selesai saja melipat telekung, aku menyarung pula tudung bawal kemudian bergegas turun semula kedewan memandangkan masih ada lagi program yang berbaki sehingga ke jam 11:30 malam sebelum para peserta dibenarkn masuk tidur.
aku merapati anak buah aku seramai 10 orang yang sedang rancak berborak sehingga langsung tidak sedar akan kehadiran aku.
"amboi, rancaknya! borak apa aja?” tegur aku sambil menggeleng perlahan. tersipu masing masing. tanpa menghiraukan aku, mereka kembali menyambung cerita yang tadi tergantung dek di tegur aku. tetapi kali ini suara mereka lebih perlahan seakan berbisik.
malu lah tu aku dengar!
mata aku tertarik pada seorang anak buah aku berusia 8 tahun yang sedang membetulkan tudungnya. satu satunya peserta yang termuda di kem ini. niat aku hanya ingin memerhati saja, tetapi kerana semakin dia betulkan tudungnya semakin banyak pula rambut yang keluar dari anak tudungnya, sampai berbulu muka. rimas pula aku tengok. kesian pun iya juga.
Sesuai dengan peparah ‘Seperti tikus membaiki labu.’
aku menariknya duduk dihadapan aku. tanpa membuka tudungnya, aku memasukkan kembali rambut yang sudah memenuhi muka ke dalam anak tudung. setelah tiada lagi rambut yang tersisa di luar, aku membetulkan pula awning tudungnya. aku lipat kanan sikit, lipat kiri sikit, siap!
"ha, kan dah comel!” puji aku, lebar senyumannya hingga ke telinga. pantang kena puji.
"terima kasih mak long." ucapnya perlahan.
"sama sama." pipinya aku cuit sedikit sebelum dia kembali ke tempat duduknya tadi. tergeleng aku, tak padan dengan umur 8 tahun. pakai tudung bawal. tidak mahu kalah. siap lilit leher. ini kalau anak aku, aku sarung kan aja tudung syria, mudah, ringkas, kemas. cantik pun cantik.
tapi itu lah, setakat hari ini anak yang duduk di bawah jagaan aku, hanya lah anak kunci. kadang kadang kunci rumah. selalunya kunci kereta. kereta pun ada lagi 4 tahun aku perlu bayar.
aku menoleh ke kiri apabila terasa satu aura yang datang arah itu. wajah tenang Ilyas tanpa riak aku pandang. memandangkan kumpulan aku dan kumpulan dia duduk bersebelahan. maka setiap hari, setiap waktu, aku kena hadap mukanya. tetapi semakin lama aku bekerja dengannya semakin hilang persepsi buruk aku terhadapnya.
dia yang dulunya aku anggap seorang yang sangat dingin, yang susah di bawa bergurau, yang sukar di ajak berborak. rupanya, tidak lah seteruk itu. melihat cara layanan kepada anak buahnya. aku sudah faham mengapa guru kafa menjadi pilihannya. dalam tegas ada lembutnya. ada masa dia menjadi rakan, ada masa dia menjadi guru.
belum pernah lagi aku nampak dia marah anak buah dia walaupun anak buah dia lagi terejal dari anak buah aku. orang lain kalau tegur anak buah dia sampai macam nak mental. tapi jika dapat pada Ilyas, tidak perlu susah payah dia keluar suara. Biji jegil mata saja semua sudah jadi malaikat. baik ya ampun!
bukan itu saja, cara percakapannya dengan orang lain juga tersusun.kenapa dengan aku dia tidak boleh bercakap selayaknya manusia normal?
aku ni tidak nampak seperti manusiakah? meskipun begitu, sedikit sebanyak aku tertarik dengan perwatakannya. walaupun bukan dengan aku.
"kenapa muka ustaz Malik dengan bonda lebih kurang sama?" soal aku apabila mata aku yang sedang mrenungnya sejak tadi ditangkap oleh Ilyas.
buat kerja mesti clear sis!
"sejak bila pula bonda aku jadi bonda kau? ustaz Malik Abang bonda." jawabnya bersahaja. sempat dia membetulkan ayat aku. terbeliak biji mata aku apabila mengetahui kenyataan itu. tegurannya langsung tidak aku ambil kisah. patutlah bukan main rapat lagi dengan anak anak ustaz malik. rupanya sepupu.
"serius lah? tak tahu pun? patut lah muka kau dengan Hanzalah lebih kurang. sepupu rupanya." dia mengangguk perlahan. jakun betul aku.
"kenapa aku kena beritahu kau salasilah keluarga aku? penting ke?" aku menjugkit bibir. mula lah ni nak cari gaduh. aku terus menutup mulut aku, malas mahu memanjangkan cerita. Menyesal pulak aku bertanya. Baru berapa hari aku nampak sisi baiknya, boleh pula aku terlupa si Ilyas ni anti dengan aku.
pak ustaz ni bukan boleh. pantang dapat buka mulut, mesti di tembaknya aku. baik aku termenung mengenang masa depan dari menyambung borak dengan ustaz Ilyas.
aku mendongak apabila tiba tiba dewan yang tadi hanya seperti pasar borong kini sudah bertukar suasana seperti di sebuah konsert. bersorak tak ingat dunia, lebih lebih lagi peserta perempuan.
melopong mulut aku apabila mata aku menangkap punca sorakan mereka. sungguh aku tidak percaya. biar benar mereka ini, nampak Am bersorak macam nampak lee min ho. agak lah woi, laki orang tu. anak dua pula tu!
patut lah Am tidak di benarkan untuk menyertai fasilitator lagi jika tiada program yang memerlukan kepakarannya. jika yang kena begini itu ialah suami aku. jangankan fasilitator, untuk menyertai program yang menggunakan kepakarannya juga aku tidak setuju. suami aku kot.
gila betul remaja zaman sekarang, langsung tiada kisah siapa dia. punya lah bersusun yang bujang trang tang tang, yang suami orang juga dia mahu. sungguh menakutkan. jika aku jadi Ustazah Hani, aku rasa hidup aku hari hari di hantui oleh anasir anasir jahat. sakit jiwa aku macam tu.
aku ingatkan adik beradik dia dah cukup market dah apabila setiap kali mereka lalu ada saja bisikan bisikan gedik dari para peserta perempuan. rupanya muka Am lagi laku. sumpah aku takut. malu, risau. entah lah. aku risau dengan remaja sekarang. adakah kerana terlalu terdedah dengan pelbagai aplikasi yang boleh merosakkan minda mereka sehingga mereka menjadi tidak tahu malu begini?
"kenapa sampai macam ni sekali? malunya." soalan itu terpacul keluar dari bibir aku tanpa aku sedar.
"sebab tu lah zaman ni di panggil zaman kerosakan ummat.” Pantas aku menoleh ke arah Ilyas. “yang mana kekurangan wanita yang tahu malu, agama di pandang kolot. sunnah di remeh remeh kan. perkara yang nabi risaukan dah pun terjadi. akan datang akan jadi yang lebih teruk dari ni. anak anak ni bukan sebab tidak di didik. tapi kerana terlalu di beri kebebasan.” Sambung Ilyas perlahan. aku dengar keluhan beratnya.
"yas, ganti boleh tak?" aku menoleh apabila telinga aku menangkap satu suara dari arah sebelah kiri aku. Am sudah duduk bersila di sebelah Ilyas.
"tak nak lah, tu ramai lagi. suruh lah, syakir ke Aswad ke?" tolak Ilyas.
"tolong lah wehhh!" Am seperti sudah memaksa. sepanjang pemerhatian aku. Ilyas ni sudah seperti bahan Si Am ni. ada saja benda dia mahu mengenakan Ilyas. jika Ilyas tidak mahu. ada saja perkara yang diugutnya sehinggakan ilyas terpaksa terima.
yang si Ilyas ni pun satu. apa yang besar sangat rahsia sehingga terpaksa akur dengan arahan sepupunya yang tidak berapa empuk ini? di ugut mahu buka rahsia saja pun bukan di ugut bunuh.
"tak nak, tu suruh orang lain lah." Ilyas masih menolak.
"yas, depan kau juga aku beritahu kang." mula dah dia mengugut. Ilyas gelak dalam terpaksa.
"kau ni suka paksa paksa doh, bangkai gilaa. dah sana lah." haa kau setepek bangkai dia bagi. dah geram sangat la tu. Am bantai gelak.
badan Am di tolak kasar sebelum berlalu pergi menuju ke arah pentas.
belum sempat Ilyas mencapai mikrofon tiba tiba satu suara jeritan dari salah seorang perserta memecahi suasana hening dewan. para peserta yang berhampiran laju menjauhkan diri. ada juga yang sudah teresak. anak buah aku juga ada yang sudah menajuhkan diri. kini peserta yang diserang histeria tadi berdiri tidak jauh dari aku dan memandang tepat ke arah aku.
aku terpaku. lidah aku kelu. kaki aku bagai di pasak ke bumi. langsung tidak mampu bergerak. tiba tiba aku terasa kepala aku dipaling oleh sesuatu.
"jangan pandang macam tu, pergi belakang. baca ayat kursi." suara Ilyas menyapa lembut telinga aku. aku tidak tahu bagaimana dia boleh muncul depan aku. apa yang aku tahu, lepas di sapa olehnya baru aku rasa menggigil satu badan. kaki aku yang seperti kapas ini aku gagahi melangkah laju menuju ke arah peserta perempuan yang sudah berkumpul di suatu sudut.
dari belakang ini aku lihat Ilyas tidak menolong peserta yang sudah tidak menjadi diri sendiri, tetapi dia duduk bersama peserta lelaki di suatu sudut yang lain. membiarkan fasilitator yang lain menguruskan peserta itu.
dari seorang, sudah berjangkit menjadi 5 orang. fasilitator perempuan di arah untuk menenangkan peserta perempuan, tetapi aku sendiri sudah keras. bagaimana aku mahu menenangkan mereka?
aku melihat, hanya Diana satu satunya fasilitator yang masih kental dan tegak berdiri. Seolah langsung tidak terksan. keadaan sudah kembali normal setelah 2 jam duduk dalam suasana gawat. peserta yang seramai 8 orang yang diserang histeria juga sudah kembali normal. ada yang pengsan tidak sedarkan diri. ada juga yang sedang diberi air minum. Ada juga yang berpura pura menolak dari minum air yang dihulur, konon konon henda yang duduk menunpang dalam badan tadi menolak air bacaan. Padahal air yang diberi hanyalah air kosong biasa yang ditadah dari mesin air.
Ada juga aku hempuk ni kang!
selesai sahaja, para peserta di arah untuk masuk tidur. aku masih kaku ditempat aku berdiri tadi. terasa nyawa aku terbang ke langit. kaki aku tidak terasa berpijak di bumi.
"kau okay tak ni?” soal satu suara menyedarkan aku dari lamunan panjang aku. aku lihat sekeliling. tiada sesiapa lagi para peserta yang tinggal. fasilitator wanita juga sudah bergerak menuju ke dorm meninggalkan aku keseorangan di sini. yang tinggal hanya fasilitator lelaki dan Am jauh di depan pentas.
tanpa menjawab soalannya, aku membuka langkah. ingin mengikuti langkah mereka yang sudah jauh meninggalkan aku. tapi baru dua langkah aku kembali memusingkan badan aku. wajah Ilyas aku pandang tepat. dia pula yang rasa serba salah.
"kenapa?" soalanya aku jawab denfan gelengan.
aku mahu meminta untuk menemani aku berjalan sehingga ke dorm. tapi perkara itu tidak akan berlaku walau aku pengsan sekali pun di sini. maka aku hanya menguburkan saja perkara itu dan kembali menapak perlahan.
"jalan je, aku tengok dari sini sampai kau masuk dorm. baca ayat kursi jangan lepas." pesannya. walaupun dia hanya menemani aku menggunakan pandangan mata tetapi cukup buat aku merasa aku tidak berseorangan.
sebaik selepas aku membersihkan diri, tanpa berlengah aku memanjat katil. baru sahaja mahu menutup mata, keadaan tadi terlayar jelas di fikiran aku. aku kembali membuka mata. dada aku berdebar hebat. mulut aku terkumat kamit membaca ayat kursi apabila teringat pesanan Ilyas supaya tidak lepas membacanya. aku meringkuk di dalam selimut. walaupun panas, tapi tidak mampu untuk berbuat apa apa. segala sendi aku keras kejung.
sedang aku melayan perasaan, satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali masuk. dalam teragak agak aku menjawab juga panggilan itu.
"jangan cakap apa apa, aku tak nak dengar suara kau. pakai earphone." arah suara dihujung talian. tanpa bertanya siapa pemanggilnya, mendengarkan suara dan bahasa dari pemanggil itu pun aku sudah tahu panggilan ini dari siapa.
aku akur dengan arahannya. tidak lama kemudian aku terdengar alunan ayat suci al quran menyapa telinga aku. Perlahan lahan resah aku yang sejak tadi menguasai diri aku mulia hilang. aku menjadi semakin tenang. setenang suaranya yang sedang mengalun ayat al quran. walaupun tidak berlagu, tetapi setiap bacaan tepat mengena hukum tajwid. makhrajnya juga tiada yang tergelincir.
sedang aku leka dengan bacaannya, tiba tiba dia mengakhiri bacaannya. tidak terasa sudah satu jam dia mengaji di telinga aku.
"yas." panggil aku.
"eh, tak tidur lagi ke?" soalnya jelas terkejut pada nada suaranya.
jadi, dia ingat aku sudah tidur ke?
"ha, siapa tu?" usik saru suara dihujung talian tidak lagi dihiraukan olehnya.
"kau nak kahwin dengan aku tak?" aku terkejut dengan soalan aku. aku buat kerja gila apa ni?
"apa dia?" tanpa menjawabnya, aku terus memutuskan panggilan. kepala aku yang berdenyut tiba tiba aku urut perlahan.
nampaknya malam ini aku tidak boleh tidur bukan kerana memikirkan histeria yang berlaku di depan mata aku, tetapi memikirkan soalan bodoh yang aku soalkan pada Ilyas tadi..
gila!!
Share this novel