Bab 10

Other Completed 13152

Petang itu Ain dibenarkan keluar dari hospital. Esok adalah hari perkahwinannya namun majlis itu takkan berlangsung seperti yang dirancang. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Ain hanya membisu seribu bahasa. Tidak tahu apa yang patut diucapkan saat itu. Perasaannya bercampur-aduk. Walaupun perkahwinannya dibatalkan, setidak-tidaknya dia merasa gembira kerana pemuda yang dijodohkan dengannya langsung tidak dikenali. Tambahan pula, tiada rasa cinta buatnya. Sehingga kini cuma Ashhraff yang merajai hatinya.

Kini, dia diuji pula dengan penyakit yang dihidapi. Segala apa yang diimpikan bakal punah begitu saja. Impian untuk bergelar seorang isteri tidak akan tercapai.

Sayup-sayup terdengar beberapa suara seakan sedang berbincang. Ain yang sedang mengelamun tersentak apabila namanya seringkali terucap dalam perbincangan itu. Kaki di atur perlahan mendekati ruang tamu.

Sebaik menyedari kelibat Ain yang turut serta bersama mereka, masing-masing mengunci bibir untuk bersuara. Ain yang melihat hanya tercengang. 'Tadi bukan main seronok berbincang siap naikkan nama aku lagi. Sekarang semua diam pula?' Gumamnya. Tidak tahan dengan kebisuan itu, Ain memberanikan diri memecahkan kesunyian.

"Bincang apa? Ain dengar kejap-kejap nama Ain naik. Tu yang Ain datang."

Mereka berpandangan sendiri. Tiada sepatah kata pun terluah dari bibir mereka. Ain semakin resah. Dia mengambil keputusan untuk berlalu. Namun belum sempat dia melangkah, lengannya dipaut Nek Jah.

"Ain, duduk sini kejap. Ada benda nenek nak bagitahu." Ain cuma menurut. Nek Jah memandang abi dan ummi. Melihat anggukan daripada mereka, Nek Jah pun meneruskan kata.

"Ain, nenek nak Ain tunaikan permintaan nenek boleh tak?" Serentak dengan itu Ain mengangguk. Tangan Nek Jah digenggam. Nek Jah menarik nafas dalam sebelum berkata, "Nenek nak Ain nikah dengan Ashh."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience