Bab 5

Other Completed 13152

Sejak hari itu Ain jadi takut untuk berhadapan dengan Ashhraff. Terbayang-bayang wajah Ashhraff yang bengis itu. Kalau saja Aakif lambat sampai,pasti mati lelaki itu di hempuknya dengan kayu. Nasib tak jadi arwah lelaki jahanam tu. Jahanam tak jahanam kalau hampir meragut kesuciannya. Padan dengan muka dia. Meringkuk lah dalam penjara sana.

Bermula saat itu,Ain mula mencipta pelbagai alasan apabila diajak pulang ke kampung. Semuanya kerana Ashhraff. Ya, Ashhraff adalah penyebab Ain tidak lagi menjejakkan kaki ke kampung sepanjang 5 tahun ini. Pada Aakiff diminta agar tidak menceritakan hal ini kepada abi dan ummi mahupun seluruh keluarganya.

"Kak Ain berangan apa tu? Asyah masuk bilik pun tak sedar.." Ain berpaling. Terbias dimatanya muncung Asyah.. Hai lah Asyah.. Manja sangat.

"Adik akak sorang ni manja mengalahkan Aakiff je. Ni mulut ni dah boleh sangkut tali kerbau Pak Mail.

"Asal tali kerbau Pak Mail nak sangkut kat bibir Asyah, kak?" Haa tuuuu dia.. Dah la manja mengalahkan adik bongsu,lurus bin bendul lagi. Ain hanya tergelak kecil.

"Dah mulut Syah muncung sedepa. Boleh lah pinjam kejap buat sangkut tali kerbau Pak Mail tu."

"Akaaakkk" seru Asyah meleret. Ain hanya tersenyum. Sungguh dia menyayangi adik-adiknya. Keduanya sangat berbeza namun ikatan adik-beradik antara mereka tidak mungkin dapat dipisahkan.

xoxoxoxoxoxo

Ashhraff hanya memerhati gelagat Ain di balik jendela. Malam itu dia hanya duduk santai di atas pangkin. Tidak sangka pula dapat melihat gadis pujaan bergelak ketawa bersama sanak saudara yang lain.

'Dengan yang lain elok je Ain gelak.. Dengan aku,siap pengsan lagi. Bukan sekali tapi dua kali. Diulangi ya..Dua kali.' Ashhraff bermonolog sendiri.

"Eheeemmm" Ashhraff tersentak. 'Alamak,abi! Kantoi aku tengok anak dara dia. Malunya..'

"Jauh termenung Ashh??" Ashhraff hanya tersengih. "Maafkan abi,Ashh. Abi belum ada jawapan tentang lamaran Ashh 5 tahun lalu tu. Ashh pun tengok sendiri kan Ain macamana? Belum sempat abi nak suarakan hasrat Ashh, dia dah menonong pergi. Tu baru sebut nama Ashh,belum lagi sebut pasal lamaran Ashh tu."

"Tak payah lah abi nak rasa bersalah pulak. Ain mungkin ada alasannya tersendiri. Siapa tahu Ain ada pilihan sendiri. Dan siapa tahu mungkin Ashh tak layak menjadi pendamping Ain. Ashh ni siapa lah yang nak,abi? Ashh ni bekas sampah masyarakat. Sampai bila-bila pun akan sama dipandangan mata orang. Siapa tahu mungkin itu penyebab Ain mengelak bila nama Ashh naik. Dan siap pengsan bila Ashh depan mata dia"

Ayatnya terakhir buat dia tergelak sendiri. Bekas sampah masyarakat? Ya, Ashhraff dulu sama saja dengan lelaki jahanam yang hampir meragut kesucian Ain. Di pantai itu lah port mereka. Kebetulan dia berada di sana. Nasibnya baik apabila sempat menyelamatkan Ain waktu itu. Dan sebab itu lah abi melarang keras andai ada sesiapa yang ingin ke situ. Kerana tempat itu tempat bersarangnya sampah masyarakat seperti mereka.

"Itu dulu Ashh.. Sekarang Ashh dah berubah. Bukan lagi sampah masyarakat Ashh. Bekas sampah masyarakat. Bekas!" Tegas abi. Perkataan bekas sengaja ditekankan.

"Tak apa lah abi.. Ashh sanggup tunggu"

"Ashh nak tunggu sampai bila? Umur Ashh dah 32 tahun. Dah layak sangat beristeri." Ashhraff hanya senyum. Dipandang Ain yang masih bergelak ketawa. Comel.

'Jodoh dah ada depan mata abi.. Tapi serunya belum sampai lagi' bisiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience