Bab 18

Other Completed 13152

"Dah ingat??"

Menggeletar seluruh tubuh Ain saat suara itu mencecah halwa telinganya. Terasa tangannya sejuk. Bulu roma pada wajahnya mengembang. Tengkuk meremang. Dada begitu sesak sekali. Jantung yang mengepam darah tidak teratur ritmanya. Tekak terasa loya. Serta-merta wajahnya bertukar menjadi pucat lesi.

"Ain.. Kenapa buat muka macam tu? Ni abang lah. Takkan tak ingat lagi?" Suara itu singgah di cuping telinganya lagi. Ain semakin takut. Kenangan pahit semalam yang cuba diusir jauh seakan bakal terulang kembali. Namun kini dia pasti ianya akan lebih menggerunkan.

"Hmm tak apa lah.. Ain makan dulu. Abang tak nak Ain berlapar. Makan ya sayang." Lembut sungguh suara itu memujuknya. Melihat Ain yang hanya kaku di atas katil, lelaki itu menjadi berang. Dia menghampiri Ain. Dengan rakusnya tudung Ain di rentap.

"Heeii!! Aku cakap dengan kau lah bodoh! Tak reti nak menjawab ke? Setahu aku, kau tak bisu?"

"Ummi.." akhirnya terkeluar juga suara Ain.. Entah kenapa saat ini hanya ummi yang terfikirnya. Perutnya yang terasa senak akibat kejutan daripada rentapan pada tudungnya tadi di usap perlahan. Setitis airmata jatuh membasahi pipi mulus Ain. Melihat airmata itu, lelaki itu melepaskan rentapannya.

"Aa.. Aaiiin.. Ain,maaf. Abang tak berniat nak sakitkan Ain. Abang cuma bengang bila Ain tak menyahut bila abang bertanya." Ain hanya memandang. Airmata yang masih mengalir disapu menggunakan belakang tapak tangan.

"Ain makan ye.. Kesian baby tu nanti dia lapar. Ain kena jaga kesihatan. Nanti jadi apa-apa kat baby kan susah.. Hmm baby? Baby??? Heeyy!!! Ni anak jantan tak guna tu kan. Kalau aku tak fikir ianya boleh membahayakan nyawa kau, dah lama aku bunuh anak dalam perut kau tu!" Nada suara yang pada mulanya lembut bertukar kasar saat menyebut perkataan 'baby'.

Lelaki itu! Ya,lelaki itu tidak asing bagi Ain. Wajah dan suaranya cukup dikecamnya. Lelaki itu adalah lelaki yang sama cuba meragut kesuciannya 5 tahun yang lalu.. Lelaki itu juga lelaki yang hampir lunyai dikerjakan Ashhraff akibat marah yang menguasai diri. Walaupun pada dasarnya lelaki itu adalah salah seorang kawan Ashhraff. Kerana itu lah lelaki itu meringkuk di dalam penjara selama 5 tahun. Dan kerana itu juga lah lelaki itu mendapat parut sepanjang 5 inci di dahinya!

Ain hanya mampu menangis. Saat ini dirinya merasa sangat takut. Perutnya mula terasa pedih. Seingatnya kali terakhir dia makan pada pagi tadi. Itupun sewaktu bersarapan bersama suaminya. Ah! Dimanakah Ashhraff?? Tidakkah dia berusaha untuk mencari isterinya yang sedang sarat mengandungkan zuriatnya ini? Tidak sedarkah suaminya itu bahawa dia telah diculik seseorang? Gembirakah Ashhraff dengan kehilangannya? Pelbagai persoalan timbul di mindanya. Fikirannya bercelaru. Perasaannya berkecamuk. Janin di dalam kandungannya pula semakin aktif. Dia perlukan makanan dan air yang mencukupi untuk anak di dalam rahimnya itu. Walau apapun yang akan terjadi, anaknya harus diutamakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience