aku meletakkan kembali telefon bimbit aku ke atas meja dihadapan aku. entah kenapa, tajuk sebuah artikel yang lalu di disuapan berita muka buku memanaskan hati aku, menyakitkan jiwa wanitaku.
'USTAZ DI TANGKAP KHALWAT BERSAMA SEORANG GADIS REMAJA.'
itu baru tajuk berita, belum lagi baca isinya. makin meluap darah aku. seorang ustaz awal 40-an. ada 4 orang anak. gadis itu baru berumur 17 tahun, hampir sebaya dengan anak sulung ustaz itu. sampai hati pula kau skandal dengan budak sebaya anak kau. tak rasa berdosa ke woi?
yang budak tu pula, lain benar kau punya taste, orang tua tu sebaya bapa kau kut, itu pun kau selera!
"eh, kau ada baca tak artikel pasal ustaz kena tangkap khalwat dengan budak sekolah?" mari dah rakan gosip aku a.k.a jururias aku si Farah.
makcik ni lagi up to date, habis segala gosip dunia dalam tangan dia.
"baru je baca, entah apa apa perangai. ustaz kut, tapi perangai tak semenggah!" luah aku kegeraman.
"kann? budak perempuan tu kalau dia anak aku, mmang aku bantai separuh nyawa. dengan orang tua gayang pun layan. entah berapa ribu lah kena sogok dengan ustaz tu?” tambah Farah. Tak puas hati betul muka dia
"tak payah nak sogok sampai juta juta, kena ana uhibbuki sekali pun dah boleh tunduk yee. Menakutkan betul ustaz zaman sekarang ni. kau nanti Azwar nak cari suami tak payah nak cari yang acah acah man enti… kaifahaluk bagai… mulut bukan main bahasa arab cair. tu nanti silap silap buat mazhab sendiri, lepas tu habis semua orang di neraka kan.." celah mikayla. partner aku pada hari ini. main bisa lagi lidah kau. ini sembur kt ular, ular pun mati. aku sekadar mengulum senyum.
"kay, kau pun tak kahwin lagi la.. nak nasihatkan aku pula." seloroh aku disambut tawa Farah.
"aku pesan je, kalau aku pun nanti, tak nak cari suami ustaz, acah je… agama pung pang pang. belakang belakang main perempuan." sambung kay lagi.
"ialah kay.. habis tu taste kau yang macam mana? " soal Farah ingin tahu, aku juga ingin tahu. kay ini boleh dikatakan agak vogue. kalau barang dia saja boleh cecah harga juling mata. inikan pula suami. paling cikai pun mesti anak dato.
"aku sebenarmya tak kisah pun yang macam mana, janji dia boleh terima aku dan palih penting dia handsome. ustaz, awal awal aku dah balcklist, sebab ustaz sendiri dah mencemarkan nama dia… dapat yang ala ala muka si Ilyas tu pun okey dah, tapi kalau dapat dia lagi cun.”
tersembur keluar air sirap yang baru sahaja mahu membasahi tekak Farah. aku sudah bantai gelak. ini kenyataan paling kelakar sekali yang pernah aku dengar. aku tak mampu nak cover gelak beriman sekarang ni. lantak lah bagaimana rupa aku gelak yang penting ini lawak!
ini ke yang orang cakap umpama mejilat ludah sendiri!
"kau biar betul? kata tak nak ustaz.” soal Farah. riak wajahnya jelas tidak dapat menerima kenyataan. Mana tidaknya, statement dengan ciri ciri idamannya bercanggah teruk!
aku rasa aku perlu beritahu kay kebenarannya sebelum semua urat ketawa aku putus. aku merapat kan kepala aku ke telinganya. Kasihan dia, pasti dia tidak tahu fakta sebenar memandangkan dia baru bersama kami pada hari ini.
Aku kasihan, tapi aku mahu gelak!
"kay, Ilyas yang kau kenal hari ini, bukan sekadar photographer. Photoghrapher ni dia buat sebab terpaksa je. sebab Si Amni minta tolong. Kerja sebenar dia ni, kalau aku bagi tahu kau jangan pergi tanam diri sendiri pulak.” Sengaja aku buat ayat tergantung. Geli hati aku tengok muka suspen mikayla.
“Selain Imam dekat masjid ni, dia guru kafa dekat sekolah agama. Setakat hari ni, belum pernah lagi aku dengar cikgu kafa orang panggil teacher ke? sir ke? Jadi selain imam, dia seorang ustaz juga. Memang macam tu. Asal sekolah kafa je, auto panggil ustaz. Memang adat dia begitu.” Farah yang turut mendengar sudah bantai gelak. Tak cukup peha sendiri di tepuk, peha aku juga menjadi mangsanya.
melopong terus kay dibuatnya. mujur lah hanya kami betiga saja disini, kalau tidak mesti seluruh umat manusia dimuka bumi turut mentertawakan gadis tinggi lampai ini dengan kenyataanya tadi.
"iye je kau?" soal Kay tidak percaya. aku mengangguk perlahan.
"ye ye je, aku tak percaya. Entah entah kau saja buat cerita tak… kau pun suka dia kan?" serkap jarang kay membuatkan gatal saja aku mahu cubit mulut lancangnya.
ingat aku ni lapar lelaki ke sampai nak kena buat cerita? andai kata ada Ilyas satu satunya mahkluk bernama lelaki yang tinggal dimuka bumi. dia tetap aku tolak mentah mentah. bukan sekadar tittle yang dia pegangg. dia sendiri pun bukan ciri ciri lelaki idaman aku!
"oh, please lahh! kalau aku suka dia, 5 tahun lepas lagi aku dah ajak dia kahwin siap pakej ikut dia pergi yaman." balas aku mendabik dada dan terus pergi meinggalkan Farah dan kay. aku berpindah meja yang menempatkan Amni. kamera aku di tangannya masih belum di lepaskan. satu persatu gambar di belek.
"okay tak?" soal aku menegur Amni. dia menoleh sekilas.
"aku rasa okay dah, tapi kau try la tengok. mana yang sesuai nak upload kat instagram." jawabnya sambil menghulur kamera kepada aku. sebaik sahaja kamera bertukar tangan, dia terus berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.
"bukan main seronok lagi kau tabur fitnah ye? habis semua ustaz kena fitnah.” berdesing telinga aku mendengarkan soalan sinis dari arah hadapan aku. tanpa mengangkat muka, aku sudahh tahu siapa pemilik suara ini.
"fitnah? siapa yang tabur fitnah? kalau bukan sebab ustaz tu yang buka aib dia. tak ada lah semua ustaz difitnah." bidas aku tajam. Dengan bersahaj tanpa rasa bersalah, aku teruskan kerja aku pada kamera. Sikitpun aku tak pandang dia.
Tak sudi!
walaupun aku tidak setuju dengan kata kata kay yang sangat tidak menyenangkan telinga tadi, tapi aku setuju dengan apa yang mereka fikir.
"sebab seorang je ustaz, kau fitnah semua orang? dasyat juga pemikiran kau ni." balas Ilyas. bibirnya tersungging senyum sinis.
"tak pernah dengar ke? kerana nila setitik, habis susu sebelanga. sebab tu, kalau dah tahu diri tu ustaz. jaga diri. ceramah sana sini, rupanya tunggang agama, tak malu ke?" dia menggeleng perlahan.
"apa hak kau nak cakap macam tu pada dia? kalau orang bukan islam yang cakap aku boleh terima lagi, tapi ini orang islam sendiri yang jatuhkan orang islam. dengan tudung labuh kau ni, cakap macam tak pakai otak. jadi apa beza kau dengan ustaz tu? sama je. sama sama penunggang agama." menggelegak darah aku sebaik sahaja dia habis menutur kata.
"eh, apa kaitan tudung aku dengan otak aku, jadi nak biar orang bukan islam yang bersuara hal ni? baru nampak macam maruah agama kena pijak. padahal islam sendiri dah kena pijak dengan ahlinya." naik satu oktaf suara aku.. mata mata sudah memandang ke arah kami. Ilyas masih tenang di situ sambil berpeluk tubuh. makin menaikkan lagi api kemarahan aku.
"wah, dasayat betul pemikiran kau ni. boleh dah jadi mufti agama. tak nak apply kat pejabat agama?" sindirnya lagi dan lagi. kali ini aku memang tak boleh bersabar lagi.
"salah ke apa yang aku fikir? bukan aku seorang je yang fikir benda yang sama. sepatutnya kau, salah seorang ustaz dekat muka bumi ni. Dekat bumi malaysia ni. fikir macam mana cara nak bawa nama ustaz tu sebaik mungkin bukan buat perangai firaun. tukar perempuan sana sini. main kan perempuan macam kereta control." aku membalas sindiran. Puas hati aku dapat meluah begini. Lama sudah aku pendamkan sifat segelintir manusia yang membawa nama ustaz, tetapi kontroversi dengan perempuan bersepah sana sini!
"mana kau tahu firaun kaki perempuan? sedap mulut kau je firaun kan orang. jangan bawa mulut kau dengan otak kau yang sempit ni keluar depan khalayak ramai. malu dekat orang bukan islam!" baru sahaja aku mahu membalas kembali tetapi dia lebih pantas mencelah.
"jahat macam mana sekali pun, jangan sama kan orang dengan firaun, firaun tu salah satu manusia yang Allah dah laknat. dalam quran pun Allah dah sebut. tak kisah lah siapa pun dia ustaz ke? ahli ibadah ke? geng surau ke? semua orang Allah uji. itu ujian dia. dalam 1000 orang ustaz, hanya 100 orang yang je ustaz yang buat perangai. ada lagi 900 ustaz yang masih boleh di pakai. kenapa kita tak cari..? dakwah ni bukan kerja ustaz semata. tapi kerja semua orang islam. kalau kita kata ustaz cakap tak serupa bikin. sama je lah dengan kita. islam tapi tak serupa bikin. kata islam, tapi kenapa tak nampak macam islam. sampai habis alim ulama di dosakan.
orang ada ilmu Allah uji dengan ilmu dia. orang pandai Allah uji dengan kepandaian dia. orang kaya Allah uji dengan kekayaan dia. orang jahil Allah uji dengan kejahilan dia. Allah tak pandang sejauh mana kejayaan dia boleh pergi. Allah pandang sejauh mana kita mampu menangkis ujian yang Allah beri pada kita. sama ada kita bersyukur atau kita terus terleka.” ujarnya lembut. hati aku yang panas tadi kembali reda. sedikit sebanyak kata katanya melembutkan jiwa aku.
ujian.. setiap dari kita tidak terlepas dari ujian. hari ini aku mengata dia. hari esok andai aku juga di uji dengan ujian seberat ini, bagaimana pula pandangan orang terhadap aku?
"kalau kita asyik pandang satu sudut yang sama. fikir benda yang tak baik. yang tak baik la datang pada kita. cuba cari yang baik baik, insya Allah yang baik baik akan datang pada kita."
"jadi kau nak cakap kau ustaz yang baik lah macam tu?" aku masih sengaja mahu mencari fasal lagi. Lepas tu rasa mahu tepuk mulut sendiri kerana celopar sangat. Dia dah habis pembut dah tu, ada saja yang aku tak puas hati. lagi yang aku nak sebenarnya?
"aku tak cakap pun aku ustaz yang baik. kalau kau nak kata kat aku seorang pun, kau ingat aku kisah? tapi kalau kau babit kan semua ustaz, aku rasa aku perlu bersuara. ustaz aku semua tak macam yang kau fikir. yang lalu lalang di media sosial hanya berapa kerat je. bukan mereka je ustaz dekat muka bumi sampai semua ustaz kau nak pandang serong. masih ramai lagi ustaz yang kau boleh rujuk.
tak adil untuk ustaz lain yang tak buat apa apa. yang sebar ilmu tanpa balasan, dituduh dengan perkataan yang bumi pun malu bila dengar. mungkin kau belum kahwin, tapi kau bakal kahwin. bakal ada anak. jadi kau nak anak kau jadi apa? soleh solehah? tapi mak dia tak percaya dengan ustaz. sebab ustaz tunggang agama. Tak salah untuk ada rasa sangsi pada manusia. Tapi jangan sekali kali lantang bersura. Ada perkara yang kita perlu simpan untuk kebaikan diri kita.
dari bujang ni kita dah pasang niat untuk keturunan akan datang. zaman yang akan datang jauh lebih mencabar dari sekarang. salah didik sikit. merana kita sebagai ibu bapa. fikirkan lah." jawabnya panjang lebar dan terus berlalu pergi.
aku terdiam, kepala otak aku juga turut terdiam tidak mampu untuk mencerna.
dari saat ini, bukan tentang perkahwinan semata aku perlu fikirkan. segala yang akan berlaku selepas berkahwin juga aku perlu fikirkan. kahwin tiada makna jika tiada matalamat yang kukuh!
Share this novel