BAB 16

Romance Series 113095

"pergi dekat buai tu dulu, nanti yas datang." arah Ilyas menunjukkan ke arah buai bulat yang berada di laman rumah depan. setelah aku mengangguk dia kembali ke dalam rumah. aku membawa langkah kaki menuju ke arah buai besi bulat.

buai terhayun perlahan apabila kaki aku menolak pemijak besi di bawah. mata aku liarkan di sekeliling rumah yang di penuhi oleh pokok pokok besar. walaupun dari luar terlihat seperti hutan tinggal, tetapi didalamnya terdapat 3 buah kediaman yang indah. walaupun alamat rumah ini kampung tapi tidak pada rupanya. kalau ayah menipu dia seorang dato bandar sekali pun, mesti orang percaya.

rumah bonda ni jangan di buat main. sekali masuk, kau boleh sesat 3 hari. mana tidaknya masuk pintu lain keluar pintu lain. kadang aku tengok Ilyas masuk ikut pintu dapur, tiba tiba saja dia keluar ikut pintu tengah. pintu dalam bilik Ilyas saja dah 3. ruang lain, sampai tak boleh kira. punyalah banyak pintu.

"nak yang mana?" dua batang ais krim malaysia berperisa milo dan asam masin Ilyas tunjukkan depan aku sebaik saja dia duduk berhadapan dengan aku.

"nak yang ni boleh?" hujung plastik ais krim asam masin yang berada di tangan kiri Ilyas aku pegang.

"kalau nak yang ni, kiss dekat sini." Ilyas mengulum senyum. hujung jari telunjukknya mengetuk lembut pipi kirinya. aku tergelak.

"kalau kiss dapat sekali tak lekuk yang dekat situ?" soal aku memaksudkan lesung pipit di pipi kirinya.

"dapat, dekat anak nanti. jadi, sebelum dapat anak kena dapat mak dia dulu. tapi maknya bendera jepun pula." jawabnya sambil mengenyit mata.

bengong!

aku mahu mengambil ais krim pada tangannya, tapi cepat dia melarikkan tangannya. dia bersandar. aku memandangnya dengan wajah berkerut. tidak puas hati.

cair la nanti ais krim tu!

"tak kiss lagi." ujarnya. kening di jungkit beberapa kali. aku memusingkan bebola mata. mula lah ni.

"tak nak lah yas, dekat luar ni." Ilyas gelak. dia hulur kembali ais krim yang di sorok tadi.

"Azwar ada photoshoot ke bulan ni ?" soalnya. aku mengecilkan mata, cuba mengingati kembali jadual untuk bulan ini. seingat aku hanya 2 tawaran sahaja yang aku terima, itu pun kerana dia sudah memaklumkan pada aku awal awal sebelum kes aku melamar Ilyas. cuma aku tidak dapat ingat pada minggu bila.

"ada 2, tapi tak ingat berapa hari bulan. itu pun sebab dia dah tanya awal, masa kem." jawab aku sedikit kalis. takkan aku nak cakap sebelum aku lamar dia pula.

"minggu ni ke? " soalnya lagi. matanya tepat memandang ke anak mata aku.

"bukan kut, rasanya akhir bulan nanti." jawab aku gugup. aku melarikan anak mata aku dari terus menatapnya.

"kenapa tanya? " soal aku apabila Ilyas tiada tanda tanda mahu bersuara. jika melayan bisunya aku yang tidak tentu arah nanti.

"saja tanya. ingatkan free bulan ni." balasnya perlahan.

"yas." namanya aku seru apabila tiada yang bersuara di antara kami. baru aku sedar, memang dari dulu lagi, aku tak boleh hidup dengan tenang jika di diam begini. ada saja soalan yang aku mahu tanya padanya. jika masa status aku masih orang asing pada Ilyas dulu pun aku selalu menganggu ketenteramannya, apa lagi jika sudah menjadi isterinya. jangan harap aku biarkan dia aman dengan dunianya sendiri.

"iya sayang."

"nak tanya boleh tak?" soal aku menayang sengih.

"selalu nak tanya tak ada minta izin pun." panjang terus muncung aku mendengarkan jawapannya. Ilyas tergelak kecil.

"tanyalah sayang, tak pernah lagi yas cakap tak boleh." balasnya lembut. betul lah tu, sampaikan dia yang akan tanya aku jika aku ada soalan yang hendak di ajukan kepadanya.

"macam mana yas cakap dengan bonda yas nak jumpa baba?" ini yang aku mahu tanya padanya malam tadi. tapi lain pula jadi.

"cakap je lah, nak jumpa baba, nak kahwin." aku berdecit mendengarkan jawapannya. senang betul dia menjawab.

"betul betul lah yas. "

"betul lah, Azwar nak tanya lain kan sebenarnya? dia pun tanya kalis kalis, lepas tu nak suruh orang jawab betul betul." selorohnya.

salah ke soalan aku?

"budak empat orang tu cerita apa pada Azwar? jadi, buat soalan berdasarkan cerita yang diberi."

ceh, dasar cikgu!

aku diam. mata aku liarkan ke sekeliling rumah. tidak jadi untuk bertanya lebih lanjut. biarlah segala persoalan itu hilang di telan masa. mahu harapkan Ilyas bercerita tiba tiba, macam tidak mungkin berlaku.

"cepat lah, nak tanya apa?" gesanya. aku menggaru kepala. aku sengih bila melihat dia menjungkit kening beberapa kali.

"sejak bila? kenapa yas tak pernah cakap?" dia mengulum senyum.

"sejak bila apa? cakap straight je tak boleh ke? " aku jeling ke arahnya. mula lah tu nak mengusik. dia faham sebenarnya, tapi saja buat buat tidak faham!

"entahlah, soalan tu tak ada jawapan..kalau yas beritahu, yas dapat apa? yas tak cakap apa apa pun, asyik kena reject. " terdapat sindiran di dalam jawapannya. aku termalu sendiri.

betul la tu, tiada satu pertemuan diantara kami di akhiri dengan perkara yang baik baik, semuanya bergaduh, lawan mulut, berbahas. tidak ubah seperti dalam dewan parlimen. dan biasanya, mesti aku yang terciduk.

"kenapa nak tunggu lepas kem baru jumpa baba?" aku menunduk memandang kaki. dari ekor mata dapat aku lihat lorekan senyuman yang menghiasi wajahnya.

"Azwar nak ke? sedangkan, masa tu pun yas masih fikir. andai yas jumpa baba lepas kem pun belum tentu Azwar terima. apatah lagi kalau yas jumpa sebelum kem. bonda banyak kali dah suruh jumpa, yas je yang tangguh tangguh.. sampai satu tahap bonda suruh jumpa sebelum bonda cari orang lain." dia ketawa kecil. aku mengangguk faham.

"kenapa tiba tiba lamar yas malam tu?" berona merah pipi aku. aku segan jika perkara ini di ungkit. malam tadi tidak terasa sangat kerana dalam keadaan tidak berapa waras.

"yas, nak dengar teka teki tak?" aku cuba mengubah topik. Ilyas bantai gelak.

"apa dia? " aku turut tergelak. melayan pula tu.

"kenapa.... biri biri putih lebih banyak berbanding biri biri hitam?" teka teki ni agak kebudak budakkan, tapi tidak mengapalah, biarlah kedengaran seperti keanak anakkan dari aku kena menjawab soalannya.

"sebab, lebih banyak kambing putih dari hitam. tak mencabar langsung teka teka Azwar, anak murid yas darjah satu dah main sesama sendiri dulu." panjang muncung mulut aku. Ilyas sambung gelak.

kurang asam betul! nak jawab, jawab saja lah, tidak perlu kut rasanya membahan aku.

"okay bai, tak nak kawan. " aku berura ura mahu pergi. aku nak merajuk. dia nak ketawa sampai kejang usus, silakan!

"kejap lah, yas pun ada teka teki juga." di tarik semula tangan aku supaya duduk di sebelahnya. aku tidak mahu, tetapi disebabkan buai sedikit bergoyang maka aku hilang pertimbangan. mahu tidak mahu, terpaksa juga aku mendengar teka tekinya. ada lah tu nak kena kan aku lagi.

aku menikam matanya, memberi amaran jika dia berani mengenakan aku.

" stop lah tengok yas macam tu, yas dah tak boleh bernafas ni. " dia mengekek.

"gelak lah lagi. gelak lagi sampai pengsan." dah boleh gelak, kerja nak mentertawakan aku saja. kalau dulu bukan kata nak gelak, nak senyum pun bukan main susah. takut bumi kena gempa agaknya!.

"garangnya, nak peluk boleh." usiknya lagi.

"yas!"

"okay okay, kenapa..... Azwar lamar yas malam tu?" aku tercengang.. ni teki teka apa ni??

aku tertawa sumbang. muka aku sembamkan di bahunya. aku malu!

"cepat lah, apa jawapannya. kalau betul yas bagi hadiah. " kepala aku terangguk kerana dia mengjungkit bahunya. aku menggeleng.. tidak mahu menjawab.

"tak nak jawab. " balas aku menyorok muka dari pandangannya.

"eh, mana boleh. tadi teka teki Azwar, yas jawab tau. "bidasnya.

"tak tahu." jawab aku perlahan.

"ke syakir ada kacau Azwar haritu? " soalnya lagi. aku menggeleng. hari itu, hari paling aman dari gangguan syakir.

"entah, Azwar cuma rasa Azwar perlukan seseorang." jawab aku sambil bermain dengan jarinya.

"kenapa yas? " sepertimana aku, dia juga tertanya tanya tentang perkara yang sama.

"sebab yas yang muncul waktu tu." dia menoleh. pantas tangan aku menolak mukanya.

"tak payah lah tengok. " dia ketawa kecil.

"dan hari itu, hari yang paling struggle untuk yas. seharian yas fikir macam mana nak cakap dengan Azwar. sampai Am pun dah tak tahu cara apa nak tolong. dia dah tolong bahan pun Azwar tak faham. sekali malam tu Azwar lamar, bukan yas seorang yang senyap. satu dewan jem. muka Am lagi tak boleh blah, sebab petang tu dia suruh solat hajat sebelum slowtalk dengan Azwar. belum sempat solat lagi, Allah dah sampaikan hajat" dia melirik senyum manis sebelum menyambung kembali. aku tekun mendengar.

"walaupun masa tu yas tahu, Azwar terlepas cakap. tapi bagi yas, asbab kes malam tu Allah mudahkan urusan selepasnya." aku menikus di bahunya. dalam kedinginan lelaki ini, banyak perkara yang terpendam dalam hatinya.

"ramai ke dekat dewan masa tu? " soal aku ingin tahu, sampai satu dewan jem, macam. ramai sangat pula.

"semua fasi lelaki ada. kan malam tu, fasi tidur dewan sebab bergilir baca baqarah." terbeliak biji mata aku.

"serius la? yas buat loud speaker ke?" soal aku terkejut.

"aah, yas tak bawak earpod, takkan nak lekat phone dekat telinga je. sebab tu yas suruh Azwar diam. jangan cakap. " jawabnya bersahaja. aku hilang kata. terkebil kebil biji mata mencerna jawapannya.

"syakir pun ada, lepas tu terus dia masuk dorm. nangis dekat bucu katil kut. " berubah terus nada suaranya.

berdekah aku woi!

"dah la tu. apa lah yang tak puas hati sangat dengan syakir tu. dah kahwin dah pun kan. " lengannya aku tepuk lembut.

"bukan tak puas hati, tapi tak payah lah meratip sampai sepuluh kali dekat tepi telinga yas ni yang dia pernah nak tunang dengan Azwar.. bukan jadi pun! masa dapat sibuk nak kahwin dengan orang lain. bila yas nak masuk line, dia pun sibuk nak try balik." luahnya. jelas kegeraman pada suaranya. aku tersenyum.

"yang ni pun satu, lain kali biar je la si syakir tu cakap dengan tiang. tak payah nak lawan lawan cakap." aku juga turut di marahi..

eh, lak ustaz ni. ada aku azan dekat tepi telinga pakej ruqiyahkan sekali.

" terima kasih." ucap aku dan mengucup pipi kirinya. biar senyap sikit. bukan main lagi dia punya angin.

"sebelah je? sebelah lagi?" laju saja tangan aku mengetil kulit lengannya. melebih pula, ingat nak bagi senyap. tapi lain pula jadinya.

"nak bagi, bagilah dua dua. pipikan ada dua. macam ni." tepi kepala aku di pegang kiri kanan sebelum mendaratkan bibirnya di kedua belah pipi aku.

"yas! " kisah pula dia dengan jeritan aku. tangannya di turunkan seketika kemudian dia kembali memegang kepala aku sebelum bibir aku pula mendapat habuan dari bibirnya.

"tertinggal satu pula, dekat rumah pun rasa kopi ek."

"yas!!! " berderai tawanya melihat wajah cemberut aku.

pantang dapat peluang. dia punya miang. ulat bulu pun masuk dalam tanah balik!

"okay, yas ada lagi satu teka teki. " ujarnya sambil mencapai tangan aku dan di genggam lembut.

"apa dia? "

"dalam al quran ada berapa surah? " soalnya.

"ceh, tadi baru menggatal, sekarang nak bagi teka teki islamik pula. " ejek aku geram.

"menggatal dengan isteri dapat pahala, makin gatal makin banyak pahala, siap boleh bunuh syaitan lagi. tapi sekarang tak boleh lebih lebih, sebab dah jatuh hukum haram sentuh isteri dalam keadaan haid."

alah sengalnya! lain aku cakap lain pula di fikirnya.

"cepat lah apa jawapan dia. " gesanya.

"114." jawab aku yakin.

"dalam 114 surah, ada satu surah yang tidak bermula dengan bacaan basmallah. apa nama surah tu?" wah, benar benar mencabar minda ya teka teki ustaz Ilyas ni!

"surah at-taubah." jawab aku lagi. dia tersenyum memandang aku. kepala di angguk berkali. mungkin puas hati dengan jawapan aku. atau, boleh jadi dia sedang mengayam ayamkan aku. bahasa kasarnya tengah perlekehkan aku dalam diam.

"jadi, soalan dia, berapakah bacaan basmallah yang terkandung dalam alquran?"

"113." yakin aku menjawab. rasa macam sudah betul.

tetapi... tett!!

"salah." berkerut serta merta dahi aku. otak aku beku, dengan lidah aku sekali berkunci. tidak boleh terima, mengapa jawapan aku disalahkan.

"sebab ada satu surah, ada dua basmallah. cuma bukan pada permulaan surah macam biasa." tahu pula dia aku mahu menyangkal. laju saja dia buka mulut semata untuk menerangkan mengapa jawapan aku disalahkan.

"nanti, bila dah boleh solat. cuba buka Quran, juz 19, surah An-Naml ayat ke 30." laju aku menggeleng.

"sekaranglah. kat Yas ada phone kan?" gesa aku. tengah teruja ni, tak maknanya aku nak nak tunggu-tunggu.

tanpa membantah Ilyas akur juga. telefon bimbit dia keluarkan. seketika, aku terpegun saat sebaris kalimah suci itu menyapa mata aku.

masya Allah...

"Nabi sulaiman ni, Nabi pertama yang tulis bismillah. tahu?" lambat-lambat aku menggeleng.

terasa jahilnya apabila asas begini pun aku tak tahu.

"tak apa. sekarang dah tahu kan?" aku mengangguk membalas senyumannya dengan senyum hambar.

"buat malu je jadi orang islam tapi tak tahu." omel aku sendirian.

"tak ada yang memalukan. selagi mana ada usaha nak tahu. kita ni manusia, selagi mana ada hayat, selagi tu kena belajar. selagi tu kena ambil tahu." balasnya lembut. tapi yang lembut itu hanya suaranya. kata-katanya, boleh tahan pedih juga untuk aku terima.

aku mengangguk.

"ni Khaulah ke Sayang?" serta merta aku mengulum senyum menyembunyikan rasa blushing yang tiba-tiba muncul.

tidak perlu tanya lebih, aku faham maksud soalannya. pasti dia sedang meminta kesetujuan buat panggilan manja darinya untuk aku.

"sayang." jawab aku manja. dia mencebik dalam senyuman.

jika dia ulat bulu, aku pula kucing miang. seorang mengada, seorang menggedik. patutpun dijodohkan!

"baiklah, khaulahku sayang. untuk teka teki yang yas janji nak bagi hadiah, yas bagi nanti. sebab Azwar dah jawab dengan jawapan yang tepat." belakang tapak tangan aku dikucup lembut. aku ketawa. perkara yang terpaksa aku akui dari dulu. aku rasa tenang untuk berada dekat dengannya. aku selesa dengan kehadirannya, walaupun aku sakit jiwa dengan perangainya.

terima kasih Allah, untuk pinjaman perasaan ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience