Bab 7

Other Completed 13152

Ain meramas-ramas jarinya. Peluh yang merenik didahi diseka perlahan menggunakan belakang tangan. Bibirnya terkumat-kamit. Entah apa yang dituturnya. Lagaknya seperti tengah berzikir. Aakif di sisi dipandang dengan ekor mata. Cool saja. Tak macam Ain yang gelabah. Duduknya juga tidak selesa.

Ashhraff yang memandang dari kejauhan hanya mengulum senyum. Sengaja dia melewat-lewatkan masa bertemu pujaan hatinya. Kalau diikutkan rasa hati, ingin saja dipeluk gadis itu. Namun akalnya sentiasa menegah.

"Bismillah.." Bersama kalimah itu, Ashhraff melangkah ke arah Ain dan Aakif. Sedikit menggeletar salam dihulurkan.

Aakif menyambut salam sambil mempelawa Ashhraff duduk. Ain yang sedari tadi gelabah bertambah gugup. Pandangan dijatuhkan ke bawah. Enggan melihat ke hadapan. Bimbang andai dirinya pengsan lagi. Wajah bengis itu masih terbayang-bayang.

"Ain.."

Tersentak dia mendengar teguran itu. Suara itu begitu lembut sekali. Tidak seperti 5 tahun dahulu. Perlahan dia mengangkat pandang ke arah jejaka di hadapannya. Ain ternganga.. Terlongo.. Terkejut.. Terkaku.. Tercengang.. Dan semua terrr apabila melihat wajah bersih milik Ashhraff. Wajah itu begitu tenang dan mendamaikan. Kalau dulu wajah itu begitu bengis. Dengan rambut panjang mencecah bahu dan kumis meliar tidak dijaga rapi. Tetapi kini segala-galanya sudah berubah 100%.

Ashhraff tersenyum melihat reaksi Ain. Kalau sebelum ini Ain siap pengsan melihatnya,tapi kali ini lain pula. Dia pun tidak menyangka begitu sekali reaksi Ain terhadapnya. 'Adakah peluang untukku, wahai Ainul Syauqah?'

"Aa..awak nak cakap apa?Ain..Ain tak boleh lama." Ain bersuara memecahkan kesunyian. Lagipun dia tidak betah apabila anak mata Ashhraff hanya tertumpu kepadanya.

"Ain,abang rasa baik abang direct to the point je lah.. Lagipun tak manis kita jumpa lama-lama. Kita bukan muhrim biarpun Ain ditemani Aakif. Eemm sebenarnya abang nak tanya Ain. Sudi tak Ain jadi pendamping abang? Jadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang kelak?" Sedikit bergetar suaranya menuturkan ayat itu.

Terbeliak mata Ain mendengar lamaran itu. Tidak menyangka hal itu yang akan diutarakan Ashhraff kepadanya. Aakif dipandang lama. Mohon penjelasan. Dilihat adiknya hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan apa yang baru saja didengarinya.

Lama Ain berfikir. Wajah Ashhraff dipandang sedalam-dalamnya. Jauh nun di sudut hatinya memang ada suatu rasa buat Ashhraff. Cinta. Ya cinta.. Sejujurnya ada rasa cinta buat insan itu.. Namun rasa cinta kepada-Nya melebihi segalanya.
Ain nekad.

"Maafkan Ain, Ashhraff.. Ain tak boleh terima lamaran ini. Ain sebenarnya tunangan orang. Tunang kepada jejaka pilihan abi dan ummi. Jejaka yang akan jadi pendamping Ain. Maafkan Ain. Awak carilah wanita yang lebih layak. Ain tak layak. Maaf sekali lagi." Habis saja melafazkan ayat itu, Ain bingkas berdiri dan melangkah tanpa menoleh ke belakang. 'Maafkan Ain, Ashh..'

Demi cinta kepada-Nya Ain rela menggembirakan abi dan ummi. Demi cinta kepada-Nya Ain rela menolak lamaran Ashhraff sekaligus memunahkan harapan jejaka itu. Dan demi cinta kepada-Nya Ain menghancurkan hati sendiri.

'Aku rela andai itu takdirku. Kerana cinta kepada-Mu lebih menuntutku..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience