Bab 21

Other Completed 13152

Mundar-mandir Ashhraff di dalam bilik. Sepanjang ketiadaan Ain, tubuhnya semakin susut. Penampilannya pun tidak terurus. Segalanya kelihatan begitu selekeh sekali. Jambang mula tumbuh meliar di pipinya. Rambutnya sudah hampir mencecah bahu. Sungguh berbeza dengan Ashhraff Syauqi yang dahulu.

Pertemuannya lewat petang tadi bersama Mr Chan belum memberikannya sebarang harapan. Sungguh bijak penculik itu kerana sudah sebulan namun tiada sebarang klu pun menjejakinya. Hanya beberapa tempat yang disyaki lokasi penyembunyiannya dapat dikesan. Namun apabila diserbu,ianya langsung tidak membuahkan hasil. Telefon di tangannya diputar-putar di atas meja. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada sebuah pesanan whatsapp yang masuk. Unknown number! Diamati nombor itu namun nombor itu tidak tersenarai dalam kenalannya. Belum sempat dia membaca pesanan itu, telefonnya berbunyi nyaring. Mr Chan!

"Encik Ashhraff.. Boleh encik datang ofis saya sekarang? Ada benda saya nak tunjuk encik."

"Baiklah Mr Chan. Dalam 30 minit saya sampai." Talian terus dimatikan. Kunci kereta dicapai. Balai polis. Ya, balai polis arah tujuannya! Pesanan whatsapp yang belum sempat dibacanya tadi dilupakan sebentar.

Ashhraff memanjangkan langkah. Panggilan yang baru diterimanya dari Mr Chan membuatkannya berdebar-debar. Hatinya berharap sangat ada berita baik mengenai isterinya. Sudah sebulan dia berjauhan dengan isterinya. Sudah sebulan dia tidak berinteraksi dengan anak dalam kandungan isterinya. Sudah sebulan juga hidupnya terasa kosong.

Sesampai saja dia di balai polis, Mr Chan sudah sedia menantinya di dalam ofis bersama dua mug kopi pekat. Ashhraff segera melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan dalam ofis tersebut setelah dipelawa oleh Mr Chan.

"Ada apa ye Mr Chan tiba-tiba nak jumpa saya? Petang tadi kan kita baru jumpa kat luar. Ada apa-apa perkembangan tentang isteri saya ke?"

"Begini encik.."

"Mr Chan, kan saya dah banyak kali cakap tak payah ber encik-encik dengan saya. Panggil Ashh je."

"Baiklah Ashh.. Macam ni.. Beberapa jam yang lepas anak buah saya telah menyerbu sebuah tempat yang dipercayai dijadikan sebagai lokasi penyembunyian isteri Ashh. Tapi malang sangat sebab semasa mereka sampai, isteri Ashh dan penculik itu sudah meninggalkan tempat itu terlebih dahulu. Pasukan saya cuma terlewat beberapa minit je." Mendengar penjelasan itu, Ashhraff menjadi berang.

"Damn it!" Serentak itu meja di hadapannya menjadi mangsa amukannya. Bergegar meja itu. Kopi pekat yang berada di atas meja tumpah sedikit.

"Sabar Ashh.. Pasukan saya masih berlegar di luar sana. Kalau rezeki, jumpalah penculik tu."

"Maaf Mr Chan. Saya terlalu mengikut emosi."

"Tak apa Ashh.. Saya faham. Jemput minum. Kopi bujang hehehe.." Ashhraff tersenyum.

"Susah-susah je Mr Chan."

"Tak ada masalah Ashh. Oh ya, sebelum saya terlupa. Semasa penyerbuan tadi, salah seorang anak buah saya terjumpa keychain ni. Ashh kenal ke?"

Keychain?? Berkerut dahi Ashhraff. Keychain yang berbungkus dengan plastik jernih di hadapannya dicapai. Keychain itu dibungkus dalam plastik jernih kerana ia merupakan bahan bukti. Keychain berbentuk hati dan terdapat siput-siput kecil serta rumpai laut di dalamnya diperhati. Lama dia membelek keychain tersebut. Bila anak matanya terpandang tulisan kecil disebalik rumpai laut itu dia tersenyum.

"Ini kepunyaan isteri saya Mr Chan. Ini buktinya." Ashhraff menghulurkan keychain tersebut dan telunjuknya terarah pada tulisan kecil dalam keychain tersebut. Berkerut dahi Mr Chan. Tiada sebarang tulisan pun yang dilihatnya. Cuma siput-siput kecil dan rumpai laut juga beberapa corak lain di bahagian rumpai laut itu. Melihat kerutan Mr Chan, Ashhraf berdehem.

"Eheemm.. Mr Chan guna lah kanta pembesar. Memang tulisan tu kecil sangat."

Mr Chan pun mengambil kanta pembesar yang berada di dalam lacinya dan cuba mengamati tulisan yang dikatakan Ashhraff sebentar tadi. Berkerut seribu dahinya apabila tidak menjumpai sebarang huruf pun pada keychain tersebut. Namun apabila dia memerhati pada bahagian rumpai laut tersebut, mata sepetnya membulat. Rupanya corak lain yang dilihatnya tadi adalah himpunan huruf abjad. Jelas tertera 'Ashhraff Syauqi & Ainul Syauqah luv until Jannah'.

"Kalau macam tu memang sah lah isteri Ashh yang diculik oleh seorang bekas banduan." Tuturnya bersahaja. Ashhraff terkejut.

"Bekas banduan?? Maksud Mr Chan?"

"Ya, Ashh. Kami sudah lama mengintip seorang lelaki. Dia terlibat dalam kes pembunuhan sepasang suami isteri lapan bulan yang lalu. Motifnya kerana tidak puas hati. Setelah disiasat, dia adalah bekas banduan yang dipenjara lima tahun lalu akibat kes cabul. Dan tak sangka orang yang menculik isteri Ashh adalah orang yang sama. Kami syak, suspek tersebut mengalami tekanan perasaan dan gangguan jiwa."

Ya Allah.. Dugaan apakah ini? Apakah nasib isteri dan anakku? Tidak semena-mena dia teringat akan pesanan whatsapp yang diterimanya tadi. Segera dia mencapai telefon bimbitnya lalu membaca pesanan tersebut.

'Assalamualaikum,abang. Apa khabar? Abang jangan risau Ain dan baby ok je. Ain cuma nak bagitahu, abang bagi contact number ni dengan polis. Ain dah aktifkan lokasi kat telefon ni supaya senang abang nak jejak Ain. Abang jangan call nombor ni ye. Bahaya kepada Ain dan baby. Ain tunggu abang datang bawa Ain balik. Ain rindukan abang. Jaga diri ye. Sayang abang.'

Tersentak Ashhraff membaca pesanan itu. Syukur isterinya masih selamat. Namun jiwanya masih tidak tenteram selagi isterinya belum selamat. Tidak sekali-kali selagi Ainul Syauqah masih berada jauh dari pandangan Ashhraff Syauqi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience