SEHELAI shawl yang aku bentang diatas katil bujangku sebaik selepas digosok aku capai lalu aku acukan ke atas kepala, lilitan yang paling sederhana dan paling asas buat para pengguna shawl aku lakukan. Tidak perlu serabut, sekadar menutup apa yang patut sahaja sudah mencukupi.
Aku mencapai beg tangan dan beg laptop ku yang sudah kusiapkan diatas meja kerjaku. tanganku sempat mencapai kunci kereta sebelum melangkah keluar dari bilik.
Memandangkan hari ini aku berjaya untuk tidak hanyut kembali selepas subuh, maka aku tidak perlu tergesa-gesa seperti selalu. kejadian tidak hanyut ini hanya berlaku seminggu sekali, kadang-kadang boleh jadi dua minggu sekali. Hari hari yang selebihnya, selesai sahaja aku beri salam. Sedar sedar aku sudah ke alam lain.
Pelik!
Belum sempat tanganku masuk gear, mataku tertangkap kelibat puan Anita iaitu puan mama melambai-lambai ke arahku. sudah macam sotong tangan mama memanggil aku. brek tangan aku tarik kembali sebelum melangkah ke arah mama.
"Ni, bagi dekat cik lia, Along bawak balik semalam banyak. Macam nak bagi orang kenduri makan je." sempat mama membebel. plastik yang berisi dua balang besar rempeyek dihulurkan kepadaku. Aku kembali ke kereta yang sudah dihidupkan enjinnya.
"Hari ni pergi mana je?" soal mama.
"Pagi pergi office kejap, nanti lepas zohor baru pergi zahra', siapkan manuskrip. dateline dah nak dekat, takut tak sempat siap. Lepas maghrib insya Allah Adik balik." jawabku sambil mengecilkan mata untuk mengingati jadual yang sudahku susun hari ini.
"Lambatnya balik?"
"Nak balik lepas asar jammed lah Ma. orang balik kerja." Jawabku bersahaja. Mama mengangguk.
"Ha, iya lah. Baik baik jalan. kirim salam dekat Amni dengan cik Lia." Pesan Mama sebelum aku masuk ke dalam kereta. hon aku tekan sedikit dan terus meluncur keluar dari pekarangan rumah.
Aku memberhentikan kereta dihadapan sebuah rumah batu setingkat, rumah ini terletak didalam sebuah kampung disebuah kampung. Faham?
Jika orang lain beli tanah atau dapat tanah hasil dibahagi bahagikan dan setiap bahagiannya mesti akan dibuat kebun atau apa apa sahaja perkara yang mendatangkan hasil. Tetapi tidak pada pemilik tanah ini.
Tanah sebesar tiga ekar dimanfaatkan untuk membina rumah buat anak-anak. Jadi bila anak-anak sudah berkeluarga, tidak perlu fikir tentang rumah. Nak cari rumah sewa dimana, nak beli rumah harga berapa. Kerana semua sudah disediakan. Untung jadi Anak pemilik tanah ini.
Aku memberi salam lalu melangkah dan terus meluru masuk ke dalam office. Kelihatan Amni sudah mula berkerja. Aku mengambil tempat disebelah kanan Amni yang sedang khusyuk menyambung sehelai baju.
Kerja aku di office ini hanya goyang kaki sahaja. goyang kaki siap sehelai baju. goyang kaki lagi siap sehelai lagi. Ini lah office aku, office yang dipenuhi oleh dua buah mesin jahit dan dua buah mesin jahit tepi.
Aku seorang freelance, kerja menjahit ini pun aku terima kerana Amni si tukang jahit tidak menang tangan menyiapkan tempahan orang dan juga jahitan untuk produk jenama sendiri.
Di sebuah mesin jahit yang lain terdapat seorang lelaki yang sedang membetulkan mesin jahit yang telah dirosakkan olehku semalam. Punya lah tekun sehingga langsung tidak angkat kepala.
Bukannya rosak sangat pun. Cuma aku teralih sedikit tetapannya. Lepas tu, aku tak pandai nak betulkan balik je. Mesin aku dirumah dan mesin disini tidak sama jenama. Jadi aku tak berapa mahir dengan rentak mesin mesin yang berada di office ini.
"Eh kau tak pergi sekolah ke?" Soalku pelik.
"Sekolah mana pula yang terima pelajar 27 tahun?" Dia memulangkan soalan. Fokusnya masih pada mesin jahit dihadapannya. langsung tidak terganggu dengan soalanku.
Mula lah ustaz Ilyas ni mahu berloyar buruk. Si Amni adik kepada pak ustaz ketawa pula. kelakar ke?
"Kau tak kerja ke hari ni?" Soal ku kembali. kerusi aku tarik dahulu sebelum melabuhkan punggung. Mesin jahit tepi aku hidupkan Sehelai baju yang sudah dipotong tetapi belum dijahit tepi aku capai kemudian aku lalukan pada jarum mesin jahit tepi.
"Aku bukan guru darjah khas nak kena pergi sekolah hari sabtu.” Aku menjulingkan biji mata. Pak ustaz ini kalau bercakap memang tak pandai nak elok elok. Malas aku hendak melayan. aku buat sahaja kerjaku tanpa berbasa basi dengan ustaz seorang itu.
"Yas, kau pergi zahra' tak hari ni? " soalku sejurus selepas dia menyelesaikan kerjanya pada mesin jahit tepi yang sudah diperdajalkan olehku. Langkahnya terhenti seakan memikir jawapan yang patut diberikan padaku.
"Tak tau lagi, tengok la. Kalau aku rasa aku nak pergi, aku pergi. Tengoklah macam mana. Rasa macam nak buat RPH. Dah sebulan tangguh. Kenapa tanya?" soalnya kembali sebaik selepas memberi jawapan.
Boleh pun jawab elok elok!
"Tak adalah, aku tanya je.” Ilyas terus melangkah pergi meninggalkan kami berdua tanpa sebarang kata sebaik sahaja mendapat jawapan daripadaku.
Selepas dua jam aku menghadap mesin jahit tepi tanpa henti selesai juga sepuluh pasang baju yang masih bercerai. senang jahit tepi awal awal. Nanti Amni tinggal cantumkan saja.
"Amni, esok aku tak boleh datang. Aku ada photoshoot. Dan aku rasa, lusa pun aku macam tak datang juga, sebab.. Sebab aku ada photoshoot lagi belah petang. So pagi tu aku kena pulun aku punya manuskrip, jadi dua hari ni, mulai esok aku minta cuti." Maklumku macam orang tak ada adab.
senangkan cara minta cuti aku? kalau nak senang cuti sila lah cari boss yang macam Amni ni. Tapi Amni ni kawan aku!
Terhenti sebentar pergerakan Amni dari terus mencantum baju dihadapannya. Dia menoleh tepat ke arahku. Matanya mengecil seperti sedang memikirkan sesuatu.
"So produk kita bila nak shoot?" Soalnya mengangkat kening tinggi. terhambur tawaku dengan soalannya. Perancangan untuk membuat pengambaran ini sudah hampir setengah tahun. Tetapi sehingga sekarang masih belum terlaksana lagi.
"Dia macam ni tau, kamera ada, produk ada, model ada, tempat pun dah ada. Tapi photographer tak ada. Tak guna weh!" Amni bantai gelak. Mungkin sel sel otaknya baru berkembang pesat dengan ejekan aku sebentar tadi.
"Abang boleh kan?" soal Amni. dia mendongak memandang Abangnya yang kembali ke bilik office kami. Telefon bimbit yang tertinggal di capai sebelum dibawa masuk ke dalam poket seluarnya.
"Boleh apa?" Soal Ilyas tanpa perasaan. Langsung tiada riak diwajah itu, tegak, keras, dingin.
Kedekut betul senyuman, macam mana ustaz garang macam ni boleh lepas jadi cikgu kafa. Punyalah susah nak senyum. Sampai boleh kira dengan lubang telinga berapa kali setahun dia senyum.
"Jadi photographer. kita orang tak ada photogtpher. kalau Abang boleh jadi photoghrapher, minggu depan dah boleh shoot. Dah banyak sangat dah ni kerja tertangguh sebabkan benda ni je." adu Amni manja. Aku pula yang kecut perut tengok muka pak ustaz ni macam nak pukul orang.
Aku pun ada juga Abang, tetapi Abang Abang aku tak ada pula yang sombong keledek begini. Kan sedang bercakap dengan adik, apa salahnya manis manis sikit muka.
"Kenapa Abang pula? Cari lah perempuan, senang urusan muamalahnya. Ikhtilat pun senang nak jaga. Tak ada ke kawan perempuan Amni yang boleh jadi photographer?" Soalnya lembut. tetapi masih tegak.
"Ada, tapi nak buat photoshoot versi low cost, kalau ambil orang lain bayaran dia lebih mahal dari ambil Abang sendiri." Terang Amni sambil tersengih.
"Sedap je kau, dah guna khidmat abang. lepas tu nak bayar ikut kepala otak kau." Awning tudung Amni ditarik ke depan.
Aku pula yang sakit hati tengoknya. Nasib baik adiknya yang seorang tu pakai tudung sarung saja. Kalau pakai tudung bawal, awning dah tegak kebulan kau buat begitu. Mau perang badar nanti.
"Cari photographer perempuan untuk mudahkan urusan kau." Putus Ilyas muktamad. Sedikit ihsan pun tiada pada penolakan yang dibuat pada kami. Sudah lah banyak kerja tertangguh hanya kerana catalog tak siap siap. Minta tolong ambilkan gambar untuk produk adik pun berkira. Dari mana si Amni dapat abang dia ni. Adik beradik pun tak boleh tolong?
Dasar!!
"Apa yang susahnya? Amni tak nampak pun susah dia. Cuba abang terangkan lebih terperinci maksud kesusahan yang abang nak sampaikan tu." pinta Amni. Dia mahukan keterangan lebih lanjut dan mahukan Alasan munasabah.
"Susah bahagian mualamah, ikhtilat lagi, paling susah sekali bahagian aurat. Cuba kau fikir pakai akal fikiran kau ya Allah dah bagi tu. Apa produk kau. Tudung , jubah. Niqab Semuanya berkaitan pakaian. Bukan makanan. Dekat situ je dah susah. Belum lagi yang lain lain" terang Ilyas.
Tetapi aku masih tidak nampak dimana munasabahnya. Yang Aku nampak munasarawak. Alasan jaga aurat tu macam tak berapa logik. Dalam rumah pun si Amni ni bertudung ke depan si Ustaz Ilyas terlebih kerek ni?
"Amni kan adik abang. Kenapa nak risau tentang aurat pula?” soal Amni. Seperti aku, dia juga tidak nampak di mana logiknya.
"Adik abang, kau sorang je. Bukan budak ni. " jari telunjuknya tepat dihalakan kepada aku. Aku tersentak.
"Siapa model utama untuk produk kau sekarang? Engkau sendiri atau Azwar? Kalau kau sendiri modelnya. Okay, Abang buat. Tapi kalau Azwar model utama. Abang tak nak. Kalau nak abang juga yang buat semata mata untuk low cost kau tu. Boleh, tapi suruh dia jadi bini abang dulu. Kalau dia setuju untuk jadi isteri abang, lepas kahwin abang terima offer kau tu. Tapi kalau dia tak nak. Cari orang lain.. Dan pastikan orang tu perempuan! "
sengaja suaranya ditekan pada perkataan perempuan supaya jelas dipendengaran kami. Tajam jelingan matanya buat tatapan aku. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Amni yang terpinga pinga dan aku yang sudah termenung.
Yang ustaz ni emosional sangat kenapa? Datang bulan ke?
Cakap je la tak boleh sebab modelnya
Aku. Yang melalut lalut sampai ke bini ni apa kehalnya?
Share this novel