Bab 9

Other Completed 13152

Setelah beberapa jam menanti akhirnya pintu ICU dibuka.. Terpacul wajah doktor yang merawat Ain. Semua orang yang berada di hadapan bilik itu memandang tepat ke arah doktor muda itu.

"Waris Ainul Syauqah?" tanyanya kepada abi.

"Ya,saya ayahnya. Anak saya tak apa-apa kan?" Soalnya. Riaknya penuh kebimbangan.

"Err begini encik.. Anak encik disahkan menghidap tumor otak. Tumor otak yang dihidapi ni sudah semakin teruk because its in a final stage. I think you have to prepare.. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Harap encik sekeluarga dapat bersabar dengan berita ini." Terang doktor tersebut.

Bagaikan batu dihempap ke atas kepala Ashhraff saat menerima perkhabaran itu. Disaat dia mulai merelakan bahawa Ain bukan dicipta buatnya, berita ini pula yang diterima. Perkara ini sungguh menyayat hatinya apatah lagi bila melihat keadaan ummi yang sedang berendam airmata.

"Maaf Syaddad,Nurrin.. Saya rasa eloklah kita batalkan saja perkahwinan ini." Cadang Encik Karim, bakal ayah mertua Ain yang kebetulan berada di situ selepas dimaklumkan tentang Ain. Demi mendengar usul itu,ummi langsung pengsan.

"Karim.. Apa yang awak merepek ni? Majlis tinggal 3 hari je lagi."

"Dad,kau pun dengar kan doktor cakap apa tadi? Saya tak nak anak saya menduda di usia muda. Maaf,kami pergi dulu. Assalamualaikum."

Terduduk Encik Syaddad dengan keputusan itu. Masalah yang datang bertimpa-timpa menyesakkan mindanya. 'Inikah takdir-Mu buat Ain Ya Allah?' rintihnya di dalam hati.

xoxoxoxoxoxoxo

"Abi.. Pernikahan Ain dibatalkan ke?" Ain menyoal. Matanya sarat dengan pelbagai persoalan. "Ain ada tumor otak? Final stage??"

Mendengarkan pertanyaan itu, Puan Nurrin tidak dapat membendung kesedihan yang semakin sarat. Ianya tak mampu untuk ditampung lagi. Sebagai seorang wanita, dia amat memahami sekali perasaan Ain jika perkahwinannya dibatalkan. Ditambahkan lagi dengan berita penyakitnya. Semakin hiba rasa hatinya. Lantas dia meluru keluar dari bilik wad itu. Dihamburkan tangisannya di luar bilik wad yang menempatkan Ain.

Terngiang lagi ditelinga suara Ain yang sedang bermanja dengannya sebelum Ain pengsan.

"Ain nak jadi isteri solehah yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Tapi Ain tak rela melepaskan title anak solehah kepada abi dan ummi. Ain belum puas bermanja lagi. Sepatutnya Ain ganti abi memikul tanggungjawab menyara keluarga sebelum Ain bergelar isteri. Tapi Ain tak mampu laksanakan tanggungjawab tu ummi. Maafkan Ain."

Teresak-esak Ain menangis meluahkan rasa. Entah siapa pemuda pilihan abi dan ummi untuknya. Mampukah dia menyayangi lelaki itu? Lelaki yang bakal bergelar suami. Suami?? Aahhh!! Semakin serabut otaknya. Entah mengapa saat itu wajah Ashhraff yang memenuhi ruangan fikirannya. Ain mengetuk dahi perlahan.

"Ummi, Ain nak solat sunat kejap. Ain ambil wudhuk dulu ye." Begitulah Ain.. Saat diri ditimpa masalah, hanya kepada Allah dia berserah. Ketika diri dirundung hiba, hanya kepada Allah tempat dia mengadu meluahkan segala rasa.Baru setapak dia melangkah,tiba-tiba...

"Ain!!!" Pekik ummi. Tubuh kecil itu terjelopok jatuh di hadapan pintu bilik air. Lantas badan Ain diraih dalam pelukan. Pipi Ain di tepuk perlahan. Berharap puterinya sedar. Namun Ain hanya kaku tidak sedarkan diri.

"Jangan macam ni, Rin. Rin kena kuat. Kesian Ain." Muncul Puan Naemah disisi sambil mengusap perlahan bahu Puan Nurrin. Tersentak dia mendengar sapaan itu.

"Rin tak kuat,kak long. Rin tak kuat.." Rintihnya. Mengongoi dia di dalam pelukan Puan Naemah yakni kakak iparnya.

"Bersabarlah Rin. Ajal maut di tangan Tuhan. Jangan merintih sebegini. Rin kena redha kalau ini takdir yang tertulis buat Ain. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ikhlaskan hati, Rin. Istighfar.."

Semakin kuat pula tangisan Puan Nurrin. Tidak sanggup rasanya pabila membayangkan akan ketiadaan Ain kelak. Tidak dijangka penyakit kronik seperti itu akan dihidapi oleh puterinya. Beginikah takdir hidup seorang Ainul Syauqah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience