Bab 11

Other Completed 13152

"Nenek nak Ain nikah dengan Ashh."

Genggaman dilepaskan. Sandiwara apakah ini? Baru saja semalam pertunangannya diputuskan dan hari ini Nek Jah memintanya bernikah dengan abang sepupunya? Kenapa harus menjodohkan Ain jika semuanya sudah sedia maklum akan penyakit yang dihidapinya? Tidakkah ia cukup memedihkan hati Ashhraff jika suatu hari nanti Ain meninggalkannya dengan memegang title isteri kepada seorang Ashhraff Saufi? Ain menggeleng berkali-kali.

"Ain, abang cuma nak realisasikan impian Ain. Abang tak minta lebih. Abang cuma berharap Ain bersetuju dengan permintaan nenek."

Ashhraff dipandang dengan mata yang berkaca-kaca. Mulianya hati lelaki itu.. Sanggup mempertaruhkan masa depannya demi untuk menunaikan impian Ain. Impian untuk menjadi seorang isteri yang solehah..

"Doktor dah bagitahu kan? Ain cuma ada beberapa bulan je lagi. Tak perlu lah semuanya nak berkorban demi kebahagiaan Ain semata."

"Doktor bukan Tuhan, Ain.."

Ummi sudah teresak menahan tangis. Abi sudah menundukkan wajah. Nek Jah memandang penuh harapan. Dan Ashhraff masih menanti jawapan Ain. Jemari abi dan ummi dicapai dan dikucup lembut.

"Jika ini mampu menggembirakan abi dan ummi, Ain setuju. Tapi jika sebaliknya, Ain pinta abi dan ummi tolaklah permintaan nenek bagi pihak Ain. Jika ini takdir buat Ain, Ain redha abi,ummi.. Ain redha. Ain cuma ingin menjadi anak yang solehah buat abi dan ummi sebelum Ain memejamkan mata buat selamanya."

xoxoxoxoxo

"Aku terima nikahnya Ainul Syauqah binti Syaddad Nabhan dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz, Ain sah menjadi isteri kepada Ashhraff. Perkahwinan yang sepatutnya sudah dibatalkan tetap berlangsung. Bezanya, pengantin lelakinya sudah bertukar.

Majlis berlangsung dengan meriah sekali meskipun tiada acara sanding. Cuma akad nikah dan kenduri doa selamat. Kerana itu syarat yang dipinta Ain sendiri. Sanak saudara dan jiran tetangga dijamu dengan pelbagai juadah.

"Haa Ain.. Lepas ni goda lah suami kau tu. Biar cepat sikit berisi."

Serentak dengan itu, wajah Ain bertukar rona. Dah macam udang kena goreng je.. 'Makcik-makcik ni takde kerja lain ke selain mengusik aku? Tahu la setiap pengantin baru akan diusik sebegitu rupa tapi takde modal lain ke? Bab goda juga yang disebut.'

"Tak apa lah makcik.. Ain tak goda pun saya tetap dah tergoda." Sahut Ashhraff sambil merangkul pinggang Ain. Sengihan kecil dipamerkan. Dah serupa kerang busuk je. Eehhh kerang busuk ke??

Ain berdiri statik. Kaku. Mata membulat kemudian sedikit dikecilkan. Sebagai isyarat agar Ashhraff melepaskan rangkulannya. Namun suami yang baru menikahinya beberapa jam yang lalu cuma buat tak tahu. Rangkulan diperkemas dan semakin erat. Hanya kenyitan mata saja diberikan kepadanya.

"Amboiii Ashh.. Tak menyempat kamu ye.. Sabar lah dulu. Tu pergi layan tetamu. Ada yang baru sampai tu."

Teguran dari abi memeranjatkan mereka. Segera pautan pada pinggang Ain dilepaskan. Belakang leher diusap perlahan. Nak cover malu lah tu. Padan muka. Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience