SEDANG aku termenung di depan bekas bawang tok mak, bahu aku di tepuk perlahan dari belakang. pantas aku menoleh. wajah Hani menyapa mata aku.
"nak masak apa? " soalnya tergelak. ini semua gara gara suami misali di luar sana, yang gatal mulut suruh tok mak duduk diam dan biarkan kami memasak di dapur. masalahnya menu masakan pun mereka suruh fikir sendiri.
"ada lauk apa ek?" pintu peti ais aku buka, auto buntu. banyak sangat lauk sampai tidak tahu mahu masak apa. aku tutup kembali peti ais atas. peti bawah aku buka mencari sayur. pun begitu juga. tok mak ni baru lepas belanja barang dapur ke, bukan main penuh lagi peti ais haa!
"nak masak apa bang?" soal Hani kepada Am yang baru masuk ke ruang dapur.
"ada apa?" soalnya kembali sambil meneguk air kosong.
"semua yang terjual kat pasar tu semua ada." balas Hani. aku hanya mendengar sambil mencapai bawang di rak. lalu mengupas satu persatu.
"masak je apa apa, tok tu bukannya kisah pun. makan masak bening dengan ikan rebus pun dia okay." jawab Am bersahaja.
"Hani masak bening dengan ikan rebus je lah. okay Azwar proceed."
"lepas tu kita semua termenung tengok atok makan." seloroh Am di sambut tawa Hani.
"buat je tumis air, goreng ikan buat sambal sikit. tu telur tu. kalau tunggu lagi dua tiga hari, memang dah jadi ayam. sebelum dia jadi ayam baik masak. ayam kat reban belakang kebanyakkan dari kecil macam ni la. ingat beli buat makan rupanya nak buat bela." sempat dia mengutuk tok mak.
kurang asam punya cucu!
"biar je lah dia menetas. ayam sekarang mahal. bagus juga tok buat bela." Hani ikut sama naik. laki bini ni kalau bercakap macam bergaduh. kalau tengah romantik aku yang dah kahwin pun rasa sendu. punya lah melekit!
"nanti nak makan ayam ambil kat rumah atok je ek? bijak isteri solehah ni." aku tak pasti dia memerli atau pun memuji. tegakk je suara.
"dah pergi tengok anak sana!" halau Hani. aku masih leka dengan kerja aku. manakala dua pengantin lama sedang bergurau senda di belakang aku.
"anak anak yas handle. " balas Am bersahaja.
"masya Allah yang, macam kisah nabi ibrahim yang Allah perintah supaya sembelih nabi ismail, tapi pisau tak lut pada anak dia. ni pisau ke pembaris?" sindir Am apabila pisau yang Hani ambil untuk mengelar ikan langsung tidak lut pada badan ikan. Hani di sebelah aku jeling sekilas. Hani ketawa lepas
"baik guna pembaris besi." sambung Am lagi apabila Hani masih mahu mencuba untuk menggunakan pisau itu lagi.
"bising je tak guna bang, tolong lah asah!" balas Hani sedikit terjerit. Am bantai gelak.
"asah pun tak guna dik,"
"buang je lah pisau banyak banyak tu, sampai sebaldi pisau. yang boleh pakai 1 je. " gumam Hani pula.
"sedap je kau nak buang, tau tak pisau ni atok nak bawa masuk dalam surat wasiat. nak bagi anak cucu cicit dia." tersembur air liur aku. Hani dah bantai gelak tak ingat. dia punya loyar buruk tahap menganjing ye!
patut pun tok mak pelik aku boleh gelak dengan Ilyas. Ilyas mana ada nak loyar buruk macam ni. paling sopan pun dia perli aku sampai diam. agaknya kalau Ilyas jenis loyar buruk begini, sehari berapa kali pula aku merajuk ye.
"tok, banyak ni harta tok nak kena faraid." sindir Am saat tok mak masuk ke ruang dapur. almari yang penuh dengan pelbagai pinggan mangkuk dibuka satu satu.
"haah, kalau boleh kau pun tok nak faraid." balas Tok mak geram.
"pisau ni tok nak buat apa banyak banyak? Am buang la semua."
"kan boleh asah. nak buang buat apa?" kali ini aku tidak mampu untuk menyembunyikan tawa aku apabila mslihat riak wajah Am. mujur lah air kosong yang aku teguk tidak tersembur ke dalam kuali ikan goreng.
"macam mana tok boleh kumpul pisau banyak banyak macam ni. Umi yang rumah dia jadi tempar korban lembu tiap tahunpun pisau dia suam suam kuku. nak korban je mesti kena beli pisau. habis je lapah, pisau pun ghaib. tok pergi lah sedekah dekat umi. pahala sedekah ni tok, tak tak ada siapa boleh celen tok." ceritanya tanpa di pinta. sempat dia memerli. kurang asam betul.
"masak apa? " tegur satu suara benar benar di belakang aku. terlompat aku dibuatnya. nasib baik tak kena siku. laju aku menoleh. wajah Ilyas yang sedang tersengih menyapa mata aku.
"mana budak budak? " soal aku. setahu aku budak dua orang itu di bawah jagaannya.
"tidur. " jawabnya sepatah. membulat mata aku tidak percaya., aku ingat kepakarannya hanya melentokkan aku. rupanya anak anak kecil pun boleh lentok.
buat anak anakku akan datang mohon bersyukur dapat ayah penyayang begini ye!
"mana Azwar kenal dengan yas ni? belajar sekali masa dekat yaman ke?" soal tok mak sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di permukaan kerusi. ikan yang sudah siap di goreng aku letakkan di atas meja. serentak Ilyas dan Am ketawa. aku garu kepala. mencari jawapan untuk soalan tok mak. nak nangis aku dengar soalan ni. aku ni pergi keluar negeri pun tak pernah lagi. ini kan pula nak ke luar negara.
"tok, yas dekat yaman bukan masuk universiti, dia masuk madrasah belajar kitab. mana ada campur lelaki perempuan." Ujar Am dengan sisa tawa.
"dah tu, mana jumpa?" soal tok mak ingin tahu. berkerut wajah tua itu. aku dan Ilyas berpandangan sesama sendiri.
"kawan Afni masa sekolah dulu. anak kawan bonda pun ye." jawab Ilyas perlahan. matanya memandang tok mak yang masih penuh dengan tanda tanya.
"Afni ke bonda yang kenen kan?" berdekah Am apabila mendengar soalan tok mak seterusnya. berona merah pipi aku. bukan aku tidak tahu apa penyebab dia ketawa sehingga begitu sekali.
"diri sendiri." aku tengok tok mak dah mula nak meradang dengan jawapan cacamarba dari Ilyas. dia sendiri pun naik pening apa sebenarnya yang dia nak jawab.
"kau ni betul betullah."
"yas dengan azwar dah kawan lama, kawan lama lama kahwin. tu je la." Am sudah gelak tanpa suara. dada di tepuk perlahan sebelum dia terus meninggalkan ruang dapur. Hani sudah lama menghilang diri apabila mendengar tangisan saad.
"kata kawan Afni, mana satu? " soal tok mak lagi. makin pening dia dengan jawapan Ilyas.
"kawan Afni masa sekolah, dah besar kawan dengan yas."
"haa, cakap je la dah berkawan. ni kau pusing pusing, pening kepala tok nak faham." omel tok mak dan terus bangun dari duduknya. tok mak juga sudah ke ruang hadapan. tinggal aku dengan Ilyas yang masih duduk di dapur.
"putar selagi boleh yas!" laung Am dari jauh. aku mengemam tawa. Ilyas mendegus kecil.
"cari pasal Am ni." bisiknya perlahan. dia melirik nakal ke arah aku. ada la tu nak mengayat.
"yas. " aku memanggilnya. sebelum aku yang terkena.
"cantiknya.. tak penat ke cantik? "
lahawlawalaquwwatillah billah!
"jangan nak macam macam." aku memberi amaran. tapi dia ni bukan lut pun dengan amaran aku.
"kalau nak macam macam yas dah ajak masuk bilik. "
"Ilyas!" dia ketawa.
"ada apa sayang?"
"yas naik kerja bila?" aku kembali ke topik asal. ada sesuatu yang aku perlukan darinya.
"ada lagi seminggu cuti, minggu depannya baru naik kerja." jawabnya lancar. kepalanya dilentok atas meja sambil. memandang tepat ke wajah aku.
"lamanya cuti. minggu depan nak kahwin lain ke apa? " mencerlung mata aku memandangnya.
"dari kahwin asing asing, baik nikah sekali je terus haritu senang. cuti sekolah sayang."
membulat mulut aku, celopar sangat mulut pun!
"lusa ada photoshoot. couple set." dia mengangguk perlahan.
"lepas tu kenapa? "
"yas boleh jadi partner tak? " laju kepalanya menggeleng. tegak terus badan,
"dapat job jadi photographer Azwar pun yas dah rasa job paling gila yas dapat. inikan pula nak jadi partner Azwar. " bantahnya keras. berubah terus mimik muka aku.
habis tu dia lagi sanggup tengok aku bergambar dengan lelaki lain dari dengan dia? aku tak tahu nak rasa apa sekarang ini.
"kalau tak boleh tak apa lah. nanti Azwar suruh founder cari model lain." bals aku sayu. tipu kalau aku tidak terasa dengan jawab balasnya. aku isteri dia kut. aku berura ura mahu pergi. tetapi, laju tangan aku ditarik sehingga aku terduduk di atas ribanya.
"yas tak cakap pun tak boleh, cumanya.. Azwar sanggup ke kena ngurat sehari suntuk. tak tidur malam karang!" bisiknya perlahan. sempat dia mencuri cium pipi aku.
"miang! " dadanya aku pukul kuat sebelum keluar dari ruang dapur.
"JALAN baik baik. " pesan tok mak sambil melambai ke arah kami.
"insya Allah, balik dulu tok, assalamualaikum. " pamit Ilyas. hon kereta ditekan sebelum kereta meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.
"baca doa naik kenderaan." aku tercengang dengan arahannya. bukan aku tidak tahu, cuma aku dah tak ingat. dalam 10 kali naik kereta mungkin sekali sahaja yang aku baca.
setelah agak lama aku memanggil kembali doa masuk ke dalam kepala, aku baca juga walau tergagap. banyak juga yang Ilyas betulkan. dari segi panjang pendek dan juga sebutan huruf.
"doa naik kenderaan ni ada dalam quran. nanti balik buka quran. cari dekat juz 25, surah az zukhruf, ayat 13-14. nanti sayang hafal balik. alquran ni kalau kita baca salah panjang pendek pun boleh berubah maksud dia. selalu ngaji time bila? "
"selalu time maghrib, tak pun isyak. kalau balik malam sangat, kadang tak ngaji pun." jawab aku jujur. perlahan saja suara aku. segan bila di tanya tentang itu. aku akui aku terlampau leka dengan kerja aku.
"lepas ni kita ngaji sebelum subuh, lepas maghrib pun kena ngaji juga. cuma sebelum subuh tu wajib. sekurang kurangnya kalau Azwar terlewat balik sampai isyak, tak adalah sehari tu tak ngaji langsung. lepas isyak lewat macam mana kita buat taklim sekejap. dah settle dua benda penting ni, baru boleh tidur. boleh macam tu? " soalnya meminta persetujuan aku. kening aku hampir bercantum tetapi aku anggukan juga kepala.
"taklim tu apa? " soal aku lurus. aku bukan sengaja buat buat tidak tahu. aku memang benar benar tidak tahu. dia tersenyum manis mendengarkan soalan aku.
"taklim ni dalam bahasa melayu dia belajar. dia satu majlis Ilmu. dalam majlis tu akan ada beberapa buah kitab, yang maulana dah kaji dan dah kumpul hadis hadis sahih untuk kita orang awam baca dan fahamkan." jelas Ilyas. sesekali dia menjeling ke arah aku. aku terangguk.
"kelebihan taklim ni banyak, banyak sangat. salah satunya Allah akan turunkan ketenangan, rahmat ke atas rumah yang hidupkan majlis taklim ni. yas minta maaf kalau Azwar rasa Yas terlalu mengatur jadual harian Azwar. yas bukan nak mengatur, cuma yas nak ajak Azwar sama sama dengan yas. yas pun kadang kadang leka juga. kalau bukan sebab imam subuh, silap silap rumah tu dah kena bakar dah sebab yas solat dekat rumah jee. sebab tu yas cari isteri supaya boleh bagi semangat, boleh saling ingat ingat. Azwar okay kan?" laju aku mengangguk.
dalam kesamaran gelap malam, aku merenung wajahnya dalam. sungguh, aku menyayangi lelaki ini, semoga Allah tidak membolak balikkan hati aku. begitu juga dengan hatinya.
"dah nak sampai ni, dah habis tenung dah." usiknya. dagu aku di cuit lembut. aku mengalihkan anak mata aku ke taman perumahan yang tidak asing bagi aku. aku kembali memandang ke arahnya. kelu lidah aku.
aku mengekori langkahnya sehingga masuk ke dalam rumahnya. segalanya sudah lengkap. sangat bersih tidak seperti rumah bujang.
"dalam rumah ni semua dah lengkap termasuk isteri." pinggang aku di paut erat.
"kenapa kita langsung tak pernah terserempak? " soal aku. suara aku hampir tidak kedengaran. anak mata aku balas renungannya. dia bukan sahaja setaman dengan aku sejak setahun yang lepas malah dia juga jiran belakang rumah aku.
"sebab tak ada rezeki nak terserempak dekat sini.
tapi hari hari kita jumpa dekat rumah Amni." pipi aku dikucup lembut. aku angguk perlahan.
"kalau dekat sini pun terserempak, silap silap belakang pintu rumah pun sayang pasang papan tanda untuk reject yas." sindir Ilyas .lingkaran tangannya di lepaskan dan melangkah menuju ke dapur. aku ketawa lepas.
sekarang aku rasa mustahil akan buat begitu, tapi betul juga apabila mengenang perangai aku yang tak berapa nak betul pada suatu ketika. aku mengikuti langkahnya menuju ke dapur.
dapurnya juga sudah lengkap Dengan pelbagai bahan dan barang masakkan. peti aisnya aku buka.
penuh!
"yas baru belanja dua hari lepas. sebab tu penuh lagi. selama ni yas tak pernah beli pun barang basah. pagi tengahari makan rumah bonda balik kerja beli je kalau lapar. tak kuasa nak masak. setakat nak layan tekak sendiri." belum sempat aku bertanya dia terlebih dahulu membuka mulut. tahu saja aku mahu memberi soalan.
"yas. " aku merapatinya yang sedang bersandar di tepi mesin basuh. tanpa segan silu tubuhnya aku peluk.
"terima kasih. " sebuah kucupan aku hadiahkan di pipi kanannya.
"sebelah je ke? " keningnnya dijungkit berkali kali. mula la tu buat muka kucing miang dia.
"haah, lagi sebelah esok. " balas aku bersahaja. belum sempat aku melarikan diri, dia terlebih dahulu menangkap aku. pinggang aku di cucuk sehingga aku hampir hilang nyawa.
susah betul nak lepas diri dari Ustaz Ilyas ni, kecekapan dia menangkap bukan sahaja pada cicak. dengan aku aku sekali terjerat.
"i love you. " bisik aku perlahan. matanya mengecil memandang aku meminta kepastian. aku sekadar melorek senyum.
"uhibuk jiddan" balasnya juga berbisik
"eh, ada pak arab datang malaysia lah. " usik aku.dia tersenyum nakal. jantung aku dah nak luruh dah ni dengan senyuman pak arab celup sorang ni.
"haah, pak arab ni nak bawa isteri balik yaman. jom!." laju jari aku mengetil perutnya.
"sakit..." pecah tawanya. aku menjeling tajam
"usik sikit pun tak boleh..takut takut, tapi malam selit celah ketiak juga." kali ini dia sempat melarikan diri dari sepit ketam aku. Ilyas ketawa lagi. badan aku di rangkul erat.
"Azwar bukan hanya seorang isteri, malah Azwar ketua bidadari syurga yas. insya Allah, jadi yang solehah ye sayang." bisiknya perlahan.
"yas tolong bimbing boleh?"
"insya Allah. yas ambil Azwar dari Baba bukan hanya untuk keseronokkan semata. malah yas terima satu tanggungjawab berat yang perlu Yas tunaikan sampai mati." .
aku tersenyum dengan jawapanya, Ilyas bukan lelaki yang aku cinta, tetapi dia yang menyemai cinta di dalam hati aku.
Share this novel