BAB 14

Romance Series 113095

aku melangkah masuk ke dalam masjid sebaik sahaja aku keluar dari perut kereta, aku bersimpuh di atas bantal yang sudah disediakan untuk aku. Ilyas dengan baju melayu putih gading sudah bersiap sedia di tempatnya sejak selepas isyak tadi. atas persetujaan aku, dia memilih untuk di akad nikahkan dimasjid yang dia dipilih menjadi Imam.

dari tempat duduk, aku melihat tingkah Ilyas. sesekali meja di hadapannya di ketuk perlahan. tidak cukup dengan meja, skrin telefon bimbitnya juga di ketuk. dari wajahnya nampak tenang, tetapi bahasa badannya tidak dapat menipu orang sekeliling yang dia telah di landa resah gelisah.

kepalanya langsung tidak di angkat. melainkan ada beberapa tetamu yang menyapanya, baru lah dia angkat kepala. jika ada yang menghulur tangan baru lah dia menyambut. kalau tidak hulur memang dia tidak akan hulurkan dahulu. cukup sekadar tanyang sebaris senyum. lepas tu kembali serius.

perasaan aku?

kosong aku tidak tahu mahu rasa apa. nak kata resah, aku masih tenang, nak kata takut, aku tak tahu apa yang perlu aku takutkan. nak kata suka pun tak. aku hanya mampu mengikut tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku selepas ini.

tok kadi sudah duduk bersila di depan Ilyas pun aku masih tidak merasa apa apa. selepas tok kadi mendapatkan pengesahan atas persetujuan Ilyas, tok kadi menghampiri aku. pen dan dua helai kertas dihulurkan kepada aku.

menggigil tangan aku mencapai pen tersebut hingga menimbulkan tawa para tetamu. masa macam ni juga lah nak menggigil pun. tok kadi kembali ke tempatnya selepas mendapatkan tandatangan aku.

"tegangnya muka pengantin, tenang tenang je. senyum sikit." usik tok kadi di sambut tawa para tetamu lelaki. Ilyas tergelak kecil saat sedar dirinya diusik oleh tok kadi.

apa yang jadi di antara tok kadi dan Ilyas aku tidak tahu. apa yang aku tahu selepas tok kadi selesaikan khutbah nikahnya, Baba mengambil tempat. tangan baba dan Ilyas sudah bertaut. baru lah aku rasa roh aku kembali ke bumi. dapat aku rasakan detak jantung aku yang tidak tersusun.

"aku terima nikah khaulah Al-Azwar binti Azman dengan mas kahwin 200 ringgit tunai." semua mata memandang tok kadi sebaik sahaja lafaz akad di sambut Ilyas. jiwa aku kembali di angkat. rasa berdebar tadi sudah hilang serta merta.

anggukan tok kadi dan ucapan sah dari kedua orang saksi melegakan para tetamu. ucapan Ahamdulillah meniti dibibir ramai orang. dari ekor mata dapat aku lihat Ilyas menarik nafas legaz baru nampak senyuman padaa bibirnya.

"senyum terus pengantin lelaki, tau tadi saya nikah kan dulu baru khutbah. saya nak khutbah pun takut takut tengok pengantin lelaki." usik tok kadi lagi. bergema masjid dengan tawa mereka mendengar usikan tok kadi tadi, Ilyas juga tidak terkecuali, tadi dia hanya mampu senyum bila di usik, kini dia mampu gelak sekali.

aku?

aku bertambah kabur. masih tidak percaya hanya dengan satu lafaz status aku yang hanya seorang ajnabi sudah bertukar menjadi isterinya. macam tu saja. aku tidak tahu apa yang perlu aku fikir.

acara masih diteruskan, wajah Ilyas yang sedang membaca lafaz taklik aku pandang kosong. Ilyas yang tidak selesa ditenung begitu mengangkat sedikit kertas di tangan menutup separuh mukanya. aku melarikan anak mata apabila terasa peha aku di cubit oleh mama.

"agak agak lah sikit, depan orang ni!" bisik mama memberi amaran.

apa lagi yang aku buat ni? tak sudah sudah malukan diri sendiri. dari kecil sampai ke besar tak habis malukan diri sendiri depan Ilyas. mujur ramai orang. kalau tidak, dah kena bahasa setepek aku ni!

tepat jam 10:00 malam para tetamu mula bersurai. aku menghampiri baba yang sedang berborak dengan Ilyas. aku tidak tahu apa yang di borakkan mereka dan aku tidak ingin tahu. tapi belum sempat aku mendekat, telinga aku menangkap suara baba. tidak semena mena air mata aku jatuh.

Baru aku merasakan, satu perasaan yang septututnya aku dah rasa awal awal tadi.

"andai kata, satu hari nanti jika yas dah tak mampu untuk sayang anak baba, pulang balik pada baba. baba akan sayang dia sampai akhir hayat baba. baba boleh jaga dia." badan tua baba di rangkul erat oleh Ilyas. air mata baba yang belum pernah aku nampak di sepanjang usia aku yang mengalir ke pipi sungguh meruntun jiwa.

"nauzubillah, in sya Allah yas akan jaga Azwar bagaimana baba jaga. doakan Allah tetapkan hati yas sampai hujung nyawa yas. terima kasih untuk setiap keringat baba sepanjang 26 tahun didik Azwar. terima kasih beri peluang pada yas untuk masuk dalam keluarga baba. terima kasih atas restu yang baba beri pada kami." ucapan balas dari Ilyas dengan suara yang tertahan, membuatkan air mata aku bertambah deras.

hilang segala persepsi buruk aku terhadapnya yang sudah aku pasakkan dalam jiwa sejak setahun yang lalu. aku berpatah balik, tidak mahu menganggu baba Dan Ilyas.

air mata yang tersisa di pipi aku lap perlahan. aku tidak tahu apa rupa pembayang mata aku sekarang ini. aku takut jika terserempak dengan pontianak. pontianak yang lari.

aku menoleh laju apabila terasa tepukan lembut pada bahu aku. melihat dari riak wajah si polan ini aku sudah tahu apa rupa aku. tidak bergurau ya muka terkejut dia. berani betul dia buat buat terkejut.

"Azwar datang dengan siapa tadi?" soal Ilyas. aku menunduk, malu mahu tayang muka sememeh dengan maskara ke barat, dengan eyeliner ke utara.

"abang long." jawab aku pendek.

"okay, jom." belum sempat dia mencapai tangan aku, laju aku melarikan tangan aku.

"pergi mana?" soal aku laju. memang lah suami, tapi janggal itu tetap ada. aku tidak pernah kemana mana dengan lelaki, lebih lebih lagi lelaki depan aku ini.

"dah malam ni, nak balik rumah la. nak pergi mana lagi?" jawab Ilyas perlahan.

"pergi lah balik dulu, aku tunggu abang long." balas aku, aku tidak mahu balik bersamanya.

"abang long dah balik dulu lepas akad nikah tadi.baba pun dah balik. ada pilihan lain ke?" lembut suaranya menutur kata. aku terkebil kebil. mahu tidak mahu terpaksa juga aku mengikutnya. kalau tidak sila balik jalan kaki.

"buka dashboard, dalam tu ada make up remover. padam la makeup tu. mengucap balik langsuir kalau dia tengok. sakit jantung pakcik makcik dekat rumah tu nanti.” arah Ilyas sejurus kami masuk ke dalam keretanya. aku jeling tajam ke arahnya yang sedang mentertawakan aku.

"siapa punya ni?" soal aku ingin tahu. kenapa ada benda alah ni dalam kereta dia? nak cakap memang beli untuk aku, tapi isinya sudah tinggal setengah.

"Aishah punya.” jawabnya yang tenang memandu. aishah adiknya yang ke empat, bukan main lagi anak dara ni.

"tak ada kapas." adu aku sambil mencapai air pembersih alat solek. tanpa banyak bunyi sebuah beg, sebesar beg sekolah diletakkan atas riba.

nah! aku yang perempuan pula yang ternganga..

"nak makeup lagi sekali pun boleh." ujarnya tergelak kecil.

"astagfirullahalazim.” ucap aku terkejut apabila memandang muka sendiri di cermin. ini tak sempat langsuir yang assalamualaikum dekat aku, dia yang lari tak cukup tanah dulu. hodoh betul!

kalau lah tidak di tegur Ilyas tadi, mungkin tetamu di rumah yang sedang menjamu selera terkangkang melarikan diri. patut lah laki aku macam kena renjatan eletrik. Ilyas di sebelah aku sudah bantai gelak. aku ketap bibir menahan tawa

"jangan lah gelak." aku memandang wajahnya meminta simpati tapi Ilyas makin berdekah.

"dah, cepat lah buang. dah nak sampai ni." ujarnya dengan tawa yang masih bersisa. dengar tawanya membuatkan aku turut tergelak. aku nak marah sebenarnya.

susah lah jadi orang mudah terhibur ni!

"nak tumpang solat kejap boleh?" aku berkerut dahi mendengar soalan dari manusia yang sedang meminta izin di depan pintu bilik aku. jam di dinding aku pandang. dah pukul 11:00 malam.

solat apa?

"masuk lah, nak solat apa?" soal aku lurus.

“solat lepas nikah, boleh solat kan? jom solat sekali." jawab Ilyas dan terus melangkah masuk ke bilik aku yang sudah di ubah suai menjadi bilik pengantin. aku tayang sengih kerang busuk dengan ajakannya.

bukan tidak mahu, tapi.. aduh, serba salah aku mahu menjawab.

"boleh solat kan?" teragak agak aku menggeleng. berkerut dahinya.

"tadi nikah dekat masjid?” tangan aku mengipas laju menidakkan kenyataannya.

"tak tak,, baru je. lepas balik tadi." dia mengangguk perlahan.

sementara Ilyas di dibilik air, aku membentang kan sejadah untuknya dan keluar dari bilik. Afni dan Amni yang sedang sibuk dengan anak anak aku hampiri.

"hai kakak ipar!" sapa Afni dari jauh.

"shut." jari telunjuk aku dekatkan ke bibir. nak membahan aku lah tu, bukan aku tidak tahu.

"patutlah abang ajak pergi kem, ada agenda rupanya." ujar Amni pula, pecah tawa mereka berdua. Aku hanya mampu melepas tawa.

Kalaulah mereka tahu hakikat sebenar…

"aku nak tanya boleh tak? aku dah tanya abang. tapi abang suruh tanya kau sendiri." Afni berhenti seketika apabila di kacau oleh anaknya.

ah, sudah! aku tak suka dengan rasa ni apa benda yang dia nak tanya?

"macam. mana kau boleh terima lamaran abang? padahal mulut kau tu cakap tak nak saja. "

haa, aku dah agak dah!

Sedikit sebanyak aku turut merasa lega. Boleh tahan perahsia juga pak Ustaz seorang tu.

"adalah... " aku jawab meleret dan aku melarikan diri sebelum di asak dengan pelbagai lagi solan dari Afni. aku belum sediakan apa apa jawapan untuk bersoal jawab dengan adik ipar aku yang seorang itu.

bahaya mak budak tu, kalau dah bersoal jawab. memang aku yang terjerat nanti. lebih baik aku mengambil langkah berjaga.

aku masuk bilik kembali, baju yang akan di pakai Ilyas esok untuk majlis di tempat aku , aku keluarkan dari dalam Almari. samping yang akan di padankan juga aku bawa keluar.

"kau balikkan malam ni?" soal aku kepada Ilyas yang sedang melipat kembali sejadah.

"ada kau ke dekat sini?" soalnya sambil memindahkan songkok dari kepalanya ke atas kepala aku. dia duduk di birai katil dan mendongak memandang aku. aku tercengang.

serius lah kau ni? tak kelakar nak main main macam ni, dah pukul 12 malam ni.

"aku tanya kau ni." aku bercekak pinggang. membalas pandangannya.

"masalahnya aku dengan kau tak ada dekat sini. oh, lupa nak kenalkan diri. nama saya Ilyas. Luqman Ilyas. awak boleh panggil saya yas. nak panggil abang pun boleh tapi lebih afdal kalau panggil baby. and you?" aku ternganga, terkebil kebil mata aku memandangnya. kena sampuk ke Ustaz ni?

"okay.. ni baju. ni samping untuk esok." ayat yang aku rangka bersama pesan penaja untuk hari esok hilang serta merta dengan kelakuan Ilyas pada malam ini.

aku salah orang ke? mana pula pergi laki aku. ni siapa?

"tu je nak cakap?" soalnya lagi, senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.

"aa.. ya.. aah, tu je." balas aku tergagap. dia bangun dari birai katil. mata aku tidak lepas darinya.

pelik.. aku kahwin dengan siapa ni woi?

dia menghulur tangan, besar mata aku memandangnya. wajahnya dan tangannya aku pandang silih berganti. entah entah ni klon Ilyas tak

kau buat gila apa ni yas? tak kelakar wehh!

"tak nak salam ke?" soalnya. aku meneguk liur.

"boleh ke?" dia tergelak dengar soalan bodoh aku.

"nak peluk, nak kiss pun boleh. nak ke?" laju aku menggeleng kepala.

"keluar lah dulu, nanti Orang keluar." Arah aku perlahan.

"baru usik sikit dah gelabah, bagi betul betul kang baru tahu." bisiknya perlahan. aku menelan liur lagi walaupun tekak aku sudah perit kerana kekurangan air liur.

aku mengipas muka sebaik sahaja Ilyas hilang dari pandangan mata. sijil nikah sementara yang Ilyas serahkan pada aku, aku capai. namanya pengantin lelaki aku baca satu persatu. , inilah nama yang pernah aku baca di buku laporan persediaan. mengajar Ilyas. betul lah dia suami aku, tapi kenapa pak ustaz ni jadi macam ni?

mental aku macam ni lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience