BAB 13

Romance Series 113095

aku mengetuk perlahan meja menggunakan jari telunjuk dikuti jari hantu, jari manis dan jari kelingking. setiap saat yang berlalu membuatkan jantung aku berdenyut tidak berentak. hari ini ialah penentu pada keputusan yaang akan aku buat.

"eh, akak." terjungkit bahu aku dengan sergahan tiba tiba dari arah kiri aku. tanpa aku menoleh, sudah aku tahu siapa yang gemar terkejutkan aku tanpa salam ini. tidak lain tidak bukan Aqil si pelayan zahra' coffeehouse. remaja lepasan spm yang sedang tayang sengih disisi, aku jeling tajam.

"sejak dah habis sekolah ni, terus lupa nak beri salam pada orang ye?" sindir aku geram. sudah lah jantung aku sudah hampir bengkak menahan debar yang tak surut surut sejak tadi, dia sergah sergah begini pula. ke icu juga aku ni nanti!

"selalu pun saya tak beri salam kak, tak ada pun akak terkejut. ni mesti jiwa tengah kacau, sebab tu saya tegur akak macam biasa pun saya kena marah. akak ada masalah ke kak? akak tak nak ke cerita pada saya? saya pendengar yang baik tau kak." korek Aqil. dia sudah duduk di kerusi berdepan dengan aku. matanya memandang tepat ke muka aku.

wah budak ni, bukan main lagi. ni masa sekolah berapa ramai para gadis tumbang sebab acah acah pendengar yang baik dia ni. Ada juga aku rotan sibudak Aqil ni karang!

"tak ada masalah apa pun lah. yang kau siap duduk sini, nak kena jerit dengan bos ke?" aku menukar topik. dia tersengih dan kembali berdiri. sebatang pen dan buku kecil di keluarkan dari dalam poket apron yang dipakainya. bersedia mahu mengambil pesanan aku.

"akak nak order macam biasa atau nak tukar selera?” soalnya.

"strawberry milkshake sebiji yang macam selalu yas minum. itu saja.” selalu aku tengok saja minuman Ilyas, pada mulanya aku tak terliur pun, kerana aku bukan penggemar strawberi. tapi setiap kali dengar dia sedut minumannya buat aku tertarik dengan minuman itu.

pesanan aku mengundang kutu di kepala Aqil. dia garu dengan hujung pen. dah kenapa?

"masalahnya, kalau nak sebiji macam Abang yas punya kena Abang yas yang buat. dia punya ada formula rahsia yang kitaorang tak tahu. kalau akak nak, kena order masa dia ada lah.” aku pula yang ternganga dengan jawapan Aqil.

takkan lah nak suruh dia pula yang buat.

“Kau orang tak boleh buat ke?” Soal aku penuh pengharapan.

“Boleh, tapi tak sama.” Aku mengeluh kecewa.

"ha, tu abang yas. panjang umur, pendek akal." belum sempat aku mahu menukar pesanan, Aqil terlebih dahulu perasan akan kedatangan Ilyas. jari telunjuknya menunding tepat ke arah Ilyas yang sedang berjalan menghampiri kami sambil menyandang sebuah beg.

sedap dia je pendekkan akal si Ilyas!

"apa hal?" belakang tapak Aqil yang masih belum turun ditepuk kuat oleh Ilyas. dia melabuhkan punggunnya di sebelah aku. tetapi di meja yang lain.

"kak Azwar order milkshake, tapi nak sebiji macam abang punya." adunya. aku jegilkan biji mata aku ke arah Aqil. tapi dia hanya beriak biasa. pandang aku pun tidak.

"kejap." Ilyas meletakkan begnya di kerusi sebelum berlalu ke dapur.

"akak nak tukar order lah, yang kau pandai pandai suruh dia buat kenapa?" marah aku perlahan. Aqil tersengih. jari telunjuk di angkat tinggi sebelum mengoyangkan ke kiri ke kanan beberapa kali sambil menggeleng.

"biasa pesanan pertama selamanya jadi yang pertama. nanti saya hantar ye pesanan akak. bye bye." aku tercengang, dari mana dia dapat slogan tu?

huh,langsung tidak mesra pelanggan!

"hee, takut lah tu. abang yas tu muka je macam orang tak dapat makan seminggu, tapi abang yas baik tau. kalau akak dah kamceng dengan dia, silap silap akak yang mudah terhibur ni terus putus usus.” ujarnya sambil menaikkan ibu jarinya.

"amboi, lebih lebih puji ni. kau minat pada dia ke?" Aqil tayang muka bosan.

"serius lah akak fikir sampai ke situ. dari saya minat dia baik saya minat akak. tapi dengan akak pun saya tak minat, lagi dengan abang yas. saya straight okay!” Senafas je dia hembus aku.

"woi, kurang asam!" mujur lah pasu bunga ni hak milik cafe. kalau hak milik mama, sudah aku terbangkan tepat atas dahinya. dia terkekeh dan terus menjauhkan diri dari aku. belakang badan Aqil aku pandang sehingga hilang dari pandangan.

geram betul aku dengan budak ni!

"ada apa nak jumpa?" soal Ilyas tanpa berbasa basi sebaik sahaja gelas yang berisi strawberry milkshake yang di pesan aku dia letakkan depan aku.

dada aku kembali berdebar dengan soalannya. pergerakannya yang sedang mengeluarkan sebuah buku log, aku perhatikan dari ekor mata. tidak berani untuk aku memandang terus ke arahnya.

"urusan kita masih belum jauh lagi, family kau belum jumpa family aku. kalau kita cancel je tak apa kan?" soal aku perlahan. sehabis baik aku menyusun kata. pen yang baru menari di atas kertas terhenti seketika sebelum dia menyambung menulis kembali. lama dia diam. aku pula semakin serba salah.

"yas." aku memanggilnya apabila tiada tindak balas darinya. dia meletakkan pen. lalu memusingkan badan menghadap aku. aku terus menunduk.

"kalau itu keputusan kau, takkan tak boleh. kalau kau tak boleh teruskan takkan orang nak paksa. kau yang nak nikah." jawab Ilyas tenang. tapi ketenangannya membuat hati aku sedikit terluka.. semudah itu je dia setuju?

"aku seorang je ke yang nak nikah? habis tu kau tak nak?” aku mula mahu meradang. aku memandang tajam wajahnya.

"Bukan baru dekali kau reject aku, jadi aku tak ada kuasa untuk paksa kau. Dah kalau aku seorang saja yang nak, tapi kau tak nak. aku boleh buat apa?" soal Ilyas bersahaja. aku menelan liur pahit. geram, marah, sakit hati semua bersatu. dalam keadaan begini, dia boleh buat tidak kisah.

aku punya macam nak pecah kepala fikir, dia dengan tenangnya jawab begini. kalau aku tahu, tak perlu aku beria ajak bincang. aku tolak je dia mentah mentah macam biasa aku buat pada dia sebelum ini.

jiwa aku semakin sakit dengan Ilyas, jauh lebih sakit dari masa syakir tinggal aku dulu.

"senang betul jawapan kau. kalau kau nak bagi jawapan mudah macam ni, buat apa kau pergi jumpa baba. buat apa terima kalau setakat nak bagi harapan?" Dengan suara tertahan, mata aku tajam menikam wajahnya.

"harapan? kau ke aku yang bagi harapan? kau yang lamar aku Azwar. dari awal aku dah cakap, bagi jawapan sebelum aku jumpa baba. tapi kau buat diam. aku jumpa baba. aku tunggu lagi keputusan kau. dah sebulan tau aku tunggu. bukan baru sehari dua. bila jadi macam ni, kau cakap aku bagi kau harapan? kau biar betul?" balasnya datar. aku meraup wajah.kepala semakin kusut.

"sepatutnya aku tak perlukan pun persetujuan kau, sebab persetujuan perempuan tak termasuk dalam syarat sah nikah. tapi persetujuan kau penting untuk hidup kau. penting untuk aku, aku boleh je proceed terus. bawak ayah dan bonda jumpa family kau. aku boleh minta terus pada wali kau, tak perlu susah payah nak tunggu jawapan istikharah kau. tapi aku kena hormat keputusan kau. kau pun manusia. ada perasaan.kau yang nak kena taat suami, kau yang kena khidmat untuk suami. pilihan tu terletak pada tangan kau. dan sekarang kau buat keputusan untuk tak teruskan. takkan aku nak pujuk kau untuk tarik balik?

ayah tak ajar aku untuk buat macam tu. adik adik aku semua perempuan. walaupun pasangan mereka ayah yang carikan, tapi mereka nikah atas persetujuan mereka. ayah takkan terima kalau adik aku tolak. dan ayah aku takkan pujuk kalau mereka tak nak.. itu keputusan mereka. itu hidup mereka. macam tu juga dengan kau, aku tiada hak atas hidup kau. sedang baba pun tak pujuk kau terima aku takkan aku pulak nak pujuk. nanti kang kau pula yang menyampah." sambungnya panjang lebar. Tidak semena mena air mata aku mengalir. aku sendiri tidak tahu air mata ni kerana apa? Panas sangat ke cuaca hari ini sampai air mata aku mengalir?

sebuah kotak tisu dari mejanya di pindahkan ke meja aku. aku mencapai 2 helai lalu mengesat air mata.

mujur tempat duduk kami jauh dari orang. kalau tidak habis tersebar fitnah, pak imam bergaduh dengan perempuan. sudahlah Ilyas ni, di mana mana pun orang kenal.

"aku tak tahu, aku dah istikharah. tapi hati aku masih tak tenang. aku banyak kali nak bagi jawapan, tapi aku sendiri tak yakin. aku takut. aku takut pisang berbuah dua kali. walaupun dengan orang yang berbeza. aku takut nak hadap mulut orang. kau tak faham apa aku rasa." luah aku membuka kerisauan di dada. hampir sebulan aku memerap dalam bilik, mencari jawapan yang aku tidak pasti. jawapan hati yang bertarung dengan fikiran.

"macam mana aku nak faham kalau kau tak faham kan? kalau kau berbalik dengan konsep jodoh yang sama taraf dengan ajal kau tak akan rasa takut sampai macam ni sekali. kau tiada kuasa nak tutup mulut orang yang lukakan hati kau, tapi kau ada senjata untuk ubat luka hati kau. hidup ni umpama tergelincir. sebelum kita jatuh, cari Allah untuk kita berpaut. sekurang kurangnnya bila kita jatuh, kita tak terus terduduk. jodoh ni perkara yang bukan dalam kawalan kita. sedangkan nak gerak satu jari pun perlu dengan izin Allah apatah lagi, jodoh. ada orang usaha macam nak mati untuk halalkan hubungan, tapi Kalau kata jodoh dia bukan dengann orang tu. mereka tetap berpisah." mendengarkan balasannya, aku seperti tahu apa yang aku perlukan supaya keputusan aku menjadi muktamad.

"so kau nak masa lagi atau kau dah titik dengan keputusan kau?” soalnya menuggu jawapan aku.

"kau fikir lah dulu, aku nak masuk dapur kejap. nak apa apa?" dia kembali bersuara apabila aku masih membisu. aku menggeleng.

"yas." pantas aku memanggilnya sebelum dia bangun. dia memandang tepat kewajah aku.

"kau nak kahwin dengan aku ke?” soal aku lagi. kali ini aku perlukan jawapan yang tepat dari dia. bukan berkias. bukan belok belok. dia kerut dahi.

"kalau tak nak, aku tak jumpa baba. aku reject je macam selalu kau buat pada aku." aku mengeluh mendengar jawapannya. ini bukan jawapan yang aku mahu. ini jawapan menjaga hati. aku pun boleh beri jawapan begitu.

"aku tak nak jawapan tu aku nak kau cakap ye atau tak. tu aja. kalau kau nak, cakap ye. kalau tak, cakap tak. kalau kau tak nak jawab, kau angguk geleng pun tak apa."

sebaik sahaja aku mendapat anggukan darinya, kepala terus aku letakkan atas meja. nafas aku tarik lega.hati aku tenang, lapang. selapang lapangnya.

"yas." dia yang sudah mula membuka langkah menoleh ke arah aku.

"ye saya, ada soalan lagi ke?" soalnya lagi. penat lah tu nak layan aku.

"kau tak nak proceed ke?" soal aku perlahan. bagai perigi mencari timba. biasanya aku dengar terjadi pada orang lain. tapi hari ini aku lah si perigi yang mencari timba itu.

tidak cukup dengan mencari timba, malah menjilat ludah sendiri pula!

dasar tak tahu malu!

"kau?" aku mengangguk perlahan walaupun pada awalnya teragak agak.

"okay, lusa ayah dengan bonda datang. tak perlu masak beria sangat, bonda datang nak masuk minang, bukan nak makan." pesannya dan terus berlalu pergi.

eh eh..sukahati lah nak masak macam mana pun sibuk jeee!

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-07-04 18:29:47 

Tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience