Bab 16

Fanfiction Completed 23158

Aku berasa agak janggal malam ini kerana inilah kali pertama aku balik ke asrama dengan ahli yang lain bersama sama . dah berapa malam aku balik sorang sorang . tapi hari ni tak muehehe .

" (YN) ah, mari singgah asrama kami sekejap ." ajakan Jhope membuatkan aku menarik muka pelik .

aku tengok member yang lain sudah masuk ke dalam asrama mereka , hanya tinggal aku dan Jhope di hadapan pintu .

" err buat apa? " aku bertanya . memang kena tanya sebab aku takut menganggu diorang yang mesti penat lepas beberapa jam berlatih menari .

" beberapa hari lepas , Seokjin ada buat kimchi . dia ada simpankan kimchi dalam satu bekas untuk beri pada awak . jadi saya nak bagi itulah . awak masuklah dulu ." kata Jhope membuatkan aku tersenyum lebar .

nak jugak dia simpankan aku kimchi sekali .baiknya Seokjin oppa .

" Ohh ne . "

aku melangkah masuk ke dalam asrama mereka seperti yang diajak Jhope tadi . lelaki itu terus masuk ke dalam bilik perkongsiannya bersama Jimin dan Taehyung . mungkin untuk meletakkan jaket dan barangnya ke dalam bilik .

aku hanya berdiri di tengah tengah ruang tamu itu kerana takut nak duduk . aku bukan apa , aku risau jugak kalau Suga tiba tiba keluar dan terlihat aku duduk di sofa asrama mereka . mungkin dia tak suka .

" Kenapa tak duduk ?" tegur Jhope yang akhirnya keluar dari biliknya .

aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum . harap dia faham .

" sekejap ya, saya pergi ambil kat dapur ." kata Jhope lalu melangkah ke dapur sambil menyisir rambutnya ke belakang dengan tangan .

aku hanya menanti dengan tabah sebelum aku terdengar suara seseorang menjerit dari arah yang aku sendiri tidak pasti . diselang seli dengan bunyi seperti seseorang memukul lantai dengan kayu .

" arghh tikussssss !" jerit suara itu lagi sebelum mata aku terpandang satu makhluk yang berpajama sedang memegang kayu besbol .

Taehyung mengejar dengan sehabis upaya seekor tikus yang berlari mencari tempat yang selamat daripada menjadi mangsa kepada Taehyung yang ingin menghentamnya menggunakan kayu besbol .

" Tikussssss come here , you must dieeeeee !! " jerit Taehyung lalu melepaskan pukulan ke arah tikus itu namun tidak mengena .

aku hanya memerhatikan tikus tersebut kerana aku juga bimbang menatang itu datang ke arah aku dan bertindak memanjat tubuh aku demi menyelamatkan diri daripada Raksasa Tae .

" Woi kau nak ke mana? " Taehyung masih mengejar tikus tersebut yang sudah lari hingga ke rak tinggi yang menempatkan kasut kasut mereka .

" Dah dapat ke ? " Jimin keluar dari bilik dan menuju ke arah Taehyung yang sedang berlari anak menuju ke rak kasut .

tikus tersebut memanjat dinding ( tikus boleh memanjat kan? kalau tak boleh , anggap ajelah tikus kat asrama bts je boleh memanjat ) dan telah menghampiri kotak suis utama asrama tersebut .

Taehyung yang menggila hanya kerana seekor tikus melepaskan pukulan dengan kayu besbol tadi ke arah tikus itu . namun benda lain yang dipukulnya .

" WOI APESAL GELAP TETIBA NI ? "

aku juga antara makhluk yang gelabah dalam asrama itu . aku nak menjerit namun aku sedar yang aku di tempat orang .

" TAE! KAU PUKUL KOTAK SUIS UTAMA KE ?! " suara yang aku pasti milik Jimin itu menyapa pendengaran aku .

" MIANHAE !!" jerit Taehyung pula .

" WOI GELAP ! AKU TENGAH PAKAI KRIM MALAM NI !"

" WHERE'S MY PHONE !"

" AKU TAK NAMPAK BEKAS KIMCHI . OH MA HEARTEU, MY HEARTEU IS OH MY GOD !"

aku hanya berdiam diri dan mendengar bebelan mereka akibat kegelapan . Taehyung sudah tersasar pukulan sehinggakan kotak suis utama hancur dipukulnya . bapak kuat dia pukul !

aku mula mengingati di mana arahnya pintu . aku bertindak mengundur sebelum badan aku tersentuh dengan sesuatu yang aku rasakan bulat . bila aku pegang betul betul , aku pasti ianya tombol pintu .

aku memulas tombol tersebut dan pintu terbuka . cahaya lampu dari arah lalauan koridor serba sedikit menerangi ruang asrama mereka .

" Nugu?"

" err ni saya lah, (YN) . "

aku mencapai telefon aku di dalam poket sebelum menyuluh muka aku dengan menggunakan cahaya dari skrin telefon .

" (YN) ah, nah kimchi awak . awak baliklah dulu . kami nak telefon sesiapa yang boleh tolong tengokkan kotak suis . " kata Jhope lalu menghulurkan aku satu bekas berisi kimchi .

aku mengangguk lalu melangkah ke asrama aku . password ditekan sebelum meluru masuk ke dalam asrama .

fuhh akhirnya .

lampu dibuka dan aku bertindak merehatkan diri di atas sofa. ahh aku pun tahu penat juga lah .

dua saat ..

dua minit ..

sepuluh minit ..

sepuluh minit satu saat ..

loceng pintu aku ditekan , membuatkan aku berdiri tegak bagaikan askar yang bakal berangkat ke tempat perang . siapa pulak yang datang ?

aku terkocoh kocoh membuka pintu. dan sekali lagi aku agak terkejut melihat ahli BTS yang lain berkumpul di hadapan pintu asrama aku dengan bantal dan selimut di tangan masing masing .

" W-wae ?"

Jhope yang sekarang berada di hadapan aku menggaru kepalanya .

" tadi kami telefon manager hyung , dia suruh kami menumpang di asrama awak dulu . esok baru kotak suis utama tu dibaiki . " kata Jhope teragak agak .

dan aku juga bertambah tragak agak sama ada mahu membiarkan lelaki lelaki ini tidur di laluan koridor atau menjadi seorang yang baik hati untuk mengizinkan mereka tidur di asrama aku ,

" Boleh ke tak ? aku dah ngantuk ni ."

terkejut aku dengan suara garau milik Suga itu . membuatkan aku kecut perut .

" Kesiankanlah kami . " ujar Rapmon lalu mengangkat keningnya meminta jawapan dari aku .

" cepatlah, aku nak pinjam cermin kau ni , krim malam aku tak habis lagi sapu ." kata Jungkook pula dengan tangannya membawa sebotol krim malamnya . mukanya pula hanya sparuh disapu krim .

" Nak izinkan kami atau tak? saya nak makan . lapar . " ujar Seokjin pula sambil mengangkat sekotak donut berwarna warni serta pelbagai perisa .

aku tengok diorang ni kesian pula . ah tak apalah . bagi sahaja lah untuk malam ni .

" Iyalah, masuk . korang berpecahlah . empat orang tidur kat bilik kedua , yang tiga orang lagi boleh tidur kat bilik ketiga. " aku bersuara dan terus memberi laluan kepada mereka untuk masuk . Seokjin , Rapmon , Jhope dan Suga telah memilih bilik kedua manakala Jungkook , Jimin dan Taehyung tidur di bilik ketiga .

" Jaljayo (YN) ah. " ucap Jhope lalu mengusutkan rambut depan aku . dia tersenyum sekali sebelum mengekori yang lain masuk ke dalam bilik .

aku masih tersengih akibat perbuatan Jhope tadi .

" Ahh penat . aku pun patut tidur . "

" Jaljayo Bangtan Boys and One Girl." aku berkata seorang diri lalu melangkah masuk ke dalam bilik aku . hehe aku sendiri yang tambah 'One Girl' di belakang sebab aku bukan boys lah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience