Bab 19

Other Completed 13152

Pintu kereta ditolak kasar. Geram sungguh hatinya. Sudah sebulan laporan tentang kehilangan isterinya dibuat namun hingga kini tiada satu pun petunjuk akan keberadaan Ain. Dia risau akan keselamatan Ain dan juga kandungannya. Tambah-tambah lagi,kini usia kandungan Ain sudah mencapai bulan yang ke lapan. Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi isterinya dijangka akan bersalin.

Dalam dia melayan perasaan, tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang. 'Hish! Ni lah padahnya kalo jalan tapi fikiran melayang ntah ke mana.' bisiknya.

"Ehh Ashhraff." Ashhraff panggung kepala. Keningnya bertaut. Raut wajah di hadapannya cuba dikecam.

"Hey, aku la Faqeh! Kau tak ingat ke?" Faqeh?? Membulat mata Ashhraff. Macamana dia boleh ada kat sini? Bukan sepatutnya...

"Aku dah lama dah kat sini.. Kadang tu selalu jugak lah aku tengok kau sekitar sini dengan sorang pompuan tapi tak berkesempatan nak tegur. Pompuan tu isteri kau ke?"

"Ha'ah.. Isteri aku. Eh,jom lah kita duduk minum dulu. Sambil borak-borak."

Mereka berdua berjalan beriringan menuju kedai minum berdekatan. Maklumlah rakan lama yang baru bersua kembali. Dulu mereka berdua amat rapat namun hubungan tersebut menjadi renggang kerana kesalahan mereka sendiri. Macam-macam yang dibualkan mereka.

"Mana isteri kau? Sihat ke?" Mendengar pertanyaan itu membuatkan jiwa Ashhraff semakin galau. Serta-merta wajahnya bertukar mendung. Faqeh tersenyum sumbing. 'Ini baru sikit, Ashhraff!'

"Aku pun serba salah nak cakap ni, Faqeh."

"Hey! Kita kan kawan. Perkara yang lepas tu biarkan je lah.. Kan dah berlalu pun. Kau jangan risau lah. Aku dah maafkan kau."

"Kau tak marah aku ke, Faqeh? Aku yang menyebabkan kau..."

"Benda lepas, Ashh. Kita lupakan, ok? Ni, aku nak tanya. Kau ada masalah ke?" Belum sempat Ashhraff meneruskan kata, Faqeh terlebih dahulu memintasnya. Ashhraff hanya mampu mengeluh.

"Dah sebulan aku tak jumpa isteri aku, Qeh." ujarnya hiba.

"WHATT?? Korang berpisah ke? Hari tu aku tengok isteri kau macam mengandung."

"Kami belum berpisah lagi. Isteri aku hilang. Dah sebulan kot. Polis tak dapat jejak lagi. Yang buat aku tambah runsing, isteri aku tengah mengandung. Dah masuk bulan yang ke lapan. Tinggal sebulan je lagi nak bersalin."

"Aku tumpang sedih dengan kau, Ashh. Polis langsung tak dapat apa-apa maklumat ke? Takkan dah sebulan habuk pun takde?"

"Ada tu ada lah jugak. Tapi bila polis serbu, tempat tu dah di kosongkan."

"Kesian kau, Ashh.. Jangan-jangan isteri kau sengaja menghilangkan diri kot."

"Tak lah, Faqeh. Aku kenal isteri aku. Dia bukan gemar sangat dunia luar. Lagipun polis dah sahkan isteri aku diculik." Faqeh menelan liur. Wajahnya serta merta berubah. Namun cepat-cepat dia memaniskan mukanya kembali.

"Sabar lah Ashh.. Aku doakan semoga isteri kau dapat ditemui dengan segera."

"Terima kasih Faqeh.. Eh, aku kena gerak sekarang. Lepas ni aku kena jumpa Mr Chan. Nak tahu perkembangan tentang kes isteri aku. Harap-harap adalah berita baik. Nanti ada masa kita jumpa lagi ye." Ashhraff segera meminta diri. Faqeh hanya tersenyum sinis.

'Huh! Jangan harap lah kau nak jumpa Ain lagi. Aku takkan sesekali benarkan perkara itu berlaku!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience