"Azwar kan? " aku lajukan lagi langkah kaki aku. soalan yang menyapa aku tadi aku biarkan tanpa jawapan. tak sudi aku mahu menjawab, kalau boleh bayang tapak kaki dia pun aku tak hingin terserempak.
"jeling pun dah tak nak. besar betul salah saya pada awak?" konon mahu menarik perhatian aku. dia lupa agaknya kepakaran aku ialah mencarut dalam diam. soalan dari lelaki itu makin menambah benci aku padanya. soalan tidak sedar diri!
jauh pula dewan ini dari tadi jalan tidak sampai sampai lagi.
"diam, saya tak kenal awal. tolong jauhkan diri awak dari saya. jangan muncul terus lagi bagus!" aku memberi amaran dan terus berlari anak menuju ke dewan.
aku menarik nafas lega apabila hampir kesemua fasilitator sudah bersedia untuk mesyuarat yang bakal berlangsung sebentar lagi. dua orang fasilitator wanita yang tadi masih belum sampai juga sudah menampakkan bayang.
sesi perkenalan diri bermula, tetapi aku tidak dapat fokus walau sedikit pun. aku tidak selesa. rimas dengan pandangan mata manusia yang tidak faham bahasa. aku langsung tidak angkat kepala kerana setiap kali aku angkat muka makhluk Allah yang paling tidak mahu Aku jumpa tercongok depan mata aku. punya banyak tempat dalam dewan ni, depan aku juga dia nak duduk.
aku menjeling tajam apabila mata kami bertembung. tetapi dibalas dengan senyuman. bertambah tambah meluat hati aku dengannya.
senyuman kau dengan selangor sudah tiada beza pada aku. sama sama tiada nilai! sikit pun aku tak cair!
"Ahmad syakir." giliran dia memperkenalkan diri, tapi mata sikit pun tidak beralih dari memandang aku. aku menggenggam penumbuk kuat.
Azwar, persetankan semua ini. dia hanya kisah silam kau. bukan siapa siapa. anggap saja kau tidak pernah mengenalinya. lantakkan saja mamat tak cukup masak itu!
betulkan kembali apa niat kau ke sini. nafas aku tarik dalam sebelum menghembus perlahan lalu mengangkat kepala.
aku terkedu, kini bukan hanya satu mata. malah semua mata memandang ke arah aku.
"turn kau." bisik Diana di sisi aku.
"khaulah Al-Azwar." aku menggigit bibir dalam menahan malu, rasa sebak datang mengundang tatkala aku tidak mampu memberi perhatian kepada mesyuarat. baru hari pertama aku sudah gagal.
"ingat tidur tadi." sindir seorang lelaki yang aku tidak tahu namanya dia sambut oleh tawa seisi dewan. mungkin dia mengusik, tetapi dengan jiwa aku yang tenat tika ini. semuanya aku anggap negetif. aku pantas melarikan mata aku apabila bertembung dengan anak mata Ilyas yang merenung tajam ke arah aku. hanya dia yang tidak ketawa walaupun hanya sebaris senyuman.
aku kembali menunduk lalu memejam rapat mata apabila terasa air mata mahu tumpah dari tebingnya. tanpa aku sedar, mesyuarat yang berjalan selama satu jam tiga puluh minit telah melabuhkan tirainya tanpa ada sedikit pun maklumat yang sampai ke kotak ingatan aku. buku nota aku juga bersih dari sebarang dakwat pen.
para fasilitator seramai 12 orang satu persatu mula bersurai meninggalkan kawasan dewan. aku menghela nafas sambil meraup muka. baru sahaja aku mahu mengangkat punggung, tiba tiba saja ada sebungkus roti gardenia krim vanilla jatuh dari langit. pantas aku menoleh ke belakang mencari siapakah gerangan manusia yang menurun kan roti ini.
tetapi tiada siapa siapa yang disyaki. masing masing menonong saja jalan. langsung tak pandang pandang. dari jauh aku nampak kelibat syakir yang mahu menghampiri aku, laju aku mengangkat punggung dan terus berlari menuju ke dorm. roti yang di beri oleh entah siapa juga tidak aku lupakan. ini saja talian hayat aku. nak pergimakan, takut. takut di kejar dengan monster.
aku melabuhkan punggung sambil membuka lilitan shawl kemudian aku sidaikan di kepala katil. rambut aku leraikan dari ikatan.
aku mencapai roti. belum sempat aku mahu membuka bungkusannya, mata aku terpandangkan nota pelekat yang dilekatkkan di bungkusan roti ini. aku mngerutkan dahi. siap tinggalkan nota. siapa ni?
'Kau tak selesa ke?’
aku tidak mengenali tulisan ini, tetapi aku rasa aku aku kenal soalan ini.
ah, lantak lah! aku lapar sekarang ni. nanti nanti je la cari. terus aku buka bungkusan roti dan gigit sedikit. malas nak fikir apa apa dah.
pagi aku cemerlang apabila tiada lagi rasa mengjengkelkan yang aku rasa semalam. semalam sehari suntuk aku muhasabah diri, langsung aku tak keluar dari dorm. selain mesyuarat malam tadi. makan juga aku abaikan.
aku bersiap dengan semangat, sehelai tshirt labuh aku sarungkan ke badan dipadankan dengan tracksuit hitam. tudung bawal hitam aku acukan ke kepala. hanya penampilan sesederhana mungkin. tetapi aku sangat berpuas hati. snickers aku sarung sebaik sahaja memakai stoking. sebatang pen, sebuah buku dan telefon bimbit aku capai sebelum keluar dari dorm dan menuju ke tempat pendaftaran.
sesampai sahaja di tempat pendaftaran, meja sudah disusun dan sudah dilekatkan nama gelaran yang bakal para peserta panggil sepanjang kem berlangsung. aku mencari gelaran nama aku.
Maklong.
okay jumpa.
dekat rumah anak buah panggil mak usu. sekali dekat kem haa kau, mak long perginya. tinggi pangkat aku. aku melabuhkan punggung di permukaan kerusi.
sedang aku ralit dengan buku nota dan pen tiba tiba sebungkus polistrin di letak kasar di hadapan aku. pantas aku mengangkat muka, dahi aku berkerut. muka Ilyas menghiasi pandangan mata aku. tanpa sebarang kata dan tanpa menjeling sedikit ke arah aku dia terus berlalu pergi menuju ke arah mejanya.
"terima kasih." ucap aku perlahan seorang diri. tak kan aku mahu terjerit jerit pula semata mata mahu mengucap terima kasih. meja aku hujung sebelah kiri meja dia hujung sebelah kanan. memanglah masih tiada lagi fasilitator yang bersedia di meja. tatapi kem ini di kelilingi hutan. karang sakit jantung pula kera kera di hutan dengar suara aku terpekik terlolong pagi pagi ini.
aku merapatkan sedikit polistrin. ada satu nota pelekat yang di lekat bersama. bentuk, saiz, warna dan tulisan yang sama seperti yang dilekatkan pada roti semalam. tetapi pesanan yang berbeza. jika semalam penuh dengan keperihatinan tetapi hari ini…
'makan ni, sehari suntuk tak makan. kang mati susah pulak. kita dekat hutan ni. kubur jauh nak tanam mayat kau! '
cis, tak guna punya Ilyas!
Share this novel