aku melabuhkan punggung ke permukaan lantai melepaskan lelah selepas penat melarikan diri. anak buah aku memandang pelik ke arah aku yang tercungap cungap bagai di kejar hantu. ini semua gara gara satu ayat yang tidak masuk akal aku malam tadi. tidak fasal fasal pagi ini aku terpaksa buat bermacam macam cara supaya tidak bertembung dengan Ilyas. nampak kelibatnya dari jauh saja cukup buat aku lari tidak cukup tanah.
aku sudah tekad, selesai sahaja kem ini. aku akan terus pulang ke rumah dan tidak akan muncul lagi di hadapannya. aku akan berhenti kerja dengan Amni dan tidak akan lagi menjadi pelanggang tetapi di cafe Afni.
tidak!
dalam banyak banyak perkara yang memalukan, ini lah satu satunya perkara yang paling malu yang pernah aku buat. andai kata aku seret muka ke permukaan jalan tar sekalipun tidak mampu menghakis rasa segan ini.
sebelum ni punya lah aku tolak dia tanpa ampun, tiba tiba malam tadi boleh pula aku lamar dia. aku kut yang lamar.
dasyat betul penangan lemah semangat aku, sampai boleh lamar orang.
aduhh!!
kepala aku hantukkan perlahan ke tiang disebelah aku. sebaik sahaja selepas sarapan, para peserta sudah di arah untuk berkumpul mengikut kumpulan masing masing. aku sudah mati akal bagaimana pula untuk aku mengelak darinya kali ini. melihat anak buah kumpulannya saja sudah cukup untuk buat aku mahu tanam muka dalam tanah.
sesekali perbualan semalam menerjah masuk ke dalam ingatan aku. teringatkan dia punya 'apa dia' membuatkan aku berfikir, mungkin dia tidak mendengar soalan aku. tapi takkan lah tak dengar? tempat dia duduk sunyi kut, yang bising pun Am sorang. tapi boleh jadi dia tidak dengar, sebab dia tengah borak dengan Am.
Argh, malunya!
Haih, biul aku kalau macam ni lah!
aku rasa aku tetap dengan tanggapan aku yang dia tidak dengar. jika dia dengar mesti dia sudah berdekah. mahunya tidak berdekah, aku salah satu makhluk yang tolak dia tanpa dia melamar atau meminang. mestilah dia gelak. kalau aku bukan setakat gelak. aku bagi pakej membahan secukup rasa.
aku semakin tidak senang duduk memikirkan hal ini. Lebih menggelibas apabila ekor mata aku menangkap kelibat Ilyas yang sedang menghampiri kumpulannya. aku tarik nafas dalam, cuba berlagak tenang. Demi menyelamatkan air muka sendiri, aku berbisik dalam hati yang dia tidak mendengarkan soalan aku malam tadi. muka dia juga bersahaja seperti tiada apa apa berlaku. riak bersahajanya menguatkan tanggapan aku bahawasanya dia tidak mendengarkan soalan aku. aku perlu yakin!
tapi, andai kata dia dengar sekali pun. perlukah dia yang gelabah? sedangkan soalan itu di utarakan oleh aku. Ah,aku semakin kusut! Nampaknya aku tidak mampu untuk bertenang.
tidak perlu bimbang Azwar. habis saja program kau chaw! kalau dia dengar sekali pun, dia boleh buat apa? tiada apa. jangan risau okay. peha kanan aku tepuk perlahan menenangkan diri.
aku cuba fokuskan mata aku pada kumpulan di atas pentas yang sedang mempersembahkan trademark mereka. walaupun ada yang sampai hilang suara tetapi semangat mereka sikit pun tidak luntur. aku suka setiap kali mereka para peserta persembahkan trademark mereka. kerjasama dan kreativiti mereka sangat menarik minat aku.
anak buah aku sudah bersiap sedia, sebaik sahaja giliran kumpulan aku tiba. tanpa sedar bibir aku mengukir senyuman, bangga dengan persembahan kumpulan aku. tidak sia sia aku terpekik terlolong menyuruh mereka berlatih untuk persembahan akhir ini.
"tahniah lah, atas usaha kau terjerit, terpekik terlolong. bukan anak buah kau aja yang jalan, dengan anak buah aku sekali tunduk." ucap Ilyas. anak buahnya sudah mula bersiap siaga untuk giliran mereka selepas kumpulan aku. melihat dari riak mukanya tiada gaya mahu menyindir, tetapi dari gaya bahasanya. penuh dengan sindiran. pak ustaz ni kalau bercakap bukan boleh terima bulat bulat.
ini perli ke ikhlas?
"terima kasih" ucap aku perlahan. fikir baik sajalah walaupun mungkin dia hendak memerli.
"kau terus balik ke kejap lagi?" aku sekadar mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya.
diam!
aku mengetuk lantai menggunakan hujung jari telunjuk. menghilangkan rasa janggal yang berlaku diantara aku dan Ilyas. selalunya elok saja. tiada pun nak rasa janggal ke apa ke?
kadang aku lagi suka kalau dia terus membisu dari terus bercakap dengan aku. aku sepeti menunggu sesuatu keluar dari mulutnya sendiri. tapi aku tidak tahu apa yang aku ingin dengar.
aku menoleh sekilas ke arahnya apabila dia sudah bangun dari duduknya. belum sempat dia membuka langkah dia kembali duduk bertinggung di sebelah aku. badannya menghadap aku, matanya merenung tepat ke muka aku.
"oh ya, untuk jawapan kau malam tadi aku tak mahu jawab ya atau tidak. tapi aku nak pesan pada kau, balik dari kem ni aku sibuk sikit. jadi minggu satu lagi baru aku boleh jumpa baba kau. so, selama 2 minggu ni aku nak kau istikharah. kalau jawapan dia negetif beritahu aku awal awal sebelum aku jumpa baba. tapi kalau kau diam sampai hari aku jumpa baba. aku anggap jawapannya positif. tapi sebelum tu kau inform dulu pada baba. kang nanti aku datang tiba tiba terkejut pula dia. kau ada nombor aku kan? kalau tak nak call, boleh whatsapp. jangan balik malam sangat, pandu hati hati."
habis sahaja pesanan darinya, Ilyas terus berlalu pergi meninggalkan aku yang sudah terkebil kebil.
jadi dia dengar? ini ke yang aku mahu dengar dari dia?
Dada yang berdebar hebat aku pegang kejap. Untuk kali pertama, pesanan ikhlas ini dibuat untuk aku. Pendek pendek aku melepas nafas. Sesak dada.
Kenapa tiba tiba Ilyas jadi lembut pula ni?
aku membawa kaki menuju ke dapur untuk bersalaman dengan Umi, Kak Zahra dan Ustazah Hani sebaik sahaja selepas memasukkan barang ke dalam bonet. lagi beberapa meter hendak sampai ke dapur, dapat aku dengar suasana hingar yang datang dari arah itu. petang petang begini, dapur memang menjadi tempat lepak kegemaran anak lelaki Ustaz Malik selain dari pada padang.
tetapi pada petang ini, memandangkan semua peserta sudah pulang ke pangkuan ibu bapa mereka. maka tempat itu menjadi tempat pilihan para fasilitator lelaki yang masih belum pulang kerumah. dan salah seorangnya adalah Ilyas.
aku jadi teragak agak mahu kedapur, tidak sanggup rasanya mahu bertemu mata dengan lelaki itu. aku ingat soalan aku malam tadi sudah cukup buatkan hidup aku diselubungi rasa malu. tetapi rupanya pesanan Ilyas sekali gus jawapannya pagi tadi jauh lebih memalukan.
Rasa mahu menyorok dalam gua pun ada juga!
aku berkira kira mahu kembali ke kereta sahaja tanpa bersalam. tapi seperti tidak beradab pula. mahu tidak mahu aku hanyun juga kaki aku menuju ke dapur. nasib aku tidak baik apabila bahu aku hampir saja berselisih dengannya yang mahu keluar dari dapur saat aku masuk ke ruang dapur. mujur dia pantas mengelak.
"nak balik dah ke?" soalnya perlahan. aku sekadar mengangguk.
"baik baik jalan, aku tunggu keputusan kau."
"insya Allah." sejurus mendapat balasan dari aku dia terus berlalu pergi. Pesanannya seperti dia pupa yang melamar aku. Ah, memang balik ni aku nak pergi mandi bunga. Ataupun aku perlu pergi ke darussyifa?
tanpa berlengah aku terus menyalami tiga orang wanita yang sangat aku kagumi.
"terima kasih untuk khidmat awak selama seminggu di sini, ada rezeki kita jumpa lagi." ucap Ustazah Hani saat tangan kami bertaut. wanita ini juga bagi aku dia seorang wanita yang hebat.
melihatkan perwatakan Am yang tidak berapa empuk. aku rasa, jika aku di tempatnya mungkin aku tidak akan mampu bertahan. itu baru cerita tentang kepala masuk airnya. belum lagi cerita tentang rupa parasnya. awal awal aku berundur.
"assalamualaikum, saya gerak dulu umi." pamit aku sambil menuduk hormat kepada umi.
"iya lah, baik baik jalan. senang senang nanti datang lah jumpa umi." ujarnya. bahu aku di tepuk lembut.
"insya Allah umi." balas aku dan terus melangkah keluar dari ruang dapur.
"itu lah bakal isteri yas umi."
terbeliak biji mata aku apabila telinga menangkap suara lelaki dari arah belakang aku. yang pasti itu bukan suara Ilyas. aku baru 4 langkah berlajan. kut ye pun nak jadi mulut tempayan tunggulah hilang bayang aku dulu. ke memang sengaja mahu aku dengar.
setiba di dirumah. tanpa membawa keluar beg, terus sahaja aku membawa kaki aku masuk ke dalam rumah dan merebahkan badan aku kepermukaan sofa sebaik sahaja memberi salam. lega benar rasanya dapat bersenang senang di atas sofa. pada waktu waktu begini. selalunya waktu ini aku sedang terkocoh kocoh mahu buat persiapan maghrib.
penat. tak cukup tidur. sakit sendi baru terasa tika ini. yang penting segala sudah berakhir dengan lancar. alhamdulillah.
mata aku pejam rapat, mahu lelap seketika melepaskan lelah selepas satu jam memandu di atas jalan. baru sahaja aku hendak lena, bantal yang berada dalam pelukan aku ditarik kasar.
jika tidak kerana penat, sudah aku sembur si kaki pengacau ini. bukan aku tidak tahu siapa yang suka sangat menyakat aku. aku nampak kereta abang chik elok terparkir diluar rumah. tak lain tidak bukan, memang dia lah manusia itu. abang chik mana boleh lihat aku bersenang senang. apa entah yang di dengki kan.
"woi, anak dara! dengan tak buka tudung tak buka stoking, tak mandi. terbongkang depan tv. apa nak jadi dengan kau ni?"
kau tengok? ini tipikal abang abang ye kawan kawan. jangan ingat ada abang. kau boleh jadi semanja manja umat.
drama boleh lah!
" baba cakap dengan abang chik, itu hari baba pesan suruh kau balik bawak bakal suami, mana?" soal Abang chik.
ya Allah, aku baru balik belum sampai setengah jam. bukan khabar aku yang nak di tanya, bakal laki aku pula yang di sibukkan.
"tak balik lagi." jawab aku bersahaja.
"maksudnya?" dia tidak jelas dengan jawapan aku. Mungkin dia tak sangka dengan jawapan aku, kerana niatnya haya mahu mengusik. Berkerut dahinya. aku tayang muka bosan.
"dia tak balik lagi lah. ada dekat tempat kem lagi. esok baru dia balik. faham? benda senang macam tu pun tak boleh tangkap." omel aku. aku bangun dari pembaringan lalu bersandar di sofa sambil memeluk bantal yang di rampas abang tadi.
mama dan baba yang turut mendengar laju datang menghampiri aku.
"kau biar batik dik, betul betul kau bawak balik bakal suami. handsome tak?" soal mama.
"tak kisah lah handsome ke tak. yang penting sekarang ni, dia okay tak? baik tak? tinggal solat tak? macam mana adik boleh yakin padahal baru seminggu kenal? kau serius ke dik?" soal baba.
ini pula jadinya, bukan ke baba yang beria suruh aku bawa balik menantu untuk dia. ni soalan macam dalam siasatan dah kenapa?
"baba tengok la sendiri, lagi dua minggu dia datang jumpa baba. nanti baba interview lah sendiri. adik pun tak tahu okay ke tak." jawab aku dan terus masuk je dalam bilik tidur.
aku menutup pintu rapat dan berjalan perlahan menuju ke katil. badan aku rebahkan. terkebil kebil aku memandang kipas yang sudah mula berpusing,.pesananya supaya aku buat istikharah terngiang ngiang di tepi telinga.
patut tak aku buat? kalau jawapan dia positif macam mana? tapi kalau negetif pula macam mana? aku serius ke?
macam mana pula kalau dia yang tidak serius? aku takut untuk berharap. takut perkara sama berulang lagi. tapi kenapa aku perlu berharap?
ah, kalau aku terus begini sampai kesudah aku terbawa bawa. apakata kalau aku biarkan saja. aku mahu lihat sejauh mana dia kotakan kata katanya yang dia akan datang berjumpa dengan baba.
eh, aku tak boleh terus macam ni. malas mahu serabutkan lagi kepala, tuala di penyidai aku capai dan terus masuk ke dalam bilik, dengan harapan air bukan sahaja mampu berbersihkan kotoran pada badan.malah dapat bersihkan juga kepala aku yang sarat dengan perkara yang tiada jawapan.
Share this novel