SEBAIK sahaja keluar dari bilik air, kaki aku atur bawa ke arah katil. badan aku rebahkan ke tilam tanpa sempat aku mengeringkan rambut dengan betul. selimut tebal aku tarik sehingga ke atas kepala. aku tidak pasti apa yang berlaku pada diri aku ketika ini, sebelum masuk bilik air tadi aku sangat sihat. tiba tiba keluar saja dari bilik air aku terasa suhu badan aku naik sehingga bahangnya terasa naik ke kepala.
niat aku yang tadi mahu memasak selepas selesai mandi terbantut. aku meringkuk di dalam selimut tebal apabila sejuknya terasa hingga ke tulang hitam. penghawa dingin aku tutup. telefon yang aku letakkan di tepi bantal aku capai, sedikit pesanan aku hantar kepada Ilyas sebelum menutup mata rapat.
"sayang." aku membuka sebelah mata apabila suara Ilyas memanggil aku lembut. selimut yang menutupi kepala aku juga sudah di selak olehnya. aku lihat bajunya dari kemeja lengan panjang sudah bertukar kepada jubah, bermakna dia sudah pulang dari solat maghrib. memang kebiasaannya selepas habis waktu sekolah dia membersihkan diri di sekolah dan terus ke masjid. memandangkan shift imamnya pada waktu maghrib, isyak dan subuh.
"dah solat belum?" laju aku menggeleng. aku menggosok mata yang kelat dan mencengkam sedikit rambut apabila kepala terasa semakin memberat.
"bangun, solat dulu." tangan aku di tarik lembut membantu aku untuk bangun dari perbaringan. aku menjeling sekilas jam di dinding sebelum meraup muka. lagi beberapa minit sudah hendak masuk ke jam lapan malam.
langkah kaki aku bawa menuju ke bilik air, rasanya tadi sekadar mahu tutup mata saja, bagaimana pula boleh hanyut sehingga ke maghrib.
astagfirullahal azim!
selesai solat maghrib, kakiku yang mahu ke katil aku ubah menuju ke arah pintu keluar apabila teringatkan Ilyas yang berada di tingkat bawah. sebelum kaki benar-benar mencecah tangga terakhir, aku intai sedikit mencari kelibat Ilyas. setelah memastikan lelaki itu ada pantas kaki melangkah mendapatkan Ilyas yang sedang mengaji di sofa.
aku bersimpuh dihadapannya sebelum melentokkan kepala di atas pehanya. mataku tutup rapat. sesaat, aku mendongak apabila terasa kepala diusap olehnya.
"Yas dah makan?" soalan aku dijawab dengan gelengan.
"Azwar tak masak lagi. Yas ada tapau lauk ke?"
"Yas dah masak, dah sampai rumah tadi baru perasan whatsapp Sayang." jawabnya bersama senyum manis di bibir. terbuntang biji mata aku. sepajang sebulan aku hidup dengannya, ini perkara yang luar biasa di pendengaran aku. selalu nak goreng telur pun tanya macam mana. kiranya selama ni sajalah buat tak pandai?
"Yas masak apa "
"aham masak kicap." jawabnya lalu bangun dari sofa. Al quran di tangan dia letakkan balik di tempatnya. menganga aku dengan jawapan.
biar betul?
aku memandang dengan wajah tidak percaya, dia menjungkit kening. dengan muka bersahajanya dia kembali ke sofa dan berbaring di atasnya sambil mengeliat kecil.
"ye ke ayam masak kicap? ke yas buat chicken pop corn je?" soal aku menyuarakan rasa tidak percaya padanya. dia tergelak kecil.
bukak tidak percaya, cuma tidak sangka seketul Ilyas boleh masak. walaupun sekadae ayam masak kicap, tapi okay what?
"ingatkan lepas nikah dah percaya dekat yas. rupanya tak percaya lagi." ujarnya. aku tersentak, rasa serba salah mula menguasai diri. mungkin dia hanya mahu beseloroh, tapi aku mengambil serius dengan ayatnya.
"sorry. Azwar bukan tak percaya yas, Azwar cuma tak sangka yas pandai masak." aku cuba menjelaskan. tidak semena mena air mata aku mengalir. entah kenapa aku rasa sensetif pada malam ini. selalunya elok saja jika di usik. aku menunduk.
"sayang, yas gurau je. " tegak terus badannya. dia mula gelabah dengan air mata aku yang tiba tiba mengalir bagai tangki air pecah. muka aku di angkat supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas. makin laju air mata aku apabila tapak tangannya menyentuh kulit pipi aku.
tidak bergurau ya air mata ini, bukan main laju lagi turun macam kena pukul.
"kenapa ni sayang? " soalnya gelabah. dapat aku rasakan sejuk dihujung jarinya yang melekat pada muka aku.
"dah batal wuduk." jawab aku bersama tangis mendayu. penat saja aku pegang dia berlapik lapik. sudah lah sejuk mahu mengambil wuduk balik. Ilyas menjauhkan tanganya dari muka aku. dia bersandar. dahinya di tepuk perlahan.
termenung member tu!
"okay sorry, yas nak pergi solat. sayang nak apa apa ke? " soalnya, dia turun dari sofa dan duduk di sebelah aku. aku menggeleng..
"makan lepas taklim nanti. ambil wuduk pergi solat. " arahnya. aku mengangguk pula. aku mengaduh apabila kucupannya singgah di pipi aku. bukan saja bibirnya malah misainya yang baru hendak tumbuh juga dilekatkan pada pipi. rasa dia langsung tak sweet ye!
"yas nak pergi mana?" soal aku apabila dia bangun dari duduknya. dia kembali menoleh.
"pergi solat sayang, tadi kan cakap. dah rindu ke?" usiknya dengan senyuman nakal.
"lepas solat?" soalan aku sebenarnya untuk aktivitinya selepas solat. tapi lain pula yang dia faham.
"oh, cari barang kejap. kut lah sayang nak makan apa apa benda yang pelik ke? nanti kalau yas balik tangan kosong, ada pula yang nangis lagi."
aku menjungkit bibir, menyindir ke apa ni? belum pernah lagi aku halau dia tidur luar rumah hanya kerana dia tidak bawa pulang apa apa selepas pulang dari solat isyak.
"betul ni tak nak apa apa?" soalnya meminta kepastian. aku mengangguk laju.
bukan tiada, cuma aku tidak sampai hati mahu meminta.
JAM di dinding aku jeling, sudah jam 11:00 malam. Ilyas masih belum masuk ke bilik. aku baring terlentang sambil merenung syiling. mahu menghadap telefon kepala berdenyut. mahu tidur tapi mata tidak mengantuk. dalam kepala terbayang bayang roti putih di sapu dengan jem mentega kacang lapisan anggur lady choice.
dari petang tadi sebenarnya aku sudah rasa, tetapi bila malam menjelma rasa itu semakin menjadi jadi sehingga keenakannya bermain di fikiran aku.
padahal roti putih saja pun. selalunya dekat rumah mama tu sampai sudah tarikh luput pun aku tak pandang.
aku bangun dari katil. sebiji bantal aku capai kemudian kaki aku bawa untuk mencari Ilyas di bilik kerjanya. pintu bilik aku kuak dan menolak perlahan sebelum meloloskan diri aku ke dalam bilik. Ilyas yang perasan aku masuk pantas mengangkat kepalanya dari terus menatap skrin tab.
"buat apa?" soal aku saat kaki melangkah menghampirinya.
"zain buat coaching." fon telinga tanpa wayar yang tersumbat dalam telinga di cabut, tab di pusing sedikit. mungkin tidak mahu aku yang tidak sempurna pemakaiannya tidak tertangkap dalam kamera.
Ilyas yang sedang duduk santai, dengan kedua belah kaki diletakkan di atas kerusi aku pandang. aku bersandar di meja sambil memeluk bantal yang aku angkut sekali tadi.
"kenapa tak tidur lagi?" soalnya. mata redupnya menikam lembut ke dalam anak mata aku. tangan aku dielus lembut.
"tak boleh tidur. " dia tersenyum dengan jawapan aku.
"pergi baring dekat katil tu dulu. nak tidur terus pun tak apa. nanti dah siap yas kejut." aku akur dengan arahannya. katil bujang yang di sediakan dalam bilik kerjanya aku hampiri kemudian aku rebahkan badan di atas katil itu.
aku baring mengiring sambil memerhati gerak geri Ilyas dari sini. fon telinga yang dicabut Ilyas pasang kembali. sesekali dia menghantar senyuman manis apabila mata kami bertaut. tidak sedikit pun aku mengalihkan anak mata aku dari terus menatapnya.
sehingga ke hari ini pun aku masih tidak sangka dia lelaki yang aku pilih untuk dijadikan suami. kami bukan baru kenal setahun dua. malah dari aku sekolah rendah lagi aku sudah mengenalinya. dia bukan lah lelaki yang asing dalam hidup aku. malah aku selalu ke rumahnya ketika waktu cuti untuk bermain dengan adik adiknya dahulu.
cuma aku tidak pernah berborak, atau berbual mesra dengannya memandangkan dia memang seorang lelaki yang sangat sombong dengan wanita yang bukan dari kalangan ahli keluarganya. sifat sombongnnya memang sejak dari kecil lagi sudah dipupuk.
jika bukan kerana aku yang gatal mulut memulakan perbualan dengan bertanyakan bermacam macam soalan padanya dua tahun lepas. aku kira, hingga saat ini pun dia masih menyombongkan dirinya dengan aku. aku yang mula tegur dia dahulu selepas itu aku yang beria ia menolaknya.
sedangkan sikit pun dia tidak pernah beritahu aku tentang perasaannya. bila memikirkan perangai tidak semenggah aku di zaman bujang dahulu yang sangat memalukan diri, terasa bagai mahu terjun bangunan 27 tingkat.
entah apa lah yang aku fikir ketika aku menolaknya tanpa ampun. si Ilyas melayan pula tu. tapi jika aku ada apa apa masalah dia juga yang aku cari. walaupun aku tahu hujung hujung aku pasti akan di sembur oleh mulut puakanya.
apa sebenarnya ya masalah aku?
"eh, esok? " suara Ilyas yang memecahkan keheningan di bilik kerja menyentakkan aku dari lamunan. badannya yang tadi bersandar santai sudah tegak. wajah nya yang berkerut aku pandang dengan penuh tanda tanya.
"bila kau cakap dengan aku? boleh tukar orang tak?" dia menyoal lagi. laci di buka lalu menyelongkar isi didalamnya. kalender dan sebuah buku diari di keluarkan dari dalam laci itu. laju tangannya menyelak.
"wafiy tak boleh cover ke?" fon telinga dicabut dari telinga lalu di campai ke atas meja. serentak dengan itu suara ketawa beramai ramai dari dalam tab memenuhi ruang bilik.
"kau cakap bulan depan, aku tak ingat langsung." Ilyas tersandar di kerusinya. matanya memandang aku yang sedang berselubung di katil dengan pandangan serba salah.
satu kelemahan Ilyas, dia tidak mampu untuk menyembunyikan riak wajahnya.
"bulan depan tu sebab aku cakap bulan lepas. sebelum kau nikah lagi aku dah cakap. sekarang ni dah nak dua bulan dah kau kahwin." jelas satu suara. Ilyas mengurut dahinya.
"Luqman first time nak tinggal bini, sebab tu jadi gini. kalau tak dia on je." usik satu suara lain pula disambut dengan tawa mereka yang lain. Ilyas turut tergelak.
tinggal bini? nak ke mana?
"tinggal bini oi! kau tak apa lah, tinggal anak kucing je." balas Ilyas tergelak. makin galak tawa mereka. ramai betul yang sertai kelas malam ini. mentang mentanglah esok cuti, sampai tidak tidur masing masing.
"tu je kan? dah aku nak pergi cari bini." Ilyas tersenyum sinis. bergaduh gaduh semua semata mata mahu membahan Ilyas. yang perempuan pun sama naik. tak terbangun pula anak kau terjerit jerit macam tu.
aku turut tersenyum dengan usikan mereka. nak cari dekat mana bang? isteri awak ada dekat sini je.
"eh eh eh, Luqman Luqman. kejap man." tangan Ilyas yang mahu menghentikan video terhenti. dia kembali memandang ke arah skrin sambil membuat isyarat bertanya dengan menjungkit kening.
"esok aku ambil kau dekat rumah." aku kerut dahi. itu saja ke mahu cakap?
"itu cakap dekat whatsapp pun boleh." dia terus menekan butang keluar dari video. tab yang sudah selesai diguna Ilyas letak ke tepi. dia bersandar. matanya terus ke arah dengan senyuman dibibir. aku membalas senyumannya.
"tak tidur lagi ke sayang?" soalnya. kakinya melangkah mendekati aku. aku menggeleng. kepala aku masih terbayang roti.
hai lah roti!
"nak pergi mana esok?" soal aku. dia meraup muka.
"seminar tiga hari dekat melaka." jawabnya. aku mengangguk perlahan. rasa rindu mula bertandang dalam hati. padahal dia baru beritahu, belum tinggal pun lagi.
"jom tidur. " ajaknya. aku mendepangkan tangan. dia menggeleng perlahan bersama senyum nipis. tangan aku ditarik sebelum dia menghadapkan belakang badannya ke arah aku. dengan senyuman lebar aku naik di belakang badannya. kepala aku lentok atas bahunya. sempat dia mencapai bantal yang aku bawa bersama sebelum bangun dan menuju ke arah bilik tidur kami.
Ilyas duduk dahulu di birai barulah dia melepaskan aku, bukan main gentle pak ustaz malam ni. selalunya dia campakkan aja aku. kalau macam ni, hari hari demam pun tak kisah.
Dia merebahkan badannya di sebelah aku. aku ditarik masuk ke dalam pelukannya sebelum menarik selimut hingga ke paras bahu..
"yas." aku memanggilnya perlahan. wajahnya yang hanya seinci dari aku, aku padang dengan perasaan serba salah. dia membuka sebelah matanya.
"hmm."
"lapar." adu aku, air liur aku telan. bibir aku gigit kuat. hati aku sedang berlawan dengan rasa kasihan dan rasa teringin yang bersangatan.
"sayang nak makan apa?" soalnya dengan mata yang masih terpejam.
"roti dengan jem peanut blueberry." jawab aku lambat lambat. terbuka luas terus matanya. dia mengerling jam yang tergantung di belakangnya. aku turut menjeling.
12:45.
"esok boleh?" aku menarik nafas dalam. bibir aku gigit kuat cuba menahan air mata. aku tidak mahu menangis tapi, aku rasa sangat kecewa dengan jawapannya. sepatutnya aku faham dia penat.
"okay." jawab aku pendek. bantal kecil aku bawa menutup muka. serentak dengan itu air mata aku laju mengalir. aku bukan minta rusa masak merah. dia malas nak layan atau aku yang tak faham dia?
"kejap, yas pergi cari." badan aku ditolak lembut sebelum dia bangun dari perbaringan. bantal di atas muka aku angkat.
"yas." Ilyas yang berura ura mahu keluar dari bilik aku panggil. dia menoleh.
"nak ikut ke?" soalnya. aku teresak sambil menggeleng. rasa berdosa menghimpit jiwa. baru tadi aku buruk sangka dengannya. sabarnya dia melayan kerenah aku yang entah apa apa malam malam buta ini.
"cakap esok, beli esok je lah." balas aku dengan tangis yang masih tidak berhenti.
"lepas tu nak nangis macam ni sampai subuh?" dagu aku dicuit. rambut aku yang menutupi sebelah mata di selit tepi telinga lalu menghadiahkan sebuah kucupan di dahi aku sebelum dia berlalu pergi.
aku menuruni anak tangga dengan rambut yang tidak berikat lalu berbaring di sofa sementara menunggu Ilyas pulang. aku mengeliat kecil apabila salam dari Ilyas di beri menandakan dia sudah pulang.
bukusan plastik berisi roti dan jem di letak atas meja sebelum dia melangkah ke dapur untuk mengambil sudu. seketika kemudian dia kembali bersama sudu ditangan.
sudu dia hulur pada aku, lalu merebahkan badanya di sofa menggantikan aku yang sudah bersila di lantai. baru dua suap aku kembali mengalirkan air mata. murah betul air mata aku hari ini. benda kecil pun mahu menangis. aku bagai disampuk hantu air, kerja menangis tidak sudah sudah.
"kenapa sayang ni?" tegur Ilyas yang sedang menyanggul rambut aku. jika dia bingung aku jauh lagi bingung dengan diri sendiri.
"tak rasa apa apa."
"habis tu yas nak buat macam mana? yas pun dah tak tahu nak buat apa ni. pergi klinik nak? " laju aku menggeleng. aku sudah teresak esak.
dari suaranya aku tahu, sabarnya sudah ditahap maksimum. dalam keterpaksaan aku menghabiskan juga sekeping. aku mengikat plastik roti dan menutup jem.
"sorry. " ucap aku dan terus bangun.
"sayang." panggilannya aku tidak hiraukan. roti, sudu dan jem aku bawa kedapur. aku keluar dari dapur dan terus menuju ke arah tangga. panggilan Ilyas yang seakan memujuk aku biarkan.
anak tangga aku panjat dan terus ke bilik tidur. selimut aku tarik hingga ke kepala. aku dengar suara Ilyas sedang bercakap sesuatu pada aku, tapi lagi sekali aku biarkan. entah bila dia naik aku tidak tahu. aku tidak mahu tahu. mata aku pejam rapat. dapat aku dengar dia menghela nafas.
dah bosan lah tu mahu melayan perangai aku!
"yas minta maaf." ucapnya benar benar dibelakang aku. aku buat keras walaupun dapat aku rasakan lingkaran tangannya dari belakang. kepala aku dikucup lama. doa tidur di bisik pada telinga aku sebelum aku hanyut dari dunia nyata.
Share this novel