Al quran ditangan aku tutup sebaik sahaja kelas tajwid aku pada pagi ini selesai. ingat jika sudah berjalan kelas cuti, rupanya ia tetap berjalan seperti biasa. baru nak mengelat 3 hari. sudahlah ustaz pagi ini makin garang.. stress lah tu aku banyak songeh.
pembelajaran baru aku pada pagi ini berkenaan hukum nun sakinah dan tanwin, pada mulanya terkebil kebil juga aku mahu memahami penerangannya. tapi setelah di ajar berkali kali lekat lah juga satu cabang hukum dari nun sakinah atau tanwin dalam kepala aku.
mungkin kesengalan aku pagi ini juga menjadi punca ustaz Ilyas ini hampir meradang. mujur saja aku isterinya, kalau aku pelajarnya, sudah di goncang kepala barangkali. buang segala mazmumah dalam kepala aku supaya mudah Ilmu baru untuk lekat.
boleh jadi juga kesengalan aku ini berlaku kerana, tidak tahajud. memandangkan hari ini kami sama sama terlewat. bangun. sehingga terpaksa tahajud dalam mimpi menjadi punca .aku kunci kemungkinnan kedua.
"tolong semak kejap. " pinta Ilyas. al quran pada tangan aku di ambil lalu menyelak lembaran demi lembaran, setelah dapat pada surah dan mika yang hendak di baca, dia menyerahkan semula al quran pada aku.
"kenapa tak guna quran yas je? " soal aku.
mata aku pasakkan pada al quran yang terpapar surah maryam. Ilyas gelak.
"kalau guna al quran yas, Azwar macam masuk dunia lain pula. " jawabnya bersama tawa kecil.
"kenapa pula? " al quranmya yang sudah di letakkan atas meja aku capai, muka pertama aku selak setelah kulit al quran aku buka.. baru muka pertama aku sudah menutup kembali.
tidak mengapa lah... tidak fasal fasal pak ustaz ni mengaji syok sendiri. setiap helaian muka surat di al quran nya tiada satu pun yang bersih semua penuh dengan tanda. buat, bergaris, petak petak. dengan pen merah lah, pen hitam lah, pensil lah, tidak cukup dengan pen dan pensil, highlighter pun sudah berwarna warni. set set penghafal sepertinya faham lah.. jika aku yang anak ikan bilis ni, guna je lah Al quran sebesar alam tu.
"maryam ni satu satunya nama wanita yang allah jelaskan dalam al quran.. nama yang Allah sebut terus namanya dalam al quran." jelasnya tanpa dipinta sebaik sahaja selesai membaca satu surah. aku rasa macam baru saja, semak. tiba tiba saja sudah habis.
seronoknya jadi penghafal ni, tanpa buka al quran pun dia masih boleh mengaji.
"iye ke?" aku seperti tidak percaya. nama wanita wanita sahabiah sahabiah lain tiadakah?
Ilyas mengangguk perlahan.
"iya, nama isteri isteri nabi pun Allah tak sebut dalam Al quran. bila baca kita tak perasan pun tu sebenarnya tengah mengisahkan tentang isteri isteri nabi, dah buka tafsir, dah baca maksud baru kita tau.. ohh, rupanya ayat ni tengah menceritakan tentang isteri isteri nabi.
ada satu kisah dalam Al quran yang agak famous, tentang nabi yusuf dengan zulaikha. sepanjang kisah tu di ceritakan dalam ayat tersebur, tiada satu lin nama zulaikha yang Allah sebut dalam tu.. cuba buka suruh yusuf. juz 12, ayat 23 sampai 32" arahnya. laju tangan aku membuka kulit al Quran terjemahan milik aku .suruh yusuf aku buka. meliar mata aku mencari ayat yang di berikan Ilyas.
setelah mendapatkannya, aku menbaca terjemahannya. ayat pertama aku baca, tiada. ayat kedua aku baca. masih tiada. sehingga ayat 32, aku masih tidak jumpa nama Zulaikha di dalamnya. yang aku jumpa hanyalah gelaran perempuan dan isteri Al aziz..
aki menyelak lagi yang lain, mencari nama wanita yang lain, sekali mata aku terpandang nama Aisyah di sebut didalam kurungan pada terjemahan surah At tahrim.
"ni ada je nama Aisyah. " wajahnya yang sedang menaip sesuatu di skrin aku pandang.
"surah apa? " soalnya, matanya langsun tidak lepas dari memandang skrin. cuti cuti pun sibuk.
"at tahrim. " jawab aku pendek, aku menunggu jawapan darinya.
"pada terjemahan, dalam kurungan. betul? " aku mengangguk perlahan.
"itu, sebab nak beritahu isteri rasulullah yang mana satu. kalau baca dekat ayatnya tak ada pun nama aisyah disebut." jelasnya. aku mengangguk faham.
seketika kemudian aku mengakat kepala. mata aku tepat terhala ke arah wajahnya yang masih sibuk dengan telefonnya, cakap dengan aku pun pandang telefon.
aku menghela nafas panjang, telekung aku buka dan lipat, lalu aku sangkutkan di dalam almari yang disediakan. Ilyas sudah merebahkan dirinya ke atas katil. baru saja aku mahu sembur sepatah dua kata. tiba tiba telefonnya berdering minta di angkat.
"ye kak, kalau akak nak ambil hari ni saya memang tak ada. sebab tu saya suruh akak buat ursan dengan wafiy..sebab akak kata akak nak ambil hari ni. saya dah inform pun dekat dia." mendatar saja suaranya.. aku tak pasti apa yang mereka sedang bincangkan, tapi dari riak mukanya dia sedang menahan mulutnya dari lancang berkata kata.
dengan orang lain elok pula tahan bahasa dengan aku dulu.aku duduk diam diam pun ada je nak di hamburnya..tapi aku pernah ke duduk diam diam kalau ada dia depan mata?
dia menghela nafas panjang, sambil meraup muka setelah beberapa saat dia diam.
"okay, sekarang ni akak ada dua pilihan je. sama ada nak tunggu saya balik esok baru ambil atau pun pergi ambil stok dengan wafiy." dia berjeda seketika.
"baik, waalaikusalam." talian terus diletak.. aku rasa si pemanggil belum pun habis bercakap.
"cuti pun sibuk ke? " tegur aku, sedaya upaya aku menutup kecewa dihati.. aku cuba untuk tidak menunjukkan rasa dihati, aku cuba untuk faham keadaannya. tapi, suara aku tidak mampu untuk memyembunyikannya.. Ilyas pantas mengangkat kepala. aku yang sedang berdiri di sisi katil, dia tarik supaya berbaring rapat di sebelahnya.
"sorry, dah settle dah. " ucapnya perlahan. telefon di baling entah kemana. aku di peluk erat sehingga terasa sesak nafas dibuatnya.
"lepas lepas! oksigen dah habis. " jerit aku kuat. lengannya aku tepuk kuat. baru saja niat nak merajuk. dia punya cari fasal, tak kelakar betul. macam ular sawa, nampak romantik je belit belit. rupanya nak makan. Ilyas ketawa lepas. pelukkan di renggangkan sedikit.
"nak cpr? " usiknya. aku menjeling dengan jelingan tajam. laju aku memusingkan badan menghadapnya. kedua tapak tangan aku tekup ke hidung dan mulutnya. aku pantas melarikan diri saat dia terkapai kapai.
"tu cpr, special edition. tak da di mana mana. " balas aku geram. langkah kaki aku atur ke sofa. alat kawalan jauh aku capai. aku biar tv terbuka walau tiada siaran yang menarik perhatian aku.
"sayang. " panggil Ilyas. yang tiba tiba muncul dan terus baring beralaskan peha aku..aku buat tidak layan. tapi tangan gatal mengelus lembut rambutnya.
"tak lapar ke? " soalannya menarik mata aku supaya memandang tepat ke wajahnya.. hebat betul soalan ini. aku mengangguk perlahan.
"tapi malas nak siap, makan kat dalam bilik boleh?"
"boleh. nak remote tv kejap." pintanya sambil menadah tangan.
"siapa tadi tu? " soal aku ingin tahu..
"ex girlfriend." jawapannya memberi padah padanya. laju saja aku mencengkam rambutnya.
"siapa? " soal aku sinis.
"tak tak tak,, bukan..!" lengan aku di tepuk berkali sehingga aku melepaskan cengkaman.
"sakit otak." adunya sambil menggosok perlahan tempat yang di cengkam aku. aku mengemam bibir menahan tawa. melampau benar sampai sakit otak..
"siapa? " soal aku lagi.
"stokis nak ambil stok kat office. tapi tak nak buat urusan dengan orang lain." jawapannya mengundang kerut di dahi aku.
dah kenapa?
" lak, dengan siapa siapa pun sama je kut." balas aku meluat. tiba tiba rasa tidak senang..
"mana sama,. kalau kita pun, dah biasa buat urusan dengan seorang tiba tiba kena berurus dengan orang lain." aku memutarkan biji mata.
"stok apa? "
"stok barang jualan. kalau stok ikan bilis dekat freshub pun ada." ustaz ni makin pandai berloyar buruk.
"yas kerja apa sebenarnya? " soal aku. aku tidak faham selok belok kerjanya yang satu ini. kata jurulatih tapi kenapa urus stok. aku fikir penjelasan dari Khadijah sudah cukup untuk memahamkan aku. dia memandang aku dengan dahi berkerut.
"entah lah, yas pun tak tahu.. tapi sebelum yas apply sekolah agama, yas buat business online produk Zain." jawapannya tidak memuaskan hati aku.
"habis tu kenapa jah cakap yas kerja dekat office? kalau online, kat rumah pun boleh buat." Ilyas mengangguk perlahan.
"staff packaging, sebab tu kena pergi office. tapi dalam masa yang sama kena buat sales juga. setahun lepas tu, zain suruh masuk kelas. supaya senang nak coaching team yang yas pegang. tapi sejak dari tahun lepas, yas dah mengajar, yas berhenti dari jadi staff. cuma jalankan jualan untuk stokis and the gang. lepas tu, tahun ni dia panggil balik. suruh buat coaching untuk team leader. yas datang la semula sebab dia kata nak bagi gaji." jelas Ilyas panjang lebar bersama sengih. aku tergelak kecil. orang cakap nak bagi gaji, rugilah tak mahu.
"kira kena masuk office lah sekarang?" dia menggeleng.
"coaching kena online dik, leader bukannya dari daerah segamat je. leader merata negeri. cuma untuk stokis yas yang dekat, kena ambil stok dekat office sebab yas tak simpan dekat rumah, nak elak supaya mereka tak ambil dekat rumah. masa tu yas bujang, kalau orang nampak perempuan datang rumah, takut jadi fitnah." aku mengangguk faham. betul juga, sekarang ni bukan kira dosa pahala. fitnah tu dah macam zikir. sebar dulu, selidik kemudian.
aku cuba kaitkan cerita khadijah dengan Ilyas tetapi hanya 10% sahaja yang sama. yang lain semua menyimpang jauh. cerita Aishah lagi tidak boleh pakai. sampai ke advisor pergi dia.
"kenapa zain suruh masuk kelas? biasakan kalau buat niaga online ada coach sendiri." soal aku lagi.
"improve skill bercakap." aku bantai gelak, tiba tiba cara bercakapnya dengan aku pada zaman bujang kami terngiang ngiang di telinga aku.
dah masuk kelas ribu riban pun bercakap dengan aku macam orang tak ada perasaan, cakap macam nak cari gaduh.
"dah lah tu sayang, simpan dulu soalan soalan tu, banyak hari lagi boleh tanya. penat lah cakap. dah la tak bagi air." hilang terus gelak aku. soalan yang sudah aku rangka dalam kepala juga terbang melayang.
patut pun kena masuk kelas, lupa pula aku, dia ni sejenis makhluk malas bercakap. jika tak masuk kelas ribu ribu tu mesti masih bisu sampai sekarang.
tanpa menghiraukan aku yang sudah terkulat kulat dia bangun dan menuju ke almari. seketika kemudian dia kembali ke arah aku, kain pelikat yang dipakai tadi sudah bertukar ke seluar jeans.
"sayang nak makan apa? yas tak ambil pakej sarapan, takut nanti bila Azwar dah nampak, semua Azwar nak. lepas tu yas yang kena habis kan." aku memandang tajam ke arahnya yang sedang berdiri tidak jauh dari aku.
"bila masa Azwar macam tu?"
"tak lah, yas berhati hati. sebab dah insaf selalu kena dengan adik adik. ambil macam bela saka, hujung hujung abang dia juga kena telan." omelnya perlahan. pecah tawa aku. hidup di kelilingi wanita sehingga seketul Luqman Ilyas sangat memahami perangai wanita yang satu ini.
"beli je la apa apa. tak kisah." jawab aku. sesungguhnya aku bukan lah seorang yang memilih makan. jika batu dan kayu boleh dimakan. dua benda itu juga sudah aku gulaikan.
TIGA hari dua malam kami di lexis hibiscus berakhir tanpa sebarang aktiviti luar. tiada apa yang menarik, sekadar berjalan di serata kawasan. bila agak penat berjalan kami pulang semula ke bilik. bayar hotel harga cecah langit, membazir jika tidak di manfaatkan sebaik mungkin. duduk saja dalam bilik sampai lebam. bosan duduk bilik, keluar ke balkoni tengok laut. mandi kolam. sedar sedar sudah habis tiga hari.
aku mengiringi langkah Ilyas masuk ke dalam Zahra' Afiyyat HQ. buat pertama kali aku masuk ke dalam HQ jenama produk makanan sunnah yang di usahakan oleh biras aku. selalunya aku hanya dengar dari beberapa pelanggan tetap mereka saja tentang kebaikan produk ini. tidak lah setinggi megah holding, hanya dua tingkat. tetapi cukup buat aku ternganga.
"baru sampai ke?" tegur Afni yang kebetulan terserempak dengan Ilyas dan aku. Ilyas mengangguk. aku meliarkan mata ke arah pejabat yang sudah kosong dari pekerja memandangkan jam sudah menunjukkan ke angka 6:00 petang.
"kak ning nak ambil stok. dia dah tunggu tu." balas Ilyas datar.
"lah kenapa tak cakap dengan Afni je? hari ni sehari suntuk Afni dekat sini." ujar Afni yang turut mengekori kami. pintu sebuah bilik Ilyas tolak dari luar.
nah!
sampai ke bumbung bersusun kotak.. bilik yang tadi gelap serta merta terang apabila suis di sebelah pintu Ilyas petik.
"stok baru sampai ke?"
"haah, pagi tadi. sebab tu Afni dari pagi kat sini. wafiy MC." jelas Afni. aku sekadar memerhati. mahu menyampuk pun tidak tahu mahu mencelah di mana. aku bukan ahli perniagaan, niaga atas talian juga aku tak pernah buat. jadi tiada sebab untuk menyampuk.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sambil memerhati Ilyas yang sibuk memunggah kotak kotak yang akan bertukar tangan sebentar nanti. lima buah kotak di letakkan di atas troli dan terus menyorong troli itu keluar dari bilik.
aku yang sudah terkebil kebil menunggu Ilyas kembali, tetapi masih tidak muncul muncul terus mengeluarkan telefon. sudah sehari aku tidak melayari aplikasi instagram.
20 minit kemudian Ilyas kembali bersama Anas. anak kecik itu di dudukkan atas ribanya sementara dia menulis sesuatu di dalam buku.
"meow. meow. " patung harimau bintang yang sejak tadi berada pada tangannya digoyang goyang di hadapan Ilyas.
"apa ni? " aku menyoal kembali. aku duduk di sebelah Ilyas. Anas aku ambil dan letakkan atas riba aku. Anas langsung tidak menolak. malah patung harimau itu di tunjukkan juga pada aku. aku suka budak tidak takut orang.
"meow." jawabnya. patung itu di goyang kanan kiri.
"harimau." aku membetulkan perkataannya. laju dia menggeleng.
"meow. meow. " Ilyas di sebelah tergelak.
"harimau, harimau bintang." aku cuba membetulkan lagi.
"aannak mauu.. meow.. " pecah tawa aku. berani pula dia bantah cakap aku. seboleh boleh dia nak tegakkan kucing dia. menyesal aku tak rakam. boleh aku tunjuk dekat bakal isteri dia suatu hari nanti..
"tak nak harimau." Ilyas mengulang ayat Anas dalam ayat yang lebih jelas sambil menekan perut. berdekah Ilyas ketawa.
kurang asam betul budak ni. aku ajar dia. dia ajar aku balik.
"dah lah, Anas pergi dekat umi lah." halau aku. malas lah nak cakap dengan budak kecil ni.
"dah jom lah balik, penat lah." ajak Ilyas apabila Anas sudah hilang dari pandangan mata. aku menyambut hulurannya dan beriringan dengannya.
"mat saleh panggil rambutan apa?" aku memandangnya dengan wajah pelik. dah kenapa tiba tiba mat saleh pula.
"rambutan. " senget senget mulut aku, punya lah nak bunyi slang mat saleh.
"durian?"
"durian." dia mengangguk perlahan. dahi aku makin berkerut.
"ayam?"
"ayem."
laju kepalanya menoleh ke arah aku. berdekah dia ketawa sampai terbongkok bongkok. aku garu kepala. mencari di mana lawak yang dia sedang ketawakan.
"mat saleh belah mana panggil ayam, ayem?" aku tersedar sesuatu. lama aku berfikir sebelum sel sel otak aku berhubung dengan sempurna.
kalau ayam jadi chicken lah kan??
"eh?" aku turut tergelak. sampai menangis aku ketawakan diri sendiri
bongoknya aku ni. senang senang je kena game dengan suami sendiri.
"kecil kecil tak minum susu eh? kalau mama dengar ni mesti dia sumbat masuk balik dalam perut. dia punya blur, tak buat buat." bahannya dengan tawa yang masih tidak surut.
ni memang sampai cucu dah bercucu dia bahan aku.
tak guna punya Ilyas. kau tidur dekat luar malam ni!
Share this novel