Bab 3

Other Completed 13152

Suasana kampung begitu nyaman sekali.Ain begitu sukakannya.Tapi apabila mengingatkan anak mak long,Ain jadi kecut perut. Dengan sepupu lain ok lagi tapi dengan yang satu ni.. Huh! Dahulu sering saja Ain mengikut abi dan ummi balik ke kampung.Hinggakan sanggup ponteng kuliah semata-mata ingin menikmati suasana kampung.Namun disebabkan peristiwa itu,Ain memendamkan saja keinginannya.

Sejak dari peristiwa itu Ain terpaksa mencipta pelbagai alasan apabila abi dan ummi mengajaknya untuk pulang ke kampung.Dari zaman kuliah hingga ke alam pekerjaan,sekali pun dia tidak pernah lagi menginjakkan kaki ke kampung halaman.Dipekakkan saja telinga saat ummi memerlinya.Dikeraskan hati pabila ummi memujuknya.Dikuatkan semangat tatkala Asyah merayunya.Cuma Aakif saja yang memahami.

Aakif..Ya Aakif,adik bongsunya.Aakif baru berusia 20 tahun tapi sifatnya yang sentiasa cool itu saja yang cukup memahami sikap Ain.Tidak ummi.Tidak abi.Dan tidak Asyah adik perempuan kesayangannya.Cuma Aakif saja yang tahu tentang peristiwa tersebut.Antara Ain dan anak lelaki pak ngah.Hingga kini,rahsia itu masih tersimpan kemas tanpa ada siapa dapat membuka simpulannya.

Kini sudah 5 tahun peristiwa itu berlalu..Dan sepanjang tempoh itu jugalah Ain tidak pernah menjejakkan kaki ke kampung sehinggalah hari ini.Semuanya kerana abi dan ummi.Tak sanggup rasanya berterusan menyakiti hati dan perasaan kedua insan yang amat disayanginya itu.

"Huh" keluhan kecil dilepaskan lagi.Hailah Ain..Sampai bila kau nak berhenti mengeluh.

"Awak???Ain kan?Abi suruh abang bagi baju ni kat Ain.Katanya nanti Ain boleh tolong iron baju abang sekali.Boleh tak ni?"

Dalam sibuk melayan perasaan,Ain dikejutkan dengan suara itu.Pantas dia menoleh dan...

Hampir gugur jantung Ain memandang wajah itu.Lutut berketar.Rasa macam nak tercabut je.Skru dah longgar agaknya..Alamak!!Dalam banyak-banyak 'benda',kenapa 'benda' yang nak dijauhi ni juga datang mendekat?Apa aku nak jawab ni?Abi ni pun kenapa nak suruh 'benda' ni datang dekat Ain.Dah tahu kelemahan orang kan.Dah tu siap ber'abang' bagai..Ain tak ada abang la..Uuwwwaaaa nak nangis.Tolong Ain ummi...

"Ain..Ain dengar tak abang tanya tadi?"

Aduusss!!! 'Benda' ni belum pergi lagi rupanya.Seluruh badan terasa sejuk.Tekak terasa kembang.Bibir dan muka Ain sudah pucat lesi.Dah serupa mayat hidup.Kepala mula pusing.Mata berpinar.

"Ummi" serunya perlahan lalu jatuh pengsan.

"Ain!!!Abi!!Ummi!!" Ashhraff kaget..Ain pengsan??

**********

Ain membuka mata perlahan..Kepala yang masih rasa berpusing dilurut perlahan.Dia cuba mengingat kembali peristiwa yang menyebabkannya pengsan.Belum sempat dia berfikir,pintu diluak dari luar.

"Assalamualaikum.Ain dah sedar?" Serta merta Ain menjatuhkan pandangan ke arah pintu.Gulpp..Air liur ditelan kasar.Tidak semena-mena Ain pengsan untuk kesekian kalinya.

Ashhraff tercengang.Dia menilik seluruh tubuhnya.'Aku ni nampak macam hantu ke?Dah dua kali budak ni pengsan tengok aku',bisiknya sendiri.

"Haa Ashhraff..Apsal kamu tercegat kat pintu tu?Ain dah sedar dari pengsan ke?" tanya abi.Ashhraff menggaru kepala yang tidak gatal.Nak jawab apa ni..Bibir digigit perlahan.Tangan mengusap belakang leher.

"Ehh abi..Ain tadi dah sedar.Tapi lepas tengok Ashh,dia pengsan balik" ,ujarnya sambil tersengih.

"Hishh..Ain..Ain..Sampai bila agaknya berterusan begini?" ujar abi dengan satu keluhan kecil.

Ashhraff yang mendengar kebingungan.

"Kenapa dengan Ain abi?" soalnya perlahan.Meski lelaki di hadapannya ini adalah pak cu nya,namun lidahnya sudah terbiasa memanggilnya sebagai abi.

"Ashh tak tahu ke?"giliran abi pula menyoalnya.

" Tahu apa?" kepala digaru perlahan.Semakin tidak faham dengan apa yang berlaku kini.Abi hanya tersenyum dan menepuk perlahan bahu Ashhraff sebelum memautnya mesra.

Ashhraff semakin keliru.Seolah-olah ada perkara yang disembunyikan daripada pengetahuannya.Apa yang semua orang sembunyikan daripadanya?Kenapa Ain terkejut selepas melihat dirinya?

Pelbagai persoalan dan andaian timbul didalam benaknya.Selepas 5 tahun baru bersua muka dengan gadis itu.Lain yang diharapkannya malah lain pula yang terpampang di birai matanya akan reaksi Ain apabila melihatnya.Rasa kecewa memenuhi segenap pelusuk hatinya.

"Ain.." bisiknya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience