Bab 13

Other Completed 13152

Pelipisnya dilurut perlahan. Sejak akhir-akhir ini sakit yang dirasainya di bahagian kepala semakin menjadi-jadi. Tidak mahu suaminya merasa bimbang, maka hal itu didiamkannya saja. Tapi hari itu malang baginya pabila kepalanya rasa berpusing dan pandangannya berbalam-balam. Akhirnya Ain rebah di sisi katil.

Ashhraff pulang awal petang itu. Sengaja dia tidak memberitahu Ain. Kononnya nak buat surprise untuk isteri tercinta. Namun dia merasa hampa kerana kelibat Ain langsung tidak terbias dimatanya. Di ruang tamu,dapur, bilik tidur, bilik air malah bilik tamu, bayang Ain pun tidak terlihat. Ashhraff kaget. Telefon dicapai dan dia menghubungi ummi. Sapa tahu kalau-kalau isterinya ke sana. Namun jawapan yang diterima begitu menghampakannya.

Bengang dengan keadaan itu, Ashhraff melepaskan lelah di tempat peraduan. Fikirannya ligat berfikir ke manakah isterinya menghilang. 'Tak mungkin Ain balik rumah ibu.. Kan jauh nak drive sendiri ke kampung. Ain mana larat.'

Dengan situasi Ain yang kerapkali dilanda sakit kepala itu sering menggusarkannya. Walaupun Ain tidak pernah mengadu kepadanya, namun setiap pergerakan isterinya sering dipantau. Tak semena-mena dia terlihat cebisan kain putih di sisi katil. Segera dia bingkas untuk memeriksa lebih lanjut.

"Ya Allah, sayang!" Tubuh Ain diangkat. Padanlah tak nampak. Ruangan itu sedikit tersorok. Ditambah pula dengan tubuh Ain yang kecil molek.

"Selamatkanlah isteriku, ya Allah."

xoxoxoxoxo

"Encik.." Ashhraff yang sedang mengelamun terkejut. Dipandang wajah jururawat itu. "Isteri encik sudah sedarkan diri. Doktor panggil encik masuk ke dalam."

Pintu bilik pemeriksaan dibuka. Terpacul wajah pucat isterinya. Doktor wanita yang merawat Ain tersenyum melihat kelibatnya.

"Encik, sila duduk. Ada perkara saya nak maklumkan pada encik suami isteri." Ujar doktor wanita yang memakai tag nama Sheila itu. Ashhraff menarik kerusi lalu melabuhkan duduk.

"Err perkara apa tu doktor? Isteri saya tak apa-apa kan?"

Mendengar pertanyaan itu Dr Sheila tersenyum lagi. Kali ini lebih lebar dari sebelumnya. Ashhraff yang melihat senyuman doktor itu semakin resah. Bimbang andai dia dimaklumkan bahawa masa untuknya bersama Ain semakin singkat!

"Macam ni encik.. Puan Ainul sihat. Cuma dia letih sikit. Isteri encik perlukan rehat yang cukup. Elakkan daripada berfikir tentang hal yang boleh memudaratkan kesihatannya. Lebih-lebih lagi dengan keadaannya sekarang ni." Terang Dr Sheila.

"Sihat?? Maksud doktor? Isteri saya kan menghidap tumor otak. Itu yang doktor katakan sihat??" Nada suara Ashhraff naik satu oktaf. Namun lain pula penerimaan Dr Sheila. Dia tertawa kecil.

"Encik Ashhraff.. Berdasarkan pemeriksaan kami terhadap isteri encik, Puan Ainul disahkan hamil 6 minggu. Tiada sebarang penyakit kronik yang dialaminya seperti yang encik katakan. Sakit yang dialami isteri encik cuma pening kepala serta loya. Dan untuk pengetahuan encik,itu adalah simptom-simptom yang kebanyakan dialami oleh ibu yang sedang hamil. Sebab itu saya katakan tadi Puan Ainul perlukan rehat yang cukup. Elakkan daripada memikirkan perkara yang tidak berfaedah kerana itu akan menyebabkan Puan Ainul stress. Jika puan Ainul stress, itu boleh membahayakan nyawa isteri encik serta janin yang berada dalam kandungannya sekarang." Terang Dr Sheila panjang lebar.

Ain terlopong. Tidak percaya akan berita yang baru diterimanya sebentar tadi. Sakit yang dialaminya sejak kebelakangan ini rupanya kerana dia kini sedang berbadan dua. Perlahan perutnya yang masih tidak menampakkan bentuk itu diusap perlahan. Tidak menyangka ada nyawa yang sedang tumbuh di rahimnya. Airmata bergenang.

Hati kecilnya berbisik, 'Indahnya percaturan-Mu.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience