Bab 16

Other Completed 13152

Jarum jam menunjukkan angka 7. Tapi bayang Ain masih belum kelihatan. Ashhraff gelisah. Timbul rasa bersalah kerana tidak menemani isterinya. Dari jam 3 isterinya tidak dapat dihubungi.

Kepulangannya ke rumah lewat tengahari itu begitu menghampakan. Sengaja tidak dimaklumkan awal-awal kepada isterinya. Kononnya nak bagi surprise buat Ain. Alih-alih dia yang dapat surprise dengan ketiadaan isterinya. Hatinya yang sedang rindu itu menjadi risau dan semakin galau.

Oppo F4 dicapai. Buat kesekian kalinya, nombor telefon bimbit Ain dihubungi lagi. Telefon dihempas ke atas tilam (takkan kat lantai kot. Mahal tuh). Geram apabila panggilannya hanya bersambung ke peti mel suara. Kunci kereta dan dompet dicapai. Hala tujunya kini adalah rumah abi dan umi!

xoxoxoxoxo

"Ehh Ashh... Datang tak bagitahu. Ain mana?"

Ashhraff mengeluh. Soalan abi membuatkan fikirannya bertambah kusut. Fikirnya Ain berada di sini. Namun sangkaannya meleset.

"Ashh"

"Err abi.. Ashh datang ni sebenarnya nak cari Ain. Ain takde kat sini ke?"

"Apa??? Bukan Ain dengan Ashh ke? Ain tak pernah datang sini tanpa ditemani Ashh.. Ya Allah.. Rin!"

Mendengar namanya diseru, bergegas ummi mendekati suami dan menantu sulungnya.

"Ada apa bang? Ashh datang sendiri ke? Ain mana?"

"Ain hilang, Rin. Sebab tu Ashh datang kat sini."

Ummi tergamam. Serta merta terbayang wajah Ain. Ke manakah arah tujuan puteri sulungnya itu? Hatinya dipagut gelisah yang menggunung.

Ain seorang yang kurang gemar bergaul dengan orang luar. Kerana itu dia berhenti kerja. Katanya tidak selesa terlalu terlibat dengan orang luar. Lagipun pinjaman PTPTN nya sudah dibayar balik. Disebabkan itu jugalah dia tidak mempunyai teman rapat dan kenalan yang ramai. Amat mustahil sekali jika dikatakan bahawa Ain sedang berkunjung ke rumah temannya. Kerana dia tidak mempunyai rakan karib walau seorang pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience