BAB 4

Romance Series 113095

sebuah kerusi di meja makan aku tarik sebelum melabuhkan punggung di atas permukaannya. telefon bimbit yang aku bawa sekali ke dapur aku tekan butang on sebelum mencari resepi cheesetart yang sudah hampir enam bulan aku tinggalkan.

kalau tidak disebabkan kakak ipar aku, isteri kepada abang sulung aku yang mengidam dari bulan lepas. Memang sampai bila bila agaknya aku tak buat. sebelum ini aku memang aktif 'membaking' cheesetart untuk tempahan, tetapi sejak jadual aku sudah semakin padat dengan photoshoot dan manuskrip. maka aku membuat keputusan untuk tidak lagi sibuk di dapur mengurus tempahan cheesetart.

aku mengangkat kepala apabila menyedari kerusi dihadapan aku ditarik oleh seseorang. wajah Abang long dan kak long kesayangan aku menyapa pemandangan..

"azwar nak buat cheesetart ke?" soal Kak long.

"haah, tapi azwar buat yang biasa punya je. tak apa kan? ke nak yang buncit buncit juga?" soal aku meminta kepastian.

jangan di jawab nak yang buncit siap ada lukisan sudah lah. memang aku buat buat meninggal saat ni juga!

"buat yang biasa je tak payah nak gemuk gemuk, kosong je pun tak apa. Adik nak buat kan ni pun dah bersyukur sangat," jawab kak long tersengih. aku menarik nafas lega.

Hailag, kakak ipar dari syorga betul ni. Langsung tidak banyak songeh.

sebaik sahaja aku mendapat jawapan laju tangan aku mencapai cream chesse yang sudah aku keluarkan awal awal supaya senang untuk pukul, kerana kedegilannya sudah mencair.

cara aku buat cheese dia sangat mudah, 250 gram cheese yang sudah di letakkan suhu bilik, 30 gram gula aising, pukul sehingga kembang dan sebati menggunakan mixer. kemudian, masuk satu sudu kecil esen vanilla dan yang terakhir, masukkan sebiji telur. pukul lagi sehingga sebati.

siap. sehelai piping beg aku capai. Sebiji nozzle aku masukkan sebelum memasukkan creamcheese yang sudah diputar tadi.

shell tart aku susun dahulu ke dalam dulang, aku beli yang sudah siap, kerana malas hendak berlama lama di dapur. beli yang dah siap. Jimat masa. jimat tenaga. jimat eletrik.

selesai menyusun, piping beg berisi jem blueberry aku paipkan dahulu kedalam shelltart sebelum aku paip kan creamcheese di atasnya. siap sedulang hujung jari aku basahkan, lalu meratakan permukaan cheese yang bengkang bengkok supaya permukaannya lebih licin, kemas dan cantik. walaupun untuk makan sendiri tetapi kekemasan adalah perkara pertama yang menaikkan selera. sudahlah chessetart aku kali ini hambar, kosong. takkan lah nak comot comot juga. cukup la aku je yang comot.

sebab tu lah, orang lain sebaya aku sudah bawa anak, aku masih lagi kena bawa bersabar!

terakhir sekali, sebelum boleh menyantap si kecil comel ini. masukkan dulu ke dalam oven dengan suhu 160°c selama 10 minit. masa awal awal aku mahu berkawan dengan oven ni, boleh dikatakan setiap kali buat, cheesetart aku mesti jadi gunung berapi yang baru melepaskan lavanya. merekah sana sini. sampaikan abang long dan abang chik aku namakannya sebagai mashroom tart.

kurang asam betul!

bila aku dah kawan baik dengan oven, setiap kali mereka balik ke rumah mama, cheesetart aku juga yang di cari.

"kau bila nak kahwin dik? " soalan cepumas dari abang long hampir saja buat aku mahu menangis di atas sejadah. dia ingat cari suami ni macam cari kankung di pasar ke?

tiba tiba saja dapur yang tadi hanya ada kami bertiga, sudah di penuhi oleh kaum kerabat aku. anak buah aku seramai 6 orang juga tidak ketinggalan.

"haah, kalau ada jangan sorok dik. meh suruh datang mengadap. biar abang chik kerja kan dia cukup cukup." abang chik menyampuk. abang aku yang seorang ini, bab membahan pasal jodoh aku yang tidak pandai pakai waze memang nombor satu..

tajam telinganya!

"tak ada lahh, nanti orang nak kahwin orang kahwin lah… sibuk jee semua orang." balas aku geram. mana tidak geramnya. sejak umur aku menginjak ke angka 25 tahun pada tahun lepas, asyik soal jodoh saja yang di hidangkan kepada aku. di mana mana aku pergi mesti orang akan tanya pasal suami.

mentang mentang lah adik beradik aku semua berjumpa pasangan mereka sebelum umur 25 tahun, tidak fasal fasal aku yang masih muda belia di anggap tua pada mata semua orang.

eh, hello!

aku baru 26 tahun kut. Bukan 62 tahun sehingga seluruh umat manusia perlu risau tentang jodoh aku.. ingat cari jodoh pakai google maps ke?

"jangan memilih sangat dik, sampai ke tua nanti tak laku, baru padan muka." abang long memberi amaran.

ewah ewah, sedap mulut je, ini lelaki ke perempuan ni.. ayat bisa betul!

"tu abang si Afni tu, tak nak try ke?" soal kak ngah sambil mencapai sebiji cheesetart yang sudah aku keluarkan dari oven.

aku kerut dahi. Abang si Afni mana pula ni?

tidak lama kemudian baru akal aku dapat mencerna, siapa abang Afni yang di maksudkan oleh kak ngah.

"jangan pelik pelik kak ngah. ilmu dia kelangit, mana lah sesuai dengan adik yang anak ikan bilis ni." jawab aku sambil menggeleng laju.

sibuk betul nak kenen kan aku dengan ustaz seorang tu. dari adik dia sampai lah ke kakak aku. kalau kak ngah kenal dengan ustaz Ilyas secara personal, aku rasa taubat nasuha terus kakak aku yang seorang ni.

poyo dia tak bergurau ye!

"ke ada yang kau berkenan tapi kena reject?" abang chik menjungkit kening beberapa kali, semua mata kini melekat pada muka aku yang sedang menyusun cheesetart yang baru sudah di keluarkan dari oven ke bekas lain. masing masing menanti jawapan dari aku. menjengkel kan pula rasanya.

"lailahaillallah, apa benda la yang mengarut ngarut ni? nanti adik nak kahwin adik kahwin lahhh. abang abang dan kakak balik sini memang sebab nak tanya adik bila nak kahwin je ke? stress tau tak?" bentak aku kegeraman.

tak habis habis!

"tak payah lah adik kahwin dulu, nanti tiada siapa nak teman mama dan baba di rumah." baba yang baru melangkah ke dapur turut mencelah. lebar senyuman aku.

wohoo, baba side aku!

"tak ajak mama pun." tiba tiba suara mama mencelah di antara kami yang sedang bergelak ketawa dengan lawak baba yang entah apa apa.

"dah habis ke running man awak tu?" soal baba saat mama sudah melabuhkan punggungnya di sebalah baba. makin galak tawa kami adik beradik. tajam jelingan mama hadiah kan kepada baba.

"kau ajar mama bukan bukan eh dik?" ujar abang chik, aku buat muka tidak bersalah.

memang aku ajar, tapi aku ajar tengok scarlet heart je, sebab nak mama sama sama geram dengan aku bila tahu ending dia. tak sangka pula sejak tu mama jadi kpopers. habis semua drama, semua filem, semua tv show korea mama layan. salah aku juga ke?

habis semua cerita kami berkongsi, riuh rumah mama malam ini dengan kehadiran anak anak buah aku. kehadiran adik beradik aku. jarang benar dapat berkumpul adik beradik lengkap begini, ini pun kebetulan terkena cuti mereka serentak, sedangkan raya pun kami tidak dapat berkumpul bersama. ada saja hal. ada yang tiba tiba kena kerja, ada yang balik rumah mentua.

masing masing sudah ada kehidupan sendiri, keluarga sendiri. aku tak mahu fikir bila masa aku akan tiba, aku cuma mahu habis kan masa aku, berbakti kepada mama dan baba sementara aku masih di bawah tangungjawab baba. mereka keutamaan aku. mungkin rezeki mereka mempunyai keluarga awal, tetapi rezeki aku dapat berbakti lebih lama dengan baba dan mama.

itu rezeki aku dan aku bersyukur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience