"BUAT satu satu Amni. kalau semua kau nak buat, burn lah modal kau. kau dah release satu produk, naikkan dulu produk tu.. sampai orang dah kenal, baru keluarkan yang baru. bukan ikut sedap tekak, nak buat tu nak buat ni.. dengan produk tak stabil. modal pun terumbang ambing. " tegas suara Ilyas menegur Amni. aku, Aishah dan Khadijah sekadar memerhati dari jauh sambil menggentel crust untuk dibuat chessetart.
"kalau kau teruskan budaya macam ni, memang sampai bila bila pun tak naik." celah Afni pula.
"masalahnya sekarang ni, macam macam Amni fikir. kalau Amni buat satu je.. yang lain lain tu macam mana?" bantah Amni. Ilyas mendengus.
"kau nak fikir, itu kau punya fasal. kalau kau rasa kau berniaga sekadar isi masa lapang, okay teruskan dengan fikir kau. tapi.. kalau kau berniaga untuk dapat pulangan. then ikut cakap abang. naikkan satu satu. buat satu satu. kalau kau rasa nak jual baju. jadi, naikkan dulu baju kau.. hit marketing, buat copywriting, cari customer, cari prospek. bukan buat buat buat lepas tu tinggal, buat pula lain. kau bukan nak buka kedai runcit. modal semua guna duit, bukan petik daun pokok rambutan. habis pokok rambutan petik pokok manggis pula. " marah Ilyas lagi.
bukan saja Amni menekur lantai, dengan kami bertiga sekali tunduk tak angkat angkat kepala. pertama kali aku nampak Ilyas segarang ini. selama ni kena pancung pun tidak lah suara macam kena panah petir.
"itu baru sikit, akak pernah dengar tak Abang marah team marketing kak Afni?" soal Aishah kepada aku berbisik. berkerut dahi aku dengan soalan Aishah. aku menggeleng.
"kenapa dia nak marah pula? macam mana Afni boleh lepaskan staff dia pada Abang? dia kerja apa? siapa boss sebenarnya?" bertubi tubi soalan aku. aku jadi hairan dengan soalan Aishah. rupanya pekerjaan Ilyas masih misteri walaupun hampir dua minggu aku sebantal dengannya. berapa banyak kerja dia buat?
"akak tak tahu ke? abangkan advisor company abang zain. kakak suruh hire orang lain sebenarnya.. tapi abang zain ni dia ada masalah trust issue. dia susah nak percaya orang. sebab tu dia sanggup keluarkan duit hantar abang pergi belajar. hantar pergi belajar sana sini, sebab nak abang ada tempat dalam company dia." terbuntang biji mata aku dengan kenyataan yang belum pernah aku tahu.
kenapa Afni langsung tak pernah beritahu aku?
"serius lah? macam mana dia boleh jadi advisor? lepas tu buat apa dia pergi mohon sekolah agama? jadi imam lagi. eh pelik aku lah. " pecah tawa dua orang adik ipar aku.
mananya tak pelik. kata belajar dekat yaman, bila masanya dia sempat pergi belajar sana sini. ye je budak budak ni.
kalau dah kerja advisor buat apa kerja cikgu lagi? jadi imam lagi? kerja dia semua terikat dengan masa. tak mental pula dia?
"mohon sekolah agama sebab itu minat dia. dia suka mengajar. imam tu sebab orang minta. dengan abang zain ni pun, kak Afni yang pujuk. ingat abang nak ke kerja marah orang." jelas Aishah lagi. tepi kepala aku tepuk perlahan.
pening!
"percaya je la cakap dia ni, akak ingat senang ke nak jadi advisor? abang tu coach je pun.. dia coach untuk team leader. advisor tu tinggi sangat. abang tu dah tepu kepala otak nak pergi balajar, dari kecil sampai ke besar tak habis habis belajar. itu pun lama kakak nak pujuk abang pergi kursus sana sini. lagi pun bukan abang marah. dia just cakap macam biasa je.. tapi style abang bercakap, tau je lah. " jelas Khadijah pula. Aishah di sisi kirinya di jeling sambil menjungkit bibir.
"eh, haritu ada abang marah team marketing akak." Aishah masih mahu menegakkan penjelasannya.
"itu bukan marah, dan itu bukan team marketing akak, itu team leader. kau gila ke abang nak marah team marketing? belum sempat abang nak marah, dia dah kena gulai dulu." bidas Khadijah lagi. yang kelakarnya marah pun bisik bisik ye.
aku ingat aku dengan Ilyas je yang main bisik bisik dalam rumah rumah ni.
"itu bila? ada sekali. kau yang tak tahu! " marah Aishah tidak puas hati. dia masih lagi dengan kenyataannya.
"tak adaaa! aku tahu la. aku hari hari dekat rumah.. kau tu yang hidup pindah randah. sedap je nak bantah bantah apa aku cakap." balas khadijah. aku dah mula nak meradang. bergaduh gaduh depan aku.
"diam, diam! karang dua dua akak hempuk dengan dulang ni" pantas aku mencelah sebelum Aishah sempat membalas. laju saja khadijah menjelir lidah. Aishah yang masih tidak puas hati angkat tangan berura berua mahu mendebik adiknya.
"dah kenapa budak dua orang tu?" suara petir Ilyas dibelakang membantutkan perlakuan Aishah. makin tidak puas hati gadis manis dihadapan aku ini. aku mengemam bibir. khadijah senyum mengejek. suka lah tu orang seakan membela dirinya. aku pula yang sakit hati!
"sebanarnya kisah dia macam ni. dia macam pening sikit, tapi jah harap akak boleh faham lah. masa kak Afni kahwin, business abang zain tengah nak naik, abang zain ajak abang kerja, sebab masa tu abang baru balik malaysia, tak buat apa apa. so abang ni kira macam salah seorang staff Abang zain secara tak langsung. dalam berapa bulan lepas tu ayah suruh abang ambil SPM, sebab ayah cakap perkara ni akan issue dalam company, sebab abang tak ada kelulusan apa apa.. lepas abang ambil SPM ayah suruh sambung lagi, tapi dia dah malas nak belajar..
masa tu abang baru 22 tahun, jah ingat lagi dia kena marah dengan ayah sebab malas nak sambung belajar. lepas tu abang zain lah yang redakan keadaan, dia hantar abang pergi kelas coaching. itu pun asalnya abang tak nak juga. tapi abang zain cakap, company support. terus dia okay. sebab kena jeling dengan ayah. ayah kalau dah jeling cakap tak nak lagi. memang kena ikat lah dekat pokok durian.
mahal gila kelas tu, satu kelas je dekat 10k.. nasib baik otak abang tu senang serap. kalau jenis bengap, membazir je bayar mahal mahal. bonda cakap tak sia sia cukur kepala dia 40 kali kecil kecil dulu. otak geliga." sempat dia mengutuk laki aku di akhir ceritanya.
pening, aku rasa mustahil. rupanya tidak.
ada apa dengan 40 kali cukur? apa kena mengena pandai dengan cukur tu?
ah, sudah!
soalan lain pula dok berlegar dalam kepala. susah betul jadi Khaulah Al Azwar ni. ada saja benda yang hendak di jadikan soalan.
"dalam abang pergi kursus, masuk kelas sana sini, abang zain ajar juga selok belok pernigaan kat abang, supaya abang tak lah selenge sangat." dia kutuk lagi laki aku.
"bila pergi PD?" soalan Afni menarik minat aku soalan ini juga masih tergantung sejak balik dari rumah tok mak kerana aku sudah terlupa akan akan perkara ini.
"esok." jawapan pendek Ilyas menyapa telinga aku
"akak tahu gaji abang berapa?" soal Khadijah mengalihkan perhatian aku. aku menggeleng laju. selalu aku congak ikut kepala otak aku mengikut perkerjaan yang dia buat, tapi ini sudah tambah satu lagi. target aku sudah lari.
patut mama cakap dia kaya.
"berapa?" aku memulang soalan kepada khadijah.
"entah, jah pun tak tahu, jah tanya ingat kan akak tahu." jawab khadijah bersaja. ternganga aku dengan jawapan.
Akulah dengan si dijah ni, ada jugak kena ni karang!
aku bangun dari duduk dan membawa dulang yang sudah penuh dengan shelltart ke dapur untuk masukkan ke dalam ketuhar yang sudah aku panaskan.
sementara menunggu biskut siap di masak, beberapa biji bawang aku ambil lalu dikupas kulitnya walaupun menu masakan tengahri masih di awang awangan.
"sayang nak masak apa?" tegur Ilyas, sempat di mencuit pipi aku sebelum melepasi aku untuk mengambil cawan yang tersusun di rak.
tangan tu tak boleh ke duduk diam diam? nak lalu tu lalu saja lah, mesti nak kena cuit cuit.
"tak tahu, yas nak makan apa?" Ilyas gelak. mana tak gelaknya jika hari hari dapat soalan yang sama. dari sarapan masuk ke tengahari sambung pula ke makan malam. tak habis habis tanya nak makan apa. belum lagi campur aku yang lapar tapi dia juga aku tanya nak makan apa.
"sayang keluarkan haiwan apa?" soalnya. aku sudah reda dia panggil binatang binatang mati dalam peti ais tu Haiwan. awal awal aku marah juga. tapi di jawabnya 'dah memang haiwan pun' . aku pula yang terdiam.
"udang."
"buat sambal udang." aku garu dahi dengan cadangannya.
"tapi kalau masak lemak cili api pun sedap jugak."
nampak tak?
tadi tanya macam aku dah buntu sangat, bila diberi cadangan sibuk juga nak ikut bagi cadangan.
"okay, proceed." jawabnya langsung tidak membantah. jika bantah pun aku tetap akan masak benda yang aku cakap. jadi apa guna dia bantah.
"yas." aku memanggilnya sebelum dia sempat keluar dari ruang dapur. dia menoleh.
"ada apa dekat PD?" soal aku. matanya aku pandang tepat. dia tersenyum.
"saja nak bawa Azwar jalan ,tak nak ke?" mata aku mengecil mencari kebenaran dalam ucapannya.
"tak ada cakap apa apa pun." sengaja aku menarik muncung panjang. simpan dulu teruja itu.
"ingat nak cakap petang nanti, tapi sayang dah dengar pula. " jawabnya dan terus berlalu pergi. lebar senyuman aku, tidak mampu untuk di sorok lagi. pergi port dickson kut, paling jauh kaki aku yang gatal ni pernah pergi pun johor bahru sana. itu pun kerana photoshoot sampai ke sana.
wohoo!
DARI sejak kami sampai sepatah kata pun tidak keluar dari mulut aku, hilang kata aku sebaik sahaja lexis hibiscus terbentang indah di hadapan aku. mata aku meliar melihat pemandangan yang tidak pernah aku bayang. kalau nak kata aku jakun pun aku tidak kisah, memang hakikatnya aku tengah jakun.
selalu aku tengok hotel ni lalu di paparan instagram aku. hari ini dia muncul benar dihadapan aku. aku tidak mahu tanya harga dia, tengok dia punya diskaun saja sudah buat aku nangis tepi katil. jika tiada diskaun, silap silap nangis atas pokok jambu.
mujur dapat laki pemurah, merasa juga tidur hotel mahal. nak harap aku yang kedekut tahi hidung masin ni, mimpi subuh pun belum tentu aku dapat. mahu isi minyak kereta pun berkira. inikan pula mahu buat pelaburan begini. baik aku tidur saja dirumah. selesa pun selesa.
untuk ke bilik kami perlu menaiki sebuah kereta tiada pintu, aku tidak tahu apa nama kereta ini. kata Ilyas namanya kereta buggy. tidak kisah lah, pun namanya. dengan kereta ini pun aku jakun juga.
melilau mata aku, melihat panorama indah di waktu malam. sangat memukau.. jika duduk di hotel. harga kayangan begini, membazir berjalan ke luar.
Ye, aku sampai malam sebab tunggu Ilyas selesaikan urusan dia.
aku melangkah masuk ke dalam bilik sebaik sahaja Ilyas membuka pintu. lagi dan lagi aku terpegun. jika diluar saja aku sudah ternganga. apatah lagi dibilik. habis jatuh semua rahang rahang aku.
ya ampun!
aku mahu membawa kaki aku merapati Ilyas yang sudah berada di luar melihat pemandangan. tetapi mata aku terpandang ke arah lantai kaca segi empat tepat. lama aku perhati sesuatu di bawak lantai lut sinar itu. berderau darah aku naik ke kepala apabila mata aku dapat menangkap air laut yang bergelora di bawah lantai kaca.
laju aku menggeleng, menghilangkan rasa gayat dan terus mendapatkan Ilyas.
"yas, kalau kaca dekat lantai tu pecah macam mana? mesti ikan ikan naik masuk dalam bilik." soal aku setelah penat membisu sejak dari tadi. mula la tu nak buat soalan tak masuk akal. aku memelukknya dari belakang. kaki aku menjingkit sedikit untuk menongkat dagu dibahu.
tinggi betul, lahir atas pokok getah agaknya!
"kalau ikan ikan tu masuk bilik, tolak je lah balik masuk laut." balasnya bersahaja. tangan aku ditarik supaya aku berdiri dihadapannya. aku sedikit kebelakang apabila Ilyas merapatkan mukanya ke muka aku. laju saja tangan aku menggenggam bahunya supaya aku tidak tersandar ke penghadang dibelakang aku. kepala aku sudah terbayang bermacam macam kemungkinan jika aku sandar pada kaca ini.
ini tak romantik Ilyas!
kedua lengan di letakkan atas penghadang kaca yang aku kira atas faktor keselamatan supaya jika ada pelancong berkeluarga membawa anak kecil bermain di kawasan ini, anak anak itu tidak jatuh ke dalam laut. walaupun aku tidak nampak di mana keselamatannya.
mungkin untuk nampak mewah.. mungkin!
aku menjeling sekilas ke arah air laut dibelakang aku, air yang bergelora lagi membuatkan jantung aku hampir mahu pecah.
"yas, tolong yas tak sweet langsung macam ni." bahunya aku tolak supaya dia berganjak sedikit. tapi hampa.. seinci pun tidak bergerak. aku mahu keluar ikut celah ketiaknya. tapi di halang.
"yas, tolong lepass! takutt.." rayu aku. air liur aku telan sampai perit tekak. badan aku keras. dia boleh buat tegak pula. matanya memandang tepat ke dalam anak mata aku. seketika kemudian dia berdiri tegak dan menarik aku masuk ke dalam pelukannya.
"sorry sorry, lupa. " ucapnya lembut sambil. mengusap belakang badan aku. aku menghela nafas lega. jantung aku yang tadi sudah bersepai di laut kembali normal. jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya apabila tawanya menyapa telinga aku.
"eii. " lengannya aku tepuk kuat sebaik sahaja dia melepaskan aku. aku berura ura mahu meninggalkannya disini seorang diri, tetapi laju dia menahan tangan aku. lagi kuat aku tarik supaya terlepas dari pegangan lagi kuat dia tahan.
"yas tak nak! " jerit aku kuat. Ilyas berdekah.
ah, kisah pula dia dengan jeritan aku!
tangan kiri aku menolak kuat peganganya di tangan kanan aku. tetapi apalah sangat kudrat aku sebagai seorang wanita berbanding dengan kudratnya.
"yas jangan!" jerit aku lagi. lagi dia bantai gelak.
ya ampun!!
"tak nak lah yas. sakit,.." lirih aku. jerit tak jalan, guna taktik lain pula.. baru lah dia melepas tangan aku. itu pun di tarik balik apabila dia perasan aku mahu buka kekuda untuk melarikan diri. ketangkasan Ilyas memang tidak terkalahkan. kecekapan menangkap mengalah kucing menangkap tikus. mengalahkan helang menangkap mangsa.. menakutkan betul!
nasib baik tak tertonggeng!
"tak baik lah buat macam ni. dah tak sayang ke?" bergema suara aku memarahinya. geram!
"shut, diam lah. nanti orang ingt Azwar kena culik. Sayanglah bawa pergi sini tapi tak boleh usik. kalau kat rumah tak boleh nak buli. rumah mama dekat. nanti mama dengar anak dia kena buli."
cet, aku ingat dia ni set set suami romantik sepanjang zaman, rupanya kaki mengusik juga.
sayang apa macam tu?
perutnya aku siku kuat. tapi sikit pun dia tidak hairan. badan aku dipusingkan menghadap laut yang terbentang luas. tangannnya melingkari pinggang aku, dagunya di letakkan atas kepala aku.
aku meluruskan pandangan aku jauh ke hujung laut, walaupun gelap pekat tetapi sangat mengasyikkan. mendamaikan, menenangkan. itu yang aku rasa tika ini. segala penat selama 3 jam di dalam kereta hilang di bawa ombak.
"berapa hari kita dekat sini?" soal aku perlahan, sangat perlahan sehingga terdengar seakan berbisik.
" 3 hari." jawabnya pendek. terbuntang biji mata aku. aku mendongak mencari anak matanya.
"lamanya, dah la mahal."
satu malam saja harga sudah hampir 800 ringgit malaysia. aku tahu kerana aku ternampak resit bayaran yang Ilyas letakkan atas meja.
"bos sponsor, takkan nak minta yang cikai cikai." jawabnya bersama tawa kecil. aku mengangguk.
"agak agak lah tiga hari kut." balas aku tidak setuju.
"tak lah, bos sponsor separuh je. separuh lagi bayar sendiri." jawabnya sambil menolak muka aku kembali berpaling kearah laut. aku mengangguk faham.
"suka?" aku tersenyum mendengar soalannya
"suka, terima kasih." ucap aku. masakan tidak suka. jika ada sepuluh orang wanita terbahagia di dunia tersusun. aku salah seorang wanita itu.
"terima kasihlah dekat diri sendiri." bisiknya. aku kerut dahi. dah kenapa pula?
dia nak beritahu duit bayaran hotel ni ditolak dari akaun bank aku ke?
"yas tak nafikan, bayaran untuk 3 malam di sini mahal. tapi masih belum cukup untuk bayar semua pengorbanan yang Azwar akan buat dalam keluarga kita." lembut suaranya menyapa gegendang telinga aku. aku memusing badan menghadapanya. senyuman manis aku lakarkan buat tatapannya.
"hakikatnya, bukan Azwar seorang yang berkorban. yas pun. setiap mahligai yang terbina, terdapat sebuah pengorbanan di antara keduanya. terima kasih pilih Azwar untuk jadi isteri yas." ujar aku jujur dari hati.
mungkin dia seorang kawan yang sangat teruk atau bahasa kasarnya, tidak layak untuk di jadikan kawan lelaki. tetapi dia seorang suami yang sangat baik.
"terima kasih juga kerana lamar yas. terima kasih hadir dalam hidup yas." dahi aku dikucup lama..
tiada apa lagi yang aku mahukan, andai kata suatu hari nanti banyak perkara yang perlu aku korbankan, aku ikhlas korbankannya demi suami aku. aku bukanlah wanita yang sempurna. aku cuma bercita cita untuk menjadi ketua bidadarinya di syurga kelak. aku hanya perlukan redanya dan restunya disepanjang perjalan hidup aku, supaya aku mendapat reda Allah.
moga Allah tidak bolak balikkan hati aku, begitu juga dengan hatinya.
jemput baca semua.. maaf jika terdapat banyak kehambarann..
Share this novel