kakiku melangkah laju menghampiri Amni yang sedang sibuk mengurus sebuah ruang menjadi ala ala studio. ruang ini sepatutnya ruang tetamu rumah bondanya, tetapi langsung tiada rupa ruang tetamu apabila sudah diletakkan berbagai lampu dan peralatan untuk dibuat pengambaran sebentar lagi. wajah Ilyas yang sedang tekun dengan kamera aku pandang sekilas.
Terbang kopiah Ustaz Pagi ni!
"Amni." tegur aku sambil menepuk lembut bahu Amni. dia menoleh sekilas.
"Farah belum sampai lagi, tadi dia cakap lagi 5 minit. abang, Azwar dah sampai ni. Tanya lah nak tanya apa tadi. Yaseer, tolong Umi panggilkan Abi sekejap. Mimi, baju untuk photoshoot yang akak dah sangkut dekat ampai tu tolong ambil sat." dan bermacam macam lagi pesananya..
fuhh, senafas je dia bagi. tak semput ke? aku yang dengar pula yang rasa tak cukup oksigen.
"lens ni pernah jatuh ke?" soal Ilyas memandang tepat ke arahku membuatkan jantung aku bagai dipanah petir. mujur pagi tadi aku makan vitamin untuk kuatkan tulang kaki.
oh, vitamin tu untuk tenaga sepanjang hari. tiada kena mengena pun dengan tulang!
"tak, kenapa?" soal aku hairan. Sebaik mungkin aku mengawal gugup. mata aku turut memerhati gerak gerinya yang mengacu kamera. kejap kejap ke bunga hiasan di atas meja. sesekali di kerusi kosong yang bakal aku duduk sebentar nanti.
"kamera kau kan?” soalnya lagi tanpa menjawab soalan aku. aku mengangguk perlahan.
Bukan aku punya pun. Tu Abang aku punya.
"dia susah nak fokus. kau try masuk frame jap." berkerut dahi aku mendengar jawapannya. arahanya aku akur tanpa banyak bunyi. hampir 10 minit dia mencuba, akhirnya dia menggeleng.
"tak boleh juga, pakai kamera aku je la. pergi la make up dulu. farah dah sampai tu." putusnya. dia kembali ke sofa single, kamera milik ‘Aku’ di masukkan kembali ke dalam beg sebelum dia mengeluarkan kamera miliknya.
ah,sudah!
bila masa pula aku jatuhkan lens ni? setengah jam masa solek, aku habiskan dengan berfikir tentang kemera aku yang tiba tiba buat perangai. Hari ini juga dia nak meragam.
Aku bukan kisahkan tentang kamera yang tiba tiba meragam. Aku kisahkan amukkan Abang long apabila mengetahui kameranya sudah diperdajalkan oleh Ilyas.
Masanya untuk menyalahkan Ilyas, kerana kamera itu tidak berfungsi saat berada ditangannya.
Ah, membayangkan saja sudah buat bulu roma aku tegak setengah jam!
tiba tiba aku teringat sesuatu. laju aku menghayun kaki keluar dari bilik dan mendapatkan Ilyas yang masih tekun. sejenis manusia yang buat kerja bersungguh sungguh Si ilyas ni.
"yas." pantas Ilyas mengangkat wajah.
"kau pakai lens yang mana?" soal Aku ingin tahu.
"yang ada dalam beg ni lah, mana lagi?" jawapannya membuatkan aku mahu sujud syukur saja. hilang terus sesak kepala.
patut pun, lens yang di pasang lens lama. sudah di perdajalkan oleh anak buah aku. hampir saja injap jantung aku tersumbat mendengarkan permasalahan ini. lens yang aku bayangkan dia rosak tadi, baru saja di beli minggu lepas. belum lagi diguna pakai.
Terasa beban bahu hilang serta merta. Tidak perlu aku menghadap Abang Long seperti aku mahu pergi menghadap agong.
"patut pun, itu memang dah rosak. kan ada yang baru aku bagi sekali semalam?” balas aku tenang.
"malaslah, aku dah setting kamera aku."
mendengarkan jawapannya aku terus mencapai baju yang bergantung lalu di bawa menuju ke sebuah bilik. termenung sekejap aku memandang dua buah pintu bersebelahan ini. dua dua tertutup. mana satu aku nak masuk ni? padahal tadi aku baru saja keluar dari salah satu bilik ini sebaik sahaja selepas solek.
ah, kacau!
kanan lebih afdal. Tanpa bismillah apa lagi a’uzubillah, aku memilih untuk membuka pintu di sebelah kanan. baru saja tangan aku ingin memulas tombol pintu tiba tiba Ilyas di belakang menegur.
"sebelah kiri, itu bilik aku."
Allahu rabbi ya karim!
Terkena lagi! Itulah… siapa suruh tak baca dia perlindungan syaitan.
tanpa membuang masa aku terus memulas tombol pintu bilik di sebelah kiri dan terus menghilang diri ke dalam bilik itu, mujur tidak terhempas kuat pintu ini akibat dimalukan kali kedua oleh lelaki yang sama.
"kau dah kenapa?" terloncat aku disergah Farah. badan Farah aku tolak keluar dari bilik tanpa menjawab soalannya.
setelah tiga jam empat puluh lima minit aku beraksi di hadapan kamera akhirnya selesai juga walau pada awalnya aku agak kekok. maunya tak kekok, selalu kau berposing sakan depan jurukamera profesional. hari ini, kau berposing depan ustaz.
Terpaksa aku berposing ala wanita solehah baru turun dari langit ketujuh. Taubat aku!
Lepas ni memang tidaklah aku nak terima lagi tawaraj kerja ini dari Amni lagi jika Abangnya jurugambar itu. Walaupun cara posing aku tidak lah terlampau daring macam model baju tidur. tapi, tebal muka aku ni tidak ubah sepeti selut selepas banjir.
selesai sesi pengambaran, aku terus menghampiri Ilyas untuk melihat hasil tangkapan lelaki itu. serentak dengan huluran tangan aku, telefon bimbitnya berdering minta diangkat segera. kamera terus diletakkan atas telapak tangan aku dan terus menyapa insan yang menghubungi.
belakang badannya yang semakin menjauh aku hantar dengan pandangan terkejut. tiba tiba aku rasa macam duduk dekat arab saudi. bukan setakat salam saja dia bercakap dalam bahasa arab. tanya khabar pun dalam bahasa arab.
habis jatuh segala tulang rahang, tulang pipi aku. aku ni janganlan bahasa inggris, cakap bahasa melayu pun umpama tunggu masa kena tendang keluar dari malaysia. bahasa arab.. lagi pulak, kelaut dalam. laut pun muntah balikk!
oh ye, kenapa aku teruja sangat dengar orang cakap bahasa arab. dah tentu tentu dia belajar di yaman. takkan nak cakap bahasa perancis pula kan?
gambar yang ditangkap Ilyas tadi aku telek satu persatu. cantik. hampir semua gambar menjadi. setiap sudut, pencahayaan semua sempurna.
sedang aku leka dengan gambar gambar hasil tangkapan hari ini, tiba tiba lagu seribu tahun nyanyian Imran ajmain berlegar legar di mindaku. mulutku turut menyebut bait bait lirik perlahan.
"Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku 'kan selama ini?
Biar berputar utara, selatan
Ku tak putus harapan
Sedia, setia"
"habis sedap la tu suara kau?"
baru sahaja aku ingin menyambung lirik seterusnya tiba tiba teguran dari belakang buat aku mahu saja timbus diri ke dalam tanah hidup hidup. tak boleh ke pak ustaz ni. beri salam dulu sebelum menegur aku secara sinis. farah yang sekali bersama aku melihat hasil hasil tangkapan tadi mengetap bibir menahan tawa.
tanpa mengangkat kepala aku terus menutup kameranya dan menyimpan ke dalam beg. seinci wajahnya langsung tidak aku pandang.. bertalu talu aku dimalu.
"ok tak gambar tu?" soalnya perlahan. aku mengangguk laju.
"ada yang nak kena delete ke?" soalnya lagi. kamera yang sudah aku simpan. dia keluarkan kembali.
"tak.. tak ada, o.. okay dah tu semua." tergagap aku menjawab. entah sejak bila pula aku ada penyakit cakap gagap ni.
"aku malas nak edit. nanti aku hantar kat whatsapp, kau edit lah sendiri" ujarnya. jelas kerutan di dahi aku.
"kau.. whatsapp aku?” soal aku jari telunjuk aku tunjukkan ke arah aku.
"kenapa aku nak whatsapp kau pulak? Amni kan ada." jawabnya. Tajam jelingannya di hadiahkan kepada aku.
ah sudah.. lagi sekali dia malukan aku.. hari ini je tiga kali dia malukan aku..
aku tanya je.. bukannya aku suruh dia whatsapp aku!
wyh Ilyas? why?
Share this novel