Bab 24

Other Completed 13152

Faqeh memberhentikan kereta. Ashhraff di sebelahnya dipandang. Keluhan kecil dilepaskan. Segugus kunci pada dashbord disuakan kepada Ashhraff. Pondok usang di hadapannya dipandang sayu. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan Ain, namun kebahagiaan wanita itu harus diutamakan. Rahangnya yang sedikit sengal akibat penangan Ashhraff tadi diurut perlahan.

"Pergi lah, Ashh.. Bawa Ain keluar dari tempat tu. Dia cuma menginginkan suaminya yang membawanya keluar dari tempat tu. Kau jangan risau. Aku tak tipu kau. Aku takde buat sebarang perangkap pun."

Ashhraff mendengus kuat. Geramnya masih berbaki. Kalau diikutkan hati ingin saja dilenyek-lenyek hingga lumat lelaki di hadapannya itu. Namun dia masih mempunyai hati dan perasaan. Pintu kereta segera dibuka. Belum sempat dia melangkah keluar, tangannya ditarik lembut. Dia berpaling.

"Maafkan aku, Ashh."

Ashhraff hanya membiarkan. Dia segera melangkah keluar dan menuju ke pondok usang dihadapannya. Gugusan kunci digenggam erat. Langkah diatur secepatnya.

Faqeh yang masih berada di dalam kereta hanya mampu memandang. Marah sungguh Ashhraff padanya. Namun bila difikirkan semula, memang patutlah Ashhraff melepaskan amarahnya. Siapapun yang berada di tempat Ashhraff pasti akan melakukan hal yang sama. Mujurlah Ashhraff cuma memberikan sebiji dua penumbuk ke mukanya. Kalau orang lain belum tentu dia masih berada di sini. Telefon bimbit dicapai. Nombor seseorang didail. Dia nekad!

Sampai saja Ashhraff di pondok usang itu, dengan segera mangga dibuka. Pintu ditolak. Matanya meliar memandang sekeliling. Seisi pondok itu nampak terlalu usang. Ada beberapa keping atap yang sudah bocor. Sebuah bilik menarik perhatiannya. Terdapat sebuah lagi mangga pada pintu bilik itu. Hatinya semakin berdebar. Di dalam bilik itukah isterinya dikurung? Hatinya diruntun hiba.

Sebaik saja mangga pada pintu itu berjaya dibuka, Ashhraff pantas menolak daun pintu. Berkeriut bunyinya. Terbias dimatanya susuk tubuh lengkap bertelekung sedang sujud membelakanginya. Ain kah itu?

xoxoxoxoxo

Seusai mengucapkan salam, lama Ain duduk berteleku di atas sejadah. Hanya kepada-Nya dia mengadu segala rasa hatinya. Dan hanya kepada-Nya juga dia berdoa agar dirinya selamat dan bebas kembali. Pada-Nya diluahkan rasa rindu buat suami dan keluarganya. Dalam pada dia berzikir, terasa dirinya diperhatikan. Dengan lafaz bismillah, Ain berpaling.

Terkaku. Terkejut. Terpegun. Dan semua terr Ain rasakan. Adakah kerana rasa rindu yang menebal buat suaminya sehingga lelaki yang memandangnya itu kelihatan seperti suaminya? Atau adakah dia sedang bermimpi?

"Ain.." Ain terkedu. Suara itu! Pipinya dicubit. Sakit. Sah dia tidak bermimpi. Mungkin itu cuma khayalannya saja. Lantas dia memejamkan mata dan menggeleng-gelengkan kepala.

"Ain, abang datang ni. Abang datang bawa Ain keluar dari sini. Jom, sayang." Melihat reaksi Ain, Ashhraff segera mendekati. Dia yakin isterinya tengah terkejut. Tangan Ain dicapai.

"Ni abang, sayang. Abang rindukan Ain." Ain membuka mata perlahan-lahan. Tangannya ingin menyentuh pipi Ashhraff. Terketar-ketar tangannya. Tidak percaya dengan apa yang terjadi saat ini.

"Aaabb... Aaabaangg.."

Sejurus selepas itu Ain menyembamkan wajahnya pada dada bidang milik suaminya. Sungguh dia tidak bermimpi. Sungguh dia tidak berkhayal. Ashhraff betul-betul di hadapannya kini. Lama mereka dalam keadaan itu. Meluahkan rasa rindu melalui perbuatan. Tiada kata-kata yang terlahir antara mereka. Seketika kemudian kedengaran bunyi siren polis. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum menuju ke luar pondok.

Di luar pondok kelihatan dua buah kereta polis. Faqeh yang masih berada di dalam keretanya melangkah keluar dan menuju ke arah polis. Tangannya disuakan. Dia nekad. Dia yang memulakan semua ini dan cuma dia saja yang boleh mengakhiri segalanya.

"Faqeh, apa kau buat ni? Macamna polis sampai ke sini? Aku takde maklumkan sesiapa pun aku ke sini dengan kau."

Biarpun Faqeh melakukan kesalahan yang cukup besar padanya, namun tidak tergamak rasanya Faqeh diperlakukan seperti itu. Meskipun Faqeh merupakan bekas banduan dan salah seorang penjenayah yang dikehendaki polis namun dia masih belum memutuskan untuk menyerahkan Faqeh kepada pihak polis.

"Ashhraff, aku yang telefon Mr Chan tadi. Aku yang suruh dia hantar pasukannya ke sini. Maafkan aku Ashh, Ain. Aku terlalu mementingkan diri sendiri hingga menyebabkan korang terseksa. Aku yang memulakan semua ini, jadi aku juga yang harus menamatkannya."

"Tapi, Qeh.."

"Tak apa, Ashh.. Aku yang pilih jalan ini. Aku kan dah janji dengan kau, Ashh. Hafiz Nur Faqeh kembalikan Ainul Syauqah kepada Ashhraff Syauqi. Aku doakan semoga korang bahagia hingga ke Jannah. Maafkan aku, kawan. Assalamualaikum."

Faqeh berjalan menuju ke kereta polis. Tanpa paksaan dia masuk ke dalam kereta tersebut. Lega hatinya. Biarlah undang-undang yang memberikan hukuman di dunia kepadanya. Hukuman di akhirat hanya Allah yang boleh memberikan hukuman buatnya. Biarlah semuanya berakhir di sini. Pasti pintu taubat buatnya masih terbuka luas. Sudah terlalu banyak dosanya. Hingga dia merasa jijik dengan diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience