Bab 25

Other Completed 13152

Kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena kepulangan Ain yang diadakan di rumah Encik Syaddad dan Puan Nurrin selesai tepat pukul 10 malam. Sejak tengahari tadi tidak putus-putus sanak saudara dan jiran tetangga mengunjungi rumah mereka. Masing-masing memanjatkan kesyukurun kepada-Nya kerana Ain selamat pulang ke rumah setelah sebulan lebih menjadi mangsa penculikan. Ain yang teramat letih segera merehatkan diri di dalam bilik.

"What Mr Chan? Orang yang menculik Ain adalah orang yang sama mencabul Ain lima tahun lepas?" Soal abi dengan riak terkejut. Sungguh dia tidak percaya apabila dikhabarkan tentang khabar itu.

"Ya, Encik Syaddad. Kami telah menyoal siasat suspek. Berdasarkan siasatan kami, segala jenayah yang dilakukan suspek adalah disebabkan Puan Ainul."

"Apa kaitan Ain pula Mr Chan? Kami tak faham." Giliran ummi pula meluahkan rasa.

"Begini encik, puan. Mengikut siasatan yang telah kami jalankan, suspek sudah lama menaruh hati kepada Puan Ainul. Disebabkan pada waktu itu dia seorang penagih, dia menjadi malu untuk berhadapan dengan Puan Ainul. Pengaruh dadah yang diambilnya menyebabkan dia bertindak mencabul Puan Ainul lima tahun lalu. Akibat tidak berpuas hati, dia merancang ingin menikahi Puan Ainul setelah bebas dari hukuman penjara. Namun hajatnya tidak kesampaian apabila ayahnya iaitu Encik Karim membatalkan pernikahan tersebut. Hal itu menyebabkan dia mengambil tindakan drastik dengan membunuh ayah dan ibunya lapan bulan lalu. Selepas itu dia merancang dengan teliti untuk menculik Puan Ainul. Kami mengesyaki dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan jiwa."

Semua yang mendengar penjelasan Mr Chan hanya tercengang. Tidak sangka lelaki itu terlalu obses dengan Ain sehingga dia nekad melakukan perkara sedemikian.

"Tapi Mr Chan, setahu saya nama bekas tunang Ain adalah Hafiz. Penculik ni nama dia Faqeh kan?" Soal abi ragu-ragu. Sebenarnya dia tidak mengecam wajah orang yang pernah mencabul Ain lima tahun lalu.

"Untuk pengetahuan encik dan semua, nama suspek Hafiz Nur Faqeh."

Usapan pada pipinya menyentakkan lamunannya. Serta merta ingatannya tentang kejadian petang tadi terbang melayang. Dia menoleh ke kiri. Kelihatan Ashhraff merenungnya mesra. Ain melentokkan kepala di bahu suaminya. Tangan Ashhraff memeluk mesra bahu Ain. Sungguh hatinya kini berasa sangat tenang. Ubun-ubun isterinya dicium lembut. Perut Ain pula diusap penuh rasa kasih.

"Sayang, terima kasih kerana masih berada di hadapan abang. Abang tak tahu bagaimanakah kehidupan abang sekiranya sayang pergi lagi dari pandangan mata abang. Tempoh sebulan lebih kita berjauhan tanpa sebarang berita membuatkan abang sasau. Abang benar-benar nanar. Janji dengan abang, sayang takkan pergi jauh dari abang lagi ye." Ain senyum.

"Abang, dalam hidup ni kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku. Kita hanya merancang tapi semua tu Allah yang tentukan. Jika Allah berkata, KUN FA YAA KUN maka ianya pasti akan terjadi. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selagi Ain masih isteri kepada Ashhraff Syauqi, selama-lamanya Ain akan berada di hadapan mata abang. Selama mana Ain masih bernafas di muka bumi ini, selama itulah cinta Ain hanya buat seorang Ashhraff Syauqi."

Ashhraff merenung ke dalam anak mata isterinya. Sungguh dia takut akan kehilangan Ain sekali lagi. Mujurlah isteri dan anaknya selamat. Ain akhirnya ditarik ke dalam dakapan. Sungguh rasa rindunya pada Ain tidak terucap dengan kata-kata.

"Abang sayang Ain selamanya."

"Ain milik abang selamanya."

Serentak itu bibir Ain dipagut lembut penuh syahdu. Dan malam pun berlabuh menutup tirainya. Meninggalkan pasangan yang ingin melepaskan kerinduan selepas sebulan lebih tidak bersua.

Benarlah kata orang, setiap kepahitan yang kita rasai pasti akan dibalas dengan seribu satu kemanisan kelak. Semoga hubungan yang diberkati akan berkekalan hingga ke akhirnya. Andai itu takdir buat Ainul Syauqah dan Ashhraff Syauqi, redhalah akan kehendak-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience