Bab 17

Other Completed 13152

Ain membuka mata perlahan-lahan. Keningnya sedikit berkerut. Cahaya malap yabg terbias dari lampu meja di sisinya tidak membataskan penglihatannya. Dia amat yakin bilik yang di huninya kini begitu asing sekali. 'Aku kena culik ke?', fikirnya. Suara sang unggas yang kadangkala bersahutan itu menguatkan lagi firasatnya. Kepala yang pening dilurut perlahan. Sebelah tangan pula mengurut perlahan belakang pinggang yang terasa sedikit sengal. Kandungannya yang sudah berusia tujuh bulan itu membuatkannya sering merasa sengal di bahagian pinggang.

"Puan, kenapa puan datang bersendirian.. Bahaya jika puan tidak berteman dalam keadaan puan yang semakin sarat ni." Ain tersenyum. Nurse yang memakai tag nama Maya itu cukup mengambil berat akannya. Dia mula mengenali Maya sejak mula membuat check up di klinik itu. Waktu itu kandungannya baru berusia tiga bulan. Sejak dari itu mereka menjadi rapat kerana Maya sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.

"Kak Maya.. Kan Ain dah banyak kali cakap. Panggil Ain je. Tak payah la puan-puan. Bukannya Ain sengaja datang sendiri kak. Husband Ain terpaksa masuk ofis. Ada kes emergency dan tak dapat nak elak dah. Kak Maya jangan risau ye.. In shaa Allah, Ain tak apa-apa. Allah kan ada temankan Ain." Terang Ain panjang lebar.

"Hmmm ye lah Ain.. Akak bukan apa. Akak risau tengok Ain dalam keadaan sarat macam ni ke hulu ke hilir sorang-sorang. Lain kali kalau husband Ain tak dapat teman, minta tolong lah dengan orang lain. Jangan bersendirian macam ni."

"Akak jangan risau lah.. Ain tahu jaga diri."

"Ye akak tahu Ain dah besar dan boleh jaga diri sendiri. Tapi dengan perut Ain yang besar tu bolehkah Ain pertahankan diri sendiri dan juga kandungan tu? Sekarang ni banyak dah kes penculikan. Tahu-tahu lagi jumpa mayat je. Organ dalam badan dah hilang. Tu yang akak risau sangat tu."

"Akak jangan risau ye.. In shaa Allah takkan ada apa-apa jadi kat Ain."

"Ain hati-hati ye.. Akak peeasan ada sorang lelaki selalu perhatikan Ain sejak Ain buat check up kat sini. Mula-mula tu akak tak curiga juga. Tapi bila dah selalu tengok dia perhatikan Ain, akak curiga pulak."

Ain tersedar dari lamunan saat merasa gerakan dan tendangan kecil pada perutnya. Senyum lebar terukir. Perutnya di usap lembut. Bibirnya terkumat-kamit memuji kebesaran Allah dengan kelebihan yang diberikan padanya. Anak di dalam rahimnya itu salah satu kelebihan yang dimilikinya.

Pintu yang dikuak dari luar menarik minat Ain untuk berpaling. Susuk tubuh seorang lelaki jelas terlihat. Di tangannya terdapat bungkusan makanan dan mineral. Ain cuba mengecam wajah lelaki itu walaupun cahaya di dalam bilik itu begitu malap sekali. Lama dia merenung lelaki itu. Wajah di hadapannya diamati. Matanya terarah pada parut sepanjang 5 inci di dahi lelaki itu. Ahh!! Tak mungkin!

"Dah ingat?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience