pintu bilik yang tertutup rapat aku kuak sebelum meloloskan diri masuk ke dalamnya. tudung yang sudah dua hari aku buat basahan aku buka lalu aku campakkan ke dalam bakul baju kotor. aku sendiri bau pun naik pening, kalau libas dekat kucing, berbuih kesawanan terus kucing tu barangkali.
Ilyas yang sedang sibuk dengan buku lognya aku jeling sekilas. aku mahu menerpa ke arahnya. tetapi, aku tangguhkan dahulu niat aku. memandangkan aku baru sahaja lepas memasak.. bau bawang, bau minyak, bau ikan semua bersatu. takkan lah nak pergi dekat suami dengan bau yang begini. pengsan seminggu pula karang suami saya. tuala aku capai dan terus menuju ke bilik air.
aku keluar dari bilik air selepas hampir 20 minit aku selesaikan diri aku di dalam. rambut aku keringkan sedikit denga tuala. 2 pancit minyak wangi aku semburkan di kiri dan kanan. jangan ingat aku nak pergi goda suami pula. kalau nak goda suami kurang kurang mesti sepuluh pancit. dua pancit saja mana cukup.
pengering rambut yang berada di atas meja aku capai dan dibawa mendekati Ilyas yang sedang menulis laporan persediaan mengajar di katil. aku duduk di sebelahnya dengan kaki terjuntai, plug pengering rambut yang sudah di pasang aku biarkan dahulu. meleraikan persoalan di kepala aku lebih penting dari mengeringkan rambut. rambut kalau lupa dia boleh kering sendiri, soalan kalau lupa, sampai kiamat aku lupa.
"yas. "
"pergi keringkan rambut dulu." aku akur dengan arahan.
"pergilah kering kan rambut dekat tempat lain, punya lah banyak plug dekat dalam bilik ni. kat depan tu pun ada dua." halaunya sebelum aku sempat menghidupkan pengering rambut. aku tersenyum penuh agenda.
berani betul dia halau aku!
aku merapatinya, kepala aku sengaja lentokkan di sebelah bukunya. tidak peduli pada buku yang memenuhi separuh ruang katil itu. muka puss in boot aku tayang depannya. pen di tangannya terus di letak serta merta dan merapatkan muka ke muka aku. tangannya menahan belakang kepala aku. aku pula yang rasa nak luruh jantung. tadi berani sangatkan!
"sayang nak mandi lagi sekali pakej dengan niat pula ke? tak sempat kering rambut tu karang."
tanpa suara aku golekkan badan aku turun dari dari katil. pengering rambut aku capai dan terus bawa ke arah meja solek. cukup selamat dari ugutannya. jangan main main dengan pak ustaz ni. aku dengar dia ketawa kecil dan menyambung kembali kerjanya.
"yas. " aku kembali kepadanya setelah selesai mengering rambut. dia menoleh sekilas sebelum kembali menumpukan ke arah bukunya.
"kita duduk mana lepas ni?" soal aku teragak agak. aku tidak mahu bertanya, tapi disebabkan kakak kesayangan aku tu sudah berapa kali suruh tanya. aku gagahi jua mulut ini supaya bertanya. ini pun susah aku nak merangka ayat supaya soalan aku tidak mengguris hatinya.
kakak kata, baik macam mana pun mentua, lebih baik duduk rumah asing.
baik lah kakak, adikmu menurut perintah.
"sayang nak duduk sini ke?" soalan aku dia tidak jawab lagi, dia dah bagi soalan lain pula pada aku.
"tak kisah." jawab aku pendek.
iya ke aku tidak kisah? buat masa sekarang aku memang tidak kisah, bonda juga terlalu baik pada aku. tapi sampai bila untuk aku tidak kisah. sedikit sebanyak aku juga teringin untuk mengurus rumah dan suami aku sendiri.
"iya lah tu tak kisah. jawab pun muka dah macam kena sembelit." Ilyas gelak dihujung ayatnya.
kurang asam betul!
"betul lah. sekarang tak kisah. tapi akan datang tak tahu la." jawab aku jujur.
"taklah. malam ni kita balik rumah kita. petang ni pergi rumah mak tok kejap. boleh?" aku mengangguk perlahan. dahi aku berkerut.
"sewa ke? bila yas sewa?" soal aku pelik. tak tahu menahu tiba tiba ada rumah.
"dah setahun dah yas duduk situ. sewa sebab jauh nak pergi sekolah dan masjid dari sini." lagi aku hairan.
setahun kut, tapi sekali pun aku tak pernah dengar dia ada rumah lain. selalu aku masuk 'office' ada je muka dia menyibuk dekat sini. kejap kejap ambil tukullah, ambil mentollah, cari skru driverlah. betulkan mesin jahit lah. boleh kira berapa kali je dia tak muncul dekat depan mata aku.
"tak tahu pun."
"kenapa nak kena bagitahu? dahlah reject reject orang." aku jungkit bibir. belum habis lagi ye sesi ungkit mengungkit si Ilyas ni.
"orang cakap je sebab selalu tengok ada je sini!" ujar aku sebal.
"saja nak jumpa Azwar." balas Ilyas sambil menjungkit kening beberapa kali. aku ketawa.
alah, ngada ngadanya!
"tak adalah, selalu pagi pagi bonda selalu minta buat kerja dekat sini. tu yang selalu ada. lagi pun biar lah.. rumah mak orang!"
eh, aku tak cakap apa apa pun!
"yas, nak tanya lagi boleh tak?" aku tayang sengih dihadapannya. aku sendiri pun hairan dengan diri aku. asal duduk depan mata dia mesti ada saja soalan berlegar legar. selagi tak tanya, selagi tu tak tenang.
"dari dua tahun lepas tak habis habis tanya ek, punya lah banyak soalan dalam kepala." sindirnya.
kisah pula aku dengan sindirannya.
"sebab jawapan Yas je yang boleh di terima akal." balas aku manja.
"lepas tu tak puas hati orang jawab, cari gaduh pula. hujung hujung Yas juga yang salah." pecah tawa aku. setepek kena atas dahi.
"orang nak tanya je, tak payah lah sindir sindir. dah tak sayang ke?" lirih aku. mula lah drama pagi aku.
"sayang Dik, kalau tak sayang tak ada lah dha tahun tadah telinga kena reject."
kau tengok tu, dia sindir aku lagi! benda dah lepas kut.
BARU sahaja keluar kereta, orang pertama yang di terpa Ilyas ialah Am. tok mak selaku tuan rumah yang sedang duduk di bangku depan bukannya nak pergi salam dulu.
bertuah punya cucu!
patut lah beria nak datang rumah tok mak. dah berjanji rupanya. aku melangkah menghampiri mak tok dan Hani yang sedang berborak di depan rumah. kedua mereka aku salam. kerusi di sebelah Hani aku tarik sebelum aku duduk di atasnya.
"budak berdua tu kalau dah jumpa jangan harap ingat ke bini. woi, budak bertuah, tok dekat depan ni kau tak salam lagi." laung mak tok dari jauh.
haa, kau! satu felda dengar suara atok kau jerit. ingat muda muda je jadi monster, dah bercucu pun masih berbisa. Ilyas melangkah masuk bersama sengih belakang tapak tangan tok mak di cium sopan.
punya la sopan dengan orang tua, macam ni tak sayang? putih biji mata lah aku kalau tak teruskan pernikahan ni dulu. mana nak jumpa lagi lelaki macam ni?
kena aruk boleh sengih. kena bebel boleh diam. kena soalan boleh jawab. apa lagi tak cukup?
"sihat tok?" soalnya berbasa basi.
"sihat orang tua lah. berjanji dengan Am ke apa ni? tiba tiba muncul, sebelum ni bukan main susah lagi nak nampak batang hidung." sindir tok mak.
"tak baik tok buat macam ni dekat Yas.. depan isteri yas ni tok. " balas ILyas di sambut tawa tok mak dan Am. aku sekadar melorek senyum. lucu pula melihat telatah mereka.
"kau tidur sini ke balik rumah?" soal tok lagi kepada Ilyas.
"tak lah, Yas nak balik ioi dah malam ni." jawapan Ilyas mengundang tanda tanya di benak aku. ioi rumah mama. kata nak balik rumah sewa dia, tapi kenapa nak balik ioi pula?
"tidur je la sini satu malam, esok pagi baru balik." tok mak mula memujuk.
"subuh esok yas imam lah tok, minggu depan insya Allah. lepas balik pd yas singgah sini dulu, tapi yas tak janji la."
makin bertambah tambah soalan dalam kepala aku. pd? port dickson? ada apa dekat sana? kenapa dia tak beritahu apa apa pada aku?
"kau balik juga ke Am?" soalannya beralih kepada Am pula.
"tidur sini tok. kang nanti Am tak tidur, tok pergi pancit kan pula tayar kereta Am pakai tongkat tok. ", jawab Am bersahaja. pecah tawa kami. dia cakap ikut sedap je.
kurang Asam betul!
kau jangan sampai ajal kau dekat tongkat tok mak tu.
"nak tok libas kau pakai tongkat tu pun boleh juga Am. " ujar Ilyas bersama sisa tawa.
"lepas tu balik, aku yang pakai tongkat eh?" balasnya, siap dengan gaya konon jalan dengan menggunakan tongkat. berdekah mereka berdua. aku mengemam bibir supaya tawa aku tidak terlepas. tok mak juga turut ketawa. langsung tidak mengambil hati dengan perangai tidak cukup masak dua orang cucunya.
memang Am ni membuatkan Ilyas berubah 100% dari dirinya yang sebenar.
"kau pergi kait rambutan dekat depan tu, sebelum dua dua tok pukul dengan galah arwah tok bak kau! " tongkat di angkat tinggi. laju mereka berdua melarikan diri. sempat pula tu larikan sekali dengan dua orang anak Am.
"Am, anak kau ni tak ada selipar ke?" soal Ilyas yang sedang mendukung saad. melilau matanya mencari selipar yang paling kecil di lantai.
"dalam kereta jap."
"jom Hani, tolong ambil bakul sekali." tanpa bantahan Hani bangun dan mencapai bakul di tepi pintu. kakinya terus keluar dan jalan beriringan dengan Am menuju ke pokok rambutan di depan rumah. Aslam iaitu anak sulungnya sudah bergayut dahulu di pokok. manakala anak keduanya ada di pangkuan Ilyas. selipar yang di beri Am tadi, Ilyas sarungkan di kaki saad.
tok mak juga sudah ke kedepan tinggal aku menunggu Ilyas menyarung selipar anak kecil itu. wajah Anak kecik itu aku perhati. geram sungguh dengan keelokkan wajahnya.
"handsome betul la budak ni." pipi montelnya aku cuit. mengekek anak itu. bukan sahaja tampan, malah suka senyum. manis senyumannya.
"serius lah Sayang? yas dekat depan mata tak puji pula." aku tergelak.
"serius lah saad? dengan saad pun uncle yas jelous ke?" sengaja aku mencipta dialog bersama anak kecil itu. dia tersenyum memandang aku.
"yas suka budak ke?" soal aku. sejak dari kem tempoh hari lagi aku dah perasan, bukan sahaja anak buah bawah jagaannya, malah anak buah bawak jagaan orang lain juga turut dilayan sama rata. jika layan anak anak kepada adik adiknya lagi lah, terus lupa ada bini.
pernah satu malam, ada kanak kanak lelaki dalam lingkungan 8 tahun tidur di pangkuannya kerana jam sudah menunjukkan ke angka 11:45 malam..
"yas suka Azwar." aku mengulum senyum. aku serius dia main main pula!
"depan budak tak elok buat macam tu." balas aku tersenyum. lupa terus soalan terakhir aku tadi.
"tak penat ke hari hari curi hati yas? " tak makan saman ye pak ustaz ni?
"tengah cuti, itu je kerja yang Azwar boleh buat." ilyas tergelak.
"andai kata suatu hari nanti Allah rezekikan kita dengan anak anak, yas tak nak mereka celik tentang kemahiran dunia saja, yas nak mereka celik dalam ilmu agama juga. bukan saja ilmu setakat di kepala. tanya dapat jawab, tapi ilmu yang diguna pakai untuk kehidupan seharian. " ujarnya tanpa di pinta. aku terdiam.
"nak tahu tak, sebelum Am kahwin lagi dia dah ada fikir, siapa anak anak dia akan datang.. dia langsung tak ada fikir untuk anak dia supaya ada kerja besar, ada pangkat. dia cuma fikir, anak anak dia akan jadi penyambung kerja nabi. biarlah tiada pangkat di dunia." sambungnya lagi.
siapa sangka Am yang nampak biasa biasa, tapi cita citanya luar biasa.
"dia orang pertama yang yas cari sebelum yas buat keputusan nak jumpa baba.. dia orang pertama yang yas jumpa bila yas buat keputusan untuk kahwin. benda pertama yang dia semat dalam kepala yas. nak kahwin, betulkan diri sendiri dulu. baru boleh betulkan isteri."
"semua Am ke? Azwar? " sengaja aku bertanya. Ilyas gelak. sikit sikit Am. sayang sangat dengan sepupu dia tu. walaupun aku agak tertarik dengan hubungan rapat mereka. tapi tak perlu lah dengan aku pun sebut sebut nama Am.
jika perempuan lain, cemburu nama perempuan lain di sebut, aku pula cemburu suami aku sebut sebut nama suami orang lain. lelaki kutt! idola betul dengan Am tu.
"sayang orang pertama yang yas aim untuk jadikan isteri. " di kenyit mata kepada aku sambil . meneguk sedikit air kosong di dalam botol. matanya melirik nakal ke arah aku. terbit senyuman tanpa sengaja di bibir aku.
susah betul dapat suami sweet talker ni! baru nak merajuk sikit dah kena ayat!
"sejak dah kahwin ni, minun air masak pun rasa air gula."
"dah la tu. " ilyas gelak lagi. dengar dia gelak saja aku dah cair.
ya ampun, ni jatuh cinta tahap berapa ya kalau begini? cukup lah yas, simpan lah dulu. baru seminggu kahwin!
"terima kasih sayang! " ucapnya lembut.
"woi, dah la tu! ada anak aku tu. malu sikit nak dating pun! " laung Am dari jauh. terhinjut bahu aku dan Ilyas. saad yang sedang leka dengan mainan ditangan juga tidak terkecuali. cemik muka bayi itu, cepat saja Ilyas menenangkannya dengan menepuk lembut belakang badannya.
"terkejut aku. " ujar Ilyas. pecah tawa kami..kami beriringan menghampiri mereka. rambutan juga sudah hampir separuh bakul besar.
"baik baik, takut terkait cinta kita sekali." sempat lagi dia mengayat. aku gelak lagi.
"pelik betul tok dengan Azwar ni. boleh pula kau gelak dengan budak yas ni. tau tak budak ni hambar. " ujar tok saat kami sampai kepada mereka. tercengang aku dengan ayat tok mak.
bukan main, guna bahasa malenia walaupun umur hampir ke penghujung.
mungkin hambar pada orang lain, tapi tidak pada aku.aku rasa jika tok mak dengar dia mengayat, jam tu juga tok mak minta cari suami. dia punya mengayat. kucing pun nangis minta ampun!
tak bergurau yee!
Share this novel