .

semasa berada di highschool tahun satu , Gukjoo mula ikut geng geng budak sosial dan Rarin tak berapa suka dengan tindakan minah ni . dah banyak kali Gukjoo pujuk Rarin ikut geng baru dia . eh memang tak lah, bak kata Rarin . jadi, Rarin mula rapat dengan aku sejak kami dimasukkan dalam kelas yang sama , dan Gukjoo dipindahkan ke kelas belakang sejak keputusan examnya merosot mendadak .

sejak itulah , aku jadi anti kepada si Gukjoo ni .

" Gukjoo ah, kau buat apa kat sini ?" aku dengan terpaksa memesrakan muka, bertanya .

" aku? oh aku nak jumpa boyfriend aku . kenapa ?" Gukjoo menjeling aku tajam . eh memang tak boleh bawak bermesra lah minah sekor ni . geram pulak aku tengok pipi dom dia . kejap lagi ada masuk berita tajuk " Gadis Mampus Setelah Pipinya Hilang Dimakan Ahli Kelapan Bangtan Boys." uish macam tak masuk akal pulak.

" Oh. tak ku sangka kau dah ada boiprenggg. teringin sangat nak jumpa boiprengg kau tu ." aku sengaja menekan perkataan boyfriend dan lantas aku menjulingkan mata beberapa saat .

" Heh , aku tahulah sejak kau dah jadi artis , kau nak tambah berlagak . eh sorry sikit pun aku tak heran ." Balas Gukjoo dan diikuti gelak halus oleh dua lagi rakannya yang memang ikut si Gukjoo ni kemana sahaja dia pergi kecuali tandas . aku tahu diorang pun tak sanggup nak tunggu Gukjoo ni melabur emas .

"Kalau kau tak heran , kenapa kau tetiba datang menyibukkan diri kat sini ? sengaja cari pasal ?" Rarin yang dari tadi diam, mula bersuara .

" Haah , saja aku nak tengok 'persahabatan' korang yang terjalin dengan mesra ni . weh Rarin, aku rasa kau nak rapat dengan minah ni sebab dia dekat dengan oppa oppa kesayangan kau tu kan ? haha kesian kau (YN) ." bidas Gukjoo tak tentu pasal .

" excuse me, dah tiga tahun aku berkawan dengan dia, kalau aku nak rapat dengan dia atas sebab yang kau cakap tadi , aku dah berkawan dengan dia dua hari yang lepas aje . alasan nak cari pasal , tak munasabah langsung. " Rarin aku tengok sudah naik marah . uish pertemuan epik ni .

" Weh, kau tu pun suka oppa Bangtan Boys yang kau banggakan sangat tu sebab muka diorang yang handsome aje kan? bukan sebab fans yang betul betul fans kan ? kau suka diorang pun sebab muka yang sempurna . dasar gedik . " Gukjoo membuka topik lain pula kerana mahu melepas geram dan ingin membuat Rarin berasa marah .

ya lah Gukjoo , bukaklah topik apa pun kau nak bukak .

" Haah memang pun, aku beli semua album original diorang , download semua lagu Bts SEMATA MATA NAK DENGAR MUKA DIORANG NYANYI ! woi kau tahu apa hah gemuk ? nak cari pasal dengan aku , memang kau salah orang . dasar gemuk !" balas Rarin geram .

" WOI AKU TETAP CUTE BILA AKU GEMUK. KAU JUGAK YANG CAKAP AKU CUTE DULU SEBAB GEMUK !!" balas Gukjoo pula . dan sekarang aku cuba menahan gelak apabila Gukjoo sudah mula perasan dirinya seorang yang cute .

" PFFTT, MEMANG MASA TU AKU GILA LAH CAKAP KAU CUTE. KAU CUTE ? KAU CAKAP KAU CUTE ?! BHAHAHAHAHA. " Rarin ketawa besar apabila menyudahkan percakapannya.

Gukjoo merengus geram lalu menangis sebelum berlari meninggalkan kami berdua . dua rakan seperjuangan Gukjoo turut berlari mengejar Gukjoo . atas faktor keselamatan , mereka berpegangan tangan sambil berari , bimbang Gukjoo semakin mengganas .

" Jahat kan mulut aku? " tanya Rarin .

aku tersenyum lalu menggeleng.

" mana ada, mulut dia lagi jahat macam longkang . " aku tersengih .

" oh ya tak tahu pulak aku yang longkang jahat . kesian kau longkang , kena label jahat dengan kawan aku ." Rarin bersuara pada longkang di belakang bangku .

" Hehe dah jom makan , aku lapar lah . lepas ni aku kena balik ke tempat latihan . jadual aku makin sibuk sekarang . " aku berkata lalu tersenyum lebar .

" amboi jadual sibuk . jeles aku wei. aku harap aku dapat jadi macam kau ."

aku dan Rarin bangun dan terus berjalan menuju ke restoran untuk mengisi perut yang dah lapar .

" nanti kalau Bighit buat sesi audition , aku panggil kau . "

" betul ke weh? kyaaaa bestnya. makan ni aku belanja ."

" amboi terus belanja aku , tak apa, aku suka dibelanja ."

" Yelah. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience