BAB 20

Romance Series 113095

AWAL pagi aku di kejutkan dengan perkhabaran tentang kedatangan adik adik ipar aku, dengan alasan sengaja mahu mengintai watak baru abang mereka yang seorang itu. mereka juga sempat memesan supaya aku tidak perlu susah susah untuk memasak, cukup sekadar hidangkan cheesetart.

cis, tidakkah mereka tahu? masak lemak cili api jauh lebih mudah berbanding melayan chessetart di pagi hari!

memandangkan rumah yang aku diami bersama Ilyas ini tiada kelengkapan secukupnya terpaksa aku menapak ke rumah mama untuk mengambil bahan chessetart aku. mujurlah rumah aku benar benar duduk di belakang rumah mama.

memang perangai betul adik adik ni, nak makan chessetart macam minta makan nasi lemak tepi jalan. cakap lah awal awal semalam. apa lah yang susah sangat.

nasib lah sayang!

sejak dah bernikah dengan anak sulung ni, jiwa bongsu aku yang dipupuk sejak kecil sudah pun bertukar menjadi anak sulung juga. kalau ikut jiwa adik aku.. aku lantakkan aja. dasyat betul penangan Ilyas ni. dengan sifat sifat abang-abang dia serap dalam diri aku. ingatkan dia serapkan kasih sayang lebih saja.

"assalamualaikum." laung aku sambil bergayut di pintu grill belakang rumah mama. disebabkan mama terkejut dengan salam yang aku beri, sudip yang berada di tangan mama terbang ke arah aku. tercengang aku dengan tindakan refleks dari mama.

mujur saja pintu belum di buka. jika tidak, pasti sudah terbang atas kepala aku.

"kau mimpi apa datang rumah orang pagi pagi buta lalu pintu belakang?" sembur mama sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi.

aku belum dua minggu lagi kahwin, belum dua minggu pun lagi pindah kerumah lain. tiba tiba rumah yang dulu menjadi tempat aku berteduh kini sudah menjadi rumah orang.

sampai hati mama!

"orang datang rumah mak, takkan tak boleh?" balas aku bersahaja. jemput jemput pisang yang sudah siap di goreng aku ambil sebiji dan masukkan ke dalam mulut.

"pagi pagi buta datang sini, kau tak masak ke? laki kau tak makan? ke puasa setahu?" soal mama bertubi tubi.

amboi, mama ni!

"orang datang ni nak ambil bahan masakan lah ni." jawab aku. kaki aku bawa ke arah peti sejuk mengeluarkan segala bahan untuk chessetart aku.

"laki kau punya lah kaya. takkan lah bahan masak pun ambil rumah orang. tak malu betul. "

tipikal mak mak asia. kalau tidak lancang mulutnya, masih belum cukup mak!

"mama jangan risau, bawang mama tak kurang sebiji pun. orang datang nak ambil oven, nak ambil barang buat kuih. adik adik nak datang kejap lagi, nak makan chessetart. dekat yas, pagi tadi adik dah masak mi goreng basah. suami adik dah terdampar kekenyangan baru adik datang sini. itu pun kena halau." terang aku panjang lebar sambil mengumpul barang yang akan aku angkut bawa ke rumah aku.

"adik adik kau nak datang bila?" soal mama. nasi goreng yang baru sudah di masak mama hidangkan ke atas meja.

"entah, si Aishah cakap dalam pukul 10:00. nak bawa bonda pergi pasar dulu. baba mana?" soal aku. mama yang sudah melepaskan lelah di kerusi aku pandang sekilas.

"ada dekat depan tu hah, tengah siram pokok bunga dia." jawab mama.

jika ikut kebiasaan, wanita lebih cenderung dengan tanaman bunga bungaan. tetapi, dalam keluarga aku, baba yang lebih minat terhadap perkara sebegitu. setiap pokok, setiap bunga yang di tanam oleh baba, semuanya akan menjadi.

"mama tahu ke yas duduk sini?" soal aku ingin tahu. kut kut lah mama juga tidak tahu seperti aku.

"tahulah. kenapa?"

"bila mama tahu?" soal aku lagi. tidak puas hati macam mana mama boleh tahu tapi aku tidak tahu.

"sebelum di masuk lagi mama dah tahu." jawapan mama buatkan kerja aku terhenti serta merta.

"mama tak bagitahu pun." muka mama aku pandang tidak puas hati.

"buat apa mama nak bagitahu? bukan kau tak suka dia ke sebenarnya? cakap tak suka bukan main. lepas tu gatal pergi proposed anak bujang orang. tak malu."

dua kali untuk masa yang tidak sampai setengah jam aku di tepek dengan perkataan 'tidak malu' dari mak sendiri.

pedih ye, pedih!

"biarlah, mama juga yang cakap cari lelaki tak menjadikan kita perigi.. alang alang dah jumpa lamar je lah terus.."

ayat tapis malu!

"eleh, cakap je la tepuk air dalam dulang dah terpercik muka sendiri. lain kali cakap lapik lapik sikit, jangan cakap macam orang tak ada agama. macam takdir kau, kau yang atur sendiri. ini dah kahwin jangan nak buat lagi perangai tak senonoh kau. bangun awal awal pagi. kau bukan anak dara lagi. selagi tak terpacak matahari atas kepala tak bangun." bebelan mama ni kadang kadang memanaskan telinga juga. dengan lantunan suara yang maha dasyat. aku ingatkan zaman aku di bebel dah selesai. rupanya tidak.

bukan setakat aku saja yang panas telinga, silap silap satu taman panas telinga. aku rasa, si ilyas tu hidupnya hari hari di hiasi oleh bebelan mama terhadap aku.

"eh, mana ada lah.. memang saja reject yas tu. sebab nak tarik perhatian dia. supaya dia sedar kewujudan orang atas muka bumi ni. takkan lah orang nak tergedik gedik depan dia. nanti orang pula yang kena reject." balas aku bersahaja.

dengan mama ni, kalau aku buat gedik memang setepek mama bagi nanti. Jadi, cara supaya mama tak kata aku lebih lebih adalah dengan membenarkan perkara yang tidak benar. bahasa mudahnya bahan diri sendiri!

takkan lah aku mahu buat begitu pula semata mata mahu pikat pak ustaz seorang itu.

mama mencebik. menyampah la tu.

"elok lah tu buat begitu. untung dia terima, kalau mama jadi dia. aku dah gelakkan kau guling guling biar kau celup muka dalam lubang jamban." pecah tawa aku. bukan main lagi mama mengata aku..

"sebab tu lah mama bukan yas, nasib baik mama tak jadi yas. kalau tak mesti lagi teruk adik reject." usik aku. pantas aku menjauhkan diri dari mama apabila jug pada tangannya di angkat tinggi.

jug tu kalau terbang atas kepala. hilang ingatan oi!

"adik nak balik lah, nak pergi peluk laki. dah rindu... bai!" pamit aku dan mengucup lembut pipi tua itu. tajam jelingan mama berikan pada aku.

"gatal kau ye!"

"manantu mama gatal kuasa dua, takkan lah orang nak biasa biasa je." sejurus selepas aku menutur kata satu cubitan padu hinggap pada lengan aku.

"aaaa.. sakit sakit.. mama! cakap dengan yas mama cubit adik." panjang muncung aku. lengan yang baru lepas mendapat habuan aku gosok perlahan.

kalau cakap pun aku dapat apa?

"tu ambil jemput jemput tu sikit bawak balik." pesan mama sebelum aku keluar dari dapurnya.

"tak payah lah ma. tangan penuh assalamualaikum.. " tolak aku. ketuhar dan segala barang yang aku telah kumpulkan aku angkut bawa ke rumah aku.

aku menghempas punggung melepaskan lelah sebaik sahaja ketuhar aku letakkan di atas meja. tercungap cungap aku dibuatnya.

"borak apa je dengan mama? sampai satu taman dengar. " tegur ilyas yang turut melabuhkan punggungnya di hadapan aku. air nescafe yang aku bancuh sarapan tadi di tuang ke dalam cawan kosong.

"dengar ke? " soal aku.

"apa pula tak dengar, cuba tanya makcik hujung coner tu. silap silap dia pun dengar. " jawab Ilyas bersahaja. air dari cawannya di hirup perlahan. pecah tawa aku.

kurang asam!

"yas buat apa? " soal aku ingin tahu. sejak malam tadi, sambung ke pagi tadi belum habis lagi bertapa di dalam bilik yang sudah diubah suai menjadi bilik kerja.

dasyat ye Ustaz Ilyas ni. cikgu sekolah saja, siap di sediakan bilik kerja untuknya.

"tanda kertas periksa, budak dah nak naik sekolah, kertas tak siap tanda lagi. sayang nak tolong? "

serba salah aku dengan soalannya. aku tanda kertas agama. tidak berani aku!

"tak nak lah, minta tolong buat air boleh lah. " laju aku menggeleng.

"soalan budak darjah satu je lah." jelasnya. mengharapkan pertolongan aku. terkelip kelip. mata aku memandang muka simpatinya.

soalan darjah satu pun, bukan macam darjah satu zaman aku. soalan mereka sekarang soalan aras tinggi. setakat aku ni, memang kena ayam saja.

"kertas apa? " soal aku.

"sirah." jawabnya pendek. terkebil kebil aku mahu penerima permintaannya. ketuhar dan wajah Ilyas aku pandang silih berganti.

"okay." aku bersetuju dalam keterpaksaan. cair dengan muka kesian dia. terbit senyuman di bibirnya.

"tapi.... tak masak apa apa lagi, adik adik nak datang." aku menjelaskan kerisauan aku. takkan lah nak hidang muka sememeh aku saja. kurang kurang mesti lah ada benda untuk di kunyah kunyah sebelum makan berat.

"kejap lagi suruh dia orang tolong masak sekali." tanpa sempat aku membalas ,tangan aku terus di tarik sehingga ke bilik kerjanya.

"untuk apa yas buat bilik ni? " soal aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalamnya. Ilyas yang sedang mencari sesuatu di longgokan kertas menoleh sekilas ke arah aku.

"untuk buat kerja la" aku kerut dahi. mata aku liarkan ke sekaliling. sebuah rak tinggi separas bahu yang penuh dengan segala fail aku jeling dari jauh.

"keeja apa je? " soal aku lagi. Ilyas yang sudah selesakan dirinya di kerusi aku pandang. dia pula yang kerut dahi dengar soalan aku.

"macam macam." jawabnya bersahaja. satu timbunan kertas yang sudah di asingkan, Ilyas letak depan aku bersama 3 batang pen merah..

perli ke apa ni?

tanpa banyak bicara satu set kertas sirah aku capai, baru soalan pertama aku sudah garu kepala. aku baca pula soalan kedua. tak cukup kepala, pipi pula aku garu, wajah Ilyas di hadapan aku kerling sekilas. tenang sahaja mukanya menanda kertas soalan..

"nah." sebuah kitab sirah dihidangkan di hadapan aku. mungkin dia perasan aku yang tidak ubah seperti cacing kerawit, tergaru sana sini.

selesai satu persatu soalan aku baca, sebatang pen merah aku capai. setiap satu soalan aku buka buku untuk kepastian jawapan. baru lima soalan biji mata aku sudah berpinar, nak baca tulisan lagi, nak cari jawapan lagi. akhirnya aku membuat keputusan bertanya terus kepada kitab bergerak di hadapan aku.

"nabi ulul Azmi ada berapa orang? " mata pen aku tergantung di soalan itu, sementara menunggu jawapan daripada Ilyas.

"dia tulis situ berapa? " jawabnya. kepalanya langsung tidak diangkat.

"tiga."

"jawapan yang sebenar berapa? " tidak fasal fasal aku pula yang kena jawab soalan.

"li... ma. " jawab aku teragak agak. wajahnya aku jeling lewat ekor mata.. aku menarik nafas lega apabila dia mengangguk perlahan.

"siapa nabi ulul Azmi? " rasa mahu tercekik mendengar soalan darinya.. sepatutnya dari awal aku sudah mengambil langkah berjaga jaga, supaya soalan dari kertas periksa ini tidak menjadi soalan kuiz.

"nabi Nuh, nabi Isa, nabi Musa, nabi Ibrahim, nabi muhammad s.a.w." yakin benar suara aku. padahal mata tengok buku. cantik pula tu soalannya mengena pada muka surat yang aku buka.

"kenapa mereka di gelar ulul Azmi? " berputar biji mata aku. aku menjeling ke arah buku, cuba mencari jawapan.

"tak ada dalam muka surat tu."

erk! dia tahu rupanya aku jeling buku. aku menggeleng. menandakan aku tidak tahu, bukan tidak tahu cuma terlupa saja.

"sebab mereka antara nabi yang paling berat ujiannya Allah bagi." jawabnya perlahan. aku angkat kepala dari terus menunduk. wajahnya yang masih tenang sambil. menanda kertas aku pandang dalam. aku tidak tahu nak rasa apa.

tidak patutnya, aku sebagai seorang wanita ysng mengaku islam, mengaku muslim, bercita cita syurga, mengimpikan solehah. tetapi perkara asas begini aku boleh terlupa.

layakkah aku?

"benda basic macam ni pun Azwar tak tahu." luah aku perlahan. sangat perlahan seakan berbisik. aku tersenyum hambar. mahu senyum pun aku rasa tidak layak.

"bukan tak tahu, cuma terlupa. tak apa nanti boleh recall balik. lepas majlis hari tu cik Ani borak apa dengan Azwar?" soal Ilyas. matanya kini tepat menikam ke anak mata aku.

"yas dengar ke? " soal aku. perkara yang tidak mahu aku ingat kini di bangkit semula olehnya. aku tidak mahu ingat segala kata sinis yang di lempar kepada aku, seolah aku wanita yang tiada harga diri. terdesak nak berlaki!

"tak dengar, yas cuma nampak cik Ani borak dengan Azwar je. nak tanya dari hari tu. tapi asyik lupa je." jawabnya. aku menghela nafas berat. segalanya berat, terlalu berat kata kata yang di ucap pada aku. berat bahu aku menanggung. berat akal aku mahu menerima.

"kenapa yas tak kahwin je dengan anak dia? " soal aku ingin tahu. jika di banding anaknya dari aku, jauh panggang dari api. aku tidak mengenali anak perempuannya, cuma dari ceritanya. anak perempuan Cik Ani seorang wanita yang hampir sempurna.

"tak nak. " senangnya dia beri jawapan.

"kenapa tak nak? anak dia okay apa? ada kerja tetap, ada gaji tetap. ada rupa, ada pangkat. bijak pandai. serba serbi ada. " pedihnya terasa dihati aku, sedangkan mulut aku yang mengeluarkan kata kata itu.

ah, wanita! sangat hebat dalam menyakitkan hati sendiri.

"sebab yas nak isteri bukan nak harta.. harta, yas pun boleh cari." riak wajahnya langsung tidak berubah.seakan tidak terkesan dengan soalan aku.

"sekurang kurangnya dia boleh bantu dari segi kewangan. sekarang memang lah tak rasa. sebab kita tak ada anak lagi. akan datang? cinta saja tak cukup nak kenyangkan perut seisi rumah." bidas aku. dia diam, lama. tangannya masih sibuk menanda kertas. aku agak dia sedang berfikir tentang masa depan. mungkin dia baru sedar harta juga penting dalam rumah tangga..

kertas yang sudah selesai ditanda Ilyas letak ke tepi bersama pen ditangan. matanya kembali ke memandang aku.

"kalau nak bantu, bukan dari segi duit.. andai kata boleh bantu pun, endingnya yas tetap kena bayar balik sebab duit isteri bukan untuk kecukupan nafkah.. isteri yas yang sekarang ni pun ada harta sendiri. ada rupa, bijak pandai. walaupun freelance, sebulan gaji Azwar dah macam gaji cikgu sekolah menengah. apa beza Azwar dengan dia? sebab dia doktor? gaji dia lebih tinggi?

lagipun yas dengan anak dia jauh beza, macam langit dengan bumi, setakat cikgu sekolah agama nak gandingkan dengan doktor. mana kena.. nak ambil Azwar dari baba pun kerja macam nak mati.. kalau ambil anak cik Ani tu, silap silap dah mati. " jelasnya panjang lebar. tetapi aku masih tidak puas hati dengan penjelasannya.

"seba dia kerja besar lah ni yas tak nak kahwin dengan anak dia. kalau anak dia kerja kerani, kira dah beranak pinak lah ni? "

aku balas renungannya tajam. Ilyas gelak kecil. dia bangun dari duduknya dan merapati aku lalu menyandarkan punggungnya di tepi meja.

"kalau anak dia kerani sekali pun, Allah dah tulis nama Azwar untuk yas, yas tetap kahwin dengan Azwar." jawabnya, senyuman manis di hadiahkan khas buat tatapan aku.

"lagipun rezeki anak anak Allah dah atur, Azwar nak risau buat apa? even rezeki Azwar sendiri pun Allah dah atur.. sedangkan cancing dalam batu pun Allah bagi rezeki. apalagi kita ni, kahlifah muka bumi. susah ke senang ke, itu semua kerja Allah. kita usaha macam mana pun. jika Allah dah kata rezeki kita setakat itu. setakat tu je lah rezeki kita. kecukupan kita bergantung pada kesyukuran kita. ada je orang yang tak kaya, tapi dia masih rasa cukup serba serbi. ada juga orang yang kaya raya, tapi dia masih rasa tak cukup.

jadi kecukupan seharian kita bukan bergantung pada kekayaan kita. tapi pada kesyukuran kita. syukur ni, kita jangan tengok orang yang lebih pada kira, kita kena tengok orang yang kurang dari kita. okay sayang?" rambut aku yang hampir menutup mata di selitkan di tepi telinga. dagu aku dicuit lembut. aku sekadar mengangguk faham.

syukur ialah kuncinya!

"cik Ani cakap apa dengan Azwar sampai muka Azwar berubah?" soalnya berbalik kepada soalan utama.

"dia cakap Azwar mengandung sebab tu terdesak nak berlaki." berubah air muka Ilyas. matanya mengecil memandang aku, meminta kepastian. mungkin dia tidak percaya dengan apa yang aku jawab, aku baru beri tajuk besar tentang perbualan aku dengan Cik Ani tempoh Hari. belum lagi aku cerita keseluruhannya. silap silap di katanya aku menipu.

"Azwar jawab apa?" soalnya sambil berpeluk tubuh.

"nak jawab apa? orang tengah penat, menjawab kang dia cakap kurang ajar pula. diam je lah."

"patut Azwar jawablah on the way." berkerut dahi aku. wajah aku tenung dalam mencari maksud di sebalik ayatnya. melihatkan senyumannya faham lah aku.

sengal betul!

"jom, budak budak ni dah sampai." tangan aku di tarik lembut, lalu menarik pinggang aku supaya rapat denganya.

"yas, anak cik Ani tu cantik ke?" soal aku lagi.. masih tidak puas hati. aku pantang orang tekan butang 'insecurity' aku.

nak bandingkan ketinggian sijil aku tidak kisah. tapi bandingkan kecantikan aku dengan wanita lain..

oh,, pantang ye!!

"cantik macam zakaria." laju dia melarikan diri selaju mulutnya menjawab.

"yas!!!! " dengan zakaria ni lagi lah aku pantang!

zakaria tu walaupun lelaki dia cantik woi! siapa saja yang tidak cemburu. Ilyas yang masih berdekah aku jeling tajam bersama muncung yang sudah panjang sehasta.

"tapi wanita yang yas simpan dalam rumah ni lagi cantik, Walaupun tanpa make up, muka baru bangun tidur, Azwar masih tetap cantik. yas macam simpan anak patung, tapi patung tu boleh bergerak. boleh gelak, boleh bercakap, boleh senyum. jangan lah cantik cantik sangat, yas susah nak buat kerja nanti." bisiknya lembut. aku menjeling manja sambil menahan senyum yang bakal terbit di bibir.

"kalau senyum lagi cantik." sambungnya lagi bersama kenyitan. terlepas juga senyuman dari bibir aku.

mengada betul lah aku ni!

nak merajuk, merajuk betul betul lah, baru kena ayat sikit dah cair. hati aku ni dibuat dari air batu ke?

parok!

maaf atas kelewatan chapter ni, banyak masalah teknikal, terima kasih buat yang bersabar menunggu.. jemput lah baca, maaf juga jika terdapat banyak kekurangan.

Share this novel

Wan Zuhaiha Wan Mohamad
2021-07-25 01:09:56 

terbaik...sarat ilmu dlm santainya..yas dan azwar dah mula merasai kemanisan...


NovelPlus Premium

The best ads free experience