jika semalam aku yang gatal mulut memanggil Ilyas bersiap di rumah mama. hari ini aku pula di panggil oleh Amni supaya bersiap di rumah bonda. katanya baju Ilyas belum siap jahit. dasyat betul tukang jahit ni.
aku ingat setakat baju raya saja yang siap pagi raya, rupanya baju kahwin pun siap di pagi sanding. pro tahap apa ya kalau begini? masalahnya di campaknya ke aku. kenapa tak beritahu awal awal? ingat aku ni hebat sangat menjahit ke sampai boleh jahit dalam masa yang singkat?
"abang punya persalinan baru siap seluar. baju dia aku tak siap cantum lagi. seluar tu pun belum pasang kancing." lancar sahaja dia menutur kata. aku pula yang urut kepala dengar.
patut lah suruh aku datang seawal mungkin. ini bukan kata rupa baju, tangan pun belum ada rupa lagi. mujur lah tinggal pasang saja. kalau dia kata belum siap potong pun lagi, memang aku sembur juga sepatah dua kata.
"kenapa kau tak cakap daripada haritu? kan aku boleh je ambil jahit dekat rumah." nak mengeluh pun tiada guna. aku hanya lah seorang tukang jahit amatur, bukan tukang jahit profesional. kenapa dia buat aku begini?
"aku nak cakap dari haritu, tapi terlupa. aku ingat boleh siap malam tadi. tapi tersibuk dekat dapur pula." jawabnya bersahaja.
"senang betul kau jawab eh." bantal yang berada di belakang, aku baling ke arahnya. Amni ketawa mengekek.
"kau jahit bodoh je, nanti kocek aku pasang." ujarnya. aku jungkit bibir. dengar boleh percaya jangan. Bodoh mana nak jahit tu?
"dah la kau. kau suka bagitahu aku benda macam ni last minute. jahit bodoh pun, kau ingat aku ni rizman ruzaini ke boleh jahit baju siap sekelip mata? baju kurung sehelai pun 3 hari baru nak siap." bebel aku geram.
sehelai tau bukan sepasang!
"sekejap je ni, 3 hari tu sebab kau layan malas. buat kerja lain lah. sambung tulis manuskrip lah, apa lah. ni kalau kau fokus dekat sini, tak sampai setengah jam siap. percaya lah cakap aku. baju melayu moden, leher cekak musang, kocek sorok ni semua makanan kau, kau dah dah biasa buat." ayat menyedapkan hati, bila masa entah aku jahit baju. biasanya aku buat leher je. kocek pun masuk yang bakal aku jahit masuk kali ke 5 aku buat.
kain yang masih terpisah aku capai sebelum aku mula mencantumkanya satu persatu. mujur lah baju melayu moden. tiada pesak mahu di cantum sana sini. cuma hanya fokus pada bahagian leher cekak musang. Amni sudah ke dapur bonda. memandangkan bonda masih mengekalkan tradisi merewang, makanya semua orang dalam rumah ini menjadi sibuk.
tepat setengah jam selesai sehelai baju. aku tidak tahu lah apa rupa kocek yang aku pasang ini.
minta maaf lah yas, kocek bukan kepakaran saya. mahu tunggu adikmu yang seorang itu pasangkan. anak kita dah 3 nanti baru dia buat!
selesai bahagian baju, kini aku perlu memasang butang dan juga kancing seluar. butang baju. ni tidak perlu menggunakan benang, cukup sekadar ketuk ketuk siap. tapi kalau silap langkah, baju yang hanya menggunakan 4 atau 5 biji butang boleh terbazir sehingga 10 biji. yang tak jadinya lain. yang tersilap masuk lubang lain. yang butang pecah lain. sudah lah butang ini mahal. sebiji saja sudah cecah sehingga 80 sen. beli gula gula dah dapat 4 biji.
selepas hampir satu jam aku menghadap baju Ilyas baru aku dapat menarik nafas lega. membazir satu jam aku semata mata menghadap baju yang aku boleh siap kan dalam masa tiga atau empat hari. aku boleh pergi buat macam macam perkara lagi.
astagfirullah! baju suami kak, bukan baju orang lain pun.
"dah siap ke?" soal Amni yang baru menampakkan bayangnnya setelah satu jam di dapur. aku mengangguk perlahan. kaki aku lunjurkan. keras pinggang aku menunduk sejak tadi memasang butang baju.
"sini aku tampal kocek kejap." Amni sudah melabuhkan punggungnya di permukaan kerusi. suis butang mesing jahit dibuka. bersedia mahu menjahit kocek yang di katakan tadi.
"aku dah pasang, tapi tak tahu rupa apa. macam tak kemas sangat. nah, kau alter lah." baju melayu moden berona biru hitam aku serahkan pada Amni untuk memeriksa hasil jahitan aku.
"okay lah ni, kocek sorok ni bukan semua amatur pandai. tapi hasil kau memuaskan." komennya. aku merenung tajam wajahnya.
ceh, amatur ye? aku mengadu dekat abang kau nanti baru kau tahu.
"dah, jom lah pergi dapur. saudara mara nak tengok pengantin perempuan. tadi aku cakap dengan bonda kau ada sini. tiba tiba ada yang dengar pula." senak pula perut aku mendengarnya.
"ramai ke?" soal aku ingin tahu.
"semua dah ada, tengah rewang. jiran jiran pun ada." ni yang aku lemah ni.
"cik Ani yang nak kenen kan abang dengan anak dia pun ada juga." sambung Amni. aku mencebik saja. lantakkan saja lah makcik tu. itu lah haritu sibuk sangat tanya aku bila nak kahwin.
ha, sila putih mata. bakal memantu pilihannya sudah menjadi pilihan aku. siapa suruh lambat masuk baris!
"tak apa ke aku pergi sana? karang nangis pula nampak aku." balas aku. masih geram dengan isu tempoh hari. Amni bantai gelak.
"memang saja nak tunjuk kau dekat dia."
kurang asam punya budak!
"yas ada ke?” soal aku. rindu lah pula, dari sebelum subuh tadi aku whatsapp tak balas balas. nak kena bebel dengan aku pula agaknya!
"ada, dalam bilik. baru kahwin dua hari dah tumbang. lepas balik solat subuh tadi dia sambung tidur balik kut, dari tadi tak muncul muncul. kau cakap dengan abang ke kau datang?" aku mengangguk perlahan.
"aku chat dia pagi tadi, tapi dia tak balas." jawab aku. baju Ilyas yang sudah siap di gosok aku letakkan di penyangkut baju sebelum di sangkut dekat dengan baju kurung pahang yang bakal di pakai untuk acara hari ini.
"dia tengah demam tu, pergi lah tengok." aku diam untuk mencerna ayat 'pergi lah tengok' yang keluar dari bibir Amni. maksudnya aku kena pergi bilik dia lah. macam tu?
tapi kenapa sakit tak beritahu aku? aku tak perlu tahu ke? ke aku masih tidak penting dalam hidupnya? entah kenapa, aku terasa hati dengan tindakannya. sehingga aku kena dengar dari orang lain. sudah lah pesanan aku pagi tadi dibiar sepi. jangankan baca, 'double tick' pun tidak.
------
aku mengangkat kepala, apabila mendengar suara Ilyas yang diselangi dengan batuk, membalas sapaan saudara mara. mata aku menyapa wajah pucat Ilyas yang baru masuk ke ruang dapur. menonong saja pergi ke singki. dia membasuh tangan sebelum mencapai gelas dan mengisi penuh air ke dalam gelas lut sinar. segala gerak gerinya aku perhatikan.
dia hanya beriak biasa, langsung tidak toleh kiri kanan. orang orang yang menyapanya pun hanya di balas dengan senyuman nipis. selesai meneguk air. sehelai tisu di tarik dan terus membawa kakinya mahu keluar dari ruang dapur. Belum sempat dia keluar badannya di tahan oleh Am yang sedang mengendong anak kecil.
"eh, mat. baru dua hari kahwin dah demam? demam apa ni?" Ilyas gelak dengan sapaan Sepupunya yang seorang itu. langsung tiada basa basi.
sejak dari kem lagi aku perhatikan keakraban mereka. jika dengan orang lain Ilyas boleh membisu 4 hari 4 malam. tapi tidak dengan Am. dia tidak mampu bertahan walaupun 4 saat. aku perasan dengan Am juga tutur katanya jauh menyimpang dengan perwatakan yang ditampilkan di hadapan orang ramai.
"kau diam lah!" anak kecil di kendongan Am, di agah kecil. terkekeh kanak kanak itu.
"kalau kau yang gelabah memang tak jadi mat. tenang je, buka langkah slow slow.” usik Am di sambut tawa seisi dapur. mujur dapur tidak ramai umat manusia. aku juga yang terpinga pinga, tidak faham. kenapa orang lain turut gelak.
"langkah apanya Am, orang tu baru nak masuk line dah kena panggil dengan maktok." balas satu suara wanita lebih kurang sebaya mama. aku agak mungkin ini salah seorang dari mak cik saudara mereka. Ilyas mengulum senyumm.
berona merah muka aku, apabila dapat menangkap maksud mereka.
"saad, tutup telinga okay? tak sesuai untuk anak anak bawah 18 tahun. cakap dengan ayah, jangan sampai uncle yas masukkan dia dalam freezer!" Am bantai gelak.
aku pula yang malu!
"bang, saja je muka kau ni? tak tau ke bini kau ada sini?" tegur Afni yang sejak tadi membungkus doorgift yang di berikan pada tetamu sebelum mereka pulang ke rumah.
"mana?" soalnya terkejut. Ilyas lantas menoleh. matanya tepat jatuh ke wajah aku. dia kembali menoleh ke arah Am yang sudah tersenyum nakal. senyum lebar di lorek. bahu Am di tepuk tiga kali sebelum merapati aku yang sedang duduk menolong membungkus doorgift.
sempat dia mengambil sepinggan mihun goreng sebelum duduk di sebelah aku. Am juga sudah melabuhkan punggungnya di sebalah Ustazah Hani yang turut menolong di kelompok doogift. memandangkan tetamu jemputan seramai 1500 orang. maka terpaksa buat tambahan doorgift.
"dah makan dah?" aku sekadar mengangguk. dia terus menyudu mihun ke dalam mulutnya.
"Anas nak ke?" soal Ilyas kepada anak kecil yang duduk di pangkunya saat mihun di pinggan tinggal satu suap. Anas mengangguk.
"tolong ambil lagi sikit. Anas tak makan lagi ke?" pinggan di hulur kepada Afni, minta di tambah sedikit mihun ke pinggannya. dari satu pinggan menjadi 4 pinggan, dari seorang menjadi 5 orang. tidak fasal fasal jadi 'baby sitter'.
"nah, anas bagi umi. minta tolong basuh." terkedek kedek anak kecil itu mendapatkan ibunya yang berada di singki.
"Azwar buat apa?" soal Ilyas berbisik. dagunya ditongkat ke atas bahu aku. aku kerut dahi.
"tengah buat ni lah." jawab aku teragak agak.
"baik Azwar tak payah buat. malam nanti lagi teruk kita kena buli. dekat luar ada 6 periuk besar tengah bertenggek atas dapur gas. ada banyak perkakas yang mereka akan tinggal untuk kita sental sampai jadi cermin." ujarnya. beg kertas di tangan aku dia ambil lalu meletakkan kembali ke tengah.
tanpa pamit, dia mencapai tangan aku dan menyuruh mengikut langkahnya. riuh suara usikan saudara maranya. aku jeling Ilyas sekilas. semedang saja muka dia kena bahan. aku pula yang rasa mahu flush muka dalam lubang tandas.
segan oi!
usikan mereka bukan biasa biasa, tahap vvip. memang tidak sesuai untuk pendengaran anak anak bawah 21 tahun.
masuk saja ke dalam bilik, Ilyas terus merebahkan badannya ke atas katil. lengannya di letakkan ke dahi. aku berpeluk tubuh dan jalan merapatinya sebaik sahaja pintu di tutup rapat.
"kunci tak?" soalnya dengan mata terpejam. aku mengangguk. ada benda lain yang aku nak gaduh kan selain pintu bilik itu.
"tak beritahu pun demam. dah lah tak balas whatsapp. rasanya dah boleh kut buang handphone mahal yas tu dalam akuarium." marah aku dengan suara yang tertahan. dia membuka mata sambil melirik senyuman.
"cuba duduk dulu." tangannya menepuk tilam supaya aku duduk di sebelahnya.
"tak nak! " laju aku membantah. bulat mata aku memandangnya. boleh pula dia buat muka terlebih gula masa masa begini. ingat aku cair ke?
"ingat yas kisah ke?" sejurus dia menutur ayat, tangan aku di tarik kuat sehingga aku terbaring di sisinya. aku yang tadi berdiri di sisi kanan sudah berada dalam pelukan dari sisi kirinya. terjerit aku dibuatnya.
bahunya aku tepuk kuat, tapi dia langsung tidak mengaduh kesakitan. rupanya sakit itu ada pada tangan aku. makin sakit hati aku. untuk memuaskan lagi hati aku. isi di bawah kulitnya aku cubit kuat.
"sakit lah."
puas hati aku!
dia menggosok perlahan lengannya. ingat sudah habis dah adegan peluk memeluk ini. tapi belum sempat aku bangun, tangan aku kembali ditarik masuk ke dalam pelukannya. aku jadi keras apabila pipi aku ditampar lembut oleh nafas panasnya.
panas oi!
macam kena tamparan asap api neraka.
"nak pergi mana?" tegak bulu kepala aku dengar suara seraknya.
"cari jantung, tadi nampak dia jatuh bawah katil." jawab aku perlahan. Ilyas gelak.
"jantung tak ada, dia tidur. duduk je sini diam diam." balasnya. macam cakap dengan budak darjah satu.
"sorry, phone yas tak ada bateri. malam tadi balik terus tidur, lupa nak cas. bila Azwar sampai?" aku menoleh kearahnya, matanya di pejam rapat.
"pukul 7 pagi tadi. Amni suruh datang, siapkan baju yas." jawab aku. terlupa yang aku tengah marah dia tadi. setiap lekuk di wajahnya aku perhati. dari mata bundarnya hingga ke hidung mancungnya.
tidak sempat aku melarikan mata saat dia membuka mata, aku terpaku dengan senyuman. lesung pipit yang menghiasi pipinya juga menarik perhatian aku.
"dah siap ke?" soalannya mengembalikan aku ke alam nyata.
"ha, siap? siap apa?" eh tadi tengah cakap fasal apa?
ah, sudah! dah kenapa dengan aku ni?
"dah siap ke bajunya?” dia mengulang soalan. aku mengangguk. mulut aku bagai terkunci saat ini dengan renung balasnya.
oh ini kalau buat buat pengsan, aci tak?
"boleh tolong tak?" aku tak suka soalan perangkap begini, nak minta tolong ke? nak beritahu ke? nak tanya ke terus saja lah topik sebenar. tak perlu nak cakap. nak tanya sikit, nak cakap sikit, nak minta tolong sikit.
jeng pale!
aku buat isyarat bertanya 'apa dia' hanya menggunakan kepala.
"tolong picit kepala boleh? sakit kepala lah." sayu suaranya meminta tolong.
"ada minyak angin ke?" soal aku. jatuh kasihan pula aku tengok. tapi aku rasa pelik dengan hati aku, jatuh kasihan ke jatuh kasih sayang?
parah!
"ada kut, kejap yas tengok." pantas tangan aku menahan apabila dia berura ura mahu bangun.
"ada dekat mana? biar Azwar cari." balas aku.
"cuba tengok dalam laci tu." tangannya menujuk ke arah laci tiga tingkat di atas meja. aku menyelongkar laci itu dan kembali ke arahnya sebaik sahaja jumpa apa yang aku inginkan.
jari aku menyela rambutnya. buat pertama kali, aku pegang rambut lelaki selain dari baba. walaupun aku ada dua orang abang, sekali pun aku tak pernah sentuh rambut mereka.
jika wanita tidak boleh disentuh tudungnya. abang aku pula tidak boleh di sentuh rambutnya. pantang!
setiap kali jari aku menyentuh dahinya, dapat aku rasakan ada satu perasaan yang sukar untuk aku tafsirkan. rasa sebak, rasa bersyukur. walaupun pepatah 'jilat ludah sendiri' sudah terkena pada batang hidung aku, tapi sedikit rasa menyesal langsung tidak terpalit dihati aku.
dari sejak aku sah menjadi isterinya, rasa bersyukur makin menebal dalam diri aku. padahal aku belum pun lagi bersekedudukan denganya.
"terima kasih." ucapnya, tangan aku di ambil dari terus memicit kepalanya. belakang tapak tangan aku di cukup lembut.
"pergi ambil jantung Azwar yang hilang tadi tu, yas nampak ada bawah katil. kesian dia duduk sorang sorang dekat situ. yas nak teman tadi, tapi nanti Azwar pula sorang sorang." dalam sakit begini. pun sempat mengusik aku. dadanya aku tepuk kuat. pecah tawa Ilyas.
"jangan tepuk kuat kuat, nanti pecah macam mana.?" Apa lagi yang dia nak merepek ni?
"apa bendanya yang pecah? "
"nanti pecah la hati yas. hati yas tengah bengkak, penuh sangat kasih sayang. "
astagfirullahalazim! lebih lebih sangat laki aku ni, ada juga aku terkencing dekat sini. Ada jugak aku terajang ni karang!
"Azwar nak pergi ambil baju kejap, dah pukul 11. kita tak siap lagi." aku mahu melarikan diri, tidak sanggup kena ayat lebih lebih. aku dah cair ni!
"okay, jangan pergi lama lama tau. nanti rindu."
"yas, dah la tu!" dia ni nak suruh aku jalan merangkak ke?
"rindu pun kena marah. " omelnya perlahan. terus dia menoleh membelakang kan aku sambil memeluk bantal panjang. tidak semena mena terlepas juga senyuman dari bibir aku. terus aku keluar dari bilik. malas nak berlawan cakap lagi, aku takut, bila terlalu melayankan perangai Ilyas ni aku terpaksa mengensot didepan tetamu nanti.
------
"tahniah Azwar, semoga bahagia." ucap syakir dan terus berlalu pergi sebaik sahaja bersalaman dengan Ilyas. wajah cemberut Ilyas aku pandang.
"tahniah Azwar je? eh, serius lah? yas ada dekat sini kut." belakang badan syakir di pandang tidak puas hati. dia menjeling ke arah aku.
"apa senyum senyum? suka ke?" aku mengetap bibir. menyorok senyuman supaya tidak kelihatan.
"eh, tak baik cakap macam tu. kalau berul suka, yas yang ucap tahniah dekat Azwar." balas aku bersahaja.
"tak suka tak payah la senyum." marahnya lagi..
amboi, lain macam betul pak ustaz ni!
"Azwar senyum dekat yas, bukan senyum dekat dia. kenapa nak marah sangat ni? yas kan dah jadi masa depan Azwar." balas aku memujuk. pujuk anak buah aku pun tak susah gini. takkan nak pujuk dengan lolipop pula.
"yas tak nak kawan dengan dia dah! dari dulu annoying." jawab Ilyas dan terus menarik tangan aku mengikuti langkahnya.
"tak baik lah, berdosa putuskan silaturahmi.” tegur aku. lengannya aku peluk kemas. mahu menenangkan kepanasan hatinya. sudah lah panaa badan belum kebah di tambah pula panas hati. dia beristighfar perlahan. sedar akan ketelanjuran kata.
"yas bukan tak suka dia, tapi dia kena sedar, status Azwar sekarang tak sama dengan status Azwar masa dekat kem. " aku mengulum senyum mendengar luahannya.
ada bau bau cemburu lah, agak agak ada dapat hidu sekali tak?
Share this novel