Bab 6

Other Completed 13152

Setelah mencapai kata sepakat, Encik Syaddad dan Puan Nurrin sebulat suara menjodohkan Ain dengan pemuda pilihan mereka. Jika hanya mendengar nama Ashhraff saja Ain sudah melarikan diri,bagaimana harus diteruskan juga hasrat anak saudara mereka itu. Mereka bimbang Ain masih dibayangi masa silam. Lagi pula, Ain kini sudah berusia 27 tahun.. Tinggal 3 tahun saja lagi dia mencecah gelaran 3 series.

Bukan niat mereka ingin menzalimi hidup Ain. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dan itulah yang abi dan ummi impikan. Tiada salahnya menyerahkan tugas menjaga puteri sulungnya kepada pemuda pilihan mereka. Pemuda itu cukup sempurna dari segi paras rupa mahupun kerjayanya. Ilmu agama yang ada juga mampu membimbing Ain dalam mencari cinta Illahi. Kini mereka tinggal menunggu persetujuan daripada Ain saja.

"Abi.. Ummi.. Ain setuju dengan lamaran itu."

"Abi tak salah dengar kan?"

"Tak abi. Ain terima lamaran itu. Oleh kerana sekarang ni Ain dah rasmi jadi tunang orang,abi dan ummi buatlah persiapan. Kalau boleh, Ain tak nak diadakan majlis persandingan. Cukuplah buat yang wajib je."

"Terima kasih,sayang.. Ummi gembira sangat."

Ain hanya tersenyum tawar.

xoxoxoxoxo

"Assalamualaikum Ain. Abang ni." Berderau darah Ain mendengar suara itu. Apa lagi dia nak? Dengan terpaksa Ain menjawab.

"Waa..waalaikum..mussalam.. Ada apa awak?" Hishh Aakiff ni main pass telefon macam tu je. Ingatkan siapa tadi.

'Awak?? Ain tak sudi panggil abang ke?' namun kata-kata itu hanya di dalam hati saja. Tak sanggup untuk diluahkan.

"Emm abang nak jumpa Ain kejap boleh? Ada benda abang nak cakap. Abi dan ummi izinkan." Hanya desahan nafas Ain yang kedengaran di corong telefon itu. "Abang tahu Ain takut nak bersemuka dengan abang. Tapi untuk yang pertama dan terakhir kalinya, abang merayu dengan Ain. Please Ain."

Ain menggaru kepala yang tidak gatal. Dia dah tahu ke? Ni mesti kerja Aakiff. Kiff,kau memang nak kena dengan akak ni. Dulu bukan main lagi kau janji takkan bocor rahsia akak. Sekarang ni apa kes??

"Hmmm" Cuma itu yang terlafaz dibibir Ain. Nak tak nak Ain terpaksa bersetuju. Lagipun bulan depan dah nak nikah. Mesti lepas ni dah tak boleh nak keluar sesuka hati. Nak kena minta izin suami pulak. Suami?? Gulpp!! Liur di telan perlahan.

Cukup dengan lafaz itu, Ashhraff bersorak keriangan. Otaknya ligat menyusun patah-patah perkataan yang bakal dikatakan kepada Ain.

"Terima kasih, Ain" ucapnya perlahan lantas menamatkan perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience