Bab 8

Other Completed 13152

"Ibu..Kenapa Ashh diduga seperti ini?"

"Istighfar Ashh.. Ashh kena redha. Mungkin bukan jodoh Ashh dengan Ain. Menangislah sayang. Mengadu hanya kepada-Nya. Jangan merintih sebegini,nak.." Pujuk Puan Naemah.

Sungguh kasihan dia kepada putera tunggalnya ini. Cuma Ashhraff saja yang dia punya selepas pemergian arwah suaminya hampir 8 tahun yang lalu. Kehilangan ayah menjadikan Ashhraff semakin liar dari hari ke hari. Cuma tersilap memilih teman, akhirnya Ashhraff digelar sampah masyarakat. Puas ditegah dan dinasihat malah ianya ibarat mencurah air ke daun keladi saja. Mujurlah kejadian 5 tahun lalu membuka mata hati puteranya itu untuk berubah.

Penolakan Ain terhadap lamaran Ashhraff buat dia terseksa. Sungguh pilu hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan itu. Dia tahu, Ashhraff telah menyerahkan seluruh cintanya buat Ain, sepupunya sendiri.

Sudah seminggu Ashhraff dalam keadaan itu. Makan cuma ala kadar. Dirinya langsung tidak terurus. Setiap saat hanya menangis dan merintih. Hatinya hancur berkecai. Saat dia mengenali apa itu cinta, hatinya diserah bulat-bulat kepada Ain. Kerana itu juga dia berani menyatakan isi hatinya kepada abi yakni pak cu nya. Dan kini tuan punya badan sendiri yang menolaknya.

'Inikah takdirku??' Bisik Ashhraff.

xoxoxoxoxo

Tinggal tiga hari saja lagi majlis pernikahan Ain. Ashhraff sibuk membantu menyiapkan segala persiapan untuk majlis tersebut. Alhamdulillah, Ashhraff dapat menerima keputusan Ain. Kerana itu dia berada di sini. Encik Syaddad yang melihat kesungguhan Ashhraff menyiapkan kerjanya hanya mengeluh perlahan.

"Kenapa ucu? Kak long tengok ucu gelisah saja. Kan majlis Ain tak lama lagi. Tak baiklah ucu macam ni." tegur Puan Naemah yang kebetulan lalu disebelahnya.

"Maafkan ucu,kak long.. Ucu tak dapat tunaikan hasrat Ashh nak memperisterikan Ain." luahnya kesal.

"Apa nak dikesalkan,ucu? Bunga bukan sekuntum. Lagipun kan Ashh dah mube on. Ucu jangan risau lah.. Esok-esok kak long dapat menantu jugak." Encik Syaddad ketawa lepas.

"Move on la kak long.. Bukan mube on"

"Hisshhh apa-apa je lah ucu.. Tergeliat lidah ni nak cakap omputeh. Maklumlah lidah melayu"

Kak long.. Kak long.. Ada-ada je peel dia. Sayup-sayup terdengar suara memanggilnya. Dia bangun dan melilaukan mata. Leher dipanjangkan mencari dari mana arah suara itu.

"Abi... Cepat naik atas abi! Akak pengsan!" Pengsan?? Bergegas dia menaiki tangga menuju ke atas rumah. Langkah dipanjangkan. Bimbang andai perkara buruk berlaku kepada puteri sulungnya.

Segera Ain dikejarkan ke hospital berdekatan. Ashhraff mengambil alih tugas memandu. Bimbang kerana abi begitu beremosi. Saudara mara yang bertandang ditinggalkan begitu saja. Sesampainya di hospital, Ain segera dimasukkan ke ICU.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience