"APA kena lah dengan si Amni ni buat photoshoot mengejut macam ni? dia ingat aku tak ada kerja lain ke? haritu kata buat indoor je, ni tiba tiba pula nak buat outdoor pulak! dah lah photographer macam robot, muka tegak. Selenga je. Mentang mentanglah photographer tu abang kau, kau manfaat kan betul betul. masalahnya aku yang nak kena hadap muka ustaz tu. nasib baiklah kau ni kawan plus aku tak ada kerja harini. kalau founder lain, sudah aku reject pakej dengan tazkirah subuh. ada ke patut nak buat photoshoot pukul sembilan pagi lepas azan subuh baru nak maklum kan?”
tidak fasal fasal pagi yang nyaman sudah dicemari oleh bebelan aku seorang diri. sehelai blouse labuh berwarna merah jambu aku keluarkan dari almari untuk aku padankan dengan seluar putih dan juga tudung bawal bidang 50 berona sama dengan seluar.
tudung dan blouse labuh tadi aku campakkan ke atas papan gosok. Sementara menunggu strika panas sepanas hati aku, laci yang menempatkan sarung tangan dan stoking aku buka sebelum mencapai sepasang stoking hitam dan sepasang sarung lengan berwarna hitam lalu aku campakkan ke atas katil. tak ada masa nak pilih pilih warna lagi, pakai je warna apa yang nampak dulu.
sehelai tuala dipenyidai aku capai lalu aku sangkutkan pada leher, kemudian aku kembali semula kearah papan gosok dan memulakan kerja menggosok baju.
"kenapa lah dalam banyak banyak mahkluk dalam dunia ni si Ilyas tu juga jadi abang kau? serabut kerja dengan orang tak ada perasaan. dia tu robot ke manusia sebenarnya?” aku masih belum habis membebel. masih belum puas hati lagi.
"Woi, pagi pagi dah membebel.” sergah mama sambil mengetuk kuat pintu bilik aku. mujur saja tidak tercampak strika di tangan dek terkejut dengam sergahan mama di luar bilik. aku diam tidak menjawab.
ini kalau mama dengar sebutir sebutir apa yang sibuk aku bebelkan, teruk aku kena gulai dengan mama. iye lah pak ustazkan, ilmu import dari yaman pula tu bawah sikit je dari mufti. silap silap tahun depan dah kena lantik jadi mufti wilayah.
selesai urusan aku di papan gosok, terus saja aku mengatur langkah membawa kaki menuju ke arah bilik air.
SETELAH berpuas hati dengak penampilan sederhana dan kelam kabut aku pagi ini, laju saja tangan mencapai beg tangan dan beg kamera. tanpa menoleh lagi, aku terus melangkah keluar dari bilik memandangkan aku hanya ada setengah jam saja lagi untuk tiba ke tempat pengambaran.
"kau kenapa dik? pagi pagi buta dah membebel? ni lawa lawa siap nak ke mana pula? kata hari ni tak ada apa apa hal?" soal mama. bertubi tubi sebaik sahaja kelibat aku melintasi dapur.
"ada emergency shoot." jawab aku mendatar.
"wah, shoot pun ada emergency ek? ingatkan hospital je." celah baba yang sedang menjamu sarapan.
eh baba ni, nak perli lah tu!
"entah lah si Amni tu, orang tengah azan subuh elok dia whatsapp cakap hari ni nak buat shoot outdoor.” adu aku. Masih tak puas hati lagi!
jam di dinding aku kerling sekilas, 10 minit sudah berlalu, aku perlu gerak segera.
nampaknya balik nanti lah baru aku jamah sarapan mama yang sepatutnya sarapan ini di masak oleh aku. Itu pun kalau ada lagi lah. selalunya balik balik mangkuk dah siap tercarap di rak pinggan.
"dah lah mungkir janji, lepas tu tak jamah pula tu." sayu suara mama, serba salah aku dibuatnya, padahal malam tadi aku yang beria beria cakap dengan mama hari ni aku masak.
"esok jadual adik kosong, adik masak sampai malam." mulut tidak berani berjanji, tapi tangan angkat sumpah. Jangan kena sumpah betul betul sudah lah.
"baik kau jamah sikit dik, sebelum mama sumpah kau jadi singki." ayat baba membuatkan mulut aku ternganga beberapa saat.
ada ke sumpah jadi singki? tak vogue langsung!
setiba di tempat pengambaran, perkara pertama yang aku cari ialah Amni. Aku perlukan penjelasan panjut dari dia. dari awal tercetusnya idea untuk shoot diluar sehingga lah tempat pengambaran. dah tak ada tempat lain agaknya nak ambil gambar selain dari masjid!
Kenapa mesti masjid? Dah jadi trend pula ye, asal shoot produk musimah pasti di masjid. Kalau nak insaf, kenapa tak shoot je terus dikubur?
"Azwar, kamera bawa sini dulu." tegur satu suara di tepi aku. beg kemera terus aku letakkan di hadapannya dan terus melangkah laju menghampiri Amni yang sedang berborak dengan Farah selaku jururias aku.
"puan Amni Atikah, ada apa apa yang puan nak perjelaskan pada saya?" soal aku mendatar. aku menghenyak punggung di permukaan kerusi yang masih kosong.
"sorry sis, sorry sangat sangat. aku ingat nak bincang dulu dengan kau, tapi tu cameraman kata hari ni je dia free. bulan depan abang dah sibuk. sorry…" tapak tangan kanan dan kiri dirapatkan dan diangkat separas hidung.
tau pun bersalah!
"sibuk apa je pak ustaz tu? " soal aku tidak puas hati, hanya kerana dia seorang habis semua orang kena ikut jadual dia. dia ingat dia siapa nak acah acah sibuk?
cikgu sekolah agama je pun, apa benda je yang nak kena buat? Ceo KLCC.
"awal bulan depan dia kena pergi kursus, kena submit tesis, tengah bulan ada kem, lepas tu ada lagi kerja apa benda entahh nak kena settle sebelum dia keluar." jawab Amni lengkap. tetapi hanya satu perkataan sahaja yang menarik minat aku di sepanjang penerangan Amni.
keluar? keluar pergi mana? hampir setiap bulan aku dengar Amni sebut perkataan inix jika bukan Ilyas yang keluar pasti suami atau ipar ipar dan Bapa mereka.
apa benda keluar tu?
soalan yang sentiasa bermain di minda aku, tetapi tidak pernah sekali pun aku suarakan soalan itu. aku tidak berani untuk bertanya, aku takut ia terlalu sensetif.
padahal elok je aku tanya soalan seperti merendahkan Ilyas kepadanya, tidak pula aku fikir tentang sesitiviti Ilyas tetang soalan soalan bodoh aku.
"Azwar, ni lens hari tu ke?" soal satu suara lembut menyapa telinga aku. aku menoleh ke arah pemilik suara yang bertanya. Saar mata kami bertembung, nafas aku seakan terhenti 5 saat sebelum dia pantas mengalihkan matanya kembali kepada kamera aku di tanganya.
"ye ke? kejap, a.. aku cari dalam kereta." tanpa membuang masa aku terus berlari anak menuju ke arah kereta yang di parkir tidak jauh dari tempat kami berkumpul.
aku menarik nafas dalam untuk mewaraskan akal fikiran aku. lalu aku hembus perlahan. dada yang berdebar kencang aku sentuh lembut. aku menyandarkan badan aku ke penyandar di tempat duduk pemandu. memenangkan jiwa yang tiba tiba berkocak hebat.
tenang lah khaulah Al-Azwar, kau dah kenapa?
pantas tangan aku merba bawah tempat duduk sebelah pemandu, sesuatu yang aku mahu berada disitu. Sebaik mendapatkan lens, aku mencapai dan kembali kepada mereka selepas mengunci kembali kereta.
"kau free tak minggu ketiga bulan depan?" soal Ilyas sebaik saja aku meletakkan lens yang masih berada didalam kotak di hadapannya.
"buat masa sekarang masih free.” jawab aku yakin.
"ada kem cari fasi perempuan, kau nak join?" soalannya membuatkan aku tercengang.
ah, sudah!
Ingat join kem masa zaman sekolah menengah je. ni dah tua bangka pun masih kena join kem lagi. jadi fasi pula tu. dia tengah buat lawak mega ke?
"kau biar betul nak suruh aku jadi fasi? aku ni nak bimbing diri sendiri pun asyik terkonar tempat lain." laju sahaja mulut aku menjawab.
"betul lah, aku ada salah cakap ke? kem tu kekurangan fasi perempuan, kalau kau nak join aku bagi nombor whatsapp pengurusan kem tu, kalau kau tak nak tak apa lah." terang Ilyas sambil tangannya lincah memasang lens di mata kemera yang dibawa olehku.
"kau bagi lah nombor dia. nanti kalau aku rasa nak join aku whatsapp dia. tapi apa skop kerja dia?" soal aku mula risau.
“Menari.” Serba salah aku mahu gelak. Jawapan seakan berseloroh, tapi muka macam tertelan biji hetah. Tawa yang hampir terhambur aku tahan sebaik mungkin. Tak berani aku nak ketawa depan manusia tak normal ni.
“Kau agak agaklah.”
"kerja kau macam pengawas je,kau kan penolong ketua pengawas masa sekolah rendah dulu. macam tu je la kerja dia. tak payah risau pasal bimbing diri sendiri, sebab kerja tu bukan kerja kau tu kerja suami kau. Pergilah cari suami sana!" Ilyas terus bangun dan meninggalkan aku sendirian mengenang nasib diri..
woi, kurang asam punya ustaz Ilyas, diri sendiri pun bujang nak mengata orang pulak! dasar ustaz tak sedar diri!
eh sakit pulak hati aku!
Share this novel