Bab 2

Other Completed 13152

Ain melilaukan mata di sekitar luar biliknya. Set! Line clear, Ain! Perlahan langkah diatur menuju ke pintu utama. Kaki dijengket sedikit. Bimbang seisi rumah itu sedar akan perbuatannya. Bahunya menggalas sebuah beg galas berisi pakaian dan alat peribadi. Apapun yang terjadi, misinya harus diteruskan. Ain tekad!

'Kau boleh, Ain! Chaiyok-chaiyok!'

"Ehem..eheemm.. Test-test.. One two three four..eheemm.." Ain berdehem sebelum menarik nafas dalam. Seketika kemudian terdengar,

"Abi.. Ummi... Asyah.. Aakif.."

Terkocoh-kocoh penghuni rumah itu berlari ke arahnya. Abi dengan wajah bimbangnya. Ummi dengan raut gelisahnya. Asyah dengan muka cemberutnya. Manakala Aakif dengan lagak cool nya. Cool lah sangat!

"Ain kenapa sayang?" tanya abi dengan bimbang.

"Ain sakit ke? Kat mana?" dengan gelisahnya ummi menyoal.

"Kak Ain buat Syah terkejut la.. Kenapa kak?"

Nafas ditarik dalam..

"Maafkan Ain..Maafkan Ain..Maafkan Ain..Maafkan Ain.. Eehhh maafkan Ain.." Ain menyanyi penuh perasaan. Serentak dengan itu seisi rumah itu gamat dengan gelak tawa dari mereka. Ain tercengang. Aakif siap gelak guling-guling lagi. Dah macam Shahrukh Khan berguling mengejar Kajol dalam filem Dilwale Dulhania Lejayenge. Lawak sangat ke??

"Ain ni ada-ada je lah." Ummi bersuara bersama sisa tawa yang masih berbaki.

"Maafkan Ain, ummi..abi.. Ain dah buat abi dan ummi sedih."

Ain diraih dalam pelukan. Bahu ummi jadi sasaran kepala dilentokkan. Ummi hanya mengulum senyum. Sungguh dia sangat menyayangi puteri sulungnya itu. Meski Ain anak yang sulung, namun sikap manjanya melebihi anak bongsunya, Aakif. Teringat akan permintaannya kepada Ain.

"Ain, bolehlah sayang.. Ain ikut ye?" Pujuk ummi. Ain hanya membisu.

"Boleh ya, Ain? Kesian nenek nak sangat Ain ikut balik kampung. Setiap jam minta update keputusan Ain." Giliran abi pula mencuba nasib. Memujuk anak dara sorang ni memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Tapi abi.." Belum sempat Ain ingin membela diri,ummi sudah memintas.

"Tak apa lah bang.. Jangan lah paksa kalau Ain dah taknak pergi. Nampaknya kali ni kita berempat je lah balik ke kampung. Nak harap anak dara sorang tu sampai tahun depan pun belum tentu dia nak."

Alamak!! Ummi dah tunjuk protes. Siap tinggalkan semua orang di hadapan televisyen. Macamana ni??

"Dah lah Ain.. Pergilah masuk berehat. Asyah, Aakif, kamu berdua berkemas la apa yang patut. Abi nak pujuk ummi kesayangan korang tu " Ujar abi sambil mengenyitkan mata. Abi siapa la tu??

"Ummi.. Ooo ummi.. Berangan dekat Neymar ke? Tengok muncung abi dah panjang sedepa tu." Aakif mematikan lamunan ummi.

"Alaa bang.. Setakat Neymar tu berapa lah sangat. Abang lebih terer kot. Sekali jaringkan gol,ni hah 3 mata terus abang dapat." Seloroh ummi seraya jari telunjuknya terarah kepada ketiga-tiga cahaya mata mereka itu.

Gurauan ummi dibalas dengan senyuman abi. Tahu sangat abi tak boleh marah ummi lama-lama. Apa taknya.. Merajuk punya pasal, tidur luar lah jawabnya. Kikikiki

"Abi,ummi.. Ain dah buat keputusan. Ain nak ikut balik kampung."

"Betul ni?"

"Betul ummi.. Penat tahu tak packing barang." Telunjuk diarahkan ke beg galas miliknya.

"Penat lah sangat kalau setakat beg kecik macam tu." Perli Asyah.

"Asyahh!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience