Bab 29

Fanfiction Completed 23151

Aku berlari lari merentasi hutan yang tebal. Baju gaun kembang berwarna putih yang tersarung cantik di tubuh aku diangkat sedikit supaya tidak kotor menyapu tanah. Ah, walaupun penat, aku perlu tetap berlari demi menyelamatkan nyawa.

Sesekali belakang aku dipandang. dari samar samar penglihatan, aku dapat menangkap seseorang itu masih mengejar aku. Dia tak penat kah berlari? sedangkan aku sudah separuh nyawa ni. aku tak boleh berhenti, kalau aku berbuat demikian, bermakna tamatlah riwayat aku.

" Kau nak kemana, (YN) ?! mari sini! aku bawakan buah epal segar lagi manis untuk kau! " samar aku menangkap bunyi suara itu dari belakang. diikuti gelak jahat yang tersangat jahat.

Aku berlari sehinggalah aku hilang imbangan dan aku bergolek jatuh ke bawah gaung. aku tidak menyangka ini akan berlaku! cepat cepat aku bangun semula tetapi kaki aku sakit. kemungkinan tergeliat sewaktu aku bergolek jatuh sebentar tadi.

Baru selangkah aku ambil untuk menyambung larian, aku terhenti. di hadapan mata aku sekarang ini ialah tujuh orang putera kacak berpakaian kerabat diraja dengan menunggang kuda putih berlatar belakangkan anak sungai yang jernih airnya dan pelangi yang indah.

" Kami akan selamatkan Tuan Puteri dari ahli sihir yang jahat itu. " Salah seorang daripadanya bersuara membuatkan aku tersenyum.

" Siapakah kalian semua? " Aku menyoal.

" Kami Laksamana Bangtan Boys dari Kerajaan Bighit yang diperintah oleh Raja Bang PD, Tuan Puteri. " mereka memperkenalkan diri.

" Cepat naik ke kuda patik, Tuan Puteri sebelum ahli sihir itu terjumpa kita. "

Aku teruja kerana akhirnya ada yang menyelamatkan aku. satu dua tiga langkah, aku terjelepok ke tanah pula. Kedengaran gelak jahat bergema di situ sehinggakan kuda kuda tujuh laksamana yang kacak tadi lari bertaburan akibat ketakutan melampau .

Aku memandang wajah ahli sihir yang berpakaian serba hitam dari kepala hingga ke kaki itu. kukunya yang panjang dan rambut beruban amat mengerikan. eh macam beta kenal.

" Rarin! lepaskan beta! mengapa kau kejam begini ?! "

Dan serentak itu ahli sihir yang aku kenali sebagai Rarin membaling sebiji epal merah tepat mengena dahi aku. Bukan itu sahaja, Rarin si ahli sihir merapati aku lalu menampar bertalu talu di belakang aku.

" Bangun! Bangun! " Rarin si ahli sihir menjerit tetapi masih menampar belakang aku. Apa yang terjadi sebenarnya ini?! Beta naik murka!

" Ommmmaaaa! kenapa susah sangat nak kejut anak omma ni! Rarin siap baling bantal busuk dia lagi kat kepala, tak bangun jugak! " Eh mengapa pula Rarin memanggil omma? Omma siapa?

Lantas aku tersedar. cepat cepat aku luaskan mata. objek pertama yang aku lihat setelah mata dibuka ialah seseorang yang rambutnya diikat gaya ponytail dan berpakaian kemas. bukan lagi berpakaian serba hitam.

" Haa bangun pun! Kau ngigau apa hah? "

" Rarin ah? bila kau sampai? " Aku menyoal lalu membuat lagak seperti tiada apa apa yang berlaku. Mata aku tonyoh beberapa kali.

" Lama dah, sejak kau tengah tidur tapi buat gaya tengah berlari atas katil. " Habis saja bersuara, Rarin tergelak pula.

" Dah lah! kenapa tiba tiba datang rumah aku ni?! " Aku membuat muka merajuk. tidak suka Rarin mengejek aku di pagi yang berbahagia ini.

" Rileks lah, aku just nak ajak kau keluar date ni. Nak? " Soalnya.

" Tak mahu lah, aku nak habiskan masa untuk tidur hari ni. penatlah. " Aku lantas meletakkan semula kepala ke atas bantal.

" Alaa pleaselah. Aku bukan ajak suka suka je. Aku ajak ni pun sebab esok aku akan ke Jepun untuk beberapa minggu. " Mendengarkan itu ak laju bangun semula. anak mata Rarin yang penuh dengan cahaya pengharapan aku pandang tajam.

" Biar betul kau ni. "

Rarin mengangguk mengiyakan persoalan aku. Aish nampaknya keseorangan lagi lah aku lepas ni.

" Kenapa kau kena balik ke Jepun? " Aku menyoal lagi. Sesungguhnya aku kalau boleh nak Rarin selalu ada dekat dengan aku.

" Ada perjumpaan Family. Aku tak pasti berapa minggu aku akan duduk sana, yang pastinya mesti lama. Tu yang aku nak ajak kau keluar hari ni. Tapi tak apalah kan, kau lebih pilih tidur dari habiskan masa dengan aku. " Rarin mengalihkan pandangannya ke arah lain. eleh, merajuklah tu.

" Aku minta maaf okay? I'm sorry. Aku akan keluar dengan kau sampai tengah malam ni. Tapi kau tunggu dulu, aku nak mandi. " Rarin tersenyum lebar mendengar keputusan aku itu. Aku lantas turun dari katil dan menuju ke bilik mandi.

Rarin masih tersenyum dengan tangannya sibuk mengeluarkan telefon dari dalam beg sandangnya. Nombor seseorang di dail sebelum meletakkan gajet it di telinganya.

" Namjoon oppa, rancangan berjaya. Macam yang dah kita plan, oppa and yang lain buatlah persiapan dulu. " Rarin tersenyum lagi.

***

" Kau nak ke mana ni , Rarin? " Aku menyoal sambil memerhatikan Rarin yang sedang memandu.

" Hangang Park. "

" Lah ajak aku lepak kat taman aje? "

Rarin tersengih. Aku yang melihat kelakuannya berasa pelik.

" Kau kenapa sengih sengih ni? " Aku mencuit bahunya.

" Sebenarnya aku happy sangat ni. " Rarin tersengih lagi. mana tak happy! rancangannya akan berjaya!

" Amboi, macam ada apa apa aje happy sangat ni. " Aku mengusiknya.

" Eh memang lah happy. Kan aku dapat keluar dengan kawan baik aku. "

" Kau nak bodek aku ke apa? " Aku mula merasa ada sesuatu.

" Taklah, eh dah sampai. Banyaknya kereta. aku nak parking mana ni. " Rarin menyibukkan diri dengan tertinjau tinjau tempat parking yang kosong.

" Tu hah ada satu. " Aku lantas menunjukkanya pada Rarin dan dia membelokkan kereta untuk memarkir.

" Wah, makin lama makin handal dah bawa kereta. " Aku memuji.

" Hehe ni Rarinlah. " Rarin ketawa kecil lalu keluar dari dalam kereta. Aku turut mengikutinya keluar dan serentak itu hati aku berdebar. macam ada yang tak kena.

" Dah jom ikut aku. Kita dah lambat ni tau tak! " Sepantas kilat tangan aku digenggam minah itu. Kaki aku melangkah atas paksaan Rarin yang masih menarik tangan aku agar aku mengikutinya.

" Jangan lah laju sangat. apa yang kau kejar ni? And apa maksud kau kita dah lambat? " Aku menyoal namun Rarin tidak menjawab persoalan aku. Aku mengeluh kecil.

Kami berhenti setelah sekian lama berjalan laju. Aku mendongak dan mata aku terbuntang luas memandang tikar yang terbentang di bawah pokok. Disertai dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang ada di atas tikar itu.

" Kau nak buat picnic dengan aku ke macam mana? "

" Bukan dengan kau aje, dengan ramai lagi. Dah kau duduk kat sini dulu. Aku nak ke depan tu semula untuk beli aiskrim. Jangan pergi mana mana tau! "

Aku hanya mampu terkulat kulat memandang Rarin yang telah melangkah ke hadapan itu sebelum hilang dari pandangan aku. Aku mengambil duduk di tikar besar itu dan perut aku mula berkeroncong melihatkan ayam goreng dari KFC yang banyak. aduhai kalau aku makan dulu tak apa ke?

Sementara itu aku memandang sekeliling. Jauh betul tempat yang dibawa Rarin, sampaikan orang di sini tinggal hanya beberapa orang sahaja. Nak dibandingkan di tempat hadapan tadi, terlalu ramai sehinggakan nak jalan pun susah.

Tapi bagus jugak, senyap dan tak ramai sangat orangnya. Aku membetulkan hoodie berwarna merah jambu yang tersarung di tubuh. Apabila teringatkan kata kata Rarin yang ada ramai lagi yang akan menyertai mereka, aku perlulah berkemas sedikit. Aku pasti mesti Rarin membawa classmate mereka beramai ramai.

Tali kasut converse aku yang terbuka aku ikat semula. Ikatan rambut aku yang longgar juga aku ketat dan kemaskan, tetapi apa yang aku buat pun aku tak tahu, getah rambut itu terputus sehinggakan jari aku terasa pedih.

" Haih masa ni jugak kau nak putus. dengan apa aku nak ikat rambut ni? Akar pokok? " Aku lantas membaling objek yang sudah putus itu jauh jauh. Terpaksa lah aku melepaskan rambut.

Mana Rarin ni? Beli aiskrim ke buat aiskrim? Aku dah lapar tengok ayam ni. Apa kata aku ambik je dulu? Kan, takkan Rarin nak marah. Perlahan lahan aku menyuakan tangan untuk mengambil seketul ayam tetapi satu suara membantutkan kelakuan aku.

" Amboi, tak nak tunggu orang lain dulu ke? " Tegur satu suara dari arah belakang. Suara lelaki?

" Tulah kan, kami pun nak makan ayam. " satu suara lagi.

" Dia lapar ni hehe. " Lagi.

Aku menoleh ke belakang dan pantas aku bangun. Maka bertembunglah anak mata aku dengan anak-anak mata tujuh orang lelaki yang juga berdiri menghadap aku. Aku kenal mereka...

" BTS.. " Sudah lama aku tidak memandang wajah mereka sebegini seperti dulu.

" Hai (YN)! lama tak jumpa kan? " Jungkook melambaikan tangannya ke arah aku, diikuti dengan senyuman comelnya.

Aku mengangguk.

" Tak rindukan kami ke? Kami rindukan awak. " Taehyung tersenyum di akhir kata.

Aku mengangguk lagi.

" Ini untuk awak. " Jhope menghulurkan aku sesuatu. Melihatkan dia seperti memaksa aku menerimanya, aku menadah tangan dan seutas rantai jatuh di tapak tangan aku. Rantai ni..

" Kenapa awak pulangkan semula rantai ni? Tahu tak, kami sedih dengan tindakan awak. " Suga berkata dan dipersetujui oleh member lain.

" Mianhaeyo. " Aku bersuara perlahan.

" Tapi kami pun nak minta maaf, kami yang paksa kawan baik awak buat rancangan ni. Kami yang paksa dia temukan awak dengan kami semula. " Seokjin tersenyum .

Oh! Patutlah beria ria ajak aku keluar. Rupanya berkomplot dengan mereka ni. Sedang aku bermonolog, mata aku terpandang kelibat seseorang sedang mengalih dahan dahan pokok kecil di tepi semak. Sedang cuba mengintai. Apabila dia perasan yang aku sudah ternampak kelibatnya, Rarin tersengih kekok lalu membuat isyarat tangan meminta maaf.

" Kalau tanpa dia, awak pun tak mahu jumpa kami. " Rapmon pula bersuara membuatkan aku sedikit terasa.

" Mianhaeyo. "

" Apapun, saya rindukan awak semua. " Aku cuba mengukir senyuman.

" Kalau awak rindukan kami, awak nak tak.. "

"... sertai kami lagi? " Soalan Jimin itu membuatkan aku tak tentu hala. bagaimana aku mahu menjawab soalan ini?

" Kami sangat harapkan awak terima nak jadi ahli kami lagi macam dulu. " Jimin menyambung lagi.

" Tapi, saya akan pertimbangkan dulu. " Aku menjawab. aku harap itu adalah jawapan terbaik untuk takat ini.

" Kami akan bagi awak masa. Kami tunggu. " Jhope tersenyum.

"Kamsahamnida. "

Apapun,terima kasih Rarin ! Akhirnya rasa rindu aku kepada mereka terlepas juga. Aku gembira melihat senyuman mereka kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience