Bab 12

Other Completed 13152

Huhh!! Akhirnya dapat juga Ain melepaskan diri dari suaminya. Ashhraff dibiarkan melayani rakan sekerjanya sendirian. Oleh kerana kesemua rakannya lelaki, Ain mengambil kesempatan itu untuk meloloskan diri dari suaminya. Rimas dohh. Mana taknya,sepanjang majlis berlangsung Ashhraff tidak melepaskan jemari Ain dari genggamannya. Tidak walau hanya untuk sesaat. Setiap masa jemari mereka bersulam sesama sendiri.

Ain bergegas menuju ke bilik. Badan yang melekit ingin segera dibersihkan. Dia segera menuju ke bilik air. Ingin membasahkan tubuh yang penuh dengan keringat. Mana tak penuh.. Seharian dia melayan tetamu yang berkunjung sama meraikan hari bahagianya bersama Ashhraff. Bahagia ke?? Of course lah bahagia..

"Aaahhh!!!" Ain yang baru keluar dari bilik air terjerit kecil apabila melihat suaminya sedang duduk tersenyum memandangnya. Melihat keadaan Ashhraff yang tidak bebaju dan hanya mengenakan tuala di pinggang, sekali lagi Ain menjerit lalu berpaling. Kali ini lebih kuat. Mukanya ditutup menggunakan kedua telapak tangan. Tindakan spontan itu menyebabkan tuala yang dibalut kemas ke tubuhnya terlondeh dan memperlihatkan belakang tubuhnya tanpa seurat benang pun!

Ashhraff menelan liur. Terasa nafasnya sesak melihat pemandangan indah di hadapan mata. Kaki diatur perlahan menuju isterinya. Tuala yang berada di atas lantai di ambil lalu dibalutkan ke tubuh Ain. Sebuah kucupan hinggap di bahu isterinya. Wangi! Membulat mata Ain.

"Tunggu abang ye.. Abang mandi kejap." Ashhraff tersenyum nakal sambil bergegas ke bilik air.

Sebaik kelibat suaminya hilang dibalik pintu, Ain menampar pipinya perlahan. Dahi diketuk. Seketika kemudian pipinya digosok menggunakan telapak tangan. Hangat!

"Kenapa lah kau cuai sangat Ain? Malunya... Uwwwaaaa abi...ummii..." Malunya Ain saat itu tidak terucap dengan kata-kata.

xoxoxoxoxo

Usai mengerjakan solat isyak berjemaah, Ashhraff memimpin Ain menuju tempat peraduan. Telekung ditanggalkan lalu tubuh Ain dibawa ke dalam pelukan. Ain mengeraskan tubuh. Tidak tahu nak buat apa. Ashhraff hanya tertawa kecil dengan reaksi Ain.

"Ain, abang ada hadiah untuk isteri abang ni. Nak tak?" Ain yang masih berada dalam pelukannya hanya mengangguk.

I praise Allah for sending me you my love
You've found your home it's here with me
And I'm here with you
Now let me let you know

You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along,oh
And there's a couple of words I want to say

For the rest of my life, I'll be with you
I'll stay by your side, honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you,loving you

For the rest of my life, through days and nights
I'll thank Allah for opened my eyes
Now and forever I, I'll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife, and my friend and my strenght
And I pray we're together in Jannah

Finally now I've found myself, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along,oh
And there's a couple of words I want to say

For the rest of my life, I'll be with you
I'll stay by your side, honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you,loving you

For the rest of my life, through days and nights
I'll thank Allah for opened my eyes
Now and forever I, I'll be there for you
I know it deep in my heart

And now that you're here, in front of me
I strongly feel love
And I have no doubt, and I'll sing it loud
That I will love you eternally

For the rest of my life, I'll be with you
I'll stay by your side, honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you,loving you

For the rest of my life, through days and nights
I'll thank Allah for opened my eyes
Now and forever I, I'll be there for you
I know it deep in my heart

Mata Ain berkaca-kaca. Dirinya sangat memahami apa yang ingin disampaikan suaminya melalui lagu Maher Zain itu. Spontan tangannya membalas pelukan Ashhraff. Terasa damai berada di dalam dakapan itu. Hangat dakapan itu meruntun jiwanya.

"Terima kasih, abang.. Hadiah abang cukup bermakna buat Ain."

"Abang yang sepatutnya berterima kasih kerana Ain sudi menerima abang dalam hidup Ain. Izinkan abang merealisasikan impian Ain."

Anak mata sang suami dipandang. Sungguh rasa cinta buat suaminya semakin bercambah. Anggukan diberi. Kucupan hangat di dahi dirasakan. Seketika kemudian bibirnya dipagut lembut. Hangat dan mendamaikan. Dia membalas kucupan itu. Malam terus berlabuh dan Ain semakin hanyut dalam dakapan cinta suaminya, Ashhraff Syauqi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience