BAB 19

Romance Series 113095

MATA yang kelat aku gosok perlahan. jam yang tergantung di dinding aku jeling sekilas. sudah hampir ke 7:30 pagi. telekung masih pada badan. seingat aku, aku tengah zikir. tiba tiba saja sudah ke alam lain. mujur belum sampai ke alam barzakh. aku menoleh ke arah katil.

kosong.

aik, tak tidur pula pak ustaz pagi ni. selalu pulang dari solat subuh je hanyut balik. telekung aku buka dan dilipat rapi sebelum aku sangkutkan kembali pada penyangkut baju

belum sempat aku mencapai tombol pintu, pintu di tolak dari luar. terjenguk muka Ilyas di hadapan mata aku. wajah manisnya menjamu mata. macam ni setiap pagi. tak payah sarapan pun tak apa. kenyang saja sentiasa.

"assalamualaikum, khusyuk betul zikir sampai tunduk sembah bumi." lembut saja sindirannya menyapa telinga aku bersama tawa. lengannya aku tepuk perlahan. niat aku yang mahu mencarinya di bawah terbantut apabila Ilyas sudah merebahkan badanya ke tilam. aku turut berbaring di sebelahnya sebaik sahaja aku mendapatkannya.

"pukul berapa shoot?" soalnya. tangannya sibuk menaip sesuatu di skrin telefon bimbit.

"9:30." jawab aku sepatah. laju kepalanya menoleh ke arah jam dinding yang tergantung di sebelah kirinya..

"dah siap belum?" aku menggeleng sambil menayang sengih. rasa malas dan kantuk bersatu.

"bangun cepat siap. nak sarapan kat luar sekali." arahnya. bahu aku di tepuk beberapa kali sebelum badan aku di tolak olehnya. aku mengeliat kecil. dengan kemalasan yang menimpa diri, aku gagahkan juga kaki aku untuk berjalan. almari baju aku hampiri. tetapi aku terlupa, tiada sehalai pun baju aku yang sudah tergantung di dalamnya. semua masih di dalam beg.

aku mengeluh kecil lalu merapati pula beg. baju dan tudung yang paling tidak perlu di gosok aku cari. aku sudah berhasrat untuk tidak memgunakan seterika. malangnya, tiada sehelai pun tudung tidak perlu digosok yang aku bawa bersama.

mahu atau tidak, terpaksa juga aku mencari di mana letaknya papan gosok dan juga seterika. satu kerja pula aku nak kena cari. nak tanya malas!

berpusing biji mata aku mencari, tidak jumpa dalam bilik tidur utama, aku keluar bilik cari pula ke satu bilik demi satu bilik. tetapi usaha aku semuanya sia sia. ada lagi satu bilik yang masih tersisa. aku kuak pintunya, yang ada hanyalah sebuah komputer riba dan sebuah meja kerja yang di atasnya di penuhi oleh kertas yang aku pun tidak tahu apa isinya. tidak perlu aku masuk sehingga ke dalam aku sudah tahu, tiada barang yang aku perlukan di dalamnya. pintunya aku tutup dan kembali ke bilik tidur.

"mana iron?" soal aku sayu. aku berdiri di tepi Ilyas yang masih sibuk dengan telefon pintarnya. sudah lah tiada mood. kena gosok baju pula. pagi pagi cari seterika tak jumpa jumpa.

"lailaha illa anta. cari iron ke rupanya. yang tak tanya kenapa?" dia bangun dari perbaringan dan menuju ke arah Almari, terbaring terus badan aku apabila mata aku menangkap papan gosok dan seterika di keluar dari dalam almari itu. bantal aku tekupkan ke atas muka.

"orang dah cari dah tadi dalam tu, kenapa Azwar cari dia tak nak muncul." jerit aku geram sambil. menghentak kaki beberapa kali. makin bertambah geram apabila suara tawa Ilyas kedengaran. tangan aku di tarik supaya aku kembali bangun.

dia merangkul tubuh aku sebaik sahaja aku bangun. pipi aku di kucup kiri dan kanan. kemudian di bawa aku menghampiri papan gosok yang sudah dia buka.

papan gosok yang sudah terbentang aku tepuk permukaannya. geram!

dasar papan gosok betina! dengan aku tidak pula kau nak muncul. tiba tiba laki aku cari, ada pula kau ye?

gatal, sama miang dengan pak ustaz tu!

"nanti ambil wuduk sekali, solat dhuha dulu sebelum gerak. " pesannya.

"dah boleh solat ke?" soal aku sebelum dia sempat masuk ke bilik air.

"boleh." pintu terus di tutup.

oi, aku tak habis tanya lagi lah!

aku kembali menyambung kerja aku, besar pula tudung ni. selalu tidak mengambil masa lama begini pun untuk menggosok sehelai tudung bawal bersaiz empat segi petak sama.

"maca mana nak tahu dah masuk waktu dhuha?" soal aku sejurus selepas dia melangkah keluar dari bilik air.

"pergi tengok matahari." jawabnya bersahaja dan terus mengangkat takbir.

eh, kau ingat aku tengah main kuiz ke? aku tanya betul betul kau sibuk nak suruh aku pergi tengok matahari pula. ada aku lekat seterika belakang kau, baru kau tahu. bukan hanya matahari, tapi seterika ni pun 1% peratus dari kepanasan api neraka.

belakang badannya aku jeling tajam. sakit betul hati aku!

aku menutup suis seterika. dalam pada mulut aku terkumat kamit bebel marahkan Ilyas, tangan aku lincah mencapai tshirt muslimah dan seluar potongan bootcut. kaki aku bawa menuju ke bilik air bersama bebelan yang belum sudah.

"semua solat kena tengok matahari, nak solat dhuha pun sama. tengok bila terbitnya matahari tinggi segalah. tapi sekarang dah senang, tak payah susah nak pacak tiang tengok bayang. buka google cari waktu syuruk. lebih kurang setengah jam lepas waktu syuruk dah boleh solat dhuha. cuma orang biasa buat pukul 10:00 atau 11:00 sebab dhuha ni lebih lambat, lebih afdhal." terangnya apabila aku selesai memakai telekung.

"okay. " balas aku pendek.

"tak nak tanya lagi ke?" soalnya bersama gelak kecil. nak sindir lah tu.

"tak nak!" semua soalan sudah aku nyahkan dari kepala. aku tidak mahu tanya apa apa. aku nak merajuk!

aku melipat kembali telekung dan sejadah yang aku guna pakai lalu bergerak ke arah meja solek. krim pelindung matahari aku picit sepanjang seruas jari hantu dan jari manis, lalu aku calitkan di kulit muka sebelum meratakannya di seluruh muka. sedikit pelembab bibir aku oleskan di bibir. siap. tak perlu beria kerana sebentar nanti, bermacam macam produk yang akan di tepek ke muka aku.

Ilyas yang sedang membetulkan kolar tshirt di belakang, aku jeling melalui pantulan cermin.

"tak payah nak handsome sangat, nak tepek muka kat catalog je, bukan kat majalah maskulin. paling koman pun, kat pagi madia sosial Zalista boutique je!" aku tak mahu marahpun, tapi sebab hal tadi marah aku belum hilang lagi!

"dah memang handsome. nak buat macam mana? takkan nak pakai niqab pula." balasnya. rambut aku yang masih terurai di sikat rapi dan di ikat kemas olehnya sebelum ditocang.

"yas tunggu dalan kereta. cepat sikit pakai tudung." arahnya dan terus berlalu pergi.

tocang yang dibuat Ilyas aku sentuh dari pangkal hingga hujung. tanpa sedar bibir aku menarik senyum.

cantik!

dengan ini, perang di isytiharkan tamat!

"ASSALAMUALAIKUM." aku melangkah masuk ke studio di ikuti Ilyas di belakang aku. aku bersalaman dengan kak Zah pemilik Zalista boutique dan juga nurin si tukang solek yang di upah oleh kak Zah.

"amboi, eloknya pak ustaz hang Azwar oii!" tegur satu suara garau berfigura wanita di belakang aku. manusia yang menegur aku ini, walaupun pekaiannya jauh lebih wanita dari aku tetapi jantina di kad pengenalannya tetap berjantina lelaki.

sejak aku mengetahui nama sebenarnya, aku tidak pernah lagi aku memanggilnya dengan nama samarannya. supaya suatu hari nanti dia kembali ke pangkal jalan.

"itu suami saya, jangan caras." keras amaran aku. Ilyas yang sedang berborak dengan jurukamera aku jeling sekilas.

"sombong! I huluq tangan tak mau sambut. setakat tunduk tu, i pun buleh buat." omelnya geram. juling-juling biji mata dia, punya geram dengan laki aku. aku bantai ketawa.

dah kau pakai macam ni, mana maunya dia. untung dia tunduk. kalau aku dulu, silap silap dah gantung diri atas pokok kena sembur dengan dia.

"kau jangan nak meraba laki aku ye zakaria!" satu lagi amaran aku keluarkan untuknya memandangkan dia yang akan menjadi tukang solek pak ustaz. mungkin dia seorang pondan, tetapi batasnya dengan Ilyas tetap sebagai lelaki dan lelaki.

"aku cabai mulut hang ni sat gi, dah habaq tok sah dok panggil zakaria. sat gi suruh laki hang dok tang tu, warning kot tepi telinga laki hang sekali." keluar terus suara jantan.. sepatutnya aku marah dengan kata katanya, tapi aku tidak dapat menahan tawa aku.

"kak zah nak start kejap lagi, yas duduk dekat kerusi depan tu, zakaria nak solek sikit." ujar aku sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya.

"dah sampai ke?" aku mengangguk perlahan. jari telunjuk aku menunding tepat ke arah Zakaria a.k.a eyya yang sedang menyediakan alatan solek di meja cermin. Ilyas memandang aku dan Zakaria silih berganti.

"tak kelakar sayang." tajam matanya memandang aku. dia sudah tidak senang duduk.

"sayang tak buat lawak ye abang!" sengaja aku menggunakan panggilan Abang sayang menunjukkan aku benar benar serius. Ilyas berdecit.

"Azwar." aku merapatkan kedua belah tangan aku dan di angkat separas hidung. Ilyas menghela nafas sukar. dia memandang aku meminta simpati. tetapi aku juga perlu di solek. bagaimana aku mahu meyakinkan ustaz Ilyas seorang ini.

aku sebagai seorang wanita juga mengakui Zakaria sangat menawan. lelaki mana yang tidak tertarik dengannya. mujur lah hari ini Zakaria memakai blouse pendek dan seluar panjang, itu pun kerana sudah di beri amaran awal awal oleh kak Zah supaya tidak terlalu 'daring' jika berkerjasama denganya. kalau dia pakai skirt pendek dengan baju tali halus. memang aku heret laki aku bawa balik. melihat kegusaran Ilyas di depan aku menimbulkan kerisauan aku.

"yas baca surah Al kahfi sepajang kena make up dengan dia. kalau dia lebih lebih yas talkinkan aja, kut lah lepas kena talkin terus insaf." Ilyas menahan tawa dengan pesan penaja aku.

"okay?" mata aku mengecil meminta persetujuannya. dia mendekatkan mukanya ke tepi telinga aku.

"setuju ni tak free tau, yas nak upah on the spot balik ni." bisiknya nakal. laju saja di menjauhkan diri. tahu saja tangan aku bersedia untuk mengetip kulitnya.

"Zakaria, kalau tak nak customer kau lari lintang pukang, cakap jangan kepit kepit suara. kome lelaki, borak je style lelaki." aku memberi pesan dari jauh. mulut sebut zakaria, tetapi mata pandang Ilyas.

menyesal pula tidak pesan awal awal pada kak Zah supaya cari jurusolek maskulin. tiba tiba aku rasa Ilyas tidak selamat di bawah Zakaria.

untuk mempelawa diri sendiri solek Ilyas, seperti tidak kena pula, kerana bukan keparakan aku. untuk membiarkan Ilyas tidak bersolek, juga tidak boleh. kerana cahaya dari lampu lampu di dalam set akan membuat muka dalam gambar jadi bercapuk. dan hasilnya nanti langsung tidak memuaskan hati.

sepanjang aku di solek, setiap kali Nurin mengakat tangannya sebentar dari muka aku, pasti aku akan menoleh ke arah Ilyas. dan setiap kali itu juga matanya tertutup. aku tidak pasti sama ada dia memang benar tutup mata dari awal ataupun dia tutup setiap kali perasan aku mahu menoleh ke arahnya.

"takut sangat i gosok laki dia." Ilyas pantas membuka mata dan menjauhkan sedikit dirinya. pecah tawa aku dan Nurin.

sengal punya Zakaria!

setelah hampir satu jam aku di rias, baju yang bakal aku peragakan depan kamera aku capai.

"azwar, lens tak pakai lagi." pesan Nurin mengingatkan aku. sepatutnya itu perkara pertama yang perlu aku pakai dahulu, tetapi sudah separuh jalan baru perasan. maka terpaksalah jadi perkara yang terakhir sekali. mujur lah aku tiada masalah mata berair memandangkan aku sudah biasa dengan contact lens.

aku membawa bekas berisi contact lens ke arah Ilyas yang sedang dikerjakan rambutnya oleh Zakaria.

saat Zakaria mengakhiri sentuhannya dengan menyembur spray rambut, mata aku terpaku di cermin yang memantulkan wajah Ilyas. bekas contact lens yang sudah aku buka penutupnya terlepas dari pegangan aku.

aku segan untuk mengakuinya tetapi...

masya Allah, indahnya ciptaanmu ya Allah!

aku melarikan mata aku dari terus menatapnya apabila perasan Ilyas menjungkit kening beberapa kali. kelam kabut aku mencari kembali contact lens aku yang terjatuh tadi. jantung aku berdegup kencang tanpa isyarat. beberapa kali juga aku menelan liur cuba untuk normalkan kembali jantung aku.

begini punya kacak, bukan setakat ovari saja yang pecah... satu badan hancur kalau segak begini.

beberapa kali aku cuba acukan contact lens ke dalam mata, tetapi tidak sekali pun berjaya. mata aku sudah naik merah. air mata hampir deras. mata aku pejam rapat supaya tiada air mata yang keluar. jam jam begini juga dia tidak mahu
berkawan dengan aku .

"tak payah pakai lah sayang." arah Ilyas apabila. peraaan mata aku yang sudah memerah. aku mengangguk dan menyimpan barang itu ke dalam bekasnya. aku mengurut perlahan batang hidung.

"okay tak?" soal Ilyas. tangan kiri aku disentuh olehnya. sekali lagi aku mengangguk. lidah aku sudah keras. jika boleh, mata juga tidak mahu aku buka. si Zakaria ni pun satu, buat biasa biasa dah lah. aku baru saja mahu sesuaikan diri dengan Ilyas, dah jadi balik seperti hari pertama nikah.

oh, tolonglah... mudahnya aku jatuh cinta. nampaknya aku tersalah pilih model. fikirnya, jika berkerjasama dengan suami mudah. rupanya... tidak!

"dah siap" soal jurukamera yang sudah bersedia.

"dah kenapa menangis pula si Azwar ni? " soal kak Zah panik. dia menghampiri aku. bahu aku di sentuh lembut.

"tak lah kak, lens tak masuk tadi." aku memberitahu perkara sebenar dan terus ke depan kamera.

sepajang pengambaran aku cuba untuk tidak membuat hubungan mata dengannya. sentuhan tangannya saja sudah cukup buat tapak kaki aku lembut seperti marshmallow. di tambah lagi dengan usikan Zakaria dan abang Kamal si jurukamera..

"sejuk tangan. " tegur Ilyas berbisik.. senyuman nakal terukir di bibirnya.

"yas! " panjang muncung aku tanda tidak suka di usik olehnya.

"okay, sorry sorry. " ucapnya sambil membetulkan awning tudung aku.
aku menarik nafas lega apabila segala berakhir selepas hampir lima jam kami beraksi di depan kamera. walaupun ini pengalaman pertama buat Ilyas, tetapi dia sangat mudah memberi kerjasama. tidak perlu di ajar sampai dua, tiga kali. aku dan Ilyas menuju ke arah abang kamal. gambar gambar yang di ambil dari kamera terus sampai ke dalam laptop aku tatap satu persatu.

bukan gambar aku yang menarik minat, tetapi muka suami aku. sesekali wajahnya di sebelah aku jeling sekilas. terpaksa aku akui, aku tidak mampu untuk tidak memandang ke arahnya.

"handsome sangat ke sampai sayang jadi tak betul ni?" pinggang aku dicucuk sedikit saat kami beriringan menuju ke sofa untuk merenggangkan tulang temulang sebelum pulang ke rumah. terlompat aku di buatnya. aku buat tak layan saja. kalau melayan ni habis aku.

aku meneguk air mineral rakus, dada aku yang berdebar aku tepuk perlahan. ini kalau cek bacaan nadi, mahu ke hospital terus gamaknya. tak gurau betul jantung ni, itu suami aku kut. agak agak lah kau nak jadi macam ni.

gila kentang!

"cantik juga zakaria tu." tersembur air dari dalam mulut aku. Ilyas di sebelah sudah terkekeh. hilang terus debar dalam hati aku.

kurang asam!

kalau aku tahu kau nak puji 'shemale' tu, aku minum air menghadap kau. tanpa menghiraukan jelingan tajam aku, dia menarik tangan aku supaya beriringan denganya. dia masih lagi ketawa.

"ini kalau ada ustaz yang nak tazkirahkan dia, silap silap ustaz tu yang kena balik. daring gila."

"ustaz mana? " laju aku memulas perutnya kuat. berani betul!

"aaaaa, aaaa. sakit sakit. okay tak tak. gurau gurau." ucapnya sambil menepuk lengan aku sehingga terlepas. lain kali cakap lah lagi guna kepala lutut!

kaki aku laju berjalan mendahuluinya. sakit betul hati aku. kalau ye pun nak skandal cari lah yang tulen. yang dua alam tu juga dia berkenan.

"cantik mana pun dia, tetap tak boleh lawan isteri yas yang semula jadi wanita. macam mana dia tryhard untuk tarik perhatian lelaki dengan kecantikan dia, dia tetap seorang lelaki." ujarnya perlahan. aku mengangguk perlahan.

"tapi kesian dia. tak ada sesiapa ke yang nak tarik dia balik ke fitrah asal?" entah kenapa. aku jadi sedih dengan keadaannya. sudah beberapa kali aku berkerja dengan Zakaria. tetapi aku tiada kekuatan untuk menariknya. lebih lebih lagi aku hanya seorang wanita. segala fahaman agama dia tetap perlu berguru dengan lelaki.

"orang macam tu sebenarnya dia rasa kosong, dia tengah cari sesuatu yang boleh mengisi kekosongan dia." sambung Ilyas. muka tenangnya yang sedang memandu aku tatap dalam.

"yas tak nak tolong?" soal aku. cakap saja tiada guna. buat lah!

"kalau yas yang pergi taskil dia. yas kena bawa geng, yas seorang memang masak iman! " balas Ilyas bersama tawa. aku mencebik.

"eleh, tadi kata tak boleh lawan isteri. come on lah yas! " aku baru saja mahu sejuk hati dia panaskan balik. cari pasal betul pak imam ni.

"yas cakap tak boleh lawan sebab dia tetap lelaki. tapi tak cakap pun tak tergugat. gila daring macam tu, kering air liur aku."

"yas!! " jerit aku di tepi telinga. tangannya menekup telinga. haa itu baru sikit. mujur tak pekak je.

"meh sini nak kiss sikit." kepala aku di tarik. dahi aku melekap ke bibirnya seketika.

aku menjungkit bibir, nak ambil hatilah tu. maaf lah. jika tentang lain mungkin aku boleh pertimbangkan lagi.

"yas tak nafikan. Zakaria tu cantik di mata seorang lelaki. tapi isteri yas lagi cantik. untuk dia nampak cantik dia kena bayar semua tu. pakai bermacam macam produk. bermacam macam suntikan untuk kecantikan dia. kecantikan dia hanya sebab dia ada duit. isteri yas tak perlu buat semua tu, Allah dah bagi free pada sayang. takkan lah yas nak banding kan dia dengan sayang.

lelaki ni, lembut macam mana pun dia, tetap nampak lelaki dia. dan sekasar mana pun wanita itu, dia tetap ada kelembutan dia sendiri. 2 tahun yas perhati sayang bukan masa yang singkat. takkan lah hanya sebab zakaria yang baru 4 jam yas jumpa, dah boleh ubah fikiran." api kemarahan aku yang tadi menyarak beransur reda.

"lain kali kalau nak ajak yas photoshoot, cari lah yang maskulin. hantar yang macam tu, ending dia yas juga yang kena marah." hujung hidung aku di ketuk lembut. aku mengulum senyum.

oh, wanita!

salah tu pemulaan dari dia tapi akhirnya lelaki juga yang kena tanggung kesalahan itu. biasa lah wanita mana pernah salah. jika terpijak cicak di lantai pun cicak juga yang salah. kita tak salah kawan kawan. kerana kita wanita.

hampeh!

"handsome sangatlah yas hari ni." lengannya aku peluk sambil menongkat dagu ke atas bahunya. ini cara aku mahu menebus kesalahan.

"tahu, Azwar dah cakap tadi masa nak pakai contact lens." berkerut dahi aku. aku melepaskan pelukan. mukanya aku pandang tepat.

"bila masa pula?"

"Azwar tak cakap guna mulut, Azwar cakap pakai mata. hutang yas jangan buat buat lupa. bayar secepat mungkin." lengannya aku tepuk kuat apabila terperasan senyuman nakal tersungging di bibirnya.

sengal!

kerusi aku rendahkan sedikit, bantal di belakang aku capai dan di bawa untuk menutup muka sekali gus menutup malu malas aku nak layan!

hai guys, ain nak buka qna dekt ig malam ni. kalau ada soalan apa apa yang korang nak tanya berkenaan apa apa je jemput lah follow ig aien ye.insya Allah aien akan cuba jawab sebaik mungkin. heeee pagi ni jemput lah baca dulu bab ini.terima kasih semuaa!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience