Bab 15

Other Completed 13152

Mencerlung matanya saat memandang pasangan yang sedang bergelak ketawa itu. Siap bersuap bagai. Hatinya yang sememangnya panas kini sudah berapi. Tinggal menunggu masa untuk meletuskan lavanya saja.

Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap wanita itu. Sememangnya dia memang menyimpan hasrat menyuntingnya. Susah payah dia mengatur strategi untuk memiliki wanita itu,namun satu pun tidak berhasil.

Parut sepanjang 5 inci didahinya disentuh perlahan. Luka itu sudah sembuh sepenuhnya. Hanya parut bekas jahitan saja yang terzahir. Namun luka di hatinya takkan pernah sembuh selagi wanita itu tidak dapat ditakhluki. Wanita itu harus menjadi miliknya seorang. Tidak kira hidup atau mati! Itu janjinya.

xoxoxoxoxo

Hari ini Ain terpaksa pergi buat check up sendirian. Ashhraff suaminya tidak dapat menemani kerana tuntutan kerja yang tak dapat dielakkan. Mahu tak mahu Ain terpaksa menghubungi teksi. Nak drive sendiri? Huh jangan harap! Awal-awal lagi Ashhraff sudah menegahnya.

"Sayang, abang minta maaf tak dapat teman sayang pergi check up. Bos panggil abang. Ada masalah sikit kat ofis tu. Nanti sayang call teksi ya."

"Alaa.. Ain kan boleh drive sendiri. Leceh lah nak naik teksi ni."

"Haipp... Sayang jangan nak banyak songeh ehh. Abang tak benarkan sayang drive sendiri. Bahaya tahu tak."

"Hmm yala-yala." Huh! Drive sendiri kan senang. Nak call teksi satu hal.. Tunggu teksi sampai lagi satu hal. Ashhraff segera mendekati Ain saat menyedari isterinya yang jelas kelihatan aura merajuknya. Tubuh Ain diraih dalam dakapannya.

"Sayang jangan lah macam ni.. Abang buat macam ni untuk keselamatan sayang dan baby. Sayang tak boleh drive lagi. Buatnya sayang stress time drive macamna?" Sebuah kucupan dihadiahkan di dahi isteri. Ain memuncungkan bibir. Saja je nak bermanja dengan suami terchenta. Kikikii

"Aik.. Dah bagi kiss kat dahi masih tak jalan? Heemm do you want more than that, sayang?" Bisik Ashhraff penuh romantis. Menyedari mood suaminya yang sudah bertukar romantik itu, Ain segera melarikan diri.

"Abang jangan nak mengada ehh.." Meletus tawa Ashhraff. Hai lah Ain. Baru acah sikit dah kecut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience