Bab 26

Fanfiction Completed 23158

secawan white coffee aku hirup sedikit untuk membasahkan tekak. pada pagi yang indah serta berbahagia ini amat sesuai untuk minum minuman seperti itu. sesekali mata aku memandang seorang lelaki yang masih dengan telefon bimbitnya di hadapan.

" Sungjae sunbae, saya wujud ni. " aku terus membuat muka seposen apabila Sungjae tersengih sengih penuh kegedikan.

" Mian. kenapa? awak ada cakap sesuatu ke dengan saya tadi ?" Sungjae lantas menyimpan telefonnya ke dalam apron kerja. dia membetulkan duduk lalu menghadap wajah aku.

" Tak ada pun. saya tegur pun sebab awak tak hiraukan saya. macam saya ni halimunan pulak. " Sungjae tersengih mendengar jawapan aku itu.

" Tadi flight sampai pukul berapa? mana kawan awak tu ?" Sungjae sudah mula menunjukkan minat untuk berbual. itu membuatkan aku merasa lebih selesa.

" Pukul 7 pagi tadi. Rarin? oh dia terus balik ke rumah, katanya nak teman mama dia balik kampung di Yeoseodo. " masih teringat betapa kelam kabutnya Rarin keluar dari airport setelah pesawat selamat mendarat di sini dari Malaysia. takut ditinggalkan katanya.

" Oh macam tu. tak apalah, awak duduk dulu rehat rehat kat sini. lagipun, pelanggan tak ada lagi. saya nak ke dapur tengok apa yang patut. dah lah ada yang lambat. " Sungjae bangun dengan mulutnya membebel. aku mengangguk mendengar arahannya. aku hanya melihat tubuh Sungjae menuju ke arah dapur sehingga tubuh senior aku itu hilang dari pandangan.

" eh (YN) ah. lama tak jumpa! " satu suara membuatkan aku berpaling memandang pintu. kelibat seorang gadis berbaju t-shirt lengan panjang menyapa pandangan mata.

" Minha! wah makin kurus kau. " aku menyambut sapaanya mesra.

" Iya ke? haha eh apapun aku tak boleh nak bersembang dengan kau ni. Sungjae si dinosour tu dah datang ke? " mata Minha membulat memandang sekeliling sebelum melihat aku semula.

" Hei kau ni. dia sunbae kita lah. dia ketua bagi setiap pekerja, mestilah sampai awal. dah kau pergi lah tukar baju cepat. dia ada kat dapur tu. " aku menolak perlahan lengan Minha memaksanya ke bilik belakang yang dikhaskan untuk menukar baju.

" iya iya. masak lah aku. " Minha berlari lari menuju ke bilik belakang. aku hanya tersengih melihat gelagatnya. siapa tak takut Sungjae sunbae yang garang mengalahkan T-rex kalau ada perkara yang boleh mendatangkan marahnya.

sejak itu, aku bersendirian duduk di meja tersebut. lama kelamaan, beberapa orang masuk ke kedai untuk bersarapan sebelum bertolak ke tempat kerja. sesekali, aku memerhatikan tingkah laku beberapa pekerja lain yang mengambil pesanan. tiba tiba sahaja aku rindu dengan kerja aku dahulu.

" (YN)? "

suara seseorang menyebut nama aku dari belakang membuatkan aku menoleh laju. seorang lelaki berbadan sedikit gempal dengan muka yang sangat biasa bagi pandangan aku berdiri di situ. macam kenal. macam..

" Bang Pdnim? " mata aku membulat apabila otak aku sudah habis loadingnya. lelaki itu lantas melabuhkan duduk di kerusi kosong berhadapan aku.

" ( YN) kan? saya masih boleh cam awak walaupun berkaca mata. " wajah Pdnim aku lihat berseri seri. apehal pulak dengan dia ni? ke mata aku yang masalah?

" ya saya lah, Pdnim. " aku terus menanggalkan kaca mata berbingkai hitam itu lalu diletakkan ke atas meja.

" Awak dah sihat ke? macam mana rawatan? " soalan Pdnim itu agak menrunsingkan aku. macam mana lelaki ini boleh tahu yang aku sedang sakit beberapa bulan yang lepas?

" saya okay. tapi.. "

" Maafkan kami tinggalkan awak macam tu aje lepas selamatkan Suga. budak tepung tu pulak langsung tak cakap masa tu. " jelas riak kesal terpapar pada wajah Pdnim.

" Eh? tak apa Pdnim. memang patut pun semua kena pergi dulu. nanti susah sebab banyak sasaeng yang kebetulan ternampak mereka kat kawasan tu. lagipun, kawan saya ada. " aku menenangkan Pdnim. bagi aku, mereka langsung tak buat salah. dan aku tidak terasa hati langsung setelah mereka meninggalkan aku di situ.

" apapun, awak sebahagian daripada keluarga syarikat kami jugak walaupun awak bertindak keluar. sepatutnya kami yang bawa awak ke hospital. bila saya tengok balik artikel, tweet, update daripada ARMY lepas kejadian tu, awak dihantar ke hospital dengan bantuan seorang fan kat situ. jadi syarikat kami hubungi fan tu untuk dapatkan nama hospital , tapi esok selepas tu, doktor beritahu awak dah dipindahkan ke hospital luar negara. sejak itu lah, Jhope demam. dia asyk cakap yang dia dah tak berpeluang jumpa awak lagi. " panjang lebar Pdnim bercerita.

" Jhope oppa demam? macam mana dia sekarang? " entah kenapa tiba tiba aku menjadi risau yang teramat setelah mendengarkan itu.

" Dia dah okay . mereka dah buat comeback pun. Jhope selalu berharap yang awak akan jumpa mereka dan akan masuk semula ke dalam kumpulan tu, (YN) ah. " suara Pdnim berubah sedikit.

" Saya rasa saya tak akan buat tindakan tu Pdnim. maafkan saya. " aku tertunduk.

" Hm. dan awak tak tengok update ARMY di twitter, fan account, fanclub dan lain lain? awak tentu gembira bila terlihat semua tu. " Pdnim tersenyum pula.

" Apa dia , Pdnim? saya gembira? " aku kurang faham dengan apa yang cuba disampaikan lelaki itu.

" Sekarang ARMY sedang sibuk buat kempen 'Please Come Back To Bts, (YN)' dan hashtag #WE'RESORRY dari fans jadi trending kat twitter sejak kebelakangan ni. mereka berterima kasih sangat kerana awak sanggup berkorban demi selamatkan Suga tempoh hari. " cerita Pdnim lagi.

hampir sahaja aku menangis di hadapan lelaki itu. namun aku masih boleh mengawal emosi. aku terharu sangat!

" Mereka benar benar minta maaf, (YN) . tengok, sekarang awak dapat sokongan daripada peminat. saya tumpang gembira. " aku tersenyum mendengar ayat yang keluar dari mulut Bang Pdnim itu.

Tiba tiba Pdnim mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya lalu dihulurkan ke arah aku. dengan teragak agak, aku menyambutnya seraya muka yang pelik.

" Itu dua tiket VIP dan satu pass VViP. awak berikan satu lagi tiket untuk sesiapa yang awak nak. dan pass VViP tu untuk awak ke belakang stage dan jumpa mereka. saya harap awak akan datang ke konsert mereka lusa nanti. tempat dah dinyatakan di tiket. saya harap sangat awak datang. " Wajah Pdnim aku pandang lagi.

" Terima kasih, Pdnim. tapi, saya tak janji yang saya akan datang. " kata aku berhati hati. takut membuat lelaki itu berkecil hati ataupun kecewa.

" Tak apa. saya tetap akan tunggu awak. bukan saya aje. tapi BTS dan ARMY. "

aku tersenyum . tiba tiba sahaja aku rindukan mereka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience