"Luqman Ilyas Bin Zulqarnain.” sebaris nama bertulisan jawi yang tertera di kulit buku log aku baca perlahan. membulat bibir aku. baru hari ini aku tahu nama penuh dia yang didaftar di JPN ialah Luqman Ilyas. aku Ingat nama dia muhammad Ilyas ke nama biasa biasa orang letak.
"buku apa ni? " soal aku kepada Amni yang sedang menelek gambar pada kemera abangnya.
"RPH.” aku mengangguk perlahan. Berlagak faham, padahal aku tak tahu pun RPH tu menatang apa? Pendek benar jawapan kau. Kut ye pun terangkanlah sikit sikit.
tulisan di buku log itu aku perhati. ini kalau cikgu jawi aku dulu tengok tulisan Ilyas, mahu menangis dalam kabinet sebab ada manusia yang tulisan jawinya jauh lebih cantik dari tulisan cikgu tu. ini baru tulis nama sendiri, belum lagi buat karangan jawi, silap silap macam taip komputer barangkali.
cantik amat!
"laki kau tak panggil pulak hari ni?" soal Amni kepada Farah yang masih duduk melepak bersama kami.
ini depa dah buka topik rumah tangga, jadi aku sebagai wanita bujang trang tang tang. duduk diam diam, jangan menyampuk!
"tak, sebab dia tak tahu aku habis pukul berapa." jawab Farah bersahaja.
farah ni dua tahun lebih muda dari aku, tetapi sudah beranak dua. mana lah jiwa single aku ni tak memberontak bila diajukan soalan soalan yang aku sendiri tiada jawapan. soal jodoh ni bukan kerja aku.
aku sekadar memasang telinga mendengar kisah rumah tangga mereka. sesekali aku tergelak apabila ada yang melucukan. Mereka sedang bercerita tentang keletah anak masing masing. Aku mencelah dekat mana?
Anak pun tak ada!
mata aku masih sibuk dengan buku log Ilyas di depan mata. tapak tangan aku gatal saja mahu membuka buku itu. Tapi aku tahankan. Wanita cantik haruslah bertenang. Rakus bukan sifat kami.
"awal awal kahwin ni memang semua manis, tunggu nanti dah 20 tahun kahwin. dengar bunyi tapak kaki pun menyampah. sembang dengan orang, dah tak ada benda baik dah nak cerita.” Celah satu suara milik seorang wanita awal 50-an yang tiba tiba mencelah di antara Amni dan Farah yang rancak bercerita.
pantas kami mengangkat kepala dan menoleh ke arah pintu masuk yang memang terbuka sejak tadi, Ilyas yang tadi senyap seperti patung cendana yang tidak hiraukan gelak tawa kami sambil mengemas tempat pengambaran kami juga turut mengangkat kepala. jelas riak terkejut diwajahnya.
yang makcik ni datang dari mana, dengan tak beri salam masuk rumah orang. tiba tiba menyampuk. Mesti dah biasa buat ni!
Wanita itu melabuh punggung di sebelah aku.
kalau tengok muka Ilyas tika ini, bukan main tergamam lagi, punya la terkejut sampai keras kejung terus. terhenti semua kerjanya. jangan cakap yang kau jatuh cinta dengan makcik ni sudah la Ilyas Oi!
"umur berapa ni?" soal wanita itu sambil mengusap lembut bahu aku.
kenapa tanya umur aku dulu sedangkan boleh tanya nama aku?
"26 tahun cik." jawab aku sopan. senyuman manis aku lemparkan kepada wanita itu. dari ekor mata, dapat aku melihat iLyas yang kelam kabut menyambung kerjanya yang tergendala.
"dah kahwin?" soal wanita itu lagi tanpa ragu. lagi dan lagi aku disoal tentang ini. hilang terus senyuman aku, bukan senyuman saja hilang. dengan mood aku sekali hilang. air muka aku berubah 100%.
"cik Ani nak jumpa bonda ke? tu bonda ada dekat dapur tu." celah Amni apabila melihat perubahan mendadak di wajahku.
entah kenapa, soal kahwin menjadi semakin sensetif bagi aku sejak kebelakangan ini. sudah hampir 4 tahun sejak aku berumur 22 tahun lagi aku sudah diasak dengan soalan begini. siapa je yang tak mental? kenapa tak tanya je, bila aku nak meninggal? sama kan?
kalau cakap itu soalan bodoh. kita pula dikata tak hormat orang tua.
"perempuan tak elok kahwin lambat lambat, nanti susah nak dapat anak. cik Ani dulu, umur gini dah anak tiga. orang laki ni kalau kahwin tak ada anak, dia cari lain. kan Ilyas?mencerlung mata Ilyas memndang wanita itu.
aku kemak senyum melihat riak wajahnya. tanya dia, bini pertama pun sesat jalan lagi, ada hati nak cari bini nombor dua!
"entah lah cik, saya ni yang pertama pun belum. nampak bayang, lagi nak cari yang nombor dua. entah entah bini pertama saya tu pun belum lahir." jawab Ilyas bersahaja.
"bukan tak ada orang nak, kamu tu yang memilih. Anak cik ada, kamu tak nak."
ceh, nak promote anak sendiri rupanya!
"kamu pun sama, jadi perempuan ni jangan memilih sangat. kalau ada orang nak, terima je. itu lah masalah budak zaman sekarang ni.memilih sangat. orang dulu dulu, apa yang mak ayah pilih. itu yang kami terima. tak ada kami bantah bantah. dia tahu lah apa terbaik untuk anak anak. dia dah makan garam dulu. budak sekarang, dia pulak yang mengajar kita!" Amboi makcik, sesedap rencah dia mengata. Langsung toleh kiri kanan.
"memang lah orang tua makan garam dulu, tapi belum tentu garam yang dia makan tu betul. perempuan lah kena memilih cik, dia nak cari orang yang bimbing dia. orang yang ajar dia. orang yang boleh betulkan dia bila dia bila dia salah. perempuan ni fitrah dia di bimbing. bukan membimbing. macam mana acik nak lelaki yang terbaik untuk anak acik, macam tu juga dia. kalau main sapu je, tak fasal fasal dapat yang kaki naik kepala. dia yang sakit, dia yang hadap. bukan orang yang suruh terima tu yang kena hadap." jawab Ilyas bagi pihak Aku. perlahan tapi tajam. tergamam kami yang perempuan ni. aku ingat kami yang muda saja yang tergamam. aku jeling sebelah. rupanya makcik ni pun terdiam.
setiap kata katanya membuat aku juga tersedar. aku yang hendak mencari pasangan, sedangkan mahu cari selipar yang letaknya dikaki juga hampir satu jam aku membelek. inikan pula suami yang ingin aku jadikan teman sehidup, jadikan penanda arah, tak kan aku nak main sauk asal boleh.
sedikit sebanyak hati aku menjadi tenang
"soal jodoh ni jangan di tanya tanya, soalan tu sama je macam kita tanya orang bila nak mati. soal jodoh, ajal ni kan Allah dah tetapkan dari sebelum kita lahir lagi. kalau Allah dah tetapkan jodoh saya dengan anak makcik, saya mengelak macam mana pun, insya allah saya kahwin juga dengan anak makcik. makcik jangan risau.” balasnya sambil tersenyum lembut.
untuk pertama kalinya aku nampak senyumannya. jelas lekuk lesung pipit di pipi kiri. hilang terus riak dingin. yang sentiasa melekat diwajahnya.
untung makcik ni, kena ceramah pun dapat senyum lagi, kalau aku yang kena. bukan saja daapt ayat bagai dipanah petir, pakej sekali dengan jelingan tahap gali tanah 7 kaki kedalam.
"cik Ani nak pergi jumpa bonda kau la.” wanita itu bangun.
"cuma makcik jangan doa je la." terkulat kulat cik Ani mendengarnya. tanpa kata wanita itu terus pergi meninggalkan kami.
wehh, sempat lagi kau reject!
kurang asam punya Ilyas! dah lah tadi kau dah bagi harapan dekat dia.
dasar pak ustaz, nak reject pun masih lagi acah islamik!
Share this novel
assalam sis update lagi
assalam sis bila nk update