Bab 20

Other Completed 13152

"Hey,pompuan! Kau siap cepat. Aku nak kita pergi dari sini. Tempat ni tak selamat dah." Terkejut Ain mendengar jerkahan itu. Perutnya yang sedikit senak akibat terkejut diusap perlahan. Dengan penuh berhati-hati dia menjawab kepada lelaki itu. Bimbang andai lelaki itu bakal membahayakan nyawa anak di dalam kandungannya.

"Aa.. Aawaakk.. Kita kan baru je sampai pagi tadi. Takkan nak gerak lagi. Saya letih lah, awak. Kaki saya ni lenguh-lenguh." Menbuntang mata lelaki itu mendengar jawapan Ain. Hatinya menjadi panas.

"Hey! Kau nak selamat ke tak? Tak pun, biar aku tikam je perut kau dengan skrewdriver ni. Biar anak jantan dalam perut kau tu mampus!" Menggeletar Ain mendengar ugutan itu. Mahu tak mahu arahan lelaki itu harus dipatuhi.

"Ba.. Baaikk lah.. Tapi sebelum tu saya pinjam telefon awak kejap boleh tak?"

"Kau nak apa pinjam telefon aku? Kau nak hubung siapa? Polis? Ataupun jantan tu ke?"

"Tak.. Saya nak guna torchlight je. Lampu bilik air kat belakang tu rosak. Torchlight saya pula tetinggal kat tempat lama."

"Nah ambik ni. Kau jangan pandai-pandai nak hubung sesiapa. Kalau tak,ni.." Serentak dengan itu skrewdriver di tangannya ditunjukkan pada Ain. Laju-laju Ain menggeleng. Tidak ingin perkara buruk menimpa anaknya.

Sebaik telefon lelaki itu menyentuh telapak tangannya, bergegas dia menuju ke bilik air. Kononnya ingin menunaikan hajat. Masuk saja ke bilik air, cepat-cepat Ain mengunci pintu. Telefon di tangan dipandang. Senyum lebar terukir di bibirnya. Sebenarnya Ain bukan nak buang hajat pun. Saja mencipta alasan agar dia dapat meminjam telefon itu. Ain sudah merangka rencana itu sejak semalam lagi. Torchlight yang disediakan buatnya sengaja ditinggalkan di tempat yang lama. Lampu tu pula Ain sengaja rosakkan semasa lelaki tu keluar tadi. Hehehehe.

Pili air dibuka. Torchlight pada telefon sengaja dibiarkan hidup. Nak buat real kononnya tengah membuang hajat. Ngeee. Ain membuka aplikasi whatsapp. Mesej ditaip dan dihantar ke nombor suaminya. Apabila memastikan mesejnya sampai, cepat-cepat Ain memadam mesej itu kembali. Selepas itu dia mengaktifkan pula lokasi pada telefon itu. Dalam hati dia berdoa agar suaminya membaca pesanannya sebentar tadi. Tiba-tiba pintu bilik air diketuk kasar.

"Hoi! Kau buat apa tu lama sangat? Cepat sikit. Tempat ni dah tak selamat."

"Ya.. Ya.. Kejap awak. Saya sembelit."

"Huh! Tak habis-habis dengan sembelit dia."

Sebaik Ain keluar dari bilik air, telefon ditangannya segera dirampas. Ain hanya memandang. Lelaki itu segera memeriksa telefonnya.

"Saya tak hubung sesiapa. Saya masih sayangkan anak saya. Setiap apa arahan awak, satu pun tak pernah saya bantah kan?"

"Hm.. Dah sedia barang-barang awak cepat. Kita gerak sekarang."

Ain hanya membuntuti lelaki itu. Tidak berani berkata TIDAK. Walaupun hati tidak merelakan, bibirnya harus menuturkan perkataan YA dan BAIKLAH. Semuanya demi anak dalam kandungannya. Dia hanya mampu berdoa agar dihindari dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience