Bab 1

Other Completed 13152

"Huh!!" Satu keluhan kecil dilepaskan. Bingung harus mengikut kata hati ataupun menurut sahaja kehendak abi dan ummi. Kalau ikutkan hati,keputusannya sudah bulat. Muktamad. Namun apabila ianya melibatkan abi dan ummi, amat mustahil baginya menolak. Fikirannya mula sesak dengan pelbagai persoalan dan andaian. Hatinya rasa sesak seolah diserang penyakit asma yang teruk. Dan bahunya rasa tersangatlah berat lagaknya seperti memikul seguni beras.

'Ya Allah,apa yang harus aku lakukan?' bisik hati kecilnya.

Tidak mahu rasa terbeban terhadap perkara itu, Ain pantas menuju ke bilik air. Pili air dibuka. Wudhuk diangkat. Seusai berwuduk, dia menghamparkan sejadah. Telekung dipakai lalu dia mengerjakan solat sunat. Hanya kepada Yang Esa dia meluahkan rasa..

Alhamdulillah,rasa tenang dan damai hatinya.. Fikirannya mula kosong. Hati terasa lapang dan bahunya terasa ringan seolah beban yang digalas sudah terlepas.

********************

Hati diserbu rasa bersalah. Makan malam pada malam itu begitu hambar sekali. Hatinya merasa resah saat bertembung pandang dengan abi. Toleh ke kanan pula hatinya terasa sebu melihat ummi yang hanya menguis-nguis nasi di pinggan dengan jari. Asyah dipandang mohon pengertian namun adik kesayangannya itu cuma buat tak tahu. Aakif hanya tersengih saat mata mereka bertentang.

'Alahai..Apa aku nak buat ni?Abi dan ummi dah tunjuk protes la pulak..Mana pernah makan malam kitorang camni.Salah aku ke?' bisik hatinya.

"Huh"..Buat kesekian kalinya Ain mengeluh..Walaupun abi dan ummi selalu menegurnya agar tidak mengeluh namun teguran itu jugalah yang selalu dilupakannya.

" Tak baik mengeluh depan rezeki". Ain mengangkat pandang.Senyuman diukir.

"Ingatkan suara abi dah tertinggal kat surau nun" , ujar Ain sambil tersengih.Abi memandangnya dengan wajah serius.Ummi pula dah serupa tak makan seminggu.Alamak!!Habislah aku kali ni.

Bibir digigit..Otak ligat berfikir cara untuk menawan semula hati abi dan ummi.Baru sahaja dia ingin membuka mulut,terdengar suara mengaduh.Pantas keempat-empat pasang mata memandang kearah bunyi itu.

"Hehe..Peace yoo," ujar Aakif sambil mengangkat dua jari menunjukkan simbol 'peace'.

"Kamu dah kenapa Aakif?Suka sangat buat orang terkejut," kata Asyah disertakan dengan jelingan mautnya.

"Chill la Kak Syah..Janganlah serius sangat.Depan rezeki kot."

"Banyaklah kamu punya serius Kif..Dah,cepat makan.Lepas tu packing barang.Esok dah nak gerak.Tak payah nak tunggu bulan jatuh ke riba,"sindir ummi pedas.

Ain hanya menunduk.Air liur ditelan.Dia tahu sindiran itu ditujukan khas kepadanya.Nasi di kunyah perlahan..Rasa berpasir saat nasi itu melalui kerongkongnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience