Bab 23

Other Completed 13152

Deringan telefon bimbit Ashhraff membantutkan kerjanya. Skrin telefon dijeling sekilas. Unknown number! Serta merta jantungnya berdegup kencang. Mungkin Ain, fikirnya. Tanpa berfikir panjang, panggilan itu disambutnya.

"Assalamualaikum.. Ashhraff ke?" Ashhraff tersentak. Semangatnya yang berkobar-kobar ingin menyambut panggilan itu tadi jatuh merundum. Lain yang diharap, lain pula yang datang menjelma.

"Waalaikumussalam.. Ya, saya. Encik ni siapa? Ada apa hal cari saya ye?" Jawabnya berbasa-basi.

"Weeyy Ashh.. Ni aku, Faqeh."

"What?? Faqeh? Mana kau dapat nombor aku ni? Hari tu kita tak sempat pun bertukar nombor."

"Adalah.. Ni, aku ada something nak bagitahu kau. Boleh kita jumpa kat mana-mana? Urgent." Mata Ashhraff membulat. Penting sangatkah hingga mahu berjumpa?

"Apa yang penting sangat tu? Tak boleh bagitahu dalam telefon je ke? Aku sibuk sikit lah Faqeh. Kerja kat ofis banyak tertangguh."

"Please Ashh.. Ni antara hidup dan mati. Aku tahu kau masih rasa tak selesa dengan aku sebab Ain kan? Aku janji ni kali terakhir aku muncul depan korang. Lepas ni aku takkan kacau korang lagi."

Ashhraff tersentak. Faqeh tahu darimana Ain adalah isterinya? Baru sebentar tadi dia dikejutkan dengan panggilan dari Faqeh. Dan kini?? Seingatnya sekalipun tidak pernah dia menceritakan pada Faqeh bahawa Ain adalah isterinya pada pertemuan dahulu. Lagi pula, Faqeh pun tidak menberitahu bahawa dia mengenali siapa isterinya.

"Ashh.. Kau ada lagi tak? Please Ashh.. Aku dah tak boleh ni. Aku dah tak tahan. Kita jumpa sekarang, ok?"

"Ok lah.. Dalam lima minit aku gerak. Aku kena kemaskan fail yang bersepah ni. Kau kat mana ni?"

"Aku kat kafe seberang ofis kau, Ashh. Aku tunggu kau kat sini."

Panggilan ditamatkan. Ashhraff tertanya-tanya. Terlalu banyak tentang dirinya yang diketahui Faqeh. Tentang Ain. Nombor telefon. Malah tempat kerjanya juga. Entah perkara apa yang ingin disampaikan Faqeh kepadanya. Segera dia mengemaskan fail-fail yang bersepah. Ingin segera bertemu bekas teman rapatnya dulu.

xoxoxoxoxo

Dari jauh terlihat Faqeh melambai-lambai kepadanya. Wajahnya cukup serabut. 'Faqeh ada masalah ke? Entah-entah kena kejar ah long. Tu yang dia cakap antara hidup dan mati.' fikir Ashhraff. Sesampainya saja dia di hadapan Faqeh, lelaki itu terus melutut memegang kakinya. Terkebil-kebil mata Ashhraff memandangnya. Orang-orang disekeliling mereka mula berbisik sesama sendiri.

"Eehhh Faqeh.. Kau ni dah kenapa? Tadi kata ada hal urgent nak bagitahu aku. Apa yang urgent sangat tu? Bangunlah weyyhh!! Orang semua tengok kita ni. Tak pasal-pasal aku dicop gay."

Faqeh segera melepaskan pautan pada kaki Ashhraff. Wajah dihadapannya dipandang penuh rasa bersalah. Berpeluh-peluh dahinya. Bimbang andai Ashhraff melenting saat diberitahu akan perkhabaran itu. Jarinya disulam sesama sendiri.

"Qeh.. Kau kena kejar dengan ah long ke? Berapa banyak duit kau pinjam? Kalau aku ada lebih, bolehlah aku tolong kau sikit-sikit." Faqeh panggung kepala. Mulianya hati Ashhraff sehingga sanggup meminjamkan wang kepadanya. Tetapi bukan wang yang menjadi masalahnya.

"Tak.. Aa.. Aakk.. Aakkuu mmm mmiinn minta maa maaaf, Ash." Dengan susah payah ayat itu dituturkannya. Ashhraff senyum.

"Kalau tentang hal lama tu aku dah maafkan, Qeh. Aku yakin Ain pun dah maafkan kau. Kau janganlah macam ni. Apa masalah kau sebenarnya? Cerita kat aku."

"Aku minta maaf, Ashh.. Aku menyesal sangat. Aku terlalu ikut perasaan. Aaaku tak tahu nak buat apa."

"Tarik nafas, Faqeh.. Cool down ok. Cerita kat aku pelan-pelan ye."

"Kau janji jangan melenting boleh? Bagi aku jelaskan semua dulu. Lepas tu kau nak buat apa, terserahlah."

"Aku nak melenting buat apa, Qeh? Kau ni ada-ada je lah." Faqeh menarik nafas panjang.

"Pasal Ain, Ashh." Serta merta wajah Ashhraff berubah. Namun ditenangkan hatinya.

"Kenapa dengan Ain?"

"Ain ada dengan aku. Please Ashh.. Jangan melenting dulu. Aku nak kau dengar penjelasan aku dulu." Ashhraff menyabarkan dirinya. Tangannya digenggam erat. Cuma menunggu masa untuk menyentuh wajah Faqeh. Giginya diketap.

"Kau yang culik Ain ke? Kenapa Faqeh? Tak cukup kah lima tahun dulu kau cuba perkosa dia? Sekarang kau culik Ain. Apa yang kau dah buat pada isteri dan anak aku?" Sedaya upaya Ashhraff cuba mengawal amarahnya. Penjelasan Faqeh harus didengar dahulu.

"Maafkan aku, Ashh. Aku mengaku aku bertindak melulu tanpa berfikir dahulu. Aku sakit hati lihat kau bahagia dengan Ain. Kau pun tahu kan dari dulu aku pun sukakan Ain. Dan peristiwa lima tahun lalu buat aku bertekad untuk balas dendam terhadap kau. Aku puas lihat Ain fobia dengan kau. Tapi sekarang semuanya baik-baik kan? Tambah-tambah lagi korang dah jadi suami isteri. Tak lama lagi Ain akan bersalin. Aku dah tak sanggup, Ashh. Aku menyesal. Aku janji aku akan kembalikan Ain pada kau semula. Aku akan tunaikan permintaan Ain. Walaupun Ain tak pernah ucapkan pada aku tapi aku tahu melalui matanya. Aku dah tak tahan lihat orang yang aku sayang menderita lebih lama lagi, Ashh. Ampunkan aku, Ashhraff."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience